BAB 1
SELEPAS TAMAT waktu kerja, sengaja Zalfa melencong ke Pavillion untuk menghilangkan stress kerjanya dan rasa kecewa kerana dimarahi oleh Zarif tadi kerana tersilap menghantar proposal kepada abangnya itu. Padahal itu bukan kali pertama dia dimarahi oleh Zarif tetapi entah kenapa hari ini terlebih sensitif. Mungkin kerana dia datang bulan kut.
Ketika Zalfa sedang berjalan, tetiba badannya dirempuh dari belakang. Hampir saja dia tersadung kalau tiada tangan yang menahannya dari jatuh menyembah lantai. Terasa erat sekali tangan yang membelit pinggangnya sebelum Zalfa merasa badannya tegak berdiri 90 darjah.
"Sorry miss." Suara yang meminta maaf itu lelaki tetapi kenapa familiar saja pada pendengaran Zalfa?
Zalfa berpaling ke belakang untuk melihat siapakah pemilik suara garau itu. Hampir saja terbuntang matanya saat melihat lelaki itu. Teman baik abangnya rupanya. Patutlah familiar sangat suara itu.
"Azfar?"
"Zalfa."
Mereka bersuara serentak. Tetapi Zalfa lebih kepada terkejut.
Seingat Zalfa, abangnya beritahu yang Azfar ke Kanada dan kenapa lelaki itu terpacak di depannya?
"What are you doing here, Zalfa?" soal Azfar.
"What a stupid question, Encik Azfar? Of course I'm working." Balas Zalfa sarkastik.
Sebenarnya, Zalfa tidak berapa suka dengan Azfar kerana lelaki di depannya sedikit poyo dan suka mencari gaduh dengan dia. Dan yang pasti akan ada saja idea Azfar untuk kenakan dia.
"Rajin betul you kerja lebih masa. Sekarang ni waktu pejabat sudah tamat." Ujar Azfar sambil melihat jam di tangannya.
Zalfa menjulingkan matanya ke atas. Mulalah tu hendak cari gaduh dengan dia. Huh!
"I minta diri dululah, Encik Azfar." Sebaik saja meminta diri, terus Zalfa melangkah pergi dari situ tanpa menunggu balasan dari Azfar. Nampak seperti kurang ajar dan ada dia kisah. Lagi lama dia berada di situ, akan keluar macam-macam kata-kata yang bakal menyakitkan hatinya nanti.
Azfar menghantar langkah Zalfa dengan pandangan matanya saja tanpa sempat dia menghalang Zalfa. Kenapa susah sangat dia hendak mendekati Zalfa? Dan Zalfa sengaja menjauh darinya. Susah betul hendak pikat wanita yang bernama Zalfa Fatnin ni!
Deringan telefon mematikan niat Azfar untuk terus melihat langkah Zalfa yang semakin jauh dari pandangan matanya. Lantas Azfar menjawab panggilan tersebut dan melangkah pergi ke arah bertentangan Zalfa.
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik, Zalfa merebahkan badannya di atas katil sambil melepaskan keluhan. Minggu ini dia tidak pulang ke rumah orang tuanya kerana sibuk. Zalfa memilih untuk tinggal sendirian bersama dengan rakannya yang juga bekerja di syarikat yang sama dengan dia. Zalfa ingin belajar untuk hidup berdikari. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarganya.
*****
AZFAR sedang mundar-mandir di beranda biliknya. Memikirkan cadangan keluarganya yang Azfar rasa macam tak masuk akal. Kematian tunang kakaknya semalam membawa Azfar ke lembah dilema. Bukan Azfar tidak simpati dengan kakaknya yang baru saja kehilangan tunang tersayang. Malah mereka sedang menghitung hari menuju ke hari bahagia tetapi Allah lebih menyayangi arwah.
Cadangan ahli keluarganya yang meminta Azfar untuk menggantikan kakaknya sewaktu majlis persandingan nanti tidak masuk akal. Mana Azfar hendak cekau calon isteri. Kekasih pun tak ada. Keluarganya tidak mahu membatalkan majlis tersebut memandangkan persiapan sudah hampir siap. Dan ingin meneruskan majlis tersebut dengan syarat Azfar yang bersanding di atas pelamin itu.
Tepuk dahi Azfar selepas mendengar cadangan keluarganya. Dan idea itu datang dari ibunya sendiri, Puan Sri Noraini. Barangkali Puan Sri Noraini sengaja mengambil kesempatan ketika ini supaya Azfar kahwin memandangkan sebelum ini Puan Sri Noraini sering kali mendesak Azfar untuk kahwin tetapi tidak diendahkan oleh si anak.
Di mana Azfar mahu cari calon isteri yang ekpress?
Hati Azfar ada sukakan seseorang tetapi wanita tersebut terlalu sukar untuk Azfar dekati.
Wajah wanita itu sentiasa mengganggu lenanya tiap malam. Tiba-tiba mentol lampu menyala. Azfar seakan dapat idea dan menemui jalan penyelesaian kepada masalahnya ini. Tidak salah mencuba. Manalah tahu wanita itu turut menyukainya?
Sebelum orang lain masuk meminang, lebih baik Azfar bertindak memandangkan peluang yang ada di depan matanya terlalu cerah.
Badannya direbahkan di atas katil. Malam ni Azfar mampu tidur lena kerana dia sudah tahu siapa calon isteri yang sesuai bergandingan dengan dia.
Taksabarnya nak kahwin!

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.