Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, April 26, 2020

CINTA YANG DI DAMBAKAN (BAB 1)







LANGKAH sang jejaka yang baru saja masuk ke dalam bangunan QM Auto Sdn Bhd menjadi tumpuan para pekerja wanita yang berada di situ. Dari pintu masuk sehinggalah batang tubuh sang jejaka hilang di balik pintu bilik pejabat menjadi tumpuan setiap wanita yang berada di situ.

Cuma satu, mereka hanya berani pandang tetapi tidak berani tegur kerana bos mereka itu dingin dan beku orangnya. Bukan itu saja, sangat tegas dalam hal kerja. Pantang salah sikit, mulalah kedengaran suara bos mereka yang marah itu.

Qafeel meletakkan punggungnya di atas kerusi sebelum menekan butang interkom untuk memanggil pembantunya.

“Suziana, come to my office.”

Tidak sampai satu minit, kedengaran pintu diketuk dari luar.

“Yes, coming.”

Suziana melangkah masuk setelah mendapat keizinan bosnya.

“Hari ini Encik Qaf ada mesyuarat dengan marketing department pukul 10 pagi. Lepas waktu makan tengah hari, Encik Qaf ada mesyuarat dengan client dari Korea untuk perbincangan tentang kereta yang bakal dibawa masuk bulan hadapan. Malam nanti Encik Qaf perlu entertain client kita.”

Tanpa perlu Qafeel menyuruh, Suziana membaca jadual Qafeel pada hari itu. Sudah menjadi rutin harian Suziana membaca jadual kerja Qafeel.

“Perlu ke saya hadir malam nanti Su? Awak tak boleh gantikan dengan orang lain ke?”

Sebenarnya Qafeel malas hendak keluar malam nanti. Dia ingin menyiapkan kerjanya untuk diserahkan kepada papanya esok malam nanti.

“Mereka nak Encik Qaf juga hadir malam nanti. Tak nak orang lain.” Ujar Suziana. Itu permintaan pelanggan syarikat mereka.

“Baiklah kalau macam tu. Apa yang saya boleh buat.”

Qafeel pasrah. Bukan Qafeel tidak pernah keluar untuk entertain client syarikatnya tetapi jarang-jarang sekali. Qafeel akan keluar apabila betul-betul diperlukan.

Hanya senyuman nipis Suziana mampu berikan kepada bosnya.

“Ada apa-apa lagi Encik Qaf?” soal Suziana.

“Tak ada. Awak boleh sambung kerja.”

Melihat gelengan Qafeel, Suziana meminta diri untuk keluar menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Qafeel mula membuka dokumen-dokumen yang perlu disemaknya sebelum menghadiri mesyuarat nanti. Dia tidak suka menangguhkan kerjanya.

 

 *********

 

RAUDHA menegur setiap staf yang berselisih dengannya. Itulah sifat Raudha yang paling disenangi oleh setiap pekerja di syarikat tersebut. Seorang yang peramah dan murah dengan senyuman. Yang paling penting tidak sombong walaupun Raudha merupakan anak kepada majikan mereka. Staf di situ dianggap seperti kawan sendiri oleh Raudha.

            “Morning ayah.” Ucap Raudha selepas mendapat keizinan dari Tan Sri Abrar untuk masuk ke ruangan pejabat ayahnya.

            Morning, dear. Dah breakfast?” soalan yang sering ditanya oleh Tan Sri Abrar setiap pagi sekiranya dia bersua muka dengan Raudha.

            “Dah. Adda makan roti bakar saja tadi.” Beritahu Raudha. Pasti ayahnya hendak mengajak dia untuk bersarapan.

            “Kalau macam tu jomlah teman ayah sarapan. Ayah tak sarapan lagi ni.” Ajak Tan Sri Abrar. Dan tepat sekali tekaan Raudha. Walaupun Raudha sudah makan pagi tetapi Tan Sri Abrar tetap akan mengajak Raudha untuk sarapan bersama.

