BAB 4
MALAM ini, Nilufar menuju ke lokasi yang sudah
dihantar oleh Hazrel tadi. Sebuah restoran mewah yang terletak di hadapannya ini
dipandang lama. Kenapa Hazrel perlu bawa dia ke sini. Restoran yang
meninggalkan kenangan manis antaranya dan Nuqman. Tetapi masih maniskah
sekarang?
Tempat di mana
Nuqman melamar dia menjadi isteri dulu. Ah! Lupakan semua itu Nilufar. Sama
seperti Nuqman lupakan kau saat dia memilih untuk menikahi wanita lain.
Saat kakinya
melangkah masuk ke dalam restoran, pelayan membawa Nilufar ke meja yang sudah
di tempah oleh Hazrel. Terbuntang mata Nilufar saat melihat Hazrel sedang
menunggunya di meja itu. Lelaki itu mengotakan katanya. Tidak lewat. Memang on
time!
“Hi, Luf.” Lebar
senyuman Hazrel sebaik saja melihat wajah Nilufar di situ. Nasib baik dia
sampai di sini awal berbanding Nilufar. Jadi, tiada alasan untuk Nilufar
menolaknya lagi.
“Hi, Hazrel. Awal
you sampai.” Sengaja hendak memerli Hazrel. Nampaknya ada perubahan pada lelaki
ini setelah lama kami tidak berjumpa.
“Mestilah. You
juga yang ugut I tadi. I lambat seminit, means no dinner between us, right?”
Nilufar menganggukkan kepala mengiakan kata-kata itu.
“Terima kasih, Luf
sebab sudi makan malam dengan I malam ni walaupun I tahu you terpaksa.”
“Baguslah kalau
you tahu I terpaksa.” Dah alang-alang Hazrel sebut, baik dia mengaku saja.
“You ni pun.
Jagalah hati I sikit. Kecil hati I tau.”
Nilufar buat-buat
tidak dengar akan luahan Hazrel itu. Dia memilih untuk membelek menu makanan.
Perut sudah terasa lapar.
Sedang mereka
berdua asyik melihat pelbagai jenis nama makanan di dalam menu itu, ada suara
yang sudah lama Nilufar lupakan datang menyapa.
“Nilufar, Hazrel.”
Saat Nilufar mengangkat
kepala, Nuqman dan Laila sedang berdiri di sisi meja kami. Wajah yang terkejut
cepat-cepat dia sorok. Buat macam biasa. Seakan tidak terkesan dengan kehadiran
dua manusia yang dia tidak mahu jumpa lagi kalau boleh. Dia cuba mengukir
senyuman untuk menutupi rasa di hati.
Bukan rasa cemburu
dan cinta tetapi dia masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan pasangan itu.
Saat melihat wajah Nuqman dan Laila, teringat akan dirinya yang dicurangi dan
disakiti. Rasa sakit hati masih lagi bertapak di hati.
“Hi, Man and
Laila, right?” ramah Hazrel menyapa mereka berdua. Dia
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Nuqman.
Manakala Nilufar
memilih untuk mendiamkan diri. Cara Hazrel bertanya tentang Laila, seakan
lelaki itu tidak pernah berjumpa dengan Laila.
“What are you
doing here? Dinner?”
Soalan Nuqman
tidak pasti dia tuju kepada siapa. Tetapi matanya tepat pada bekas isterinya.
“Yes. We are
having dinner right now. Wanna join us?” pelawaan Hazrel
itu buatkan Nilufar ingin ketuk kepala lelaki itu. Dia jengilkan mata pada
Hazrel supaya lelaki itu menarik kembali kata-katanya itu tetapi Hazrel sengaja
buat-buat tidak faham.
“It’ okay.
Kita orang baru saja lepas makan.” Penolakan Nuqman buat Nilufar tarik nafas
lega. Nasib baik.
“Oh. Baiklah kalau
macam tu.” Angguk Hazrel mengerti. Sengaja dia mempelawa Nuqman memandangkan
lelaki itu juga merupakan teman baiknya. Rasa macam tidak enak pula membiarkan
begitu saja walaupun dia tahu yang Nilufar kurang selesa.
