Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Monday, April 24, 2023

CINTA YANG DIDAMBAKAN

 



BAB 6


PADA malam itu, resepsi perkahwinan Qafeel dan Raudha diadakan secara besaran melibatkan tetamu-tetamu vip, rakan kenalan Tan Sri Abrar dan juga staf-staf syarikat Tan Sri Abrar. Kebanyakkan staf Abraham International Holding terkejut sebaik saja melihat Raudha. Tidak sangka selama ini Raudha merupakan anak kepada Tan Sri Abrar.

Selama ini Raudha memilih untuk merahsiakan identitinya sebagai anak kepada Tan Sri Abrar kerana dia ingin bermula dari bawah. Tidak mahu didekati kerana dia anak kepada pemilik syarikat walaupun kakaknya Rasyida menjawat jawatan yang tinggi.

Lenguh kakinya Raudha rasakan ketika ini. Walaupun sering kali menyarungkan kakinya dengan heels tetapi memandangkan kali ini dia berdiri lama, memang kakinya terasa sakit.

"Are you okay?" soal Qafeel saat melihat Raudha tunduk mengurut betisnya di atas kerusi yang kosong. Para tetamu juga sudah beransur pulang. Ramai juga jemputan yang hadir. Rakan-rakan perniagaan bapa mentuanya dan kebanyakkan memang dia kenal.

"I'm okay." Angguk Raudha. Mendongak kepalanya memandang sang suami. Sebenarnya dari tadi dia cuba mengelak dari Qafeel kerana masih lagi terasa malu dengan kejadian siang tadi.

"Qaf dengan Adda pergilah naik rehat. Tetamu pun dah tak ada. Tinggal saudara-mara saja. Mereka pun dah nak balik." Suruh Tan Sri Abrar. Dia tahu anak menantunya penat dan perlukan rehat yang cukup memandangkan malam lusa merupakan resepsi di sebelah pihak lelaki bakal berlangsung.

"Kalau Adda balik tidur rumah ayah boleh?" pinta Raudha tiba-tiba.

"Eh, kenapa pula? Pihak hotel dah sediakan bilik untuk pengantin barukan. Lagipun Adda dah bersuami. Adda tak boleh buat macam dulu lagi." Nasihat Tan Sri Abrar.

Kalau tiada Qafeel dan juga orang lain di situ, mahunya dia merengek dan memujuk ayahnya itu untuk pulang bersama. Namun keadaan tidak sesuai. "Baiklah." Akur Raudha. Terpaksalah dia tidur dengan Qafeel malam nanti.

"Jomlah kita naik rehat." Ajak Qafeel selepas Tan Sri Abrar meninggalkan mereka di situ.

Raudha akur dan mengekori langkah Qafeel dari belakang. Setibanya di bilik itu, Raudha awal-awal lagi melangkah masuk ke dalam bilik air selepas mengambil sepersalinan baju tidur. Sengaja Raudha tidak hiraukan akan pandangan Qafeel.

Selesai membersihkan diri, Raudha menunaikan solat isyak. Pada mulanya dia ingin menunggu Qafeel untuk solat berjemaah tapi sudikah lelaki itu menjadi imamnya? Sedangkan awal-awal lagi Qafeel memberitahu mencintai wanita lain.

Sebaik saja selesai menunaikan solat isyak, Raudha melipatkan telekungnya dan merebahkan badannya di atas sofa. Ingin tidur atas katil, Raudha takut jika Qafeel tidak suka dan akan memarahinya. Mujurlah ada sofa yang menjadi penyelamatnya ketika ini. Jika tidak, pasti dia terpaksa tidur atas lantai.

Ketika Qafeel keluar dari bilik air, Raudha sudah pun lena di atas sofa. Lama sangatkah dia mandi sehingga isterinya sudah tidur lena. Qafeel membawa langkahnya mendekati Raudha. Dipandang wajah itu lama. Qafeel suka melihat wajah Raudha yang tenang seperti bayi ketika tidur.

Cantik!

Baru Qafeel sedar yang bulu mata Raudha panjang dan lentik. Mata Qafeel turun kepada bibir Raudha yang mungil itu. Merah bak delima. Kulit Raudha yang putih menampakkan lagi bibir merah itu. Ah! Qafeel tergoda.

Cuba dikawal keinginannya itu. Qafeel tidak akan menyentuh Raudha tanpa izin wanita itu walaupun dia berhak ke atas Raudha.

