Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Tuesday, August 8, 2023

HURT SERIES 5: MENGAPA ADA DUSTA?

 


BAB 2


PESANAN yang diterima daripada aplikasi whatsapp dibuka. Berkerut dahi Hafiya sebaik saja membaca mesej daripada nombor yang dia tidak kenali. Siapa pula yang menghantar mesej padanya tanpa memperkenalkan diri? Dia sudah terlalu serabut dengan kerja dan klien. Kerana malas hendak memikirkan siapakah pemilik nombor telefon tersebut, dia hanya membiarkan mesej itu tidak dibalas.

Hari ini dia terpaksa mengadap kemarahan bosnya kerana kesilapan yang dilakukan oleh rakan sekerjnya dalam menyiapkan proposal kerja. Nasib baiklah dia cekap untuk menyelesaikan semua itu.

Sekali lagi notifikasi telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk melalui aplikasi whatsapp. Malas-malas Hafiya mengambil iPhonenya itu.

 

Hi, kenapa tak balas wassap I? You dah lupakan I ke? I lelaki yang you langgar di airport tempoh hari. I Afif.

 

Terbuntang mata Hafiya sebaik saja membaca pesanan itu.

Oh, my! Dia mesej aku ni sebab ada barang dia yang rosak ke?” bicara Hafiya sendirian. Dia sedang berfikir apa yang hendak dia balas sekarang ini.

“Okey, tenang Hafiya. Kau jangan gelabah sangat.” Pesannya pada diri sendiri. Tanpa membiarkan sang jejaka menunggu lama, pantas jari-jemari Hafiya menari pada skrin iPhonenya memandangkan lelaki itu masih lagi dalam talian.

 

Errr... I masih ingat. Maaf tak balas wassap you tadi. I sibuk tadi. Ada apa ya you wassap I?

Barang you ada yang rosak ke?

Kalau ada yang rosak, I akan ganti balik. You cakap jer berapa.

Insya-Allah, I akan ganti.

 

Selepas menghantar butang hantar, Hafiya rasa hendak ketuk kepalanya bagi fikirannya betul. Kenapa dia perlu balas mesej lelaki yang bernama Afif seperti itu? Buatnya lelaki itu minta ganti rugi empat ribu, mana dia nak cekau duit sebanyak itu?

Entah apa ada dalam bagasi lelaki itu tempoh hari pun dia tidak tahu. Harap-harap cuma baju sajalah.

Ting! Ting!

Notifikasi masuk lagi. Sebelum membuka aplikasi whatsapp, Hafiya menjenguk notifikasi yang terpapar di skrin terlebih dahulu. Dia menarik nafas lega kerana lelaki itu mengajaknya untuk berjumpa dan berbincang terlebih dahulu. Tanpa bertangguh, terus Hafiya bersetuju untuk berjumpa. Dia tidak mahu bertangguh.

Cepat dia selesaikan masalaha itu, dia tidak perlu berhubung dengan lelaki yang bernama Afif itu.

Setelah bersetuju untuk berjumpa di Kafe Daun KL, Hafiya meletakkan kembali telefonnya. Nasib baik sekarang ini waktu rehat. Kalau waktu kerja, memang dia membiarkan saja mesej tersebut memandangkan pengurusnya sangat pantang apabila stafnya menggunakan telefon ketika bekerja jika tiada kaitan dengan urusan pejabat.

Petang itu, Hafiya bergerak ke Village Grocer untuk membeli barang basah dan juga barang dapur yang sudah kehabisan stok. Memandangkan dia hanya tinggal sendirian, maka dia akan membeli mana yang perlu sahaja. Lagipun, hujung minggu biasanya dia akan melepak ke rumah bff forevernya iaitu Issabella.

Memang menjadi rutinnya berkunjung ke rumah Issabella jika wanita itu tidak bekerja pada hujung minggu. Jika tidak, dia mereput sendirian di rumah atau pulang ke kampung arwah ibunya di Langkawi kerana mahu lari dari kesibukan kota raya.

Nada dering Kings & Queens nyanyian Ava Max berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dengan pantas Hafiya melihat nama pemanggil sebelum menjawab panggilan itu. Panjang umur Issabella. Baru saja dia teringat akan wanita itu.

“Ya, beb. Ada apa?” soal Hafiya sebaik saja menjawab salam Issabella.

“Kau ada di mana? Aku nak pergi rumah kau ni kejap lagi.” Beritahu Issabella di hujung talian yang baru saja tamat shiftnya. Tamat saja waktu kerjanya, terus dia mencari bff forevernya.

