BAB
9
KETIKA Aralyn tiba di rumah, kereta Farah ada di ruangan garaj. Nampaknya
teman baiknya tidak ke mana-mana hari ini. Aidan terpaksa meminta tolong Aimi
menghantar Aralyn dan Adib pulang kerana dia perlu berangkat ke China. Ada
masalah dengan pembekal di sana. Aralyn mempelawa Aimi tetapi bekas adik
iparnya menolak kerana sudah berjanji dengan kawan.
“Terima kasih
Aimi hantarkan kak long. Susahkan Aimi saja.” Ujar Aralyn sebelum keluar dari
kereta.
“Eh! Tak ada
susahkan pun. Lagipun Aimi memang nak keluar. Aimi minta maaf bagi pihak along.
Dia memang macam tu. Sentiasa sibuk.” Balas Aimi. Mengadu tentang abangnya.
Hujung minggu pun masih sibuk dengan kerja.
“Tak mengapa.
Kak long faham dengan kerja abang Aimi tu.” Senyum Aralyn.
Jika sebelum
ini Aidan tidak terlalu sibuk seperti sekarang tetapi dulu pun dia sering
ditinggalkan sendirian oleh Aidan jika masalah datang dengan mendadak dan Aidan
terpaksa berangkat ke luar negara.
“Yalah. Aimi
minta diri dulu.” Ujar Aimi. Dia bersalam dengan Aralyn.
“Drive safely.” Pesan Aralyn sebelum keluar dari perut kereta bersama Adib. Aimi
melambai tangan sebelum keretanya bergerak meninggalkan rumah Farah.
“Assalamualaikum.”
Salam diberikan sebaik saja pintu dibuka.
“Waalaikumussalam.
Ha! Baru balik. Seronok tidur di rumah Aidan eh rumah mentua?” Farah menjawab
salam. Dia sedang menonton televisyen di ruang tamu.
“Kau ni. Mula
la nak membahan aku.”
Muncung Aralyn.
Bukan dia tidak kenal Farah. Kalau dah keluar ayat seperti itu, kejap lagi
adalah tu perkara yang hendak dibahankan dan dialah yang menjadi mangsa.
“Mentang-mentang
dapat tidur rumah mentua, terus lupakan aku ya. Nasib baiklah aku telefon
semalam. Risau aku. Takut Aidan culik kau dan bawa lari ke Siam.”
Farah mula
hendak membebel. Malah sempat lagi dia mengusik Aralyn di penghujung ayatnya.
Nasib baik dia tergerak hati hendak menelefon Aralyn semalam. Kalau tak, memang
dia pergi cari Aidanlah kerana Aralyn tidak sampai di rumah seperti yang
diberitahu.
“Aku minta
maaf. Aku terlupa. Semalam ralit sangat aku duk berbual dengan walid dan mami.
Dah lamakan tak jumpa.” Aralyn memohon maaf sekali lagi. Dia tidak berniat
hendak membuat Farah risau tetapi dia betul-betul terlupa hendak memaklumkan
kepada Farah.
“Yalah-yalah.
Aku maafkan.” Ujar Farah. “Kau ralit berbual dengan bekas mentua kau atau
sedang menyemai cinta dengan Aidan? Ha?” Semakin galak Farah mengusik Aralyn.
“Tengok tu.
Pipi kau merah. Kau malu ya beb!” kenyataan dari Farah membuatkan bantal kecil
selamat mendarat di atas riba Farah.
“Kau ni!” geram
Aralyn dengan usikan Farah. Ada saja modal temannya itu hendak mengusik dia.
“Tak nak
mengaku. Kejap aku tanya Adib.”
Farah memanggil
Adib yang sedang ralit menonton kartun kegemaran di televisyen. Tidak
menghiraukan perbualan di antara ibunya dengan aunty Farah.
“Adib...”
Adib berpaling
ke arah Farah. “Ya, aunty.” Sahut Adib.
“Semalamkan,
Adib tidur dengan siapa?” sengaja Farah bertanya soalan sebegitu kepada Adib.
“Dengan papa.”
Jawab Adib polos. Jujur.
