BAB
14
MAJLIS pernikahan Aidan dan Aralyn diadakan di kediaman Tan Sri Kamil dan
Puan Sri Maria secara kecil-kecilan. Itu permintaan Aralyn. Cukuplah ahli
keluarga terdekat sahaja yang mengetahuinya. Walaupun Puan Sri Maria ada
memujuk untuk membuat majlis, dia tetap menolak. Dia sudah pernah merasai itu
sewaktu dia berkahwin dengan Aidan enam tahun lepas.
Pada pagi itu,
Aidan segak berbaju Melayu dan bersamping. Aralyn mengenakan baju kurung moden
yang berlace dengan rekaan yang simple. Adib juga turut berbaju
Melayu. Sedondong dengan ahli keluarga yang lain.
“Pengantin
lelaki dah sedia?” jurunikah bersuara.
Dan Aidan
mengangguk sebagai tanda balasan. Adib duduk di sisi Aidan. Sejak dari tadi
tidak berenggan dengan papanya.
“Aku terima
nikahnya Aralyn Naqiba Binti Ahmad dengan mas kahwin tersebut.”
Sekali lafaz,
Aralyn sah menjadi milik Aidan sekali lagi. Menitis air mata Aralyn. Tidak
sangka yang dia akan kembali kepada Aidan lagi. Ya, jodoh mereka masih lagi
panjang walaupun pernah terputus di pertengahan jalan.
“Tahniah kak
long. I’m happy for you.” Aimi memeluk Aralyn erat. Bersyukur kerana
abang dan bekas kakak iparnya bersatu kembali.
“Selamat
menjadi menantu mami kembali.” Ucap Puan Sri Maria seraya memeluk Aralyn erat.
Akhirnya, doa dia dimakbulkan. Terima kasih Allah.
“Along is here
with your little hero, kak long.”
Beritahu Aimi kepada Aralyn. Aidan sedang berjalan ke arah Aralyn bersama
dengan Adib. Untuk sesi pembatalan air sembahyang.
Aralyn mengesat
air matanya. Tidak mahu kelihatan jelek di mata Aidan. Nanti lelaki itu akan
mengambil kesempatan untuk mengusiknya.
Aidan duduk
melutut di depan Aralyn. Adib duduk di atas riba Aimi.
“Hey, why are
you crying? Don’t cry.” Sisa air mata
Aralyn disapu dengan ibu jarinya. Sudah halal untuk disentuh.
“Nanti Adib
ingat abang marah sayang pula.” Usik Aidan. Secara automatik panggilan juga
sudah ditukar oleh Aidan. Dan Aralyn tersenyum dengan usikan Aidan.
Puan Sri Maria
menghulurkan cincin kepada Aidan. Walaupun pada mulanya Aralyn menolak untuk
menerima cincin itu tetapi Aidan mendesaknya untuk menerima. Cincin pernikahan
mereka yang dulu, Aralyn masih lagi simpan.
Saat tangan
Aidan menyentuh tangannya, Aralyn terasa seperti aliran elektrik mengalir.
Perasaan itu masih masa seperti pertama kali mereka di ijab kabulkan. Tidak
kurang sedikit pun. Sejuk tangan Aralyn.
Namun
cepat-cepat Aralyn buang semua rasa itu. Dia kembali kepada Aidan kerana Adib.
Bukan kerana cinta.
“Sama macam
dulu.”
Komen Aidan
sebaik saja tangannya menyentuh jari-jemari Aralyn. Disarungkan cincin yang
bertahtakan berlian di jari manis Aidan.
Selepas Aralyn
menyarung cincin ke jari Aidan, dia tunduk mencium tangan Aidan. Lama. Itu pun
kerana Aiman yang suruh. Mentang-mentang adik iparnya menjadi cameraman
tidak berbayar. Dan Aidan mengucup ubun-ubun Aralyn. Terasa damai hadir di hati
saat bibir Aidan menyapa ubun-ubunnya.
“Dahlah tu
along. Sambung malam ni pula.” Usik Aimi. Dan disambut dengan ketawa saudara-mara
yang hadir.
“Kacaulah Aimi
ni.” Aidan buat-buat marah.
“Along nak pinjam pelamin Aimi. Maaflah, along yang
rasmi dulu.”
