Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Saturday, March 28, 2020

MENGAPA AKU KAU LUKAI?





BAB 11
ARALYN dan Adib sudah berpindah keluar dari rumah Farah dan tinggal di penthouse milik Aidan. Sangat selesa tinggal di sana kerana kawalan keselamatan yang sangat ketat. Yalah, itukan kawasan perumahan elit. Tidak semua orang bebas untuk keluar masuk. Aidan turut membantu Aralyn mengangkat barang sewaktu berpindah masuk ke dalam rumah itu.
Best tak tinggal di rumah baru tu?” tanya Farah sewaktu Aralyn membantu dia rumah orang tuanya. Selepas pulang dari kerja, Aralyn singgah di rumah Farah. Ingin melihat dan juga membantu temannya itu jika perlukan pertolongan.
“Mestilah best. Luas pula tu.” Jawab Aralyn.
“Nak cakap rumah aku kecillah tu.” Farah mula mengusik Aralyn.
“Kau ni. Bukan itu maksud aku. Aku tak sangka yang rumah tu luas. Aku ingatkan kecil saja.”
Jelas Aralyn. Tidak mahu Farah salah faham.
“Alah...kau ni, aku saja nak usik kau.” Ujar Farah bersama ketawa kecilnya. Suka apabila dapat mengenakan Aralyn.
“Sukakan usik aku.” Muncung Aralyn.
“Mestilah. Ni, kau tinggal pada siapa Adib?” pelik dia apabila Aralyn datang ke sini tanpa membawa Adib. Tidak pernah Aralyn meninggalkan Adib sendirian. Dibawa ke mana saja Adib bersamanya.
“Dengan papa dialah. Sekarang ni, sikit-sikit papa. Kalau aku marah dia, mulalah nak mengadu kat papa dia. Cemburu aku.” Luah Aralyn. Pantang dia marah, mulalah Adib menelefon Aidan dan menangis. Drama king betul anaknya sorang itu.
“Cemburu sebab kau tak dapat nak rapat dengan papa Adib ke?” Farah mengangkat kening kirinya bersama dengan senyuman mengusiknya.
“Kau jangan nak mula ya! Aku cucuk mata kau dengan batang bunga plastik ni kan.” Pantang ada peluang, laju saja Farah mengusiknya.
“Amboi! Garang bakal isteri Aidan ni. Kau dah cakap belum pada Aidan untuk datang majlis aku esok?” tanya Farah. Dia tidak sempat hendak memberi kad undangan perkahwinan kepada Aidan. Jadi, Aralyn sebagai wakilnya.
“Dah. Aku siap bagi kad kau lagi. Biar dia tak lupa,” balas Aralyn. Tak pasal-pasal dia yang menjadi tukang bagi kad undangan Farah kepada Aidan. Nasib baik lelaki itu tidak fikir dia hendak kahwin lain.
Ah! Biarlah lelaki itu nak fikir apa pun. Yang dia sibuk kenapa! Aralyn!
“Bagus! Esok jangan lupa datang dengan Aidan ya.” Pesan Farah.
“Tak kuasa aku nak datang dengan dia. Dia datang soranglah.” Balas Aralyn. Aidan ada bertanya kepadanya tetapi awal-awal lagi dia menolak walaupun hati melonjak gembira ketika itu. Dia sendiri tidak faham dengan hatinya sekarang ini.
“Tak kuasa konon. Padahal dalam hati tu berbunga-bunga kan bila Aidan ajak kau datang dengan dia.”
Kenyataan Farah itu membuatkan Aralyn terdiam. Tidak tahu hendak mengaku atau tidak.  Pandai sekali temannya ini menebak isi hatinya.
“Asal diam pula ni? Mesti betulkan Aidan ada ajak kau datang sekali dengan dia esok. Kan? Kan?” semakin galak Farah mengusik Aralyn.
“Dahlah kau. Ada apa-apa lagi yang aku boleh tolong?”
Sengaja Aralyn mengalih perbualan mereka. Tidak mahu lagi membahasakan hal itu. Lagipun pipinya terasa sudah berubah rona. Malu dengan usikan Farah.
“Tukar topiklah tu.” Komen Farah. Mencebik.
“Ni, kau tidur atau balik?” tidak nampak pula Aralyn bawa baju untuk tidur di rumahnya malam ini.
“Balik. Mami Aidan minta aku tidur di sana malam ni.” Beritahu Aralyn. Puan Sri Maria menelefonnya tadi sebelum dia tiba di rumah Farah. Katanya malam nanti ada makan malam bersama keluarga. Dan permintaan Puan Sri Maria sukar ditolak.
“Mulut kata tak nak tapi hati kata nak.” Sindir Farah. Masih lagi hendak mengusik Aralyn.
