Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Wednesday, February 24, 2021


 

 

BAB 1

HUD MUKHRIZ

 

Adelaide, November 2016...

 

SUASANA pagi yang dingin mengejutkan aku dari tidur lenanya dek deringan telefonnya yang tidak berhenti dari tadi. Aku mengagau iPhone yang sejak dari tadi berdering di atas meja yang terletak di sisi katilnya. Mata masih lagi mengantuk. Dicelik mata ini untuk melihat pemanggil yang menganggu tidur.

“Ya. Ada apa mummy?” soal aku sebaik saja meletakkan telefon di telinga.

Mendadak aku bangun dari terus berbaring. Terkejut menerima berita tentang daddy sakit. Aku berpaling seketika ke sisi kanan dan Hani masih lagi lena dibuai mimpi. Terus akubangun dan keluar dari situ. Tidak mahu tidur Hani terganggu dek perbualan aku dan mummy.

“Tapi mummy. Hud tak boleh.” Bantahku di hujung telefon itu. Suara sedikit tinggi.

“Tengoklah. Hud akan balik untuk tengok daddy.” Akhirnya aku memutuskan panggilan tersebut.

Keluhan dilepaskan. Terus hilang rasa kantukkuselepas mendengar permintaan mummy tadi. Tiada cara lainkah untuk selamatkan syarikat keluarga kami yang dalam keadaan gawat ketika ini.

Permintaan mummy sangat berat hendak aku tunaikan. Kenapa perlu berkahwin? Aku sudah ada Hani dan hanya Hani yang aku cintai. Hanya dia bidadari aku.

“Bie...kenapa ni?” suara serak-serak basah Hani menyapa halwa telingaku. Hani sudah duduk di sebelah. Dia melentokkan kepala pada dadaku seraya memelukku. Sangat manja perlakuannya.

Macam mana aku nak duakan Hani sedangkan dialah wanita yang aku cinta.

“Kenapa bangun ni?” soalku lembut. Rambutnya, aku cium berkali-kali. Aku sangat suka akan bau rambut Hani. Sangat menggoda jiwa dan menenangkan hati yang resah.

“Bie tak ada sebelah. Macam mana Hani nak lena.” Rengek Hani manja.

Dan aku hanya tersenyum mendengar rengekan si isteri.

‘Aduhai, love! Macam mana I nak tinggalkan you nanti.’

Wake up! Kita tidur dalam bilik.” Aku mengejutkan dia dari terus terlena.

“Dukung.” Pinta Hani sepatah.

Mengerti akan permintaan isteri, aku terus mengangkat tubuh itu menuju ke bilik tidur kami.

Pagi itu, Hani ke kelas seperti biasa. Manakala aku menuju ke tempat kerja. Dan Hani perasan yang aku sedikit lain pagi itu. Tetapi aku buat-buat tidak nampak akan pandangannya itu.

 

 

 

 

 

HANINA ANASTASYIA

 

JAUH aku termenung tentang perubahan tingkah-laku Hud pagi tadi. Suamiku nampak sedikit lain. Ada masalahkah suaminya itu?

Perkahwinan kami sudah menjangkau setahun pada bulan Jun lalu. Aku berharap sangat yang kami akan dikurniakan cahaya mata. Aku sudah tidak sabar hendak mempunyai anak sendiri. Alangkah indahnya jika aku mengandung sekarang ini.

“Hani!” suara yang sangat familiar pada telingaku. Lantas aku berpaling ke arah suara itu.

“Eh! Jaja. Kenapa?” soalku apabila melihat nafas Jaja seakan-akan tercungap. Jaja atau Hajar Basyirah merupakan dua pupu Hud. Dan juga merupakan teman rapat aku.

“Kau tahu tak yang daddy Hud tengah sakit sekarang ni?” soalan Jaja membuatkan aku menggelengkan kepala. Tanda aku tidak tahu akan perkara itu.

“Hud tak bagitahu kau ke? Hud tak ada cerita apa-apa pada kau?” soal Jaja bertalu-talu.

Dan aku hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.

“Balik nanti aku tanya Hud.” Ujarku setelah lama berdiam diri.

Jaja rasa serba-salah apabila melihat wajah keruhku.

“Aku minta maaf Hani.”

“Kau tak salah. Nasib baik kau beritahu aku.” Aku hanya tersenyum hambar. Kerana itukah Hud nampak lain pagi tadi.