Dan Nilufar masih mendiamkan diri. Membiarkan
Hazrel dan Nuqman berbual. Tidak pula dia menegur Laila kerana wanita inilah yang
buat hidupnya kucar-kacir selama tujuh bulan. Bahagia dia direnggut pergi oleh
wanita yang bernama Laila.
“Kami minta diri
dulu.” Nuqman memandang wajah bekas isterinya buat kali terakhir sebelum
melangkah pergi dari situ.
Saat melihat
Nuqman dan Laila pergi, Nilufar menarik nafas lega. Nafasnya yang sesak beransur
hilang sebaik saja pasangan itu hilang dari pandangan matanya.
“Are you okay,
Luf?” soal Hazrel prihatin. Dia tahu yang Nilufar tidak selesa kerana wanita
itu hanya diam saja. Nilufar yang dia kenal seorang yang banyak cakap.
“I’m okay,
Hazrel.” Angguk Nilufar dengan senyuman yang terlakar di bibir. Tawar dan tiada
seri. Ya, dia baik-baik saja.
“Sorry. I didn’t
expect that they are here too.” Hazrel meminta maaf. Tidak sangka yang
Nuqman akan muncul di sini.
Bagi Nilufar, tidak
wajar Hazrel memohon maaf padanya sedangkan lelaki itu sendiri tidak tahu yang
Nuqman dan Laila berada di sini.
“Nevermind,
Hazrel. It’s unexpected, right?”
Melihat Hazrel
menganggukkan kepala, Nilufar memanggil pelayan untuk memesan makanan. Selera
yang tiba-tiba hilang datang kembali. Tidak mahu terus berbicara tentang
perkara tersebut. Perutnya lagi penting.
“Sebenarnya,
restoran ini tempat Nuqman lamar I jadi isterinya dulu.” Beritahu Nilufar tanpa
Hazrel bertanya. Bukan hendak mengenang kisah lalu tetapi sebagai peringatan
kepada Hazrel supaya tidak mengajaknya untuk makan di sini lagi untuk masa akan
datang.
Terkejut Hazrel
dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut Nilufar. Dia tidak pernah tahu.
Jika dia tahu, pasti dia akan mengajak Nilufar makan di restoran lain. Restoran
ini merupakan restoran kegemaran ibunya, jadi sengaja dia mengajak Nilufar ke
sini memandangkan makanan pun sedap dan berbaloi dengan harga.
“I minta maaf,
Luf.” Pinta Hazrel sambil menatap wajah Nilufar yang kelihatan tidak terkesan
apa-apa ketika memberitahu kisah lalu.
“You tak perlu
minta maaf kerana you tak pernah tahu. I bagitahu you supaya akan datang, you
tak bawa I ke sini lagi.” Jelas Nilufar. Dia baik-baik saja kerana hatinya
sudah lupakan kisah yang lalu. Cuma apabila berada di sini, seakan membawa dia
kembali kepada kisahnya dan Nuqman suatu ketika dahulu.
“Faham. Jadi, you
sudilah ya untuk keluar makan dengan I lagi.” Giat Hazrel nakal.
“Mana ada. I tak
cakap pun.” Sedar akan keterlanjuran kata-katanya, pantas Nilufar menafikan.
Menutup malu. Kenapa dia seakan berharap Hazrel akan mengajaknya untuk keluar
makan lagi.
“Tak mengapa, Luf.
I faham.” Usik Hazrel dengan senyuman nakal terlakar di bibirnya.
“By the way,
you tak pernah jumpa dengan Laila ke sebelum ini?” Sengaja Nilufar menukar
topik perbualan mereka kerana tidak mahu Hazrel terus mengusiknya.
“Tak.”
Melihat gelengan
Hazrel, tepat sekali jangkaannya. Memang Hazrel tidak pernah bertemu Laila
memandangkan Hazrel seakan kekok untuk menegur wanita itu dan juga tidak
mengenali Laila.