            “Kenapa tak sarapan lagi? Mak Edah tak masak ke?” soal Raudha. Setahunya, pembantu rumah ayahnya akan sediakan sarapan setiap pagi dan jika ayahnya tidak sempat untuk makan di rumah, pasti dibawa untuk sarapan di pejabat.

            “Mak Edah balik kampung. Tak ada orang nak masakkan untuk ayah. Harapkan adik bongsu Adda tu, memang tak berasap dapur rumah ayah tu.”

            Tergelak Raudha mendengar bebelan Tan Sri Abrar. Tetapi tepat sekali setiap bebelan ayahnya itu. Selepas ibunya meninggal dunia, tiada lagi yang akan memasak untuk ayah jika dia atau kakaknya tidak pulang ke rumah. Nak harapkan adik bongsunya, memang taklah. Tak pandai masak. Dan nasib baik ada Mak Edah yang memasak untuk ayahnya.

            “Jomlah Adda teman ayah sarapan. Kebulur pula ayah nanti.”

            Ketawa Tan Sri Abrar dengan usikan Raudha. Ada-ada saja anak keduanya ini.

            Ketika mereka sedang menjamu selera, suara yang tidak asing di telinga Tan Sri Abrar menyapa halwa telinga. Tetapi asing bagi Raudha.

“Assalamualaikum, Abrar.” Tan Sri Abrar tersenyum melihat pasangan yang menghulurkan salam itu.

“Waalaikumussalam Taha, Suria. Dari mana ni?” balas Tan Sri Abrar. Rakan lamanya dan juga rakan seperniagaan dia. Sudah lama tidak ketemu.

“Dari rumah. Hari ini rasa hendak bersarapan di luar. Tak sangka pula terjumpa di sini.” Ujar Tan Sri Taha.

“Kalau macam tu, duduklah. Join kami makan.” Pelawa Tan Sri Abrar.

“Boleh. Sudah lama kita tak berjumpakan.” Tan Sri Taha melabuhkan duduk di sebelah Tan Sri Abrar. Manakala Puan Sri Suria duduk di sebelah Raudha.

Raudah menghulurkan tangan untuk bersalam dan disambut baik oleh Puan Sri Suria. Senyuman diukir buat wanita yang pertama kali Raudha ketemu. Mungkin ini ialah kenalan ayahnya.

“Ini anak kamu yang mana, Abrar?” soal Tan Sri Taha. Wajah gadis itu mirip sekali dengan arwah Puan Sri Ros.

“Inilah Raudha. Yang arwah Ros selalu cerita tu,” beritahu Tan Sri Abrar.

“Cantik dan manis orangnya. Sama macam namanya juga.”

Tersipu malu Raudha dengan pujian Puan Sri Suria. Jarang orang puji dia dan lebih banyak mengutuk dia dari memuji. Dan apalah cerita yang arwah ibunya ceritakan tentang dia. Harap-harap yang baik sajalah.

“Biasa-biasa saja, Puan Sri.” Raudha seorang yang rendah diri. Terasa dirirnya banyak sekali kekurangan.

“Panggil aunty Su saja.” Suruh Puan Sri Suria. Dia sudah mula suka dengan Raudha. Sebelum ini dia hanya mendengar cerita dari arwah Ros saja dan sekarang dia sudah berjumpa dengan Raudha sendiri.

“Errr...baik aunty Su.” Segan Raudha hendak memangil dengan panggilan itu. Dia hanya orang biasa dan tidak kaya. Dan dia hanya menumpang kesenangan Tan Sri Abrar. Kerana itulah dia bekerja kerana tidak mahu dituduh bukan-bukan.

“Eh! Orderlah. Kalau asyik berborak, memang tak makanlah.” Sampuk Tan Sri Abrar sambil memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.

Selepas bersarapan, Raudha kembali ke ofis manakala Tan Sri Abrar tidak pulang ke ofis memandangkan ada temujanji dengan client. Masuk saja ke pejabat, Raudha dihidangkan dengan kerja yang berlambak untuk disiapkan. Adat orang makan gaji. Hadap sajalah. Tiada yang senang di dunia ini.

