BAB
8
“BAIK mami.” Balas Aidan sebelum menamatkan panggilan telefonnya dengan
Puan Sri Maria yang bertanya keberadaan dia dan Aralyn. Sama ada sudah sampai
atau belum.
“Sayang... mami
ajak you dan Adib bermalam di rumah malam ni,” beritahu Aidan. Serba-salah
sebenarnya hendak memberitahu Aralyn kerana dia tahu bekas isterinya akan
menolak.
“I bukan tak
nak tapi baju I semuanya I dah pakai,” tolak Aralyn. Sengaja memberi alasan
sebegitu. Tetapi pada masa yang sama, dia tidak sampai hati hendak menolak
permintaan Puan Sri Maria.
“Kalau macam
tu, you cakap sendirilah dengan mami.” Aidan menghulurkan iPhone miliknya
kepada Aralyn. Rasanya lebih elok kalau Aralyn sendiri yang memberitahu
maminya.
“Errr... yalah.
I setuju. Nanti I pinjam baju Aimi saja.” Terpaksa Aralyn mengalah kerana dia
tahu, bila dia mendengar suara merayu Puan Sri Maria, pasti dia akan mengalah.
Tiada beza. Dia tetap akan bermalam di rumah bekas mentuanya.
“Okay.” Aidan
ingin senyum tetapi ditahankan. Ternyata taktiknya menjadi. Bukan dia tidak
tahu yang saiz Aralyn dan Aimi sama. Dan bukan tidak pernah bekas isterinya
meminjam baju dengan Aimi sebelum ini.
Mereka tiba di
kediaman Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria yang terletak di Putrajaya. Lima
tahun Aralyn tidak menjejakkan kakinya di teratak itu. Vila milik mentuanya
masih lagi sama. Cantik seperti dulu. Tidak berubah.
“Kita dah
sampai.” Ujar Aidan sebaik saja menarik hand brek.
“Kita di mana
ni papa? Rumah siapa yang besar ni?” soal Adib teruja.
“Rumah tok lid
dan tokmi.” Jawab Aidan sambil berpaling ke arah anaknya.
“Jom kita
keluar. Mami dah tunggu tu,” ajak Aralyn. Puan Sri Maria sedang menanti mereka
di muka pintu.
Mereka
melangkah keluar dari kereta. Aidan memimpin tangan Adib. Menghampiri Puan Sri
Maria yang sedang menanti mereka sambil tersenyum. Gembira melihat anaknya
Aidan yang jelas terpancar kebahagiaan di wajah itu.
“Assalamualaikum.
Mami sihat?” Aralyn bersalam dengan Puan Sri Maria. Tunduk mencium tangan ibu
mentuanya yang masih lagi kelihatan muda walaupun sudah berumur 50-an.
“Waalaikumussalam.
Alhamdulillah. Mami sihat.” Puan Sri Maria menjawab salam dan memeluk bekas
menantunya. Dia sangat sayangkan Aralyn.
“Salam tokmi
Adib.” Suruh Aralyn sebaik saja pelukan dilepaskan.
“Cucu tokmi ni
makin sihat saja tokmi tengok.” Dipeluk erat tubuh kecil Adib. Dia sangat
rindukan cucunya.
“Walid mana,
mami?” tanya Aralyn sebaik saja melangkah masuk ke dalam vila itu. Bau yang
masih sama cuma susun atur perabot sudah berubah dan bertukar.
“Walid belum
balik lagi. Dia keluar main golf dengan rakan bisnessnya,” ujar Puan Sri Maria.
“Oh. Lama Lyn
tak jumpa walid.” Ujar Aralyn.
“Walid pun
teruja nak jumpa Lyn. Lepas mami cerita pasal Lyn dan Adib pada walid, dia
gembira sangat. Tak sabar nak jumpa cucu katanya.” Beritahu Puan Sri Maria.
Aralyn
tersenyum mendengar cerita Puan Sri Maria. Dia bersyukur kerana bekas mentuanya
masih lagi menerima dan melayannya dengan baik. Walaupun dia sudah tidak punya
ibu dan ayah lagi tetapi Tan Sri Kamil dan Puan Sri Marialah yang membuatkan
dia rasa berada dalam satu keluarga yang lengkap.
“Aimi mana
mami? Belum balik lagi ke?” celah Aidan yang sedang ralit bermain dengan Adib.
Tidak berpisah langsung Adib dengan papanya. Dan Aralyn hanya membiarkan saja
kerana dia tahu yang Adib sangat gembira.
“Katanya dah on
the way tadi. Kejap lagi sampailah tu,” jawab Puan Sri Maria.
“Errr... mami,
mak Esah ada di dapur ke?”
Soalan dari
Aralyn membuatkan Puan Sri Maria terdiam seketika untuk menjawabnya. Dia
berpaling seketika kepada Aidan sebelum berpaling semula kepada Aralyn.
“Kenapa
mami?”soal Aralyn pelik. Tiba-tiba saja Puan Sri Maria diam. Dia salah tanya
soalan ke?
“Sebenarnya mak
Esah dah lama meninggal. Setahun selepas Lyn berpisah dengan Aidan,” beritahu
Puan Sri Maria.