“Bukan ke you
dengan Nuqman kawan baik ke?” pelik apabila Hazrel tidak kenal Laila kerana
tidak mungkin Nuqman tidak menceritakan apa-apa pada Hazrel. Ketika dia hendak
berkahwin dengan Nuqman pun, Hazrel tahu.
“We used to be
a good friend, Luf. But after I know that he’s hurting you, I’m mad at him.
Kami bergaduh kerana dia duakan you.”
Kenyataan Hazrel
buat Nilufar terkejut. Tiba-tiba dia teringat ketika Nuqman pulang ke rumah
dengan wajah yang lebam. Jadi, bekas suaminya bergaduh dengan Hazrel ketika
itu.
“Sama macam you
jugakan? You pun pernah lukakan hati I.”
Melihat perubahan
wajah Hazrel, entah mengapa Nilufar rasa puas hati. Sudah lama dia ingin balas
apa yang Hazrel lakukan padanya tetapi ketika itu dia seorang wanita yang lemah
kerana cinta dan seorang lelaki. Sekarang ini, dia seorang Nilufar yang kuat.
Bukan dendam
tetapi luka yang Hazrel tinggalkan sangat dalam sehinggalah Nuqman datang
memberi salam perkenalan. Tika itu dia fikir Nuqmanlah penyelamat dan penyembuh
kepada lukanya tetapi sama saja. Tiada beza dengan Hazrel. Dua-dua menyakiti
dan melukai hati wanitanya.
“Tapi I tak pernah
curang atau menduakan you, Luf.”
Tutur Hazrel
dengan mata yang tidak lepas memandang wajah Nilufar yang sentiasa cantik pada
pandangannya. Wanita yang dia cintai dari dulu sehingga sekarang. Cuma dulu,
dia mengambil tindakan yang kurang bijak dengan meninggalkan Nilufar selepas
berjanji dengan wanita itu untuk mengahwininya.
Kenyataan itu
tidak mampu Nilufar nafikan.
Ya! Nilufar tahu.
Hazrel tinggalkannya kerana memilih untuk mengejar cita-cita. Kata Hazrel, dia
tidak bersedia untuk ada komitmen. Jadi, Hazrel memilih untuk memutuskan
hubungan mereka kerana Hazrel tidak mahu Nilufar jadi penunggu setia.
“Tetap sama.
Dua-dua melukakan hati I.” Kenyataan yang tidak mampu untuk Hazrel ubah.
“I tahu. Dan
izinkan I jadi penyembuh untuk luka you itu. I nak bahagiakan you, Luf.” Pinta
Hazrel penuh berharap. Dia mahu menjadi penyembuh luka untuk Nilufar. Merawat
setiap luka yang ada. Dia rela.
Terkaku Nilufar
dengan kata-kata Hazrel itu. Tidak sangka yang kata-kata itu akan keluar dari
mulut lelaki itu. Selepas hubungan mereka putus, dia tidak pernah berharap yang
Hazrel akan muncul kembali dalam hidupnya. Sinis senyuman Nilufar dengan
kata-kata Hazrel itu.
“You know what,
Hazrel, I dah tak percayakan lelaki. Bagi I lelaki semua sama. Berjanji
tetapi dimungkiri.”
“Habis tu, papa
dan abang you, you pun tak percaya juga.” Tembakan Hazrel buat Nilufar terkedu
seketika.
“Kecuali mereka
Hazrel.” Sengaja Hazrel hendak menduga Nilufar.
“Dan you patut
kecualikan I juga, Luf. I lelaki setia.”
Nilufar ingin
ketawa dengan kata-kata Hazrel.
“Setia? Boleh
percaya ke? Entah-entah you pun sama dengan Nuqman.”
Melihat gelengan
Hazrel, lelaki itu tidak setuju dengan tuduhan Nilufar. Dia setia dengan
Nilufar hingga ke hari ini. Bukan tidak cuba menerima wanita lain dalam
hidupnya tetapi dia tidak mampu kerana tiada seorang wanita yang mampu gantikan
nama Nilufar dalam hatinya.