Ditarik tangan
Aralyn menuju ke pelamin Aimi untuk pertunangannya petang nanti. Walaupun Aimi
tidak memberi kebenaran lagi, selamba Aidan duduk di situ. Ditarik Aralyn untuk
duduk bersamanya. Dan Aiman, selaku jurukamera yang tidak berbayar, mula
mengambil gambar Aidan dan Aralyn dengan pelbagai gaya. Malu Aralyn. Tidak pula
juga mereka mengambil gambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan.
“Sayang, jom
naik bilik.” Tangan Aralyn digenggam oleh Aidan. Menarik Aralyn menuju ke
tingkat atas.
“Buat apa?”
tanya Aralyn berusaha menarik tangannya. Seram pula bila Aidan mengajaknya
untuk ke bilik.
“Teman abang
mandi.” Jawab Aidan selamba.
“Tak naklah.
Pergilah mandi sendiri.” Tolak Aralyn. Masih berusaha melepaskan tangannya dari
genggaman Aidan.
“Tak ada tak
nak. Sebelum ni pun kita selalu mandi sama-samakan.” Pintu bilik dibuka.
Selepas mereka masuk, Aidan mengunci pintu biliknya. Dan Aralyn semakin cuak.
“Duduk atas
katil tu diam-diam ya sayang. Jangan nak lari.” Pesan Aidan. Dia menanggalkan
bajunya.
“Kalau I lari,
you nak buat apa?” dengan berani Aralyn bertanya. Sengaja menempah maut
barangkali. Gatal betul mulutnya.
“Buat apa
sayang tanya? Selepas sayang halal untuk abang sentuh, sayang rasa abang nak
buat apa?” sengaja Aidan tidak menjawab soalan Aralyn. Diukir senyuman nakal
dibibirnya.
“I tak nak! You
tak boleh paksa.” Geleng kepala berkali-kali Aralyn apabila fikirkan hal itu.
“I’m your
husband right now. So, you need to obey all my command.” Tekan Aidan. Serius hingga gerun Aralyn rasakan. Ya, Aidan tidak
main-main.
Matilah dia.
Itulah, tadi berani sangat melawan mulut dengan Aidan.
Aidan sudah
selesai menanggalkan baju dan seluarnya. Kini hanya bertuala separas lutut.
Tak, atas sikit dari lutut. Seksi. Aralyn pulan naik segan hendak memandangnya
tetapi mata Aralyn galak memandang Aidan yang seksi itu.
“Jom, teman
abang mandi.” Aralyn dihampiri. Aidan menanggalkan tudung milik Aralyn.
“Ish! Apa you
ni!” Aralyn memarahi Aidan kerana suka-suki dia saja menanggalkan tudungnya.
Ditepis tangan Aidan tetapi tidak berjaya.
“Tak nak. You
pergilah mandi dulu. Kejap lagi I mandi.” Balas Aralyn keras. Nampaknya Aidan
tidak main-main untuk mengajaknya mandi bersama-sama.
“Sebelum tu,
no more I-You. Abang-sayang.” Tegas Aidan.
“Tapi...”
seperti biasa, laju saya Aralyn hendak membantah apa yang disuruh oleh Aidan
dan awal-awal lagi Aidan memotong.
“Aralyn
Naqiba.” Seru Aidan serius.
“Ya. Baiklah,
abang.” Jawab Aralyn lambat-lambat. Lebih kepada terpaksa. Aidan fikir dengan
menikahi lelaki itu, dia lupakan apa yang lelaki itu telah buat kepadanya? Dan
jawapannya masih sama, tidak!
“Okay.
Jom. Mandi!” Aidan menarik Aralyn menuju ke bilik air. Dan Aralyn berusaha
untuk meloloskan diri dari Aidan.
“Abang janji.
Mandi saja. Tak ada buat apa-apa. Lagipun kejap lagikan majlis Aimi. Tak
puaslah sayang buat sekejap saja. Abang nak lama-lama.”
Laju saja
tangan Aralyn mencubit perut Aidan yang tidak dilapisi baju itu.
“Aduhhhh...sakit
sayang.” Aidan menggosok perutnya yang dicubit Aralyn. Sudah lama dia tidak
merasa cubitan Aralyn. Dulu selalu juga menjadi mangsa cubitan Aralyn.
“Padan muka.
Cakap lagi merapu.” Geram Aralyn. Tak tahu malu betul Aidan ni!