“Meninggal?”
terkejut Aralyn mendengar berita itu. Tidak sangka, lima tahun dia meninggalkan
bumi Malaysia, macam-macam berlaku. Sebelum ini dia kehilangan sepupu yang dia
paling rapat. Dan sekarang dia baru mendapat tahu yang mak Esah sudah tiada.
“Ya.” Angguk
Puan Sri Maria
“Sakit apa
mami?” soal Aralyn ingin tahu.
“Sakit jantung.
Arwah mak Esah terkena serangan jantung.” Jawab Puan Sri Maria. Dia tahu betapa
rapatnya Aralyn dengan arwah mak Esah sebelum ini. Sudah dianggap seperti ibu
sendiri.
“Lyn tak tahu,”
ujar Aralyn sayu. Masih lagi terkejut.
“Tak mengapa.
Mami faham. Dah, jangan sedih-sedih. Nanti, mami minta Aidan temankan Lyn pergi
melawat kubur arwah mak Esah ya,” pujuk Puan Sri Maria. Dia menggosok belakang
Aralyn bagi menenangkan bekas menantunya itu.
Dan Aralyn
menjatuhkan kepalanya beberapa kali sebagai tanda setuju.
“Lyn pergi naik
berehat dulu ya di atas. Mami dah minta bibik kemaskan bilik yang berhadapan
dengan bilik Aidan.” Beritahu Puan Sri Maria.
“Baik, mami.”
Aralyn bangun dari duduknya.
“You letak situ
beg tu. Kejap lagi I angkat.” Halang Aidan apabila melihat Aralyn hendak
mengangkat luggage yang terletak di tepi sofa.
“Tak mengapa. I
boleh angkat sendiri. Bukan berat pun.” Aralyn tidak mahu menyusahkan Aidan.
“Aralyn
Naqiba!” seru Aidan apabila Aralyn masih lagi berkeras hendak mengangkat luggagenya
itu.
Aralyn
berpaling ke arah Puan Sri Maria untuk meminta bantuan tetapi awal-awal lagi
maminya angkat kaki.
“Mami tak nak
masuk campur. Mami nak pergi dapur.”
“Okay. Fine!” Aralyn beralah apabila Aidan tajam memandangnya.
Manakala Aidan
cuba menyembunyikan senyuman kemenangannya.
“Jom Adib kita
naik berehat.” Adib masih lagi ralit bermain dengan telefon Aidan. Entah apa
yang dilihat oleh anaknya, dia sendiri tidak tahu.
“I want to
sleep with papa tonight.” Jawab Adib
sebelum matanya kembali melihat skrin iPhone di tangannya.
“Eh! Dah minta
izin dengan papa ke?” soal Aralyn. Kalau itu kata anaknya, dia takkan halang.
“Dah. Papa
bagi.” Ujar Adib.
“Hmmm... yalah.
Mami naik dulu.” Akhirnya Aralyn berlalu ke tingkat atas. Dia ingin menunaikan
solat asar. Aidan tu, biarlah. Dah tua pun, pandai-pandailah pergi solat.
Takkan itu pun dia nak kena suruh.
PADA malam it, selepas menunaikan solat isyak berjemaah, mereka makan
malam bersama. Aralyn bertegur sapa dengan bekas bapa mentuanya. Masih lagi
segak dan sihat. Awet muda dan tidak dimamah dek usia walaupun umur sudah 58
tahun.
“Makan Lyn.
Lama dahkan tak makan masakan mami. Mami masak spesial untuk Lyn dan Adib.”
Ujar Puan Sri Maria. Walau sesibuk mana pun dia, dia tetap akan memasak untuk
keluarga. Setiap hari.
“Baik mami.”
Angguk Aralyn. Sudah lama dia tidak makan bersama-sama seperti ini sejak dia
berpisah dengan Aidan. Hari ini semua ada di sini kecuali adik Aidan yang kedua
iaitu Aiman. Yang menetap di Pulau Pinang.
“Cucu tok lid
nak apa?” tanya Tan Sri Kamil.
“Adib nak ayam
goreng tok lid.” Jawab Adib yang sudah mesra dengan Tan Sri Kamil. Selepas
mengetahui Tan Sri Kamil merupakan atuknya, dia sangat gembira. Sebelum ini
rakan-rakan di sekolahnya bercerita tentang atuk mereka tetapi dia senyap saja
kerana tidak mempunyai atuk.
“Adib... jangan
kacau tok lid makan.” Aralyn bersuara. Tidak mahu anaknya menganggu Tan Sri
Kamil makan.
“Tak mengapa,
Lyn. Lagipun walid gembira sangat dapat layan Adib ni. Sebijik perangai Aidan
sewaktu kecil.” Ujar Tan Sri Kamil. Siapa tidak suka, cucu sulung dalam
keluarga. Mestilah sayang!
“Baikkan
walid.” Sampuk Aidan.
“Baik tapi
nakal. Lebih nakal daripada Adib.”
Kata-kata Tan
Sri Kamil disambut dengan tawa yang lain.
“Walid ni!
