BAB 1
DENGAN lagak macho, Megat Fitri melangkah masuk ke lobi hotel. Para pekerja yang sedang menanti lift memandang bos mereka. Terutama sekali pekerja-pekerja wanita. Mata mereka melekat memandang pada bos kacak itu sehinggalah pintu lift terbuka.
Megat Fitri melangkah masuk ke dalam lift khasnya. Tingkat tiga puluh ditekan iaitu menuju ke pejabatnya. Setibanya di hadapan meja PAnya, Megat Fitri memanggil Hayati masuk ke dalam biliknya.
"Hari ini bos ada meeting dengan Tan Sri Badrul tentang majlis perkahwinan anaknya yang akan diadakan di sini tidak lama lagi. Dan lunch appointment dengan Puan Sri." Jelas Hayati selaku PA kepada Megat Fitri. Hayati sudah lama bekerja di situ sejak Tan Sri Megat Zubir lagi.
"Belum selesai lagi ke kak Yati perbincangan majlis perkahwinan anak Tan Sri Badrul? Bukankah Arsyad dah handlekan ke?" soal Megat Fitri. Semakin bertambah pula kerjanya.
"Belum lagi bos. Tan Sri Badrul nak juga jumpa bos. Tan Sri nak bos sendiri yang handle mahjlis itu." Beritahu Hayati.
"Baiklah." Akur Megat Fitri. Susah bila ada pelanggan yang cerewet. Dengan dia sekali terpaksa turun padang.
"Ada apa-apa lagi bos?" soal Hayati sebelum beredar.
"Give me a cup of espresso, kak Yati." Pinta Megat Fitri. Dan Hayati mengangguk sebelum melangkah keluar.
Megat Fitri memandang pesanan WhatsApp dari kekasih hatinya, Melinda. Dia tersenyum membaca pesanan itu. Rasanya sudah dua hari dia tidak bertemu dengan kekasihnya memandangkan jadualnya padat. Hanya sempat membalas WhatsApp saja.
'Let's meet tonight. Dinner on me.'
Megat Fitri membalas pesanan itu dan meletakkan iPhone X miliknya di atas meja. Ada kerja yang perlu dia selesaikan sebelum berjumpa dengan kekasih hatinya itu.
Melinda tersenyum memandang pesanan WhatsApp daripada kekasihnya itu. Finally, dapat juga berjumpa dengan kekasih hatinya.
"Senyum saja adik kak long ni. Ada apa-apa ke?" soal Melina yang baru saja selesai menjemur kain di ampaian.
"Malam ni Megat ajak Lin dinner." Beritahu Melinda tanpa selindung.
"Patutlah gembira lain macam saja." Balas Melina. Dia tersenyum melihat adiknya gembira.
"Kak long, Lin nak pinjam duit boleh?" soal Melinda.
"Lin nak bila? Kak long cuba usahakan." Balas Melina. Untuk menghampakan permintaan adiknya tidak mungkin walaupun dia sendiri kesempitan wang memandangkan dia menjual kuih dan nasi lemak untuk menampung keluarganya. Dan dia juga masih mempunyai adik yang beradik di universiti selain Melinda dan dua orang lagi adik yang bersekolah.
"Minggu ni boleh?" pinta Melinda.
"Lin nak berapa? Kalau RM200 bolehlah tapi kalau banyak, minggu ni tak sempat," balas Melina.
"RM600. Nak beli barangan untuk rekaan nanti. Tak mengapa, kak long bagi dulu RM200. Lagi RM400 bagi minggu depan," ujar Melinda.
"Insya-Allah Lin. Kak long usahakan." Senyum Melina. Mana dia nak cari RM400 untuk diberikan kepada adiknya minggu depan?
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.
Melina memandang Melinda melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka. Dia melepaskan keluhan perlahan. Dia bangun dan melangkah ke dapur. Ada tempahan kuih yang perlu dia siapkan.
Selesai saja menyiapkan tempahan kuih-muih untuk satu majlis, Melina merehatkan badannya buat seketika. Sejak akhir-akhir ini, dia mudah berasa letih. Mungkin kerana dia tidak cukup rehat.
Pada malam itu, Megat Fitri makan malam bersama dengan Melinda. Dan pada malam itu juga, dia berhajat untuk melamar Melinda. Ingin menyunting kekasihnya untuk menjadi yang halal untuknya setelah lima tahun menyulam cinta. Walaupun jarak umur mereka enam tahun tetapi itu tidak membuatkan Megat Fitri berasa tua atau tidak serasi dengan Melinda walaupun kadang-kadang Melinda berperangai kebudak-budakan.
"Candle light dinner?" soal Melinda teruja. Walaupun sudah banyak kali mereka bercandle light dinner tetapi rasa teruja Melinda tidak dapat di selindung. Megat Fitri sangat romantik.
"Like usual," balas Megat Fitri sambil tersenyum.
"So romantic," puji Melinda.
Mereka mula makan sebaik saja appetizer dihidangkan oleh pelayan. Ketika mereka menikmati dinner, alunan muzik romantik dimainkan dengan biola. Suasana cukup romantik. Melinda tersenyum manja memandang Megat Fitri.
"Thank you, sayang." Ucap Melinda.
"My pleasure, love." Balas Megat Fitri bersama senyumannya. Dia gembira apabila kekasihnya gembira.
Melinda menolak dessert di dalam pinggannya. Dia tidak suka makan makanan manis pada waktu malam kerana bimbang berat badannya naik.
"Dah kenyang?" soal Megat Fitri.
Dan Melinda hanya membalas dengan anggukan.
