BAB
15
AIDAN dan Aralyn melangkah masuk ke dalam bilik bacaan itu. Nenda
Fatimah, Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria sedang menunggu mereka berdua. Aidan
dan Aralyn duduk di atas sofa bertentangan dengan walid dan mami mereka.
Manakala nenda Fatimah duduk di atas sofa berangkai satu.
“Ada apa nenda
nak jumpa Aidan dengan Lyn?”
Aidan bersuara
sebaik saja dia melabuhkan duduknya di situ. Dia perasan yang nenda Fatimah
ralit memandang Aralyn dan dia tahu yang Aralyn kurang selesa, juga takut.
Buktinya, dari tadi Aralyn tidak melepaskan tangannya.
“Lyn...”
panggil nenda Fatimah.
Aralyn
mengangkat kepalanya. Memandang nenda Fatimah yang memanggilnya. Dia takut
tetapi kerana masih lagi menghormati nenda Fatimah sebagai nenek Aidan, dia
menjawab panggilan itu.
“Ya, nenda.”
“Nenda nak
minta maaf dengan apa yang berlaku lima tahun yang lalu.” Ujar nenda Fatimah.
Sudah lama dia ingin memohon maaf dengan cucu menantunya tetapi Aralyn
menghilang tanpa jejak.
“Apa maksud
nenda?” soal Aralyn pelik. Berkerut dahinya. Nenda Fatimah ada kaitan ke dengan
perpisahan dia dan Aidan lima tahun yang lalu?
“Lima tahun
yang lepas, nenda yang menyebabkan Aidan lepaskan Lyn. Nenda fitnah Lyn pada
Aidan. Nenda beritahu Aidan yang Lyn curang dengan lelaki lain di belakang dia.
Dan nenda juga yang menyebabkan Aidan curang dengan Lyn di depan mata Lyn
sendiri. Nenda minta maaf. Semua itu salah nenda.”
Penjelasan dari
nenda Fatimah membuatkan Aralyn tercengang dan juga terkejut. Dia memandang
wajah Aidan di sisi. Dan anggukan Aidan mengiakan apa yang dikatakan oleh nenda
Fatimah.
Perasaan Aralyn
ketika itu rasa sangat sakit. Ternyata Aidan lebih mempercayai nendanya
daripada isteri sendiri.
“Sampai hati
nenda buat macam tu pada Lyn.” Ujar Aralyn pada nenda Fatimah. Rasa terkejut
dan tidak percaya akan kenyataan itu tetapi itulah kenyataannya.
“Semurah itu
kepercayaan you pada I, Aidan? I tak sangka yang you percaya bulat-bulat apa
yang nenda you katakan.” Tembak Aralyn kepada Aidan. Dia sangat marah. Marah
pada nenda Fatimah dan juga Aidan.
“Sayang...”
Aidan cuba memegang tangan Aralyn tetapi dilarikan oleh isterinya. Cuba untuk
menjelaskan keadaan sebenar. Tetapi sayang, hati Aralyn terlalu sakit untuk
mendengar semua itu.
“Jangan panggil
I sayang, Aidan. I hate you so much.” Ujar Aralyn tanpa menghiraukan bapa
dan ibu mentuanya.
“Lyn...” sekali
lagi Aidan mencuba nasib tetapi awal-awal lagi Aralyn meminta Aidan untuk diam.
“Shut up,
Aidan!” marah Aralyn. Dia sudah lupa bahawa
Aidan sekarang ini suaminya. Perasaan marah menguasai diri Aralyn.
“Kenapa nenda sanggup
buat Lyn macam tu? Apa salah Lyn pada nenda?” soal Aralyn. Hatinya sangat sakit
dan juga sedih. Tidak sangka, wanita yang dia hormat selama ini sanggup menabur
fitnah ke atasnya. Dia tahu yang nenda Fatimah tidak menyukainya tetapi dia
berusaha untuk mengambil hati nenda kepada Aidan.
“Nenda minta
maaf Lyn. Nenda tahu, semua ini salah nenda. Lyn tak ada salah apa-apa pada
nenda. Sebaliknya nenda yang salah pada Lyn. Nenda yang tak dapat terima takdir
Allah bahawa Lyn adalah jodoh Aidan.”
Ujar nenda Fatimah
dengan penuh penyesalan. Dia sangat menyesal selepas melihat keadaan Aidan
setelah Aralyn menghilangkan diri.
“Semudah itu
nenda minta maaf setelah apa yang berlaku pada Lyn dan Aidan. Tetapi tidak
mengapa, Lyn maafkan nenda. Benda dah berlaku. Tiada guna Lyn berdendam pada
nenda. Tetapi Lyn minta maaf sebab Lyn tak mampu untuk rapat dengan nenda
seperti cucu menantu nenda yang lain.”