Deringan telefon pintarnya membantukkan niat Qafeel untuk merenung wajah Raudha. Panggilan dari mamanya dijawab. Lambat pula mamanya tidur malam ni.

"Ya, ma. Ada apa?" soal Qafeel sebaik saja menjawab salam Puan Sri Suria.

"Esok jangan lupa balik awal ya. Saudara-mara kita nak kenal dengan Raudha. Tadi tak sempat mama nak kenalkan semuanya dengan Raudha." Pesan Puan Sri Suria.

Tepuk dahi Qafeel dengan pesanan mamanya. Aduhai! Ingatkan ada hal yang penting. Tadi pun mamanya sudah pesan akan perkara itu.

"Ya, ma. Qaf ingat. Tadi mama dah pesan pada Qaf," ujar Qafeel.

"Mama kena ingatkan Qaf sebab Qaf kadang-kadang lupa." Sindir Puan Sri Suria. Bukan dia tidak kenal anak lelakinya ini. Pasti ada saja benda yang dilupakan jika tidak diingatkan semula.

"Yalah, mama." Balas Qafeel. Malas hendak berdebat dengan mamanya malam-malam buta. Dia sudah mengantuk.

"Kirim salam menantu mama." Pesan Puan Sri Maria.

"Menantu mama sudah dibuai mimpi. Letih agaknya." Beritahu Qafeel.

"Amboi! Ni mesti Qaf kerjakan dia sampai letih ni. Jangan menantu mama demam esok sudahlah." Gurau Puan Sri Suria.

"Mama!" gurau kasar betul mamanya. Jangan mamanya tahu yang dia masih lagi teruna dan Raudha masih lagi dara sudahlah.

"Okeylah. Mama pergi tidur dulu. Selamat malam." Puan Sri Suria menamatkan panggilan mereka.

Menggeleng kepala Qafeel dengan gurauan kasar mamanya. Nak sentuh macam mana mama, awal-awal lagi menantu mama sudah masuk alam mimpi.

Selepas mengenakan boxer, Qafeel mengangkat Raudha dan diletakkan di atas katil. Entah mengapa Raudha tidur di atas sofa. Walaupun Qafeel tidak rela berkahwin dengan Raudha tetapi dia tidak akan membenarkan Raudha tidur berasingan dengan dia.

Untuk apa dia berkahwin jika tiada isteri di sebelah. Takkan tiap-tiap malam nak kena dakap bantal peluk. Baik dia tak payah kahwin terus. Walaupun hatinya mencintai wanita lain, entah mengapa setelah dia sah menjadi suami Raudha, ada satu perasaan halus datang menyapa.

Dan apabila teringatkan pesanan Tan Sri Abrar, Qafeel seakan mahu melindungi dan menjaga Raudha dengan baik. Mungkin suatu saat nanti dia akan menyakiti hati Raudha tapi buat masa sekarang, dia tetap akan melayan Raudha selayaknya sebagai seorang isteri.

Tangannya naik melingkari pinggang Raudha. Cuba diusir jauh keinginan hatinya. Qafeel lelaki normal dan tidak mungkin dia tidak merasa apa-apa apabila berada di sisi Raudha. Raudha adalah isterinya yang halal untuk dia sentuh dan dia tidak akan menyentuh Raudha tanpa keizinan.

Raudha membalas pelukan Qafeel. Rasa enak pula bantal peluknya malam ini. Raudha tersenyum dalam tidurnya.

Selamat malam dunia!




*****



RASA dingin di awal pagi mengganggu lena Raudha. Walaupun sudah berselimut tebal tetapi masih lagi rasa sejuk. Lalu bantal peluk disebelahnya didakap dengan erat. Keras pula bantal peluknya. Diraba-raba berulang kali dan yang Raudha rasakan seakan coklat bar cardburry pula. Keras.

Matanya dicelik dan benda pertama yang Raudha nampak adalah dada yang berketak-ketak. Didonggakkan kepalanya. Terbuntang matanya ketika itu bila matanya bertentang mata dengan Qafeel yang sedang tajam merenungnya.

Cepat-cepat Raudha menjarakkan jarak mereka dan bersedia untuk turun dari katil. Tetapi tindakan Qafeel yang menarik tangannya menyebabkan Raudha jatuh ke atas katil dan sekaligus berada dalam pelukan Qafeel.

"Where are you going after you seduce me, wife?" soal Qafeel sensual di telinga Raudha. Berbisik.

