BAB 7
KALI ini sudah masuk kali ketiga Aralyn menatap skrin iPhonenya. Tidak
percaya dengan pesanan wassap yang dia terima dari Aidan. Perlu ke dia ikut
lelaki itu ke sana? Kalau dia hantar wakil tak boleh ke?
Esok ikut I ke
Melaka untuk tengok projek yang dah nak siap tu.
Tanpa salam
Aidan menghantar pesanan wassap padanya.
Berapa hari?
Aralyn membalas
pesanan itu. Kalau ikutkan hati dia, dibiarkan saja tidak berbalas tetapi dia
perlu bersikap profesional jika berkait dengan kerja.
2 hari.
Aidan membalas
dengan ringkas. Belum sempat Aralyn membalasnya, pesanan wassap dari Aidan
masuk lagi.
Bawa Adib
sekali. I dah call cikgu Adib tadi. Esok dan lusa Adib cuti.
Tanpa membalas
wassap Aidan, terus Aralyn menelefon Aidan dan tanpa salam diterjah Aidan
dengan nada yang geram.
“Yang you
pandai buat keputusan tu kenapa? I tak bagitahu pun lagi yang I setuju untuk
ikut you ke Melaka esok.”
Panjang lebar
bebelan Aralyn. Ditembak Aidan seperti peluru.
“Sayang... yang
you nak marah-marah ni kenapa? Tak salahkan kalau I bagitahu cikgu Adib
awal-awal. Lagipun I ada hak untuk buat keputusan ke atas Adib. I papa dia
kan.” Balas Aidan dengan tenang.
“Yalah tapi...”
“Dah. Tak ada
tapi-tapi. Esok you ikut I pergi Melaka. I ambil you. Tak payah drive.
You kena tengok sendiri projek tu. Kalau tak, susah nanti you nak buat pelan
untuk rekaan dalaman tu.”
Putus Aidan
dengan tegas. Dia tidak mahu mendengar alasan dari Aralyn. Dan dia perlu
bertegas. Kalau tak, jangan harap bekas isterinya akan mendengar katanya.
Lagipun, dia sudah membuat rancangan untuk meluangkan masa bersama dengan Adib
dan juga Aralyn. Manalah tahu, dia dapat memikat hati Aralyn lagi.
“Huh! Yalah. I
ikut.” Akur Aralyn. Kalau dah Aidan bertegas macam tu, maknanya penting. Tidak
akan ada toleransi lagi.
“Good girl.
Esok ya. Pukul 8 pagi.” Pesan Aidan.
“Okay. Bye.” Tanpa salam dan menunggu balasan dari Aidan, terus Aralyn putuskan
panggilan itu. Biarlah Aidan anggap dia kurang ajar ke apa. Yang penting
sekarang ni, dia tengah sakit hati dengan lelaki itu.
Tahu nak
memaksa saja.
Seperti yang
dijanjikan, Aidan mengambil Aralyn dan Adib di rumah Farah. Farah, awal-awal
lagi sudah berangkat ke tempat kerja dan sudah dimaklumkan kepada Farah bahawa
dia akan ke Melaka atas urusan kerja.
Aidan keluar
dari kereta dan menghampiri Adib yang sedang berdiri di sisi kereta Aralyn.
“Assalamualaikum,
anak papa. Sayang sihat?” tubuh Adib dipeluk tanda dia rindu kerana semalam dia
tidak sempat meluangkan masa bersama Adib lama. Sekejap saja kerana dia ada
mesyuarat penting.
“Waalaikumussalam.
Adib sihat. I miss you, papa.” Pipi Aidan dicium Adib dan kepala
didaratkan di dada Aidan yang bidang itu.
“Papa miss you
too, sayang.” Aidan
mendukung Adib. Dia melangkah menuju ke kereta selepas melihat Aralyn sedang
memasukkan beg ke dalam boot kereta.
“All done?” tanya Aidan.
“Yes.” Angguk Aralyn.
“Kalau macam
tu, jom gerak.” Aidan meletakkan Adib di seat belakang. Tali keledar di
pakaikan untuk keselamatan anaknya. Aralyn sudah pun masuk ke bahagian
penumpang di hadapan.
“You dah breakfast?” tanya Aidan. Matanya masih fokus pada jalan
yang sedikit sunyi memandangkan mereka masih lagi berada di kawasan perumahan.