Aralyn memilih
untuk memaafkan nenda Fatimah. Baginya, tiada guna dia berdendam. Perkara itu
sudah berlaku dan tidak mampu diputar kembali waktunya. Lima tahun sudah
berlalu dan dia tidak mahu hidup dalam dendam.
“Lyn maafkan
nenda itupun sudah cukup. Terima kasih Lyn.” Nenda Fatimah bersuara. Ternyata
dia salah menilai Aralyn selama ini. Terlalu ikutkan hati dan perasaannya. Dan
juga kata-kata seseorang yang sekarang ini dia sendiri tidak tahu
keberadaannya.
“Walid, mami,
Lyn minta maaf.” Dia tahu mungkin mentuanya terasa hati dengan kata-kata yang
dia tujukan kepada nenda Fatimah.
“Lyn tak salah.
Walid faham.” Angguk Tan Sri Kamil. Memahami akan isi hati menantunya. Dan dia
cukup bersyukur kerana ibunya merendahkan ego untuk memohon maaf pada Aralyn..
“Lyn minta diri
dulu.” Terus Aralyn bangun dari situ tanpa menghiraukan panggilan Aidan. Untuk
saat ini, dia mahu bersendirian. Bilik yang didiaminya dituju. Sebaik saja
pintu bilik ditutup, Aralyn menguncinya. Dia tahu yang Aidan mengejarnya dan
dia tidak mahu melihat wajah Aidan untuk seketika. Dan biarlah Adib tidur
dengan Aimi malam ini.
“Sayang...”
panggil Aidan dengan ketukan di pintu.
“Sayang...buka
pintu ni.” Panggil Aidan lagi.
“Lyn...buka
pintu ni. Dengar dulu apa yang abang nak cakap.” Aidan cuba untuk memujuk
Aralyn. Dia tidak mahu hubungan mereka berantakan di hari pertama mereka
disatukan.
“Just go,
Aidan. I tak mahu dengar apa-apa penjelasan dari you.”
“Aralyn...”
“Go, Aidan.
Pergi sebelum I mengamuk.” Aralyn mengugut Aidan. Emosinya tidak stabil ketika
ini. Sukar untuk Aralyn terima semuanya.
Aidan
melepaskan keluhannya dan mengalah. Tidak mahu terlalu mendesak Aralyn.
“Baiklah. But
if you need me, just come into my bedroom.” Pesan Aidan sebelum berlalu
dari situ. Tidak mahu memaksa Aralyn. Sinar mata Aralyn tadi jelas menunjukkan
isterinya sangat menderita. Dan Aidan sangat-sangat menyesal. Dia perlu
perbetulkan semua ini.
Aralyn menangis
teresak-esak di atas katil setelah Aidan berlalu dari situ. Kenapa begitu
malang sekali nasibnya? Mempunyai suami yang tidak percaya akan dirinya. Yang
sanggup menyakiti dan melukai hati isteri sendiri.
Dan kenapa dia
baru tahu akan perkara itu sekarang? Setelah dia kembali kepada Aidan? Adakah
dia membuat keputusan yang salah dengan kembali kepada Aidan?
Tetapi dia
lakukan semua itu demi Adib. Dia tidak mahu Adib membesar tanpa kasih sayang
seorang bapa. Sangat perit bila tidak pernah merasai kasih sayang seorang
lelaki yang bergelar ayah. Dan dia tidak mahu Adib merasai apa yang dia rasai
sewaktu kecil dahulu. Biarlah dia korban bahagianya kali ini.
Air mata
disapu. Dia tidak mahu menangis lagi. Cukuplah empat tahun yang lepas dia
menangis dan menangis. Dia perlu jadi wanita yang kuat saat ini. Aralyn keluar
dari bilik tidurnya dan menuju ke bilik Aimi setelah memastikan tiada sesiapa
di situ. Dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa untuk saat ini terutama sekali
Aidan.
Setelah Aimi
membuka pintu biliknya, cepat-cepat Aralyn melangkah masuk. Dia menuju ke arah
Adib yang sedang tidur di atas katil milik Aimi. Lama Aralyn merenung Adib.
Muka Adib irasnya lebih kepada Aidan. Keluhan dilepaskan.
“Kak long
okay?” tanya Aimi. Dia dengar akan pertengkaran abangnya dan kakak iparnya
tadi. Nasib baik Adib sudah lena tadi. Kalau tak, penat dia hendak menjawab
nanti.
