Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Monday, August 30, 2021

MENITI CINTA

 


BAB 2



KAKI MELANGKAH tanpa arah tujuan. Fikiran Zalfa melayang memikirkan permintaan ex-senior dia sewaktu di sekolah menengah dan juga universiti suatu ketika dahulu. Dan dia tidak tahu kenapa, dia perlu berjumpa dengan ex-senior lagi. Macam mana tak jumpa balik kalau lelaki itu merupakan teman rapat abangnya. Huh!

Pening kepalanya dengan permintaan tidak masuk akal oleh lelaki yang bernama Isyq Azfar. Ya, lelaki yang melanggar di tempoh hari.

Nak tahu tak apa permintaan ex-senior dia tu?

Azfar minta dia untuk jadi isterinya dan gantikan tempat kakak lelaki itu yang tak jadi kahwin kerana tunang kakaknya meninggal dunia. Dan Zalfa turut bersimpati dengan apa yang menimpa kakak lelaki itu tetapi kenapa perlu libatkan dirinya? Tak faham betul! Carilah perempuan lain. Berlambak lagi di luar sana.

Ada satu lagi yang Zalfa tak faham dengan lelaki itu, ada ke patut dia minta nak kahwin sebulan saja. Gila ke apa mamat tu! Huh!

Yang itu satu hal. Dan satu hal lagi, bulan dua mana cukup 30 hari. Hanya 28 hari saja.

Haih! Pening kepala aku fikirkan semua itu. Agaknya otak lelaki itu dah biul barangkali. Dah la setiap kali jumpa mesti gaduh. Macam mana hendak duduk serumah nanti. Semestinya akan tercetus perang. Nak kata kurang bijak, sewaktu zaman sekolah dan universiti dulu selalu saja mendapat anugerah.

Ini belum lagi keluarga dia tahu akan hal itu. Dan Zalfa pun tak tahu macam mana nak beritahu keluarganya nanti.

Zalfa melepaskan keluhannya. Penat!

Sedang asyik Zalfa berjalan, iPhone 8nya berdering minta dijawab. Tertera nombor yang Zalfa tidak kenal di skrin telefon pintarnya. Dan jarang sekali dia mendapat panggilan dari nombor yang dia tidak kenali.

Nak jawab atau tidak?

Zalfa berura-ura mahu jawab atau tidak. Tetapi kata hatinya menyuruh dia menjawab panggilan itu. Dan kata hatinya mengatakan panggilan itu penting. Jadinya, dia membuat keputusan untuk menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum." Zalfa memberikan salam sebaik saja dia menjawab panggilan itu.

"Waalaikumussalam." Jawab si pemanggil di hujung talian itu.

Hmmm... suara lelaki. Macam pernah dengar tapi siapa ya?

"Siapa ni?" soal Zalfa kerana rasa ingin tahu terlalu tinggi. Jarang sekali dia mendapat panggilan dari lelaki melainkan yang tersilap nombor atau kliennya.

"Takkan tak kenal? Baru dua jam yang lepas kita jumpa. Dah lupa ke?" balas si pemanggil lelaki itu.

Zalfa diam seketika dan cuba mengingati siapa yang dia jumpa hari ini selain ex-seniornya.

Kejap! Jangan kata si pemanggil ini ialah Isyq Azfar.

"Dah ingat siapa yang you jumpa?" soal si pemanggil itu setelah lama Zalfa berdiam diri. "Ke you ada jumpa lelaki lain selepas jump I?" sengaja Azfar hendak mencari gaduh dengan Zalfa.

"Ini Isyq Azfar ke?" soal Zalfa inginkan kepastian kerana tidak mahu tersalah teka nanti walaupun hatinya yakin mengatakan bahawa lelaki itu ialah Isyq Azfar. Ex-seniornya dulu.

"Ternyata memori you masih lagi kuat. I lah, Azfar. Siapa lagi?" Azfar mengiakan tekaan Zalfa. Tiada sebab untuk dia berselindung identitinya.