“Aku tak sampai rumah lagi ni beb. Ada di Village Grocery beli barang dapur yang dah habis,” beritahu Hafiya sambil tangan sibuk memilih rempah-ratus yang terletak di rak.

“Kalau macam itu aku pergi rumah kau lepas maghrib la beb. Masak sedap-sedap ya,” pesan Issabella dengan tawa kecil. Memandangkan masakan Hafiya sedap, memang dia akan meminta teman baiknya memasak untuknya.

“Yalah. Jumpa kau nanti.” Setuju Hafiya tanpa banyak soal kerana sudah masak dengan perangai teman baiknya itu. Dia menyudahkan mencari barang-barang dapur yang diperlukan sebelum membuat bayaran.

Selesai saja urusannya itu, Hafiya bergegas pulang ke rumah. Nasib baik Village Grocery tidak terlalu jauh daripada rumahnya. Tidak perlu dia mengadap jalan sesak lama-lama.

Ting tong!

Ting tong!

Dua kali loceng rumah ditekan oleh Issabella menanti Hafiya membuka pintu untuknya. Selepas solat maghrib, terus dia bertolak ke rumah teman baiknya itu bersama dengan tote beg yang berisi pakaiannya. Dia membuat keputusan untuk bermalam di rumah Hafiya memandangkan esok dia tidak bekerja. Nasib baiklah pengawal keselamatan di unit kondominium Hafiya tinggal sudah mengenalinya. Jadi, tidak perlulah temannya itu turun ke bawah untuk menjemputnya.

“Ya, sekejap!” jerit Hafiya yang bergegas keluar dari dapur. “Tak reti menyabar betul perempuan ni.” Sempat dia membebel pada Issabella yang menekan loceng berkali-kali.

“Assalamualaikum.” Dengan cerianya Issabella menghulurkan salam pada Hafiya sebaik saja wanita itu membuka pintu rumah.

“Waalaikumussalam. Masuklah kalau kau tak malu,” jemput Hafiya dengan ayat gurauan pada penghujung ayatnya.

“Memang aku tak malu pun. Jadi, aku masuklah.” Balas Issabella dan melangkah masuk ke dalam rumah Hafiya seperti gaya seorang model.

“Kau masak apa beb? Aku dah lapar ni,” soal Issabella sebaik saja melabuhkan duduk di atas sofa. Melepaskan lelah buat seketika walaupun dia naik ke tingkat atas menggunakan lif.

“Datang sini terus cari makanan. Bukan nak tanya aku sihat ke tidak,” bebel Hafiya sebagai tanda gurauan. Dia tidak kisah pun jika Issabella datang ke sini untuk makan sekalipun. Saja hendak mengenakan wanita itu kerana sudah lama Issabella tidak ke rumahnya.

“Kau masih berdiri di depan aku ni kira sihatlah. Kalau kau sakit, takkanlah kau masih boleh memasak untuk aku,” balas Issabella bersahaja. Bila berjumpa dengan Hafiya, susah untuk dia bercakap serius.

“Menyampah aku! Dahlah, jom kita pergi makan. Aku dah siap masakkan untuk kau. Dah hidang pun.”

Hafiya terus melangkah ke dapur diikuti dengan Issabella.

“Wow. Banyak kau masak. Ini yang aku suka datang rumah kau ni dan bila kau ada di rumah aku. Perut aku sentiasa kenyang,” ujar Issabella dengan nada teruja sambil mengusap perutnya yang sudah berkeroncong lapar sebaik saja melihat masakan Hafiya. Masakan Hafiya memang menjadi kegemarannya kerana masakan teman baiknya sangat sedap. Dia yang pandai memasak pun kalah.

“Tak payah nak puji lebih-lebih. Aku dah lali dengan pujian kau tu,” cebik Hafiya yang memang tidak makan dengan pujian Issabella. Telinganya sudah puas mendengar ayat pujian daripada teman baiknya itu. Tak ada maknanya hatinya akan kembang setaman dek pujian itu.

Issabella ketawa dengan kata-kata Hafiya. Ada-ada saja sahabat baiknya ini.

“Jomlah kita makan. Aku dah lapar. Nanti kita sambung gaduh kejap lagi.” Tanpa menunggu Hafiya, Issabella mula menjamah masakan teman baiknya itu. Sangat sedap!

 

 

Side Note: Saya akan update bab seterusnya apabila saya tidak sibuk. Tak janji akan update setiap hari tapi akan cuba update jika ada masa free. Sila tinggalkan komen anda untuk bab seterusnya. Terima kasih.

 

Tulusly,

Hezy Rose.


Monday, August 7, 2023

HURT SERIES 5: MENGAPA ADA DUSTA?

