Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Monday, March 30, 2020

MENGAPA AKU KAU LUKAI?





BAB 13
KEPUTUSAN sudah dibuat. Dan Aralyn yakin dengan keputusannya itu setelah fikirkan baik buruknya. Hari ini Aralyn memandu sendiri ke rumah Puan Sri Maria. Tidak diberitahu kepada Aidan. Dan lelaki itu pun tiada meminta untuk berjumpa dengan Adib. Mungkin Aidan sibuk barangkali.
“Kita dah sampai.” Beritahu Aralyn kepada Adib sebaik saja dia menarik hand brek dan mematikan enjin kereta. Adib berlari keluar dari kereta. Menggeleng kepala Aralyn melihat Adib. Tidak sabar hendak berjumpa dengan tok lid dialah tu.
“Assalamualaikum.” Aralyn memberi salam. Kaki melangkah masuk ke dalam vila itu.
“Waalaikumussalam. Masuklah Lyn.” Jemput Puan Sri Maria. “Kenapa tak beritahu dulu sebelum datang. Boleh mami suruh bibik pergi beli barang untuk masak.” sambung Puan Sri Maria. Tidak terjangka pula yang Aralyn akan datang ke sini. Nasib baik dia ada di rumah dan tidak ke mana-mana.
“Alah...tak mengapalah mami. Lyn bukannya lama kat sini. Lagipun Adib asyik bertanya bila nak pergi rumah tok lid dan tokmi dia. Dan Lyn pun ada sesuatu nak bincang dengan mami.”
Jelas Aralyn panjang lebar. Selalu saja Puan Sri Maria sibuk memasak di dapur kalau dia beritahu hendak berkunjung ke sana. Sekali-sekala buat surprise untuk bekas ibu mentuanya tak salah.
“Lyn nak bincang apa dengan mami? Soal permintaan mami hari tu ke?” soal Puan Sri Maria.
“Ya, mami. Lyn dah buat keputusan.” Angguk Aralyn. Mengiakan pertanyaan Puan Sri Maria.
“Apa keputusan Lyn?” tidak sabar Puan Sri Maria hendak mengetahui jawapan yang bakal diberikan oleh Aralyn. Dan dia sangat berharap jawapan tersebut positif.
“Lyn setuju dengan permintaan mami tu tapi Lyn buat semua ini demi Adib. Lyn tak nak dia membesar tanpa kasih sayang seorang papa dan juga membesar tanpa sebuah keluarga yang lengkap.”
Puan Sri Maria mengukir senyuman sebaik saja mendengar kata-kata Aralyn. Dia gembira walaupun Aralyn lakukan semua itu demi Adib. Dia tidak akan memaksa Aralyn untuk mecintai Aidan kembali tetapi dia yakin yang keputusan Aralyn bukan hanya kerana Adib tetapi dalam hati wanita itu masih lagi terselit nama Aidan. Cuma Aralyn terlalu berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali, mungkin.
“Terima kasih, Lyn.” Puan Sri Maria memeluk Aralyn. Sangat gembira.
“Ada berita gembira yang along tak tahu ke? Sampai peluk bagai.” Sampuk satu suara yang tidak asing lagi di telinga Puan Sri Maria dan Aralyn.
“Ya. Memang ada berita gembira pun.” Senyuman Puan Sri Maria sangat lebar.
“Apa mami?” soal Aidan. Ingin tahu. Lagi-lagi apabila melihat senyuman lebar maminya.
“Mami rasa baik Lyn sendiri yang bagitahu Aidan.” Ujar Puan Sri Maria. “Mami ke taman dulu. Nak tengok Adib dan walid.” Puan Sri Maria bangun meninggalkan Aidan dan Aralyn di ruang tamu itu.
“Mind you share with me, what is the happy news?” tanya Aidan selepas Puan Sri Maria meninggalkan mereka berdua di situ.
“I setuju dengan cadangan mami. I setuju untuk kembali kepada you.” Beritahu Aralyn. Senafas. Terasa sesak dadanya hendak berterus-terang dengan Aidan. Tidak pernah terfikir untuk kembali kepada Aidan selepas dia diceraikan kerana dia tidak mahu terluka sekali lagi. Dan adakah dia akan terluka lagi?
Really? Alhamdulillah. Akhirnya doa I dimakbulkan.”
Perasaan Aidan ketika ini sangat gembira. Terasa ingin melompat-lompat. Ingin menjerit biar satu dunia tahu yang Aralyn akan kembali kepadanya. Dia sangat bersyukur.
“I terima you kembali bukan kerana I cintakan you tetapi kerana Adib. I tak nak Adib membesar tanpa kasih sayang seorang papa. I nak Adib merasai mempunyai satu keluarga yang lengkap.”
Kata-kata Aralyn terus melenyapkan senyuman gembira di bibir Aidan. Wajah dia juga sudah berubah. Tidak seceria seperti tadi.