“Best tak tidur
dengan papa?” tanya Farah lagi. Sekejap lagi adalah tu soalan luar alam Farah
tanyakan kepada Adib.
“Mestilah best.
Semalam lena Adib tidur dalam pelukan papa.” Cerita Adib dengan nada yang
ceria. Pertama kali dia tidur dengan papanya. Suka sangat!
“Ibu tidur
sekali dengan Adib dan papa ke?” sengaja Farah mencari penyakit.
Terjengil mata
Aralyn apabila mendengar soalan Farah. Nak kena minah ni!
“Tak sebab ibu
cakap nanti berdosa kalau tidur dengan papa. Tapi papa cakap, kalau nak ibu
tidur sama-sama, Adib kena buat ibu setuju untuk terima papa kembali.”
Cerita Adib
panjang lebar. Masih ingat apa yang papanya beritahu semalam.
“Ha! Betullah
tu apa yang papa Adib cakap. Kalau Adib pujuk ibu setuju untuk terima papa
Adib, boleh la tidur sama-sama. Manalah tahu nanti Adib dapat adik ke.” Semakin
giat Farah mengusik Aralyn. Dia tersenyum sumbing sambil mengangkat sebelah
keningnya kepada Aralyn.
“Okay aunty
Farah.” Jawab Adib dengan cetria.
“Farah!” Geram
Aralyn dengan Farah. Mengajar Adib benda yang bukan-bukan.
“Betul ke ibu?”
soal Adib dengan polos. Tidak berkelip memandang ibunya menanti jawapan.
“Dah! Adib
pergi naik mandi dulu.” Suruh Aralyn. Dan tanpa membantah, Adib menuju ke
tingkat atas. Aralyn mengajar Adib untuk mandi sendiri sejak anaknya berumur 4
tahun.
“Alaa.. Ibu
malu ke?” mengekek Farah ketawa selepas itu.
“Kau ni. Nak
kena!” Aralyn bangun dan bercekak pinggang.
“Cabut!!!”
berdesup Farah melarikan diri ke tingkat atas. Ingin menyelamatkan diri dari
jadi mangsa cubitan ketam Aralyn. Berbisa kalau kena. Sakit wo!
“Kau dah terima
Aidan balik?” soal Farah sebaik saja meletak punggungnya di atas sofa.
Bertentangan dengan Aralyn. Mug yang berisi air milo disisip.
“Taklah. Aku
baik dengan dia pun sebab Adib. Kalau tak, memang aku takkan jumpa dia.” Aralyn
menggelengkan kepalanya.
“Betul ke? Tapi
kenapa aku rasa kau baik dengan Aidan bukan sebab Adib ya.” Farah mula serkap
jarang. Dipicingkan matanya ke arah Aralyn.
“Kau jangan nak
mulakan ya.” Amaran diberi kepada Farah. Nanti mulalah melencong ke arah lain
perbualan mereka ini.
“Tak adalah.
Apa salahnya kalau kau baik dengan Aidan sebab diri kau sendiri. Bukan ke kau
masih cintakan dia ke?” Farah memulakan soal siasatnya. Menjadi penyiasat yang
tidak bertauliah.
“Tak, yang
sekarang ni kenapa kita bercakap pasal lelaki tu. Bukan ke kau dulu bencikan
Aidan ke?” Soal Aralyn. Cuba untuk mengalih topik perbualan sebenarnya. Malas
hendak berbicara tentang lelaki yang bernama ‘Aidan.’
“Eh! Siapa
cakap aku bencikan dia? Taklah. Aku okay saja. Cuma aku marah dan geram dengan
apa yang dia dah buat pada kau. Itu saja. Aku tak pernah pun bencikan dia pun.”
Jelas Farah. Aralyn salah faham dengan dia rupanya selama ini.
Dan itu dulu.
Sekarang tidak lagi selepas Aidan menjelaskan kepadanya kenapa lelaki itu
pernah menyakiti Aralyn. Dia turut bersimpati dengan Aidan kerana menjadi
mangsa keadaan tapi pada masa yang sama geram pun ya juga kerana tidak
percayakan Aralyn seratus-peratus.