“Okay. Tak
cakap merapu dah. Ini serius. Jom mandi!” tanpa mendengar persetujuan Aralyn, Aidan
menarik Aralyn menuju ke bilik air tetapi baru hendak membuka pintu bilik air,
suara Adib terlebih dahulu menyapa halwa telinga mereka.
Aralyn menarik
nafas lega. Adib menjadi penyelaamat.
“Papa, ibu.”
Panggil Aidan.
Dan laju saja
Aralyn menarik tangannya dari genggaman Aidan. Cepat-cepat dia melangkah ke
arah Adib yang berdiri di ambang pintu bilik.
“Ya, sayang.
Adib nak apa?” Aralyn melutut di hadapan Adib.
“Adib nak
mandi.” Beritahu Adib yang naik mencari papa dan ibunya.
“Bagus. Pergi
teman papa mandi ya. Papa pun nak mandi tu.” Suruh Aralyn. Adib betul-betul
menjadi penyelamatnya kali ini. Ibu, sayang Adib. Aralyn menarik nafas lega.
Manakala Aidan
mendecit sedikit geram. Melepas peluangnya untuk mandi bersama dengan Aralyn.
Gian sangat si Aidan ni!
Adib suka
apabila dapat mandi bersama dengan papa. Laju dia berlari ke arah papanya.
Selepas Aidan dan Adib menghilang ke bilik air, Aralyn cepat-cepat angkat kaki
dari situ. Dia pula yang susah nanti bila Aidan keluar dengan bertuala. Tak
dapat nak bernafas rasanya. Tadi pun terasa semput untuk bernafas apabila Aidan
selamba menyeksi di depannya.
Pintu biliknya
yang terletak di hadapan bilik Aidan dibuka. Dia masih tidur di bilik itu dan
tidak berniat untuk berpindah ke bilik Aidan. Rela dia tidur di sini daripada
tidur sebilik dengan Aidan. Terasa seramnya.
Selesai
membersihkan diri, Aralyn menunaikan solat zuhur memandangkan sudah masuk
waktu. Saat dia ingin mengangkat takbir, pintu biliknya dibuka dari luar.
Terpampang wajah Aidan di situ. Lengkap dengan baju t-shirt dan pelikat.
“Jangan solat
lagi. Kita solat jemaah sama-sama.” Itu arahan dari Aidan.
Dan Aralyn
tidak jadi hendak menunaikan solat zuhur bersendirian.
“Tunggu kejap,
abang pergi ambil sejadah dalam bilik.”
Aidan berlalu
ke biliknya. Membiarkan pintu bilik terbuka. Tidak sampai seminit, Aidan
kembali dan menghamparkan sejadahnya di depan Aralyn untuk mengimami oleh
tersebut.
Doa Aidan di
aminkan oleh Aralyn. Aidan berpaling ke belakang dan menghulurkan tangannya
kepada Aralyn. Aralyn tunduk mencium tangan Aidan.
“Lain kali,
kalau sayang nak solat, tunggu abang. Kita solat berjemaah kalau abang ada di
rumah.” Itu pesanan Aidan kepada Aralyn selepas Aidan mengalihkan bibirnya dari
ubun-ubun Aralyn.
“Baik.” Angguk
Aralyn. Dalam hal ini, dia tidak akan membantah. Aidan mengajak dia untuk
membuat pahala dan semestinya dia tidak akan menolak. Siapa tak nak pahala free.
“Bersiaplah.
Kejap lagi majlis Aimi dah nak mula.” Ujar Aidan. Dia bangun dan melipat
sejadahnya. Diletakkan di atas katil milik Aralyn dan dia berlalu keluar dari
situ.
Aralyn
memandang Aidan dengan pelik. Sejadah di tinggal di atas katilnya tetapi tuan
punya badan selamba melangkah keluar dari biliknya. Jangan kata lelaki itu
hendak tidur di sini malam nanti. Dia tak nak!
Tidak mahu
memikirkan hal itu, Aralyn cepat-cepat melangkah ke almari baju. Dia mengambil
baju yang sudah digosok. Warna sedondong dengan Tan Sri Kamil dan Puan Sri
Maria serta yang lain. Itu permintaan Aimi. Jadi, mereka hanya bersetuju.
Aralyn mengetuk
pintu bilik Aimi sebelum masuk ke dalam. Aimi sedang dimekapkan oleh jurumekap.