“Okay.” Angguk
Aralyn.
“Betul ni?”
Aimi inginkan kepastian.
“Ya. Betul!
Cuma kak long tak sangka yang nenda sanggup buat macam tu untuk melihat rumah
tangga cucu dan cucu menantunya hancur.” Luah Aralyn. Dari tadi dia asyik
fikirkan perkara itu. Ternyata, nenda Fatimah terlalu benci padanya.
“Aimi pun
terkejut selepas nenda mengaku empat tahun yang lalu. Semua marah akan nenda.
Tindakan nenda melampau. Dan mungkin juga disebabkan seseorang yang menghasut
nenda.”
Kata-kata Aimi
membuatkan Aralyn menatap wajah adik iparnya. Apa maksud Aimi?
“Seseorang?
Siapa?” berkerut dahi Aralyn dengan kata-kata adik iparnya itu?
“Yang tu kak
long kena tanya along sendiri. Along berhak untuk menjelaskan semuanya.” Ujar
Aimi. Biarlah kakak iparnya mengetahui cerita tersebut dari mulut abangnya
sendiri. Bukan mulut dia.
Hati Aralyn
membuak-buak ingin tahu tetapi untuk saat ini, dia tidak mahu menatap wajah
Aidan. Tunggulah rasa sakit hatinya reda dahulu.
“Kak long tidur
sini bolehkan?” Aralyn meminta izin Aimi untuk menumpang tidur di dalam bilik
iparnya.
“Aimi tak kisah
kak long tapi alongnya okay ke? Tak mencari ke dia nanti? Malam ni first
night along dan kak long after 5 years.” Balas Aimi dengan nada
usikan di hujung ayatnya.
“Kak long tak
boleh tengok muka dia buat masa sekarang ni. Rasa sakit hati.” Jujur Aralyn.
Tidak hiraukan usikan si adik ipar.
“Baiklah. Aimi
faham.” Angguk Aimi. Dia tidak mahu memaksa kakak iparnya. Lagipun dia suka
kalau Aralyn tidur di dalam biliknya.
“Terima kasih,
dik.” Terus Aralyn merebahkan badannya di atas katil Aimi bersebelahan Adib.
Aralyn sudah lena di sebelah Adib.
Aimi bangun
membuka pintu billiknya sebaik saja bunyi ketukan. Terpampang wajah Aidan di
situ. Dan Aimi sudah dapat mengagak apa yang bakal keluar dari mulut Aidan.
Maka, awal-awal lagi Aimi bersuara.
“Sebelum along
tanya, kak long ada dalam bilik Aimi. Dia tidur dalam bilik Aimi malam ni.”
Beritahu Aimi. Malas hendak bersoal jawab dengan abangnya.
“Please...bagi
along tidur dengan dia.” Pinta Aidan. Macam terdesak pula. Nak tidur dengan
isteri sendiri pun kena minta izin dengan adik.
Huh! Susah!
“Suka hati
alonglah. Cuma Aimi minta, jangan sakiti hati kak long lagi. Kak long dah cukup
menderita.” Itu hak abangnya dan dia tidak berhak untuk menghalang abangnya
dari tidur bersama dengan kakak iparnya.
“Along janji
yang along tak akan sakiti hati kak long lagi. Along betul-betul sayangkan kak
long.” Aidan berjanji dengan Aimi.
“Ya. Aimi tahu.
Dah, pergilah angkat kak long. Aimi nak tidur pula. Biarlah Adib tidur dengan
Aimi.” Suruh Aimi. Mata dia sudah mengantuk. Dan dia ingin memberi privasi
kepada abang dan kakak iparnya. Biarlah Adib tidur dengannya.
Aidan
meletakkan Aralyn di atas katil miliknya dengan berhati-hati. Tidak mahu
menganggu lena Aralyn. Lena betul isterinya tidur sehinggakan dia angkat pun
tidak sedar. Bagus juga. Kalau tak, pasti Aralyn tidak mahu tidur dengannya.
Badan
dibaringkan sebelah Aralyn. Matanya menatap wajah Aralyn yang lena seperti
bayi. Tiada yang berubah pada isterinya. Masih cantik seperti dulu walaupun
ketika tidur. Kenapalah dia bodoh pergi percayakan fitnah nenda dan melepaskan
isteri secantik dan seteguh Aralyn?
Aidan bangun
kembali dan keluar dari bilik tidurnya. Dia tidak dapat tidur. Rasa serabut
fikirannya memikirkan halatuju hubungan dia dan Aralyn. Walaupun mereka sudah
sah menjadi suami isteri tetapi setelah rahsia itu terbongkar, Aidan jadi tidak
yakin yang dia dapat melembutkan hati Aralyn.