Dah agak dah! Memang betul kata hatinya.

"Dari mana you dapat nombor telefon I ni, Azfar?" soal Zalfa kehairanan. Seingatnya, tadi dia tidak bagi pun nombor telefonnya pada lelaki itu. Tetapi macam mana lelaki itu boleh tahu nombor telefonnya?

"You lupa agaknya yang I ni teman baik abang you," ujar Azfar di hujung talian. Memang dia minta nombor telefon Zalfa dengan Zarif pun. Untung juga ada Zarif sebagai abang Zalfa. Senang kerjanya.

Laju saja tangan kiri Zalfa menepuk dahi sendiri. Ya Allah! Macam mana dia boleh lupa. Tapi yang abangnya pun satu, baik hati sangat beri nombor telefon dia pada lelaki itu kenapa?

"Ada apa you call I ni?" soal Zalfa.

"Tentang cadangan I... eh! Nope! Bukan cadangan tapi permintaan I tadi. Macam mana? You setuju?" soal Azfar. Terus ke tujuan asal dia menelefon Zalfa.

Zalfa mengeluh perlahan. Dia belum lagi fikirkan soal itu. Tak boleh ke beri dia masa? Stress betul dengan lelaki sorang ni.

"I tak setuju! I tak dapat tunaikan permintaan you tu." Akhirnya Zalfa memberi kata putus. Nak sangat jawapannya kan? Ha! Padan muka.

"Betul you tak setuju?" soal Azfar tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Bukan jawapan itu yang dia hendak dengar. Dia ingat Zalfa akan setuju dengan permintaannya itu.

"Betullah. I tak setuju!" dengan yakin Zalfa menjawab.

"Bukankah tadi I dah pesan yang I tak nak dengar perkataan 'Tidak', 'No' dan 'Tidak setuju'?" tekan Azfar. Menegaskan kata-katanya tadi. Suaranya bertukar serius.

"Ingat tapi you nak sangatkan jawapan dari I. So, I bagilah jawapan yang you minta tu. Lagipun, hati I bukan pada you. And one more thing, your plan is crazy! And i don't agree with that."

Balas Zalfa dengan serius. Kalau Azfar boleh serius, dia pun akan serius.

"Okay. Tak mengapa. Tapi you jangan menyesal sebab tak setuju dengan rancangan I. You tengoklah nanti apa yang I akan buat." Jelas sekali Azfar dengan mengugut Zalfa.

Tanpa sempat Zalfa membalas kata-kata Azfar, lelaki tu terlebih dahulu menamatkan panggilan itu. Zalfa menarik nafas dan menghembuskan perlahan-lahan. Menahan sabar di hati. Terasa berat sekali kepalanya saat ini memikirkan ugutan Azfar sebentar tadi.

Dia ingat, dengan menolak permintaan lelaki itu, masalah sudah selesai tetapi tidak. Dan mungkin masalah lain pula akan timbul. Agak-agak, apa yang lelaki itu bakal lakukan nanti?

Huh!

Sangat penat dan boleh sakit jiwa!

 

 

******

 

 

'ISYQ AZFAR Tan Sri Lukman bakal menamatkan zaman bujang.'

Salah satu tajuk yang terpampang di muka hadapan akhbar hari ini. Okey! Baca tajuk tu Zalfa tidak terkejut lagi tetapi sebaik saja dia membaca apa yang ditulis oleh wartawan memang dia sangat terkejut. Berita yang cukup memeranjatkan dia dan membuatkan jantungnya hampir berhenti mengepam darah.

Sejak bila dia setuju hendak berkahwin dengan lelaki itu? Sedangkan semalam dia menolak lamaran lelaki itu. Ke lelaki itu salah dengar? Atau sengaja cari masalah?

Habislah kalau abi dan umi dia tahu. Dia nak jawab apa nanti dengan ibu bapanya nanti? Mental betullah Isqy Azfar ni!