Aralyn menghadiahkan senyuman buat adik iparnya itu.
“Kak long.”
Aimi menarik lengan Aralyn sebaik saja melihat kakak iparnya itu. Gembiranya
dia kerana Aralyn menjadi kakak iparnya kembali. Macam tidak percaya pun ada.
“Cantiknya
Aimi.” Aralyn memuji Aimi yang kelihatan anggun sekali dengan persalinan
pertunangan busana rekaan pereka fesyen terkenal.
“Terima kasih
kak long.” Senyum Aimi sebagai tanda balasan kerana Aralyn memujinya.
Selepas
bersiap, Aralyn mengiringi Aimi turun ke bawah. Ketika mereka tiba di bawah,
ramai tetamu sedang menanti Aimi. Pihak lelaki juga sudah tiba dan sesi
berbalas pantun sudah pun selesai. Aimi duduk di atas pelamin yang tersergam
indah itu. Aralyn turut berada di situ. Dan matanya sempat menangkap kehadiran
nenda Fatimah di situ bersama dengan saudara-mara Aidan yang lain. Aralyn mula
tidak senang duduk.
Ibu kepada Muzafar
menyarungkan cincin di jari Aimi. Aimi tersenyum manis di atas pelamin itu. Dan
Aralyn turut mengukir senyumannya. Gembira kerana Aimi tidak lama lagi bakal
menjadi isteri orang.
Selesai saja
acara menyarungkan cincin, diikuti dengan acara bergambar. Aidan awal-awal lagi
menarik tangan Aralyn untuk berdiri di sebelahnya. Adib berada dalam
dukungannya. Dan Aidan juga turut mengambil kesempatan untuk bergambar dengan
Aimi dan Muzafar yang turut hadir di situ.
“Tahniah Aimi. I’m
happy for you, dik.” Aralyn memeluk Aimi. Baru berkempatan untuk
mengucapkan tahniah kepada adik iparnya.
“Thanks, kak
long.” Jelas sekali wajah Aimi gembira dan
kelihatan berseri-seri.
“Along pinjam
pelamin Aimi sekejap. Nak bergambar dengan kak long.” Beritahu Aidan. Bukan meminta
izin tetapi lebih memberitahu.
“Ya. Boleh.
Bergambarlah banyak-banyak. Aimi tak kisah.” Angguk Aimi. Faham sangat dengan
perangai abang sulungnya.
Melebar
senyuman Aidan. Sebaik saja Aimi dan Muzafar berlalu dari situ, terus dia
melelar pergelangan tangan Aralyn. Menghalang isterinya yang hendak berlalu
dari situ.
“Kejap, Lyn.
Kita bergambar bertiga dulu.”
Aidan menarik
Aralyn supaya duduk di sisinya kembali. Mahu atau tidak, Aralyn terpaksa
bersetuju memandangkan banyak mata yang memandang mereka. Lagi-lagi mereka
masih berada di atas pelamin. Pelbagai aksi yang dibuat oleh mereka. Aralyn
hanya mengikut dengan muka tidak puas hati. Ingin membantah, suaranya seakan
tidak keluar.
“Lyn, sini
kejap.” Puan Sri Maria memanggil Aralyn.
“Ya, mami. Ada
apa?” sahut Aralyn dan melangkah turun dari pelamin itu. Mendekati Puan Sri
Maria.
“Jom, mami nak
kenalkan Lyn dengan kawan-kawan mami.” Puan Sri Maria menarik Aralyn supaya
mengikutinya. Tidak menghiraukan akan pandangan si anak. Tak boleh nak
berenggang dengan isteri sekejap.
“Jom, Adib.
Teman papa layan tetamu.” Aidan memimpin Adib dan melangkah keluar bersamanya.
MAJLIS tamat tepat jam 5 petang. Selepas semua tetamu pulang, Tan Sri
Kamil dan Puan Sri Maria mengambil kesempatan untuk beramah-mesra dan
mengeratkan silaturahim di antara saudara-mara yang masih lagi belum pulang.
Jarang mereka dapat berkumpul beramai-ramai memandangkan hanya hari raya saja
mereka akan berkumpul beramai-ramai di rumah nenda Fatimah.