"Lin, I ada benda nak beritahu you ni," ujar Megat Fitri serius. Matanya tepat memandang Melinda.
"Apa dia sayang?" soal Melinda ingin tahu.
"Family I nak masuk meminang you, next week." Beritahu Megat Fitri.
"What? Meminang I? Sayang, you tahukan I belum bersedia lagi untuk melangkah ke arah itu." Beritahu Melinda. Terkejut apabila kekasihnya ingin masuk meminangnya.
"Meminang saja Lin. Bukan kahwin. Sekurang-kurangnya kita ada ikatan. Tak adalah orang nak mengata bila you asyik keluar dengan I," ujar Megat Fitri. Berharap Melinda akans setuju.
"Tapi I belum bersedia lagi nak jadi tunang you, Fit. You pun tahukan I masih belajar. Dan cita-cita I untuk jadi pereka fesyen." Melinda mengharapkan Megat Fitri faham. Sebenarnya dia tidak mahu terikat dengan Megat Fitri kerana tidak bebas untuknya ke sana sini.
"I know. Dan I takkan halang cita-cita you itu." Balas Megat Fitri. "Please... kita bertunang saja." Rayu Megat Fitri.
"Beri I masa. I balik bincang dengan keluarga I." pinta Melinda walaupun dia sudah ada keputusan.
"Okay. Baiklah." Akur Megat Fitri.
*****
MELINA menjejakkan kaki di lobi hotel MF Tower yang tersergam indah di bandar itu. Semalam, dia mendapat panggilan daripada staff di hotel itu. Menyatakan dia lulus temu duga. Dan dia sangat-sangat bersyukur kerana Allah memakbulkan doanya. Alhamdulillah.
"Saya Melina. Saya dapat panggilan daripada Puan Durrah semalam. Dia..." belum sempat Melina menghabiskan kata-katanya, penyambut tetamu itu memotong kata-katanya.
"Oh, Cik Melina. Puan Durrah minta Cik terus ke tingkat 29 ya." Senyum penyambut tetamu wanita itu.
"Baiklah. Terima kasih, Cik Ain." Ucap Melina sebelum melangkah pergi dari situ. Menuju ke lift. Nasib baik tiada orang lain di dalam lift. Melina berasa sedikit gugup tetapi cepat-cepat ditenangkan perasaannya saat itu.
Setibanya di tingkat 29, dia terus mencari Puan Durrah dengan bertanya staff di situ. Nasib baik staff-staff di situ jenis mesra dan baik.
"Cik Melina. Sila-sila," Puan Durrah menjemput Melina masuk ke ruangannya. Melina meletakkan punggungnya setelah Puan Durrah menjemputnya duduk.
"So saya akan letakkan Cik Melina di bahagian pengurusan. Cik Melina akan uruskan hal-hal di dapur. Apa-apa hal, semua kru di dapur akan rujuk pada Cik Melina." Jelas Puan Durrah. Setelah meneliti kelulusan Melina, dia membuat keputusan untuk meletakkan wanita itu di bahagian sebagai pengurus bahagian dapur memandangkan wanita itu mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda hospitality and management.
"Baik, Puan." Angguk Melina. Sebenarnya dia tidak kisah diletakkan di bahagian mana, janji dia dapat kerja yang halal dan melaksanakan tugas dengan baik.
"Jom, saya akan perkenalkan dengan pekerja-pekerja di sini dan juga bawa Cik Melina turun ke bahagian dapur hotel. Kalau bertuah, dapat jumpa GM," ajak Puan Durrah.
"Panggil saja Melina atau Mel. Tak perlu ada cik." Beritahu Melina. Dia kurang selesa dengan panggilan itu.
"Kalau macam tu, saya panggil Mel sajalah." Balas Puan Durrah. Suka dengan sikap merendah diri Melina.
Selepas berkenalan dengan para pekerja, Melina duduk di tempatnya. Nampaknya bukan rezeki dia untuk bertemu dengan GM hotel tersebut. Tidak mengapalah. Hari lain saja. Dia datang sini untuk bekerja bukan merenyam.
Setibanya waktu lunch, gadis yang bernama Syiqa menghampiri Melina untuk mengajak makan tengah hari bersama. Melina gembira kerana tidak sampai satu hari dia berada di situ, sudah ada teman untuk berbual dan makan bersama. Jadi, tidaklah dia sendirian di situ.
Megat Fitri yang baru saja melangkah masuk ke restoran hotel, terhenti langkahnya apabila melihat seorang wanita yang wajahnya sangat mirip Melinda si kekasih hati. Tidak mungkin Melinda ke sini kerana setahunya Melinda ada kelas hari ini dan jarang sekali Melinda datang melangut di hotel miliknya itu.
"Siapa tu?" soal Megat Fitri kepada PAnya.
"Oh! Itu pekerja baru. Tak silap kak Yati namanya Melina. Orang yang akan uruskan hal di dapur nanti. Yang gantikan Encik Fakrul." Beeitahu Hayati bagi menjawab pertanyaan Megat Fitri.
"Oh!" Megat Fitri mengangguk tanda mengerti dan kenapa wajah wanita itu mirip sekali dengan Melinda. Adakah mereka pelanduk dua serupa?
"Kak Yati, nanti minta fail Melina dengan HR dan letak atas meja saya." Arah Megat Fitri. Perasaan ingin tahunya membuak-buak akan perihal Melina.
"Baik,bos!" akur Hayati walaupun beribu persoalan bermain di benaknya ketika ini.
Tulusly,
Hezy Rose

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.