Jatuh air muka Aidan depan Lyn.” Muncung Aidan sebelum menyuap nasi ke dalam
mulut. Tan Sri Kamil ketawa dengan kata-kata anaknya. Sudah lama dia tidak
merasa suasana sebegini. Biasanya Aidan akan pulang ke kondominiumnya sendiri.
“Lyn, tambah
nasi lagi. Mami masak banyak ni.” Suruh Puan Sri Maria apabila melihat nasi di
dalam pinggan Aralyn hampir habis.
“Lyn tak makan
banyak kalau malam mami. Takut gemuk,” ujar Aralyn. Sebenarnya dia jarang makan
malam. Kalau makan pun waktu dia betul-betul lapar. Dia tidak sampai hati
hendak menolak ajakan mami Aidan untuk makan malam.
“Alah...kalau
kak long gemuk pun, along takkan cari lain kan?”
Soalan itu Aimi
tujukan kepada Aidan.
“I tak kisah
sayang you gemuk atau kurus. Sayang I pada you tak pernah berkurang.”
Aralyn mencebik
bibirnya tanda tidak percaya. Mulut manis. Sejak dari dulu lagi.
“Awww...so
sweet along.” Suara Aimi
mengusik abangnya menjadi muzik latar belakang pada malam itu dan disambut
dengan tawa Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria. Dan Adib hanya terpinga-pinga
apabila melihat yang lain ketawa.
Selesai makan
malam, mereka duduk besantai di ruang menonton televisyen. Adib sedang bermain
dengan Aidan. Suka sangat apabila ada orang melayannya. Dan Aidan hanya mengikut
apa saja yang diminta oleh Adib. Manjakan sangat Adib tu!
“Lyn menghilang
ke mana selama lima tahun ni?”
Soal Tan Sri
Kamil sewaktu mereka sedang menonton televisyen bersama-sama. Puan Sri Maria
duduk di sebelah suaminya. Aimi turut berada di situ. Elok saja melentokkan
kepalanya di atas bahu kakak iparnya. Cemburu Aidan melihatnya.
“Lyn sambung
belajar dan kerja di Jepun walid.” Jawab Aralyn. Rasanya semua tidak tahu yang
dia menetap di Jepun selama ini.
“Jepun? Lyn
kerja di syarikat mana?” soal Tan Sri Kamil lagi. Sudah lama dia tidak berbual
dengan menantunya itu. Selepas kejadian lima tahun lepas, Aralyn menghilang
tanpa dia dapat jejaki.
“Sekkei
Future, walid. Syarikat interior design yang terkenal di Tokyo.”
Beritahu Aralyn. Manalah tahu bapa mentuanya tahu.
“Eh! Walid
pernah ke sana tahun lepas. Kenapa walid tak pernah nampak atau jumpa Lyn pun.”
Terkejut Tan Sri Kamil sebaik saja mendengar nama syarikat yang disebut oleh
menantunya.
“Mungkin belum
tiba masanya Lyn balik ke Malaysia.” Jawab Aralyn dalam gurauan. Ya! Belum
masanya dia bertemu dengan bapa mentuanya ketika itu kerana waktu itu hatinya
belum sembuh sepenuhnya.
“Tak ada sesiapa
berkenan pada kak long ke sepanjang kak long stay sana? Musykil Aimi
kalau kak long cakap tak ada orang nak. Dah la kak long ni cantik, baik dan
sopan pula tu. Bodohlah siapa yang lepaskan orang sebaik kak long.”
Sengaja Aimi
bercakap sedikit kuat. Ingin alongnya dengar. Biar alongnya sedar yang alongnya
telah melepaskan permata yang sangat berharga.
Aidan sudah
menjeling Aimi. Bukan dia tidak tahu yang adiknya sengaja menyindir dia. Sejak
dari dulu Aimi marah akan dirinya selepas dia menceraikan Aralyn. Hampir
setahun juga la hubungan dia dan Aimi tidak sehaluan dan akhirnya mereka
berbaik kembali. Macam mana sekalipun, air yang dicincang takkan putus.
“Ada tu memang
ada tapi kak long tak bersedia lagi untuk terluka kali kedua. Lagipun fokus kak
long sekarang ni untuk membesarkan Adib. Kak long tak nak terikat dengan
sesiapa. Dah selesa tinggal berdua dengan Adib.”
Jawapan Aralyn
merungsingkan Aidan. Cemburu hatinya selepas mendengar jawapan bekas isterinya.
Lagi-lagi yang akhir sekali tu. Aralyn sudah selesa tinggal berdua dengan Adib.
Habis tu, dia hendak diletak di mana? Jangan kata Aralyn benar-benar menutup
pintu hati untuknya. Boleh gila dia nanti.
“Dengar tu
along. Mendudalah along sampai ke tua.” Gelak Aimi kuat. Sengaja hendak
membakar hati si abang. Sudah lama dia tidak mencari pasal dengan abangnya.
Dan Aidan
menjeling Aimi. Memang hatinya sedang terbakar sekarang ini.
Tan Sri Kamil
dan Puan Sri Maria hanya menggelengkan kepala. Masak sangat dengan perangai
satu-satunya anak perempuan mereka itu.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.