Tamat saja waktu pejabat, Raudha bercadang untuk ke rumah Tan Sri Abrar memandangkan tiada siapa yang hendak memasak untuk ayahnya. Selepas mengadap kesesakan lalu lintas selama sejam, akhirnya Raudha tiba di banglo mewah milik Tan Sri Abrar.

“Assalamualaikum.” Salam dihulurkan buat si ayah yang sedang duduk di taman milik arwah ibunya.

“Waalaikumussalam. Apa mimpi anak ayah balik sini? Biasanya hujung minggu saja terpacak di rumah ayah ni.”

Walaupun mulutnya bertanya sebegitu tetapi hatinya gembira melihat Raudha pulang ke rumahnya. Jarang sekali Raudah pulang ke rumahnya. Hanya hujung minggu saja Tan Sri Abrar akan nampak batang hidung anak daranya yang satu ini selain di pejabat.

“Adda balik sini teringat kat ayahlah. Dah makan ke belum. Kalau belum Adda boleh masakkan.”

Beritahu Raudha selepas bersalam dengan Tan Sri Abrar.

“Belum. Ayah baru ingat nak keluar makan kejap lagi.” Ujar Tan Sri Abrar. Memandangkan pembantu rumahnynya tiada, terpaksalah dia makan di luar.

“Ha! Ayah tak payah makan di luar. Biar Adda masakkan untuk ayah, okay.” Mujurlah Raudha tiba awal di rumah Tan Sri Abrar. Jika tidak, pasti ayahnya sudah keluar.

“Boleh. Ayah pun dah lama tak makan masakkan anak dara ayah ni. Harapkan Alisya, memang kebulurlah ayah.”

Raudha tersenyum dengan kata-kata Tan Sri Abrar. Tahu sangat yang Alisya bukan jenis lekat di rumah. Kalau ada di rumah pun, memang Alisya takkan masak kerana adiknya itu bukan reti masak pun. Makan saja tahu.

“Alisya mana ayah?” sejak dia sampai, tidak nampak pula batang hidung si adik. Biasanya petang-petang macam ni, Alisya duduk di kolam ikan sambil memberi makan kepada ikan-ikan.

“Belum balik lagi. Katanya kelas sampai pukul 7 petang.” Beritahu Tan Sri Abrar.

“Oh! Kalau macam tu Adda masuk dalam dulu. Nak sediakan bahan untuk memasak.” Raudha meminta diri untuk masuk ke dalam.

Tan Sri Abrar membalas dengan anggukan. “Masak sedap-sedap.” Pesan Tan Sri Abrar sebelum Raudha masuk ke dalam rumah.

“Baik, bos!” canda Raudha.

Selepas mesyuarat dengan client dari Korea, Qafeel bergegas pulang ke rumah. Dia sudah tidak masuk ke pejabat memandangkan malam nanti dia perlu berjumpa clientnya lagi untuk makan malam. Pulang ke rumah ingin berehat buat seketika sebelum keluar lagi.

“Awal balik hari ini?” tegur Puan Sri Suria sebaik saja melihat si anak terunanya merebahkan badan di atas sofa. Jarang sekali anak terunanya balik awal. Matahari sudah terbenam pun belum tentu nampak batang hidung anaknya.

“Malam nanti Qaf kena keluar lagi. Nak rehat kejap.” Beritahu Qafeel dengan mata terpejam.

“Yalah. Rehatlah!” Puan Sri Suria meninggalkan Qafeel di ruang tamu dan menuju ke dapur. Ingin menyediakan minum petang buat suaminya.

 

 

NOTE: Nantikan kisah QafeelxRaudha dalam versi ebook. Akan datang menemui anda. Insya-Allah, jika tiada aral bulan 10 nanti dan merupakan ebook terakhir hezy untuk tahun ini di bawah penerbitan sendiri. Stay tune semua!

 

Tulusly,

Hezy Rose.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.