“Kau ni, tak habis lagi ke?” bosan pula Farah dari tadi mengusiknya.
“Yalah-yalah. Aku zip mulut.” Farah mengalah. Angkat benda putih sudah. Suka melihat wajah temannya malu-malu sebegitu.
Selepas maghrib Aralyn bertolak pulang dari rumah Farah. Kalau ikutkan dia hendak bertolak awal lagi tetapi Farah memujuknya untuk pulang selepas maghrib. Hampir 45 minit perjalanan, Aralyn tiba di vila milik Tan Sri Kamil. Tidak terlalu jauh dari rumah orang tua Farah. Dan nasib baik jalan tidak sesak.
“Assalamualaikum.” Aralyn memberi salam sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam vila itu. Dia perasan ada buah kereta yang dia tidak kenali di letakkan di bawah garaj tadi.
“Waalaikumussalam. Dah sampai pun Lyn.”
Puan Sri Maria bangun dari duduknya. Aralyn perasan ada tetamu di situ. Yang lain turut berkumpul di situ. Termasuk Aidan, Aimi dan dia kenal yang salah seorangnya, Aiman. Adik kedua Aidan. Yang lain dia tidak kenal pula.
“Mari sini, mami nak perkenalkan Lyn dengan isteri Aiman dan juga bakal tunang Aimi.”
Puan Sri Maria menarik tangan Aralyn untuk duduk di tepinya. Aidan duduk di atas kerusi di tepi lelaki yang kacak. Mungkin itulah bakal tunang Aimi. Adib pula duduk dengan Aimi. Cepat betul dia mesra dengan Aiman.
“Ini isteri Aiman, Afifah namanya. Ifa, inilah Aralyn. Isteri abang Aidan.” Puan Sri Maria memperkenalkan kepada Afifah.
“Itu bakal tunang Aimi, Muzaffar.” Turut diperkenalkan lelaki yang duduk di sebelah Aidan. Mereka hanya berbalas senyuman.
“Bekas isteri mami.” Aralyn membetulkan kenyataan Puan Sri Maria itu. Aralyn berpaling sekilas kepada Puan Sri Maria sebelum bangun untuk bersalam dengan Afifah.
“Alah. Sama saja. Tak lama lagi pun jadi isteri Aidan juga,” selamba Puan Sri Maria membalas. Dia tidak mengambil kisah sangat dengan kata-kata Aralyn. Dia lebih suka mengaku Aralyn ialah menantunya.
“Diam-diam ya Aimi.” Usik Aralyn. Gembira dia dengan kebahagiaan orang di sekelilingnya. Aimi hanya menayang sengihnya.
“Cantik. Patutlah along angau,” komen Afifah. Hairan dia isteri secantik Aralyn sanggup Aidan ceraikan. Tetapi biarlah, perkara itu sudah berlalu. Dan dia tidak berhak untuk campur hal rumah tangga abang ipar dan birasnya.
“Malu kak long. Biasa saja.” Afifah ketawa dengan kata-kata Aralyn. Mesra rupanya Aralyn.
“Lama Im tak jumpa kak long. Tengok-tengok bawa balik anak saudara untuk Im.” Aiman bersuara setelah menjadi pendengar kepada perbualan isterinya dan bekas kakak iparnya.
“Yalah. Im pun dah kahwin. Dah nak dapat baby.” Memang patut Aiman berkahwin kerana sudah lima tahun berlalu. Sewaktu dia meninggalkan bumi Malaysia, Aiman masih lagi belajar.
“Berapa bulan ni?” tanya Aralyn. Tiba-tiba rasa ingin mengandung lagi.
“Dah masuk 7 bulan kak long.” Jawab Afifah sambil menggosok perutnya yang menbuncit.
“Tak lama lagilah nak meletopnya.” Seloroh Aralyn. “Baby boy or girl?”
Scan hari tu baby girl.” Bersinar mata Aralyn apabila mendengar baby girl. Teruja. Macam dia pula yang mengandung.
“Eee...bestnya nak dapat baby girl. Teringin nak ada baby girl.” Kerana terlalu teruja, Aralyn terlupa pula yang dia berada di mana.
“Ha! Kalau macam tu cepat-cepatlah rujuk dengan Aidan. Kan Aidan?” Sampuk Puan Sri Maria.
Yes, sayang. If you want to pregnant, I will make you pregnant. Baby girl.” Sokong Aidan sambil mengenyit matanya. Nakal sekali kedengarannya. Mengambil kesempatan untuk mengusik Aralyn. Suka dia melihat wajah Aralyn yang malu-malu itu.
“Aidan!”
Merah padam muka Aralyn dengan usikan Aidan. Malu dia. Dah la depan orang. Manakala yang lain ketawa mendengarnya.