“Ya. I lelaki
setia. Enam tahun kita putus, ada I cari wanita lain dan jadikan sebagai
kekasih dan isteri I, Luf?”
Kali ini Nilufar
terdiam. Tidak mampu untuk menafikan lagi atau membantah apa yang dikatakan
oleh Hazrel. Ya! Hazrel betul! Lelaki itu tidak pernah curang dengan Nilufar. Hazrel
setia dengannya. Sabar menantinya walaupun pernah memungkiri janji itu. Tetapi dia
saja yang tidak sabar menanti Hazrel selama enam tahun.
“Then give me a
chance you to make you happy, Luf.”
Permintaan Hazrel
berat sekali untuk Nilufar tunaikan. Dia tidak mampu! Kerana pintu hatinya sudah
dia tutup rapat daripada dicerobohi lelaki lain.
“I don’t know,
Hazrel.”
Hanya jawapan itu
yang mampu Nilufar berikan pada Hazrel.
“Take your
time, Luf. I tak akan paksa. I faham apa yang you alami sangat menyakitkan
you. Tapi I nak tengok you hidup bahagia, Luf. I tak mahu you tersakiti lagi.”
Nilufar dapat
merasai keikhlasan dalam tutur kata Hazrel itu. Apatah lagi pandangan mata
lelaki itu terhadapnya.
“I minta maaf
dengan apa yang I pernah buat pada you dulu. I tahu you sangat terluka waktu itu.
I pun sama-sama terluka tetapi waktu tu I tak matang lagi. I memilih untuk
kejar cita-cita I daripada menunaikan janji I dengan you dan pertahankan cinta
kita.”
Selepas enam tahun
berlalu, baru hari ini Hazrel memohon maaf pada Nilufar. Ya! Malam ini. Selama enam
tahun dia pergi tanpa sebarang permohonan maaf setelah melukai hati Nilufar.
Meninggalkan Nilufar sendirian di sini tanpa kata-kata maaf.
“I dah maafkan
you, Hazrel. I tahu you buat semua ini kerana cita-cita you. Minat you dan juga
masa depan you. Dan sekarang I berbangga dengan kerana sudah mempunyai syarikat
sendiri di usia yang muda.”
Sudah tiada dendam
pada Hazrel. Nilufar sudah lepaskan semua apa yang berlaku antaranya dan
Hazrel. Cuma saat melihat wajah lelaki itu, dia jadi sakit hati saat Hazrel
melangkah pergi meninggalkannya tanpa sepatah kata. Tanpa berjumpa dengannya
sebelum Hazrel berangkat ke luar negara.
“I dah tua Luf.
Umur dah masuk 31 tahun. Dan I patut dah kahwin sekarang ini.” Ujar Hazrel
memberi kiasan pada Nilufar. Berharap benar yang Nilufar faham akan maksudnya.
Selepas mengetahui yang Nilufar bukan lagi isteri kepada Nuqman, dialah manusia
yang paling gembira walaupun dia tahu tidak patut gembira di atas penderitaan
orang lain. Tetapi dia tidak mampu sorokkan rasa itu kerana inilah peluang
untuknya mendapatkan Nilufar kembali.
“Exactly. You
should find someone to take care of you.”
Setuju Nilufar.
Memang patut Hazrel mendirikan rumah tangga sekarang ini. Umur Hazrel dengannya
jauh berbeza. Ketika mereka bercinta, waktu itu Hazrel sudah pun bekerja.
Manakala dia masih lagi belajar.
“But I still want
you. And I’m so sorry, Luf.”
Nilufar geleng
kepala. Cukuplah sekali Hazrel memohon maaf. Hazrel sudah tiada salah lagi
dengannya. Dia maafkan Hazrel!
Biarlah kisah lama
terkubur selamanya. Mulai saat ini, dia lepaskan semuanya. Tidak mahu lagi
hidup dalam bayangan yang lama.
.png)
No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.