“Are you sure, Aralyn?” soal Aidan. Dia tidak percaya yang Aralyn tidak mencintai dia.
Yes. Jangan berharap I masih cintakan you. Dan ingat, perbuatan you lima tahun lepas, masih lagi segar di ingatan I, Aidan!”
Kata-kata Aralyn membuatkan Aidan tahu luka yang dia toreh di hati Aralyn terlalu dalam. Dia sedar akan salahnya tetapi tidak bolehkah Aralyn memaafkan dia?
“You masih tak maafkan I ke, Lyn?” tanya Aidan.
“I pernah cakapkan yang I  dah maafkan you tapi untuk melupakan apa yang you dah buat pada I, tidak mudah Aidan. You sudah hancurkan kepercayaan I pada you. Dan tidak mudah untuk I bina balik kepercayaan itu.”
Aidan terdiam dengan kata-kata Aralyn. Jadi, selama ini Aralyn sudah tidak percayakan dia lagi.
“Macam mana you nak hidup dengan I kalau rasa percaya you sudah hilang, Lyn?”
“Macam I cakap pada you tadi. I terima you kerana Adib. Dan kita buat haluan masing-masing. You hal you dan I dengan hal I. I tak nak Adib membesar tanpa sebuah keluarga yang lengkap.” Senang Aralyn membalas tetapi Aidan tidak setuju. Dia tidak mahu.
“I tak nak!” geleng Aidan. Dia tidak mahu Aralyn hidup dengannya kerana terpaksa. Dia mahu cinta Aralyn. Bukan hanya jasad Aralyn.
“Terserah pada you, Mr Aidan. I already made my decision. Kalau you rasa tak nak semua ini, I tak kisah. I can live without you with Adib.” Balas Aralyn dengan yakin. Betul ke dia boleh hidup tanpa Aidan? Dan ayat dia seperti mengatakan Aidan tidak mampu untuk hidup tanpanya.
“You sedang menghukum I ke, Lyn?”
Soalan Aidan membuatkan Aralyn terkedu.
Betulkah dia sedang menghukum lelaki di depannya ini? Dia sendiri kurang pasti.
“Kalau itu yang you rasa.” Balas Aralyn tanpa perasaan.
Fine! Kita nikah tapi I akan bina balik kepercayaan you yang sudah hilang itu. I akan buat you jatuh cinta pada I berkali-kali Aralyn. Lebih dari you jatuh cinta pada I saat pertama kali kita bertemu.”
Aidan sudah tekad. Dia akan lakukan apa saja demi meraih kepercayaan Aralyn dan juga untuk mendapatkan cinta Aralyn. Demi cinta dia pada Aralyn dan kesalahannya yang lalu, dia akan tebus semuanya.
“Dipersilakan.” Balas Aralyn yang sedikit pun tidak tergugat dengan kata-kata Aidan. Dan dia ingin melihat sejauh mana Aidan mampu untuk mengembalikan cintanya yang telah hilang itu.
“Sudah habis berbincang ke?” Puan Sri Maria sudah melangkah masuk ke dalam bersama dengan Adib dan Tan Sri Kamil.
“Dah mami.” Angguk Aralyn. Tidak dihiraukan dengan wajah Aidan yang tegang itu. Kisah apa dia.
Puan Sri Maria duduk di sebelah Aralyn.
“Kalau macam tu, mami ingat nak buat sekali dengan majlis pertunangan Aimi. Akif dan Aralyn nikah sebelah pagi. Majlis Aimi petang.”
Itulah cadangan Puan Sri Maria setelah berbincang dengan Tan Sri Kamil tadi selepas Aralyn memberitahu persetujuannya itu.
“Mami, kalau boleh Lyn cuma nak nikah. Tak nak ada apa-apa majlis.” Ujar Aralyn. Cukuplah sekali dulu. Dia tidak mahu lagi. Penatnya, hanya Allah saja yang tahu.
“Aidan macam mana?” tanya Puan Sri Maria.
“Aidan ikut saja mami. Janji pengantin perempuannya, Lyn.” Balas Aidan. Dia tidak kisah semua itu. Yang dia inginkan sekarang ini ialah Aralyn menjadi isterinya yang sah.
“Lyn?” Puan Sri Maria menanti jawapan dari Aralyn.
“Apa yang terbaik bagi mami, Lyn setuju.” Senyum Aralyn. Terpaksa. Tawar sekali senyumannya.
“Baiklah. Kalau macam tu, bolehlah mami mulakan persiapan.” Teruja sekali Puan Sri Maria sedangkan itu perkahwinan kedua Aidan dan Aralyn.
Tan Sri Kamil tersenyum gembira. Bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada Aidan dan Aralyn untuk bersatu kembali. Ternyata jodoh mereka masih ada lagi. Alhamdulillah, doanya selama ini dimakbulkan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.