“Jauh termenung
along.”
Suara Aiman
yang menegur Aidan dari belakang, membuatkan Aidan memusingkan badannya dan
bersandar di balkoni.
“Belum tidur
lagi Im?” tanya Aidan. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
“Im baru naik
minum air tadi. Tengok sliding door terbuka dan along duk termenung
di sini. Along ada masalah ke dengan kak long?”
Soalan Aiman
membuatkan Aidan berada dalam dilema sama ada dia patut cerita atau tidak
kepada Aiman. Selama ini pun, Aimanlah tempat dia berkongsi cerita dan masalah.
Tidak kira masalah peribadi atau syarikat.
Keluhan
dilepaskan oleh Aidan. Berat sekali.
“Mind to share
your problem, along?” Aiman dapat
mengagak yang abangya mempunyai masalah dan dia yakin hal itu berkait dengan
kakak iparnya.
“Along risau.”
Aidan mula membuka cerita.
“Risau? Risau
kenapa?” soal Aiman kurang faham.
“Along risau
jika hati kak long keras untuk terima along kembali. Im tahukan nenda dah
ceritakan semua perkara yang berlaku lima tahun yang lalu. Dan itu belum
semuanya lagi. Kak long marahkan along kerana along lebih percayakan nenda
daripada dia. Dan along sangat risau jika kak long tak dapat nak terima dan
marahkan along.”
Luah Aidan
panjang lebar. Terasa hilang bebanan fikirannya setelah meluahkan kepada Aiman.
“Along dan kak
long kan dah bersatu kembali. Lagipun kak long terima along kembalikan. Itu
tandanya dia masih cintakan along. Cuma sekarang ni along kena fikirkan cara
untuk pujuk kak long.” Ujar Aiman tanpa mengetahui sebab sebenar Aralyn
bersetuju untuk berkahwin semula dengan Aidan.
“She’s doesn’t love
me anymore.” Beritahu
Aidan. Perit dia rasakan saat ini.
“What? Are you
sure, along?” terkejut Aiman
dengan kata-kata abangnya.
“Yes.
Aralyn sendiri mengaku. Dia terima along kerana Adib. Adib perlukan kasih
sayang seorang papa. Bukan kerana dia cintakan along.”
Jelas Aidan.
Dengan Aiman memang tiada rahsia antara mereka. Dia yakin yang Aiman jenis
pegang amanah dan janji.
“Then make
her fall for you again, along. Buktikan yang along memang cintakan kak
long. And build the trust again. Remember along, trust is important
in marriage life. Kak long jadi macam tu sebab dia betul-betul terluka.
Mungkin parut luka itu masih ada. Inilah masanya along ubati dan rawat parut
itu sehingga hilang dari hidup kak long. Jadikan kak long wanita yang
terbahagia.”
Nasihat Aiman
panjang lebar. Dia ingin melihat abangnya hidup bahagia bersama dengan kakak
iparnya. Tidak mahu melihat abangnya sakit seperti lima tahun yang lalu. Dia
nampak betapa menyesalnya abangnya kerana melepaskan Aralyn tetapi nasi sudah
menjadi bubur. Dia hanya mampu berdoa supaya ALLAH satukan Aidan dan Aralyn
kembali.
“Insya-Allah.
Along cuba. Terima kasih Im kerana sentiasa menjadi pendengar dan penasihat
along.”
Aidan menepuk bahu
Aiman yang berdiri di sisinya. Dia bersyukur kerana mempunyai adik-beradik yang
sangat memahami walaupun sekali-sekali mereka bergaduh dan sindir-menyindir.
Itu lumrah. Pelik jika adik-beradik tidak bergaduh manja.
“Small matter,
along.” Balas Aiman.
“Dahlah. Jom
kita masuk tidur. Nanti demam pula lama-lama di luar ni.” Ajak Aiman.
“Im masuklah
dulu. Kejap lagi along masuk.” Suruh Aidan. Dia ingin mengambil angin dahulu.
Terasa tenang pula berada di luar.
“Okay tapi
jangan lama-lama.” Pesan Aiman sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Aidan
menghantar langkah Aiman dengan pandangan matanya sebelum berpaling mengadap ke
jalan raya yang kosong. Sekosong hatinya saat ini.
Perit untuk
Aidan terima yang Aralyn sudah tidak cintakan dia tetapi apa yang dia boleh
buat kerana itu berpunca daripada dia. Dan saat ini, Aidan perlu berusaha keras
untuk membuat Aralyn jatuh cinta padanya kembali. Itu tekadnya!

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.