Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, April 23, 2023

NILUFER [EBOOK]

 



BAB 1


SUDAH Nilufar fikirkan keputusan ini berbulan lamanya. Setelah tujuh bulan dia dimadukan dan dia telah membuat keputusan untuk meminta Nuqman melepaskannya. Jujur, dia sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Selama tujuh bulan dia bertahan kerana ingin menanti hari yang sesuai untuk meminta Nuqman lepaskannya. Walaupun pada mulanya Nuqman keberatan tetapi dia tetap berkeras ingin berpisah.

Cukuplah tujuh bulan yang penuh dengan derita dan sengsara bagi jiwa dan raga seorang Nilufar. Dia sudah tidak mampu untuk terus bertahan berada di sisi seorang suami yang dulu dia pernah cintai tetapi kini hanya tinggal rasa benci dan meluat.

Sengaja dia memilih tarikh hari ini kerana hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang kedua. Dia mahu Nuqman ingat akan tarikh hari ini sampai bila-bila. Tarikh pernikahan kami sama dengan tarikh penceraian kami. Dan dia akan ingat sampai bila-bila. Tidak sampai dua tahun menyulam cinta bersama janji manisnya, dia dimadukan tujuh bulan yang lalu.

Sungguh perit untuk Nilufar terima. Hatinya hancur saat itu ketika Nuqman menyatakan sudah berkahwin lain. Sangat hancur! Tetapi dia tidak menangis terlalu lama kerana air matanya sangat berharga dan tidak akan dia bazirkan buat lelaki yang memilih untuk menyakiti hatinya. Kerana curang itu pilihan Nuqman sendiri.

Dengan lafaz talak satu, maka terjatuhlah talak ke atas Nilufar. Wanita itu tenang menghadapi situasi itu dan dia tidak menangis kerana ini yang dia mahukan. Dia mahu bebas daripada seorang suami yang bernama Nuqman. Dia tidak mahu hidup bermadu walaupun madu itu manis tetapi hakikatnya pahit. Biarlah Nuqman bahagia bersama dengan Laila yang lelaki itu nikahi tujuh bulan lalu.

Nilufar pernah memberi Nuqman pilihan untuk memilih antara dia dan perempuan itu tetapi Nuqman tidak mahu membuat pilihan. Dan sekarang biar dia sendiri yang membuat pilihan. Lalu dia memilih untuk bebas daripada Nuqman.

“Nilufar.”

Dia kenal suara itu. Suara yang pernah Nilufar rindu untuk mendengarnya dikala menjauh. Suara yang dia angaukan saban malam. Tetapi itu dulu. Sekarang tidak lagi. Kalau boleh dia tidak mahu mendengarnya lagi.

“Ya. Ada apa? I rasa pasal kita sudah selesaikan? Tiada apa-apa lagi yang perlu dibincangkan.” Ujar Nilufar sedikit tegas. Dia mahu Nuqman mengerti bahawa dia sudah tidak mahu lagi menatap wajahnya.

“Sebegitu benci sayang pada abang ya.”

Mata Nuqman bergenang tidak dihiraukan oleh Nilufar kerana dia tidak mahu terperangkap lagi dengan air mata palsu lelaki itu. Tidak akan ada simpati buat bekas suaminya lagi.

“Ya. Memang I bencikan you! Benci sangat!” marah Nilufar. Perasaan sayang memang sudah tiada buat Nuqman sebaik saja bekas suaminya mengaku sudah berkahwin lain. Dan alasan Nuqman sangat tidak masuk akal untuk dia terima. Kerana janji Nuqman sanggup memungkiri janji bersamanya dan curang dengan wanita lain!

Janji sepuluh tahun yang lalu pada wanita yang bernama Laila menghancurkan rumah tangga kami. Janji yang dia sendiri tidak tahu bila dimeterai bersama oleh Nuqman dan Laila. Malah dia sendiri tidak pernah tahu yang Laila pernah hadir dalam hidup Nuqman sebelum ini.

“Sayang! Apa pun yang terjadi, abang tetap sayangkan, sayang.”

Sakit sungguh hati Nilufar ketika ini. Sinis senyuman yang terukir buat Nuqman.

“Sayang? Kalau sayang, you takkan menduakan I, Nuqman! Tak akan! Sudahlah. I dah muak dengan sayang you itu. Pergilah pada isteri you yang setia menunggu you! Maaflah kerana I tak mampu untuk setia berada di sisi you kerana you memilih untuk tidak setia bersama I hingga akhirnya. You pilih untuk mungkiri janji you pada I tetapi tepati janji you pada Laila. Jadi, you lebih sayangkan dia daripada I, Nuqman!”

Terasa puas hati Nilufar saat meluahkan apa yang dia pendam selama ini. Ya! Puas.

Sekian lama aku pendam, akhirnya dia dapat luahkannya apa yang dia rasa. Dia nampak mata Nuqman terluka tetapi dia beribu kali terluka dengan apa yang telah Nuqman lakukan.

“Sayang... Abang minta maaf!”

Sudah banyak kali Nilufar dengar maaf meniti di bibir Nuqman dan dia sudah muak!

“Simpan saja kata-kata maaf you itu. I dah muak dengar. Pergilah pada Laila kerana dia kebahagiaan you! Bukan I.”

Lantas Nilufar melangkah menjauh meninggalkan Nuqman sendirian di situ. Cukup di sini saja. Dia mahu mulakan hidup baru. Tanpa lelaki bernama Nuqman di sisi dan di hatinya. Biarlah Nuqman berlalu pergi bersama dengan hati Nilufar yang terluka. Terkambus seperti luka yang Nuqman telah torehkan padanya.

Selamat tinggal Nuqman. Semoga you bahagia dengan Laila. Maaf kerana I tak mampu bahagiakan you selama ini.


 


No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.