Zalfa melepaskan keluhan kasar. Geram dan menahan marah pada Azfar. Ternyata lelaki itu tidak main-main dengan ugutannya semalam.

Akhbar yang berada di atas meja kopi di ruang tamu atas, di ambil dan di bawa masuk ke dalam biliknya untuk di simpan. Harap-harap abi dan uminya belum baca lagilah. Kalau tak, memang dia dalam masalah. Dan selepas ini dia perlu menghubungi Azfar untuk meminta penjelasan lelaki itu.

Zalfa turun ke bawah semula untuk bersarapan. Tetapi belum pun kakinya menjejaki anak tangga yang terakhir, susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berbual dengan ibu bapanya dan abang sulungnya, Zarif Fahmi.

'Apa lelaki itu buat di rumah aku?' bisik hati kecil Zalfa. Di dalam hatinya penuh dengan tanda tanya dan perasaan ingin tahu. Dan wajah abi dia begitu serius.

Apa yang lelaki itu katakan pada abi dia?

Jangan-jangan abi dan umi dia sudah tahu tentang berita itu? Alamak! Habislah dia nanti.

Sebelum mendekati ibu bapanya dan abang sulungnya serta Azfar, Zalfa menarik nafas terlebih dahulu. Harap-harap semuanya baik-baik saja. Dan dia perlu kuat dengan apa yang bakal berlaku nanti.

"Selamat pagi, abi, umi dan along." Sapa Zalfa sebaik saja kakinya berada di ruang tamu utama.

"Hmmm... selamat pagi." Balas Dato' Hisham agak dingin.

Perasan akan kedinginan suara Dato' Hisham, Zalfa mula tidak sedap hati. Dia yakin, mesti Azfar ada cakap sesuatu pada abinya itu.

"Duduklah. Kami ada benda nak bincang dengan Zalfa." Pelawa Datin Anisah yang duduk di sebelah suaminya.

"Baik, umi." Zalfa memilih untuk duduk di sebelah Zarif. Dia memandang alongnya meminta penjelasan melalui isyarat mata tetapi alongnya hanya menjongketkan bahu. Tanda tidak tahu.

Tetapi Zalfa yakin yang Zarif tahu. Masakan Zarif tidak tahu apa yang berlaku sedangkan alongnya turut berada di situ. Ini mesti ada sesuatu yang alongnya sorokkan.

"Abi nak kamu kahwin dengan Azfar."

Arahan dari Dato' Hisham membuatkan Zalfa terpempen. Terbuntang matanya dek rasa terkejut itu. Satu arahan bukan permintaan.

"Kahwin? Tapi kenapa?" soal Zalfa tidak berpuas hati dengan arahan abinya itu.

"Kamu dah terlanjur dengan Azfarkan?" soalan dari Dato' Hisham membuatkan Zalfa ingin pitam. Terkejut dengan soalan yang tidak terduga dari abi dia. Bulat matanya memandang kedua ibu bapanya.

Terlanjur? Sejak bila dia bercinta dengan Azfar? Gila!

Zalfa memandang ke arah Azfar yang duduk di sofa berangkai satu. Tenang saja dia melihat lelaki itu. Tidak ada rasa bersalah sedikit pun. Zalfa menahan rasa marah yang mula membara di dalam hati.

"No, Abi! Zalfa tak pernah bercinta dengan Azfar pun. Berjumpa pun hanya beberapa kali. Itu pun ada along," jelas Zalfa. Dia difitnah!

Setiap kali dia terserempak dengan Azfar, pasti Zarif ada bersama. Dan hanya sekali saja dia terserempak dengan lelaki itu.

"Abi tak kira. Abi nak Zalfa kahwin dengan Azfar. Jangan malukan keluarga kita." Dato' Hisham tetap dengan keputusannya.

"Abi! Takkan abi percayakan orang luar daripada anak sendiri? Please... kami tak pernah terlanjur," rayu Zalfa. Nampaknya abinya tak percayakan dia.