"Errr..." tidak tahu apa yang hendak digoreng Raudha ketika ini. Garu kepala Raudha saat itu. Rasa seram dengan bisikan Qafeel itu. Cuba dirungkaikan pelukan itu tetapi tidak berjaya. Macam mana dia boleh tidur di atas katil pula?

Saat tangan Qafeel mula menjalar di muka Radha, dengan pantas Raudha menepis tangan lelaki itu lantas turun dari katil. Raudha berjaya melarikan diri. Sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air, Raudha mampu menarik nafas lega kerana sudah bebas dari Qafeel.

Bahaya betul Qafeel!

Kata saja tidak cinta tetapi nama pun lelaki, memang hanya itu yang difikirkan. Huh!

Selesai membersihkan diri dan berwuduk, Raudha keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap. Qafeel masih lagi berada di atas katil. Melihatkan Qafeel yang tiada hendak bangun, Raudha menunaikan solat subuh terlebih dahulu.

Qafeel yang masih lagi nyenyak tidur, dihampiri. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6:20 pagi.

"Qaf!" dengan lembut Raudha mencuit kaki Qafeel yang ditutupi dengan selimut.

"Bangun solat subuh, Qaf." Kejut Raudha lagi apabila melihat Qafeel tiada tanda-tanda hendak bangun.

"Hmmm...I bangunlah ni." Jawab Qafeel dengan mata yang masih lagi terpejam.

"Bangunlah. Nanti terlepas subuh." Suruh Raudha lagi. Susah betul hendak mengejutkan Qafeel.

"Ya-ya, I bangun!" Qafeel bangun dan menuju ke bilik air dan masih sempat menghadiahkan jelingan buat Raudha kerana tidak puas tidurnya diganggu.

Awal-awal lagi Raudha sudah bersiap menunggu Qafeel hendak pulang. Tidak betah duduk berdua dengan lelaki itu di bilik hotel walaupun Qafeel suaminya yang sah. Rasa segan dan berdebar. Lagi-lagi bila Qafeel berada dekat dengannya.

"Can we talk?" Qafeel bersuara selepas dia menunaikan solat Subuh. Sejadah diletakkan di atas birai katil. Dia mendekati Raudha yang sedang duduk di ata sofa.

"You nak cakap apa? I dengar." Balas Raudha yang memandang Qafeel sipi-sipi. Suaminya turut melabuhkan duduk di atas sofa itu dan ada jarak yang memisahkan mereka.

"Tentang perkahwinan kita. Seperti yang you tahu, I cintakan wanita lain. Jadi, I tak mahu you letak harapan tinggi untuk perkahwinan ini. I akan bebaskan you bila tiba masanya. Dan yang penting jangan sampai keluarga kita tahu."

Tutur Qafeel dengan matanya tidak lepas memandang Raudha. Ingin melihat reaksi isteri yang baru dia nikahi semalam. Adakah Raudha akan terasa hati dengan kata-katanya atau sebaliknya? Sudah dia beri amaran kepada Raudha untuk menghentikan semua ini tetapi wanita ini berdegil. Jadi, dia teruskan kerana dia sendiri tiada pilihan.

"I tahu, tak perlu you nak ulang lagi. Jadi, sampai bila kita akan bertahan dalam perkahwinan sementara kita ni? I tak kisah bila-bila masa you nak lepaskan I. I sudah bersedia."

Ketika menuturkan kata-kata itu, Raudha tahu apa yang dia rasa dalam hatinya dalam tidak dipamerkan pada wajahnya. Selepas sehari berkahwin, mereka sudah bercakap tentang perpisahan. Lalu untuk apa perkahwinan ini?

Melihat reaksi Raudha yang biasa-biasa, Qafeel meneruskan kata-katanya lagi.

"I takkan layan you sebagai seorang isteri. Mungkin kita boleh berkawan. Ya, I akan layan you sebagai kawan. You tak kisahkan?"

Kenapa Raudha rasakan hatinya semakin sakit sekarang ini?

"Ya. I tak kisah. Janji you takkan sentuh I melebihi seorang kawan. You fahamkan apa yang I maksudkan?" Angguk Raudha. Walaupun Qafeel menganggap dia sebagai seorang kawan tetapi tidak untuknya. Dia menganggap lelaki ini sebagai suami yang perlu dia hormati.

'Kau kuat, Raudha.' Bisik hati kecil Raudha. Ya, dia seorang wanita yang kuat.

"Ya, I faham dan I janji. You jangan risau." Qafeel menuturkan janji tanpa berfikir panjang. Yang dia sendiri tidak tahu apa yang Allah aturkan pada hari mendatang.