“Lyn apa
khabar? Sihat? Semakin cantik sekarang ni.” tanya Datin Marina dan terselit
pujian buat Aralyn. Kakak kepada Puan Sri Maria yang baru tiba sewaktu majlis
pertunangan Aimi. Dia tidak sempat untuk menghadiri majlis pernikahan antara
Aidan dan Aralyn pagi tadi.
“Alhamdulillah.
Lyn sihat mak long.” Jawab Aralyn. Ternyata bapa saudara dan ibu saudara Aidan
masih lagi melayannya dengan baik walaupun fitnah yang pernah ditabur oleh
nenda Fatimah sewaktu dahulu mencalar maruah dirinya.
“Mak long
gembira kerana Lyn dan Aidan bersatu kembali. Jaga hubungan kalian elok-elok.
Adib tu sebagai pengikat kasih sayang dan penyeri rumah tangga Aidan dan Lyn.”
Pesan Datin Marina panjang lebar. Dia tidak mahu kejadian yang lalu berulang
kembali. Dia sayangkan anak saudaranya, Aidan dan Aralyn.
“Insya-Allah,
mak long.”
Nasihat yang
diberikan oleh Datin Marina meresap masuk ke dalam jiwa Aralyn. Terkesan dengan
nasihat itu. Hatinya sedikit tergugat dan pendirian dia turut goyah.
Ketika Aralyn
sedang berbual dengan saudara-mara Aidan yang lain, kehadiran nenda Fatimah menggugat
hatinya. Dia berasa kurang selesa untuk terus berada di situ. Lagi-lagi dengan
pandangan nenda Fatimah yang dari tadi asyik memandangnya.
Aralyn mencari
wajah Aidan yang duduk tidak jauh dari situ. Meminta pertolongan dari lelaki
itu.
Dan seakan memahami
pandangan Aralyn, Aidan bersuara dan meminta diri untuk naik ke bilik.
“Kami masuk
bilik dulu. Lyn dah letih tu. Adib pun dah mengantuk ni.”
Aidan bangun
dan menghampiri Aralyn. Dan terbitlah siulan dan usikan nakal dari
sepupu-sepapatnya. Galak mengusik pengantin baru yang tak baru sangat.
“Awal lagi ni
nak mulakan projek bagi Adib adik.”
“Aih! Takkan
tak sabar dah.”
Suara-suara
nakal sepupu-sepapatnya galak mengusik Aidan dan Aralyn. Wajah Aralyn sudah
bertukar rona kerana malu.
“Dah, jangan
nak merapulah korang ni.”
Aidan buat-buat
marah. Dia tidak kisah sangat dengan usikan tersebut tetapi melihatkan Aralyn
sudah tertunduk malu, dia tidak sampai hati pula hendak membiarkan
sepupu-sepapatnya terus mengusik.
“Aidan, Aralyn,
nanti.” Suara nenda Fatimah menghentikan langkah Aidan dan Aralyn. Mereka
berpaling ke arah nenda Fatimah yang duduk di atas sofa bersebelahan Puan Sri
Maria.
Aralyn
berpaling ke arah Aidan kerana gerun melihat pandangan nenda Fatimah ke
arahnya. Aidan menggenggam tangan Aralyn erat. Dia faham perasaan isterinya
ketika itu.
“Bagi Adib pada
Aimi. Nenda ada perkara yang hendak dibincangkan dengan Aidan dan Aralyn. Kita
bincang dalam bilik bacaan.”
Tegas. Itu
arahan bukan permintaan dari nenda Fatimah.
Dan nenda
Fatimah terus berlalu dari situ. Menuju ke bilik bacaan. Tan Sri Kamil dan Puan
Sri Maria menganggukkan kepalanya kepada Aidan dan Aralyn.
Mereka tidak
punya pilihan yang lain melainkan mengikuti langkah Tan Sri Kamil dan Puan Sri
Maria ke bilik bacaan. Aralyn meneguk liurnya berkali-kali. Risau jika dirinya
bakal dimarahi oleh nenda Fatimah.
“Abang ada.”
Bisik Aidan dan semakin erat di menggenggam tangan Aralyn. Menyalurkan kekuatan
kepada isterinya.
Dia sendiri
tidak tahu kenapa nenda Fatimah memanggil mereka berdua. Dan jika permintaan
nenda kali ini meminta dia untuk melepaskan Aralyn, dia tidak akan tunaikan.
Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kali ini dia akan mempertahankan
hubungannya dengan Aralyn. Itu janjinya.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.