"Keputusan abi muktamad." Tegas Dato' Hisham.

"Umi..." Zalfa meminta pertolongan Datin Anisah tetapi jawapan uminya membuatkan dia ingin pengsan.

"Kahwin dengan Azfar. Umi tak nak nanti anak umi dapat malu bila orang lain tahu Zalfa mengandung anak luar nikah." Tegas Datin Anisah.

"Okay. Fine! Zalfa setuju kahwin dengan Azfar." Setuju Zalfa sambil memandang tajam ke arah Azfar yang tersenyum sinis padanya. Nampaknya tiada siapa percayakan dia. Huh!

Dan tiada guna Zalfa pujuk rayu dengan abinya kerana putih kata abinya, maka putihlah jawapannya.

Kau jangan ingat kau dah menang Azfar. Let's start the game.

Zalfa membalas senyuman Azfar dengan sinis.

"We need to talk." Zalfa berlalu meninggalkan Azfar yang sedang berbual dengan keluarganya.

"Saya pergi jumpa Zalfa sekejap ya, uncle, aunty." Azfar berlalu dari situ dan menuju ke taman mini milik keluarga Zalfa.

"Before we get married, I want make a deal with you."

Sebaik saja Azfar melabuhkan duduknya berhadapan dengan Zalfa, terus dia bersuara. Makin lama dia tengok wajah Azfar, makin sakit hati pula.

"Perjanjian? Apa?" soal Azfar bersama dengan kerutan di dahi. Sudah di agak, pasti Zalfa tidak akan setuju begitu saja. Pasti ada permintaan si gadis di hadapannya ini.

"Pertama, kita buat hal masing-masing. Kedua, I takkan menyibuk dalam hal you dan sebaliknya. Ketiga, I nak bilik asing-asing. Dan keempat, kalau you dah jumpa perempuan yang sesuai dengan you, lepaskan I."

Macam peluru berpandu pula syarat-syarat yang keluar dari mulut Zalfa. Azfar yang tekun mendengar syarat-syarat yang diletakkan oleh Zalfa mula membantah. Tidak setuju.

"I tak setuju!" putus Azfar.

"No. You kena setuju!" tekan Zalfa. Sebenarnya dia main hentam saja syarat itu kerana dia mahu Azfar menarik balik fitnah yang dilemparkan oleh lelaki itu. Siapa tidak sakit hati apabila difitnah.

"I takkan setuju. Muktamad!" Azfar tidak mahu mengalah. Saja Zalfa hendak memprovoknya. Bukan Azfar tidak tahu.

"Kalau macam tu, kita tak payah kahwin. Batalkan perkahwinan tu. Habis cerita." Zalfa sengaja mengugut Azfar supaya lelaki itu setuju dengan permintaannya.

"Kenapa pula nak batalkan? Parents you dah setuju." Tegas Azfar. Sekali dia melangkah, dia tidak akan berundur diri.

"Sebab I tak nak kahwin dengan you, Azfar! Permintaan you tu tak masuk akal dan you fitnah I! You tak rasa berdosa ke?"

Ujar Zalfa dengan nada tertahan. Bengang dengan tindakan Azfar tetapi pada masa yang sama tidak mahu keluargaya mendengar pertelingkahan mereka di situ.

Wajah bersahaja yang ditayangkan oleh Azfar semakin menyakitkan hati Zalfa. Zalfa mendengus tanda marah. Geram!

Azfar bangun dan merendahkan sedikit badannya. Bibirnya betul-betul berada di tepi telinga Zalfa.

"You dah lupa ke yang parents you ingat you tu bukan anak dara lagi. Dan kemungkinan bakal mengandung." Di bisikkan di telinga Zalfa sebelum dia berlalu pergi dari situ dengan senyuman yang dia saja yang tahu.

"Azfar!" jerit Zalfa dengan geram. Menyakitkan hati betul mamat ni!

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.