“Dah. Baru
lepas. Kenapa, you belum breakfas lagi ke?” jawab Aralyn. Memang setiap
pagi dia akan bersarapan terlebih dahulu.
“Tak
mengapalah.” Balas Aidan sedikit hampa. Baru dia ingat hendak mengajak Aralyn
untuk sarapan bersama.
Dan Aralyn tahu
yang Aidan tidak mengambil sarapan lagi. Aralyn berpaling ke belakang dan
mengambil tote bag. Dikeluarkan tuppuware berisi nasi goreng kampung. Dia tahu
yang Aidan suka akan nasi goreng kampung.
“Nah. Nasi
goreng kampung. For your breakfast.” Dihulurkan kepada Aidan.
“Yangg... I
tengah drive kan ni. You tolong suapkan,” pinta Aidan mengada. Terkejut
juga apabila Aralyn menghulurkan tuppurware kepadanya. Ternyata bekas isterinya
masih lagi ingat akan makanan kegemarannya. Terharu.
Tanpa banyak
soal, Aralyn membuka tudung tuppuware itu. Dia mengambil sudu yang berada di
dalam tote beg. Dipalingkan tubuhnya mengadap Aidan. Lalu dia suakan sudu ke
arah mulut Aidan. Sebenarnya dia malas mendengar Aidan memujuk rayunya selagi
dia tidak menyuap nasi kepada Aidan.
“Sedap. Sama macam
dulu.” Puji Aidan selepas menelan nasi goreng yang disuap oleh Aralyn tadi.
Dan Aralyn
hanya senyum sekilas sebelum menyuap nasi kepada Aidan lagi. Kenapa dia suap
Aidan makan? Baru dia tersedar sesuatu bahawa dia tidak boleh benci lelaki itu
walaupun dia cuba untuk membenci bekas suaminya.
Apa dah jadi
ni, Aralyn?
“Terima kasih
sayang sebab bawak bekal nasi goreng kampung untuk abang. Abang gembira sebab
sayang masih ingat makanan kegemaran abang,” ujar Aidan selepas menghabiskan
nasi goreng yang dibawa oleh Aralyn.
Alhamdulillah.
Kenyang!
“Sama-sama tapi
I buat nasi goreng tu bukan sebab ingatkan you. Tu, anak lelaki you tu yang
suka sangat dengan nasi goreng kampung. Sama macam papa dia.” Beritahu Aralyn.
Tidak mahu Aidan salah faham. Walaupun pada hakikatnya, sewaktu dia memasak
nasi goreng kampung tadi, dia teringat akan Aidan.
“Nama pun anak
abangkan. Benih abang. Mestilah ikut abang.” Selamba Aidan membalas.
Dan Aralyn
malas hendak melayan. Sengaja dia buat-buat tidak dengar sambil mata memandang
ke arah jalan raya. Alah, macam dia pula yang memandu.
Aidan hanya
menggelengkan kepala dengan gelagat Aralyn. Sekejap baik, sekejap moody.
Haih! Perempuan!
Bersabarlah
Aidan.
AIDAN menempah bilik hotel mereka secara bersebelahan. Senang untuknya
memantau dan menolong Aralyn jika wanita itu perlukan pertolongan. Selepas check-in
hotel, Aidan membawa Aralyn dan Adib ke projek yang hampir siap itu. Dia
terpaksa membawa Adib ke sana memandangkan tiada siapa yang akan menjaga Adib
di bilik hotel.
“Tidak jauh
dari bandar Melaka.” Komen Aralyn sebaik saja dia melihat bangunan apartment
yang hampir siap itu.
“Ya, sayang.
Senang nanti kalau nak ke bandar.” Balas Aidan.
“Kita nak ke
mana ni?” tanya Aralyn selepas pulang dari melihat apartment yang hampir siap
dibangunkan.
“Jalan-jalan
bandar Melaka. Tapi sebelum tu kita kena cari makan dulu. I dah lapar ni,”
jawab Aidan. Hampir masuk pukul satu tengah hari.
“Yalah.” Setuju
Aralyn kerana dia juga lapar. Manakala Adib tidur keletihan di belakang.
“You nak makan
apa?” Aidan berpaling sekilas ke arah Aralyn sebelum fokus pada pemanduannya.
“Hmmm... asam
pedas ikan pari, boleh?” balas Aralyn. Alang-alang datang Melaka ni, ingin juga
merasa asam pedas kerana sudah lama dia tidak makan asam pedas.