“Okaylah aku pergi dulu.” Jaja meminta diri dan berlalu dari situ.

Aku pulang ke apartment sebaik saja kelas tamat. Tiada mood hendak ke library kerana fikirannya sesak memikirkan kenapa Hud merahsiakan semua itu daripadaku. Hud masih menganggap aku sebagai isterinyakah atau tidak? Sedangkan kami saling mencintai antara satu sama lain.

Keluhan dilepaskan perlahan. Badan aku rebahkan di atas katil kerana badan dan fikiran ini terlalu letih. Dan tidur ialah jalan penyelesaian yang terbaik ketika ini.

Bunyi titisan air di dalam bilik air mengejutkan aku dari lena. Aku mencelikkan mata dan melihat jam di dinding. Sudah masuk waktu maghrib rupanya. Lena betul aku tidur. Dan Hud pun sudah pulang.

“Love dah bangun. Bie ingat nak kejut sekejap lagi.” Suara Hud menyapaku yang sedang menyandar di kepala katil.

“Hmmm...” hanya itu balasan yang diberi. Aku tiada mood hendak bercakap dengan Hud apabila teringatkan akan hal tadi.

Aku nampak dahi Hud berkerut-kerut. Perasan akan perubahan aku barangkali kerana biasanya mulut aku becok membalas setiap kata-katanya.

Aku turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Badan terasa sangat melekit. Balik tadi tidak mandi dan terus tidur. Terasa segar badan selepas mandi. Hilang sudah rasa tidak bermaya itu.

“Are you okay, love?” soal Hud sebaik saja aku melipat telekung solat dan diletakkan di penjuru katil.

Dan aku memilih untuk diam seketika sebelum membalas pertanyaan Hud. Memilih kata-kata yang sesuai supaya tidak timbul pergaduhan.

“Kenapa bie tak beritahu Hani yang daddy bie sakit? Kenapa rahsiakan semua itu?”

Jelas sekali wajah Hud terkejut dengan soalan yang aku utarakan itu. Tidak sangka aku tahu akan hal itu barangkali.

“Love tahu dari mana ni?” soal Hud ingin tahu dan seperti dapat mengagak siapa yang memberitahuku.

“Jaja.” Jawabku sepatah. Kalau aku tidak beritahu Hud pun, dia pasti tahu siapa yang menyampaikan berita itu kepadaku.

“Love...bie bukan tak nak beritahu tapi bie tak nak love risau. Pagi semalam mummy call bie dan beritahu yang daddy sakit.” Cerita Hud kepadaku.

Oh, jadi sewaktu Hud tiada disebelahku dia keluar bercakap dengan mummynya lah.

“Habis tu kalau Jaja tak cerita pada Hani, bie takkan beritahulah kan?” soalku lagi. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hud.

“Bie tetap beritahu love sebab bie bercadang untuk balik tengok daddy.” Beritahu Hud.

“Bila? Hani ikut.” Pintaku laju sebaik saja mendengar kata-kata Hud itu.

Next week tapi love tinggal sini ya. Bie tak nak mummy terkejut nanti. Lagipun, bie belum bersedia hendak beritahu keluarga bie tentang hubungan kita.” Jelas Hud padaku.

Tidak tahukah Hud yang hatiku terguris dengan kata-kata itu. Seakan aku tiada nilai di matanya kerana dia lebih memilih untuk merahsiakan perkahwinan kami daripada pengetahuan keluarganya.

Kenapa?

Lelaki itu risau yang keluarganya tidak akan merestui hubungan kamikah?

“Kalau itu kata bie, Hani ikut.” Aku memilih untuk mengalah walaupun hati ini seribu kali kecewa. Dan aku tidak mahu memanjangkan perkara itu kerana risau akan berlaku pertengkaran di antara aku dan Hud.

“Sorry, love.”

Aku tidak tahu ucapan maaf itu sama ada Hud betul-betul maksudkan atau tidak. Lihat dari riak wajahnya, aku tahu itu riak wajah bersalah kerana tidak dapat memenuhi permintaan aku.

“It’s okay, bie.” Aku cuba untuk mengukir senyuman manis tetapi entahlah, terasa amat sukar. Terasa seperti jauh dengan Hud, suami yang aku cinta.

 

 

 

 

NOTE: BAB 2 mungkin akan di update minggu depan. Hezy sedang edit cerita ni dan tukar POV. Terima kasih sudi baca.

 

Tulusly, 

Hezy Rose.

 

 



 

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.