 


BAB 1


LANGKAH yang agak perlahan itu dilajukan sedikit sambil mata melirik jam di pergelangan tangan kirinya. Terasa semput nafas Hafiya ketika ini gara-gara dia lambat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia hanya ada 25 minit sahaja lagi sebelum kapal terbang Malaysia Airline MH2610 berlepas. Tergesa-gesa Hafiya menarik bagasi 20 inci itu.

Bum!

Bagasi Hafiya dan beg tangannya terlepas dari tangan dan terjatuh menyembah lantai. Begitu juga dengan bagasi yang berwarna hitam turut terdampar di atas lantai. Nasib baik dia sempat mengimbangi badannya daripada menyembah lantai sama seperti bagasi dan beg tangannya.

Hafiya terkejut dan terkaku buat seketika gara-gara perlanggaran tadi sebelum dia bertindak mengutip bagasi dan beg tangannya dan tunduk memohon maaf.

“Maaf, saya tak sengaja. Saya nak cepat.” Hafiya membetulkan badannya kembali dan mendongakkan kepalanya. Wajah kacak sang lelaki menyapa pandangan matanya. Memiliki hidung mancung dan juga bulu kening lebat. Sempat Hafiya mencuci matanya sebelum menyedari yang dia sudah terlambat.

“Encik, sekali lagi saya minta maaf. Saya sudah terlewat. Kalau barang encik ada rosak, encik boleh hubungi saya.” Pantas Hafiya menghulurkan kad bisnesnya. Dia sudah tiada masa untuk bertanyakan sama ada lelaki itu baik-baik saja atau tidak.

“Saya minta diri dulu.” Hafiya terus berlalu dari situ tanpa sempat sang jejaka bersuara.

Afif tunduk memandang kad yang baru saja dihulurkan oleh seorang wanita yang melanggarnya tadi. Bibirnya mengorak senyuman sinis sebaik saja terbaca nama wanita itu.

 

Nur Hafiya Binti Ahmad Firus.

Business Development Executive.

 

Cantik nama orangnya. Secantik wajah itu.

“I got you, girl!” bisik Afif sendirian sebelum tunduk mengambil bagasinya tadi dan meneruskan langkah kembali. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan. Dia sangat gembira hari ini kerana dia sudah dapat apa yang dia mahukan selama ini.

Nafas lega ditarik sebaik saja dia meletakkan punggungnya di tempat duduk yang bernombor 15A. Mujurlah ketika di tiba di pintu masuk, gate masih dibuka. Jika tidak, terbang melayang duitnya nanti gara-gara terlepas kapal terbang. Lain kali dia kena turun awal berbanding tadi. Disebabkan jalan sesak dan ada kemalangan, dia hampir saja terlepas kapal terbang.

Ketika mata Hafiya melihat demonstrasi keselamatan yang terpapar pada skrin di hadapannya, tiba-tiba fikirannya melayang mengingat kembali jejaka yang dia langgar tanpa sengaja tadi. Dan dia perasan tadi yang jejaka tersebut merupakan seorang juruterbang berdasarkan baju yang dipakai oleh lelaki itu.

‘Oh my! Apa yang dia buat tadi? Nasib baik dia tidak dimarahi oleh lelaki itu.’ Kepalanya diketuk berkali-kali dek kesilapannya tadi. Harap-harap barang lelaki tadi tiada yang rosaklah. Jika tidak, mahunya melayang duit dia.

Harapkan gajinya yang ciput ini, mahunya dia minta simpati lelaki itu untuk memberi dia peluang untuk membayar barangan yang rosak itu secara ansuran. Dan yang pasti, gaji lelaki itu lagi mahal berbandingnya.

Eh, kenapa jauh sangat dia berfikir ni?

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Hafiya menyandarkan kepalanya pada kerusi dan memejamkan mata saat kapal terbang sudah naik ke udara. Dia ingin merehatkan fikirannya buat seketika sebelum dia kerah otaknya untuk kerja nanti. Pergi ke Sabah bukan untuk bercuti tetapi bekerja.

Ya, inilah jalan yang dia pilih demi kelangsungan hidup selepas kematian ibunya. Nak harapkan ayahnya, memang tidak kerana ayahnya sedang berbahagia dengan ibu tirinya. Sebelum arwah ibunya meninggal dunia, arwah sempat dimadukan oleh ayahnya. Walaupun dia marah dan tidak suka, dia hanya mampu berdiam diri memandangkan ayahnya awal-awal lagi sudah memberi amaran untuk tidak mencapuri urusan itu. Dia memilih untuk zip mulut dan dia di sini hari ini meneruskan hidupnya bekerja makan gaji. Menyibukkan diri dengan kerja kerana tidak mahu terus berada dalam kesedihan.