“Everything for
you, dear.” Angguk Aidan.
Apa yang Aralyn inginkan, dia akan tunaikan.
Selesai memesan
makanan tengah hari mereka, Aralyn memeriksa email melalui telefonnya. Adib
masih lagi tidur di atas riba Aidan. Bekas suaminya yang beria-ria hendak
meriba Adib. Jadi Aralyn biarkan saja.
“You, kejutkan
Adib. Nanti dia menangis pula kalau lapar.” Pinta Aralyn. Biasanya waktu macam
ni, waktu makan untuk Adib.
Aidan mengejut
Adib. Tidak susah untuk Adib bangun. Sejenis tidur-tidur ayam barangkali.
“Bangun makan
sayang.” Aidan mengejut Adib. Adib bangun terpisat-pisat. Dia bangun ke tandas
dengan membawa Adib untuk membasuh muka anaknya itu. Aralyn memandang langkah Aidan.
Nampak sisi Aidan yang penyayang dan sangat mengambil berat tentang Adib. Anak
dia, mestilah kena ambil berat.
Selesai makan
tengah hari, mereka menuju ke Kota A Famosa dan juga tempat-tempat bersejarah
di Melaka sebelum pulang ke hotel memandangkan hari sudah senja. Itu pun belum
puas lagi berjalan-jalan dan mengambil gambar. Adib sangat gembira dan enjoy
percutian mengejut ini.
Pantang Aidan
ajak untuk mengambil gambar, laju saja Adib mengikut si papa. Aralyn hanya
menggelengkan kepalanya. Tak mengapalah. Asalkan si anak gembira, dia sudah cukup
gembira.
Selepas makan
malam di hotel tersebut, mereka naik ke bilik. Malam itu, mereka tidak keluar
makan di luar kerana ada kerja yang perlu disiapkan segera sebelum bertolak
pulang ke Kuala Lumpur.
“You masuk
dulu. I nak ambil laptop kejap,” ujar Aidan. Disuruh Aralyn masuk bersama Adib
dan dia berlalu ke biliknya yang terletak bersebelahan bilik Aralyn.
Aidan membuka
pintu bilik Aralyn yang tidak berkunci itu. Kerisauan jelas terpancar di wajah
Aralyn. Dia tahu yang Aralyn risau jika ditangkap khalwat bersamanya. Tapi dia
lagi suka. At least Aralyn kembali padanya.
“You jangan
risau. Pintu ni I biarkan terbuka. Lagipun Adib ada sekali.” Pintu bilik Aralyn
dibiarkan terbuka. Dan Aidan tidak gila untuk mengikat Aralyn dengan cari
begitu. Itu membuatkan bekas isterinya semakin membenci dia.
“Errr... okay.”
Angguk Aralyn sebelum fokus pada kertas di depannya.
“Adib tengok
kartun dulu ya. Papa dan ibu nak siapkan kerja,” ujar Aidan sambil menggosok
kepala Adib yang duduk bersandar di atas sofa yang berdekatan dengan mereka.
“Baik, papa.”
Adib fokus pada televisyen yang menayangkan kartun kegemarannya.
Jam menunjukkan
hampir pukul 11 malam. Aralyn menutup mulutnya yang menguap itu. Dia sudah
mengantuk tetapi kerjanya masih tinggal sedikit lagi perlu disiapkan. Aidan
mengerling jam di laptop sekilas sebelum bersuara.
“You pergilah
tidur. Biar I sambung buat di bilik I.” Kesian juga melihat Aralyn yang menahan
kantuknya dari tadi. Dia tahu yang Aralyn memang jenis tidur awal.
“Tapi...”
“Dah. Simpan
semua ni. Biar I siapkan. Lagipun Adib dah tidur tu.”
“Yalah.” Setuju
Aralyn yang sememangnya mengantuk sangat-sangat. Biasanya dia akan bangun pukul
4 pagi untuk siapkan kerja.
“Good night,
sayang. Jangan lupa kunci pintu.” Ucap Aidan sebelum keluar dari bilik Aralyn
dan menuju ke biliknya.
Pada keesokan
harinya, selesai saja kerja mereka di Melaka, mereka bertolak pulang ke Kuala
Lumpur. Dan sebelum pulang masih sempat Aralyn mencari buah tangan untuk para
pekerjanya. Dah alang-alang sampai di Melaka, rugi pula tidak membawa balik
cenderamata dari situ.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.