Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, April 26, 2020

CINTA YANG DI DAMBAKAN (BAB 2)






BUAT pertama kalinya Raudha menjejaki QM Auto. Selama ini Raudha hanya mendengar cerita dari Tan Sri Abrar sahaja kerana sememangnya dia tidak berminat dengan kereta yang mewah. Tan Sri Abrar jenis penggemar kereta mewah. Raudha memilih untuk menggunakan kereta biasa saja iaitu Myvi. Sesuai dengan gayanya yang low profile.

Raudah hanya mengikut saja langkah Tan Sri Abrar dan juga si adik, Alisya yang menuntut hadiah dari si ayah memandangkan Alisya berjaya mendapat pointer yang cemerlang pada semester lepas.

“Cantiknya kak Adda.” Komen Alisya sambil memandang kereta-kereta mewah yang ada di bilik pameran QM Auto.

“Ya. Kak Adda memang cantik.” Balas Raudha sambil tersenyum manis walaupun dia tahu yang Alisya membicarakn tentang kereta ketika itu.

Mencebik Alisya apabila mendengar Raudha memuji diri sendiri.

“Isya bukan cakap pasal kak Addalah. Isya cakap tentang kereta ni. Rambang mata pula nak pilih.”

Ketawa Raudha dengan reaksi Alisya. Pantang betul Alisya jika dia memuji diri sendiri. Siapa lagi hendak memujinya jika bukan dia. Alisya memang tak akan puji dialah.

“Selamat pagi, uncle.” Qafeel menegur Tan Sri Abrar sebaik saja dia melihat Tan Sri Abrar menghampiri ruangan menunggu.

“Selamat pagi, Qaf. Sihat?” senyum Tan Sri Abrar sambil menyambut salam dari Qafeel.

“Alhamdulillah, sihat. Uncle pun Qaf tengok sihat dan semakin berseri-seri ya,” komen Qafeel. Bukan main ceria lagi Tan Sri Abrar sekarang. Tidak lagi seperti dulu selepas kematian Puan Sri Ros.

Ketawa Tan Sri Abrar dengan kata-kata anak muda yang sudah di anggap seperti anak sendiri.

“Yalah. Uncle senang hati sebab kesemua anak-anak perempuan uncle ada di depan mata semuanya sekarang ini,” ujar Tan Sri Abrar. Tidaklah dia risau fikirkan akan keselamatan anak gadisnya jika semua berada dekat dengannya. Walaupun Rasyida sudah berumah tangga tetapi setiap bulan pasti anak perempuan sulungnya akan pulang ke rumahnya.

“Sebut tentang anak perempuan uncle ni, yang mana satu hendak beli kereta?” soal Qafeel apabila melihat ada dua perempuan yang mengikut langkah Tan Sri Abrar.

“Yang ni. Alisya.” Ujar Tan Sri Abrar sambil jarinya menghala ke arah Alisya yang tersengih di sebelah Raudha.

Qafeel menghadiahkan senyuman buat Alisya. Dan perempuan di sebelah Alisya itu mungkin adik Alisya.

“Oh! Adik Alisya tak nak beli kereta ke?” soal Qafeel sambil memandang ke arah Raudha.

Berkerut dahi Tan Sri Abrar dengan soalan Qafeel itu. “Adik?” Alisya anak bongsunya. Dia mana ada anak lain.

“Ya. Sebelah Alisya.” Angguk Qafeel dengan yakin.

Gelak tawa Tan Sri Abrar memenuhi ruangan menunggu itu.

“Yang sebelah tu kakak Alisya. Namanya Raudha. Bukan adik,” beritahu Tan Sri Abrar dengan sisa ketawanya. Pagi-pagi Qafeel buat lawak pula.

Ah, I’m sorry. Qaf ingatkan adik Alisya tadi sebab tinggi Alisya dari kakaknya.” Komen Qafeel untuk menutup malunya. Boleh pula dia tersalah anggap. Aduhai!

Tetapi melihat tinggi Raudha yang hanya separas tengkuk Alisya, memang dia ingatkan adik kerana Raudha kecil orangnya berbanding Alisya yang tubuhnya sedikit berisi. Dan jika wanita itu tidak memakai heels, mungkin hanya separas bahu Alisya barangkali.

Raudha hanya tersenyum nipis. Ingin gelak tetapi dia tahan kerana tidak mahu Qafeel rasa malu dengan dia.

It’s okay, Qaf. Memang orang akan anggap yang Raudha adik Alisya. Perkara biasa.” Beritahu Tan Sri Abrar. Ya, setiap kali kawan-kawannya melihat Raudha dan Alisya jalan bersama pasti akan tersalah sangka. Itu perkara biasa bagi Tan Sri Abrar sekeluarga.

“Oh, kalau macam tu, jomlah Qaf tunjukkan kereta. Ada model yang terbaru, baru sampai dua hari lepas.”

Tan Sri Abrar dan anak-anaknya mengikut langkah Qafeel menuju ke bilik pameran kereta. Alisya mula teruja melihat kereta-kereta mewah yang sememangnya menjadi idaman dia sejak dari dulu tetapi si ayah sengaja tidak mahu beli kerana ingin Alisya fokus pada pelajaran.

“Kak Adda, sesuai tak dengan Isya kalau bawa kereta ni?” soal Alisya yang sedang duduk di tempat pemandu untuk kereta Audi.

“Kalau Isya suka yang sport, bolehlah ambil yang ni. Tapi, since Isya suka shopping dan keluar bersama kawan-kawan, kak Adda rasa baik Isya ambil yang besar sikit.” Cadang Raudha.

“Hmmm…betul juga tu.” Fikir Alisya. Setuju dengan cadangan yang diberikan oleh si kakak.

Tan Sri Qafeel hanya memandang dari jauh. Dia berbual dengan teman bisnesnya yang kebetulan ingin membeli kereta baru. Jadi, dia biarkan Alisya memilih sendiri keretanya ditemani Raudah.

Manakala Qafeel leka memandang Raudha. Kenapa Qafeel tidak pernah tahu yang Tan Sri Abrar mempunyai anak gadis secantik Raudha. Sebelum ini dia hanya kenal Rasyida dan ada juga arwah Puan Sri Ros menyebut nama Alisya tetapi tidak Raudha.

Jika tidak fikirkan yang dia sudah mempunyai cinta hati, Qafeel pasti melamar Raudha menjadi isterinya. Jauhnya kau berangan Qafeel.

“Dah pilih?” soal Tan Sri Abrar sebaik saja Alisya dan Raudha duduk di sebelahnya.

“Dah. Isya dah pilih.” Angguk Alisya. Itu pun selepas dia berpuas hati dengan kereta yang dipilihnya. Susah untuk dia membuat pilihan memandangkan kereta-kereta yang ada di situ semuanya mewah.

“Selesai semua urusan pasal kereta, Qaf akan call uncle.” Beritahu Qafeel selepas Tan Sri Abrar menurunkan tanda tangan di atas beberapa dokumen penting. Begitu juga dengan Isya. Manakala Isya hanya menjadi pemerhati.

“Baik, Qaf.”

Selepas itu Tan Sri Abrar meminta diri untuk berlalu dari situ. Raudha dan Alisya mengekori langkah si ayah dari belakang.

Lama Qafeel memandang susuk tubuh Raudha. Wanita itu agak pendiam dan pemalu pada pandangan mata kasarnya. Entah mengapa, wanita itu seakan ada daya tarikan untuk Qafeel pandang.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.