Dan Raudha pegang janji itu. Dia harap yang Qafeel tidak akan memungkirinya nanti.

"Jom kita turun breakfast dulu. Lepas tu baru kita balik rumah papa." Melihatkan sang isteri sudah bersiap, Qafeel mengajak Raudha untuk sarapan di bawah. Dia menghentikan perbualan mereka di situ.

Selesai bersarapan, mereka check out hotel dan pulang ke rumah keluarga Qafeel. Setibanya di banglo milik keluarga Qafeel, sanak-saudara Qafeel masih lagi ramai di sana. Puan Sri Suria menyambut kedatangan menantunya buat kali pertama di rumah itu.

"Sampai pun menantu mama." Dipeluk erat tubuh Raudha. Dan Raudha turut membalas pelukan ibu mentuanya. Walaupun suaminya terpaksa menerimanya, Raudha tahu yang keluarga mentuanya menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Jemput masuk. Ramai yang tunggu Adda. Nak berkenalan dengan Adda." Puan Sri Suria menarik tangan menantunya masuk. Ditinggalkan Qafeel sendirian di situ.

Terkebil-kebil Qafeel dengan tindakan mamanya. Dapat menantu, terus dilupakan anak. Dia pula di anak tirikan.

"Apa macam kahwin? Bestkan?" soal sepupu lelaki Qafeel.

"Biasa saja," balas Qafeel bersahaja. Memanglah biasa saja kerana Qafeel berkahwin tanpa cinta.

"Boleh pula macam tu. Ada bini sebelah, takkanlah tak best." Mendalam maksud sepupu lelaki Qafeel itu sebelum ketawa.

"Itu kau! Bukan aku." Nafi Qafeel walaupun ada perasaan bahagia bertandang pagi tadi sebaik saja dia bangun tidur dan melihat Raudha di sebelah.

Sepupu lelaki Qafeel mencebik dengan kata-kata itu.

"Raudha kerja lagi ke selepas ini?" soal Puan Mastura, kakak kepada Puan Sri Suria.

"Kerja lagi mak long." Senyum Raudha. Setakat ini Qafeel tiada pula minta dia untuk berhenti kerja.

"Takkanlah Adda nak berhenti kerja pula kak long. Kenalah jadi wanita bekerjaya." Balas Puan Sri Suria. Dia tidak akan menghalang menantunya untuk terus bekerja. Dia sendiri pun masih bekerja dengan Tan Sri Taha dan suaminya tidak pernah menghalang untuk dia bekerja.

"Ya. Betul juga. Kita hidup tak boleh bergantung seratus peratus pada lelaki. Lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Dibuatnya dia tinggalkan kita, kita yang susah sebab tiada sumber pendapatan." Sokong Puan Zakirah, adik bongsu Puan Sri Suria.

Qafeel yang berada berdekatan sambil mencuri dengar perbualan di antara isterinya dan ibu-ibu saudaranya terasa dengan kata-kata Puan Zakirah. Tepat mengena batang hidung.

Melihat jelingan yang diberikan oleh Raudha, Qafeel buat-buat tidak nampak. Macamlah dia tidak tahu yang isterinya itu menyindirnya dalam diam.

"Raudha setuju mak su." Sengih Raudha. Padan muka Qafeel! Raudha gelak jahat dalam hati. Itulah ada niat nak menduakan isteri sangat!

"Amboi! Sempat lagi bermain mata ya." Tegur Puan Mastura apabila melihat anak saudaranya bermain mata dengan isteri.

"Mana ada mak long." Nafi Qafeel. Bukan bermain mata tetapi dia geram dengan Raudha yang tersenyum sinis memandangnya itu. Rasa nak cilikan saja mulut Raudha. Baru tak boleh senyum.

"Malu pula kamu ni, Qaf. Sabar. Kami pinjam Raudha sekejap saja. Lepas ni Qaf nak ulik Raudha dari petang sampai malam pun kami tak kisah. Mak long faham, pengantin barukan." Galak Puan Mastura mengusik anak saudaranya itu.

"Mak long ni!" tidak senang Qafeel rasa ketika itu dengan usikan ibu saudaranya. Risau Raudha salah faham pula nanti.

Manakala Raudha hanya diam tanpa bicara. Buat biasa-biasa saja. Seakan tidak terkesan dengan usikan ibu saudara suaminya. Raudha tahan gelak melihat wajah Qafeel sekarang ini kerana berusaha menafikan usikan mak longnya itu.

Lucu!



Tulusly,

Hezy Rose.


No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.