What? Betullah apa yang I cakap. If you want baby girl, then marry me again. Impian you tu bakal menjadi kenyataan,” tambah Aidan lagi.
“Dahlah merapu tu. Malu I.” Aralyn bangun dari sofa. Mengambil beg tangannya sekali.
“Lyn naik mandi dululah. Dah melekit badan ni. Kejap lagi Lyn turun.” Beritahu Aralyn. Yang lain mengangguk tanda mengerti.
“Nak I temankan ke sayang?” Aidan masih lagi dalam mood mengusik Aralyn. Bahagia dia dapat mengusik Aralyn seperti dulu.
“Aidan Syauqi!”
Geram betul dia dengan Aidan ni. Berani mengusik dia sebegitu di depan keluarga mereka.
Tidak lama selepas itu kedengaran suara garau Aidan ketawa gembira. Sukalah tu dapat kenakan dia. Huh! Tunggulah, nanti dia balas balik.
Selesai mandi, Aralyn turun ke bawah. Dia membantu Puan Sri Maria menghidangkan makanan. Tidak enak pula hanya duduk goyang kaki. Turut dibantu oleh Aimi. Malam itu, mereka menjamu selera bersama-sama. Tan Sri Kamil memandang Puan Sri Maria. Mereka tersenyum gembira kerana sudah lama tidak merasa meriah seperti ini.


PAGI itu Aidan dan Adib turut serta di majlis Farah. Pada mulanya Aralyn ingin ke majlis Farah berasingan tetapi Aidan tidak membenarkan. Kata Aidan, Farah turut mengajak dia untuk ke majlis perkahwinan tersebut. Musykil pula Aralyn. Sejak bila Farah dan Aidan rapat.
Tetapi setibanya di masjid yang berhampiran rumah Farah, barulah Aralyn tahu bahawa bakal suami Farah itu merupakan teman rapat Aidan dalam perniagaan dan juga sewaktu sekolah. Tidak pula Farah memberitahu dia sebelum ini.
“Asal kau tak cakap yang Aidan tu kawan baik suami kau?” bisik Aralyn di telinga Farah. Tidak mahu orang lain dengar perbualan mereka.
“Aku pun baru tahu selepas Karl beritahu aku dua hari lepas.” Balas Farah dalam keadaan berbisik juga. Tidak jadi Aralyn hendak membebel pada Farah.
Dengan sekali lafaz, Farah sah menjadi isteri Karl. Aralyn memandang Farah yang sedang mengesat air matanya. Selepas Farah memeluk ibunya, giliran Aralyn pula memeluk Farah dan mengucapkan tahniah kepada teman baiknya itu.
“I’m happy for you. Finally, you’re off market.”
“Thank you, beb! Aku pun tak sangka yang aku ni dah jadi isteri orang.”
Aralyn mengesat air mata Farah.
“Dah. Jangan nangis lagi. Nanti Karl ingat aku marahkan kau pula.” Gurau Aralyn. Teringat pada hari pernikahan dia dengan Aidan. Dia juga turut menitiskan air mata gembira. Perkahwinan yang dia anggap akan berkekalan sehingga ke akhirnya, akhirnya terputus di tengah jalan.
“Kau ni!” Farah menampar lengan Aralyn. Masih sempat mengusiknya.
Dan Aralyn hanya tersenyum.
Pada malam itu, mereka menghadiri majlis persandingan Farah yang diadakan di Hotel Hilton. Aralyn memakai baju warna sedondong dengan Aidan dan Adib. Pada mulanya Aralyn menolak tetapi setelah Aidan mengugutnya, dia pakai jua. Dan juga dengan rayuan Adib. Pandai betul Aidan mengumpangnya.
“Ha! Datang pun kau. Aku ingatkan dah tak datang.” Ujar Farah sebaik saja melihat Aralyn masuk ke dalam bilik hotel yang ditempah khas untuk kegunaannya.
“Datanglah. Mana boleh tak datang. Teman baik aku sejak dari zaman universiti kahwinkan.” Aralyn membalas sambil melihat Farah yang sedang dimekap oleh jurumekap.
“Ni, kau datang dengan siapa? Aidan?” Farah berpaling sekilas ke arah Aralyn yang berdiri di sebelahnya.
“Ya. Siapa lagi.” Aralyn mengiakan.
“Mesti pakai sedondong kan?” tebak Farah.
“Eh! Kau tahu dari mana?” terkejut Aralyn dengan soalan Farah.
“Aku tahulah. Inikan Farah.” Jawab Farah dengan bangga. Masuk bakul angkat sendiri.
Aralyn mencebik. Yalah, semua perkara Farah tahu. Susah dia hendak berahsia kalau macam ni. Ahli nujum barangkali.
