PROLOG
HANINA ANASTASYIA
ADELAIDE, Jun 2016...
KISAH cinta ini mampukah bertahan hingga ke akhirnya? Perkahwinan yang bakal dibina mampukah berkekalan hingga akhir nafasku?
Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan si dia, pernah aku terfikir seperti itu. Mampukah cinta ini bertahan dan kekal selamanya. Rasa ragu-ragu itu wujud setelah si dia melamar aku untuk menjadikan aku sebagai suri hatinya.
Bukan tidak cinta tetapi kerana si dia membuat keputusan untuk berkahwin di sini tanpa pengetahuan keluarganya. Yang tahu hanya keluarga aku kerana aku memerlukan wali untuk berkahwin.
Dan hari ini, cukup satu tahun kami berkahwin.
Alhamdulillah. Perkahwinan kami masih bertahan sehingga hari ini. Tetapi waktu mendatang aku sendiri tidak pasti.
Bunyi loceng rumah yang ditekan berkali-kali menyentak lamunan aku yang sibuk fikirkan tentang perkahwinan aku dan si dia memandangkan hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami.
Aku melangkah menuju ke pintu masuk untuk melihat siapakah gerangan yang menekan loceng tersebut. Tidak mungkin Hud kerana lelaki itu sudah memiliki anak kunci rumah sendiri.
“Mrs. Hanina Anastasyia?” tegur seorang wanita sambil memegang jambangan bunga yang diselitkan coklat bersama.
“Yes, I am.”
“This for you.” Jambangan bunga tersebut dihulurkan kepada aku dan wanita meminta aku untuk turunkan sign di atas kertas yang disediakan.
Selepas menutup pintu rumah, aku mencari-cari siapakah gerangan pengirim jambangan bunga ini.
Ada kad.
Kad tersebut aku ambil dan baca dengan perasaan gembira.
Aku cam tulisan Hud.
I will never stop loving you, dear love.
You are my sunshine, my happiness, my breath.
You are my everything, love.
Happy 1st Anniversary, love.
Your husband,
Hud Mukhriz.
Lantas tanpa bertangguh lagi, aku menghubungi suamiku. Tidak perlu menunggu lama, hanya satu deringan sahaja suara suami aku sudah kedengaran.
“Hubby!” panggil aku dengan nada gembira.
“Happy first anniversary, my love.” Ucap Hud dengan nada romantik di hujung talian.
“Thank you, husband. Happy first anniversary too. Bie balik awal ya. I have surprise for you.” Aku sudah merancang untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami dan membuat kejutan untuk Hud.
“Bie tak sabar nak tahu apa kejutan love tu. Okeylah love, bie kena letak dulu. Ada kerja yang perlu bie siapkan.”
Tidak dapat berbual lama memandangkan Hud memang sibuk. Hud sudah bekerja manakala aku masih lagi belajar. Hud merupakan senior aku walaupun kami berbeza jurusan tetapi fakulti yang sama.
“Okey bie. See you later. I love you.”
“I love you too, my love.” Balas Hud sebelu menamatkan panggilan tersebut.
Aku masih tersenyum sendirian di atas kerusi sofa sambil mencium bau dari bunga ros segar yang dihadiahkan oleh Hud. Angau dengan cinta lelaki yang bernama Hud Mukhriz.
Sungguh! Aku cintakan dia.
Tulusly,
Hezy Rose.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.