Aralyn mencebik
dengar jawapan Farah. Tanda tidak percaya.
“By the way,
untuk pengetahuan kau, Aidan pernah datang jumpa aku lima tahun lepas. Dia cari
kau. Masa tu aku marah-marah pada dia tapi tetap juga dia desak aku tanya kau
kat mana.” Farah membuka cerita.
“Habis tu kau
bagitahu ke?” Tidak sangka bahawa Aidan datang mencarinya. Bukan ke lelaki itu
sudah membuang dia ke?
“Tak. Kalau aku
beritahu dia, tak adalah lima tahun dia sasaukan kau. Macam orang gila talak
pun ada. “ Balas Farah. Selamba mengutuk Aidan di depan Aralyn. Ingin tahu juga
reaksi temannya itu.
“Tak baik kau
cakap macam tu.” Ujar Aralyn. Walaupun Aidan ada meminta untuk rujuk kembali
tetapi tak adalah pula bekas suaminya memaksa.
“See...
Aku kutuk dia sikit jer, terus kau back up dia.” Mulut kata tak sayang
tapi hati sebaliknya.
“Mana ada aku
back up dia. Aku cakap saja,” ujar Aralyn. Farah ni, ada saja cara hendak kenakan
dia.
“Tak nak
mengaku.” Cebik Farah.
“Dan untuk
pengetahuan kau, hari yang kau balik Malaysia tu. Malam tu aku meeting dengan
Aidan. Aku sendiri terkejut sebab dah lama aku tak jumpa dia. Tak sangka pula
dia client syarikat tempat aku bekerja. Dia ada tanya pasal kau dan Adib tapi
aku rahsiakan pasal Adib tu. Cuma pasal kau balik Malaysia tu, aku jujur sebab
aku tak suka menipu. Lagipun dia nampak dengan matanya sendiri itu kau.”
Cerita Farah
panjang lebar. Sebelum ini dia tidak menceritakan kepada Aralyn kerana dia tahu
Aralyn takkan dengar tetapi sekarang ni, dia yakin yang Aralyn tidak akan lari.
Lagipun Aralyn dan Aidan telah berbaik.
“Jadi, kaulah
yang beritahu Aidan pasal tempat kerja aku?” soal Aralyn. Terkejut mendengar
cerita Farah. Nasib baik ketika itu Aidan tidak datang menegurnya.
“Eh! Tak ada
masa aku nak beritahu dia. Soal tu aku tak masuk campur.” Farah menjungkit
bahunya. Tanda dia tidak tahu dari mana Aidan tahu tempat kerja Aralyn.
“Yalah. Aku
percaya. Tapi aku hairan, macam mana dia boleh tahu aku kerja di situ.” Aralyn
sedang sibuk memikirkan perkara itu sejak dari hari pertama mereka bertemu.
“Itu takdir
Allah. Anggap saja Aidan memang jodoh kau. Kau lari jauh mana pun, kalau dah
jodoh, kau akan kembali kepadanya.”
Kata-kata Farah
meresap jauh ke dalam hati Aralyn. Tetapi pada masa yang sama, hatinya
menafikan rasa itu. Dia tidak mahu ada kaitan dengan lelaki yang bernama Aidan
lagi. Cukuplah sekali dia terluka.
“Hoi!
Berangan.” Farah menepuk meja kopi dengan majalah. Dari tadi dia panggil Aralyn
tetapi tidak bersahut.
“Kau ni,
terkejut aku.” Dadanya diurut perlahan.
“Aku tanya ni,
kau dah jumpa ke belum rumah sewa? Kalau belum lagi, kau duduk dulu sini. Biar
aku stay rumah orang tua aku dulu,” ujar Farah.
“Belum lagi.
Aku masih mencari. Harap-harap esok dapatlah.” Keluh Aralyn. Tidak tergamak
pula hendak membiarkan Farah tinggal di rumah keluarga sedangkan ini rumah
Farah.
“Hmmm...
Yalah.” Angguk Farah sebelum bangun dan menuju ke dapur untuk mencuci mugnya.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.