“Aku turun bawah dululah. Kita jumpa dalam dewan ya,” ujar Aralyn. Tidak mahu mengganggu Farah untuk bersiap.
“Okay, beb!” angguk Farah yang sedang dipakaikan shawl.
Aidan, Aralyn dan Adib duduk semeja. Majlis belum lagi bermula tetapi tetamu sudah mula penuh. Lagi sepuluh minit majlis akan bermula. Adib sibuk dengan iPhone Aidan. Aidan suka sangat memanjakan Adib. Manakala Aidan sedang berbual dengan rakan perniagaannya. Dan Aralyn hanya memandang sekeliling dewan itu. Bosan.
Farah dan suaminya mula memasuki dewan. Dan para tetamu yang hadir mula memberi fokus pada pasangan pengantin yang sedang berjalan ke arah pelamin yang tersegam indah. Sangat cantik rekaan pelamin milik Farah. Tema garden. Suka betul Farah dengan bunga. Sejak dari dulu.
Selesai makan beradab, memotong kek dan juga bergambar bersama keluarga, pasangan pengantin turun ke bawah untuk beramah mesra dengan tetamu. Aralyn memeluk Farah. Gembira sangat-sangat apabila melihat Farah tersenyum bahagia di samping keluarga.
“Kau dengan Aidan bila pula?”
Aralyn menjeling Farah. Tak ada soalan lain ke Farah nak tanya. Soalan yang dia sendiri tiada jawapan.
“I bila-bila masa saja bersedia tapi kawan you lah ni, main tarik tali pula dengan I.” Aidan membalas. Kalau ikutkan dia, malam ni juga nak rujuk dengan Aralyn.
“Entahlah kau ni. Jangan nak jual mahal sangat. Nanti Aidan cari lain, baru padan muka.” Selamba Farah mengutuk Aralyn. Ingin membakar hati temannya.
“Carilah dia nak cari lain pun. Aku tak kisah.”
Betul ke tak kisah? Dia sendiri keliru dengan perasaannya ketika ini.
“Kalau I nak cari yang lain, dah lama I cari tapi I tetap nak you, Lyn.” Kata-kata yang keluar dari mulut Aidan membuatkan otot-otot Aralyn ingin mengukir senyuman tetapi cepat-cepat disembunyikan. Tidak mahu Aidan dan yang lain perasan.
“Awww...so sweet.” Farah bersuara membuatkan Aralyn menjeling temannya itu. Sejak bila Farah jadi sekutu Aidan pun, dia tidak tahu.
“Diam la kau.” Geram sebenarnya, Farah terang-terangan menyebelahi Aidan. Bukannya nak sokong dia. Apa punya kawan la. Huh!
Farah ketawa. “Dah la, aku dengan Karl nak pergi sebelah sana pula. Suit yourself okay. Pergilah kalau kau nak bergambar atas pelamin. Aku izinkan.”
Farah dan Karsl berlalu dari situ. Aidan memandang Aralyn. Dia sudah memegang tangan Adib.
“Jom.” Ajakan Aidan membuatkan Aralyn mengerutkan dahinya.
“Nak ke mana?” soal Aralyn.
“Tu.” Aidan memuncungkan mulut ke arah pelamin yang tersergam indah. Cepat-cepat Aralyn menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Mentang-mentang Farah sudah mengizinkan, laju saja Aidan mengambil kesempatan.
“Jomlah.” Sekali lagi Aidan mengajak Aralyn. Teringin bergambar bertiga di atas pelamin. Dia, Aralyn dan Adib.
“Tak nak.” Geleng Aralyn lagi. Buang tabiat betul Aidan ni. Nanti tak pasal-pasal timbul gosip pula nanti.
“Jomlah. Ke you nak I dukung you dulu, baru you nak? Cepatlah! You nak berjalan sendiri atau I dukung you sampai ke pelamin.”
Kali ini Aidan mengugut Aralyn. Dia ajak dengan baik tidak jalan, maka dengan ugutan pasti wanita itu akan setuju.
“Ish! Yalah-yalah. I jalan sendiri.”
Akhirnya Aralyn beralah. Aidan ni, bukan boleh buat main-main. Bila lelaki itu sudah keluarkan kata-kata ugutan, memang lelaki itu akan buat.
Dan Aidan menarik senyuman kemenangan. Akhirnya mereka bertiga bergambar di atas pelamin yang tersergam indah itu bertiga. Jurukamera juga turut mengambil gambar mereka. Farah dan Karl melihat dari jauh, hanya tersenyum. Farah pula menggelengkan kepalanya.
Aduhai! Aralyn, mulut kata tak nak tapi hati rela. Keras betul hati kau, Aralyn!

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.