BAB
10
HARI ini Aralyn ada meeting dengan
syarikat Diamond Holding. Mahu atau tidak, terpaksalah dia berjumpa dengan
Aidan. Sudah lama lelaki itu menyepi dari hidupnya. Hampir dua minggu Aidan
tidak menelefon dia untuk bercakap dengan Adib. Biasanya, setiap malam akan
pasti akan bervideo call dengan Adib. Tetapi apa yang Aralyn perasan, Adib pun
tidak bertanya tentang papanya. Mungkin Adib tahu ke mana Aidan menghilang.
Ah! Apasal dia
nak ambil peduli semua itu?
Setibanya di
Diamond Holding, Aralyn melangkah masuk ke dalam bangunan yang tinggi dan mewah
itu. Dia tidak pernah menjejakkan kaki di situ. Dan ini merupakan pertama kali
dia jejakkan kaki di Diamond Holding. Biasanya mereka akan meeting di luar atau
di syarikat tempat dia bekerja.
“I have an
appointment with Mr Aidan Syauqi.”
Beritahu Aralyn sebaik saja dia tiba di kaunter penyambut tetamu.
“Miss Aralyn
Naqiba from Matahari Holding?”
tanya staf di situ untuk kepastian.
“Yes.” Angguk Aralyn bersama senyuman manisnya.
“Floor 71st ya,
Miss Aralyn.” Ujar staf
tersebut.
“Okay. Thank
you, miss.” Aralyn
melangkah ke arah lift. Tinggi gila bangunan ini. Tingkat 71 pula tu ofis
Aidan. Patutlah kaya-raya.
Setibanya di
situ, Aralyn disambut oleh seorang perempuan yang mesra disapa dengan nama kak
Bad. Dan itu merupakan PA kepada Aidan. Kak Bad sudah tidak kenal diakah?
“Kak Bad, dah
lupakan Aralyn ke?” soal Aralyn. Rindu hendak berbual dengan wanita itu.
“Aralyn? Puan Aralyn
Naqiba? Isteri Encik Aidan?” soal Badriah dengan tidak percaya. Sudah lama dia
tidak jumpa dengan bekas isteri majikannya.
“Bekas isteri,
kak Bad!” angguk Aralyn. Membetulkan kata-kata Badriah.
“Ya Allah,
rindunya kak Bad pada Lyn. Ke mana Lyn menghilang selama ini?” soal Badriah
lantas dia memeluk Aralyn.
“Lyn kerja di
Jepun kak Bad. Lyn pun rindu kak Bad.” Balas Aralyn. Melepas rindu dengan PA
Aidan. Dulu, selalu juga dia datang ke pejabat Aidan sewaktu lunch dan masih
sempat berbual dengan Badriah sebelum dia bekerja.
“Eh! Jomlah
akak hantar Lyn masuk ke bilik Encik Aidan.” Ajak Badriah. Buatnya bos dia tengah
menunggu walaupun sudah di pesan tadi bahawa hendak ke tandas.
“Lyn tunggu
kejap ya. Encik Aidan pergi tandas sekejap.” Beritahu Badriah sebaik saja
melangkah masuk ke dalam pejabat Aidan. Dan Aidan sudah berpesan pada Badriah
untuk membenarkan Aralyn menunggunya di dalam.
Masih cantik
dan kemas. Elegant. Gaya korporat sangat. Tidak berubah walaupun lima
tahun sudah berlalu.
“Baik kak Bad.
Nanti kita jumpa lagi. Lama Lyn tak berbual dengan kak Bad,” ujar Aralyn.
“Boleh. Lyn pun
tahukan mana nak cari akak. Ni, akak keluar dulu ya. Ada kerja yang perlu
disiapkan. Nanti bising pula Encik Aidan kalau lambat siap.” Beritahu Badriah.
Malas hendak mendengar majikannya membebel panjang. Aidan, kalau bab kerja
memang serius dan tidak suka main-main.
“Ya, baiklah.”
Aralyn menghantar langkah Badriah dengan pandangan matanya sehingga batang
tubuh itu hilang di balik pintu.
“Sorry,
Lyn buat you tunggu. I ke tandas sekejap.” Ujar Aidan sebaik saja keluar dari
tandas yang terletak di dalam ofisnya.
“It's okay.
I boleh tunggu.” Senyum Aralyn.
Dua minggu
tidak jumpa, terasa rindu hendak menatap wajah Aidan tetapi cepat-cepat ditepis
perasaan itu. Tidak mahu melayan sangat.
“Shall we start
now?” tanya Aidan sebaik saja duduk di
atas kerusinya.
“Yes.” Balas Aralyn. Menganggukkan kepalanya.
Mereka
memulakan perbincangan itu. Aidan sangat serius apabila melibatkan kerja. Dan
Aralyn dari tadi asyik mencuri pandang melihat Aidan di samping mencatat apa
yang Aidan cakap. Harap-harap Aidan tidak perasanlah.
“Lyn.”
Aidan memanggil
Aralyn tetapi tidak bersahut.
“Lyn.” Panggil
Aidan lagi.
Tetapi masih
tidak bersahut. Sah! Sedang berangan.
“Aralyn
Naqiba!” panggil Aidan lengkap dengan ketukan pen di lengan wanita itu.
“Aduh!
Sakitlah! Apa ni Aidan?” marah Aralyn. Menggosok lengannya.
“Handsome
sangat ke muka I ni sampai I panggil you berkali-kali tapi you tak jawab.
Berangan apa? Berangankan I ke?”
Senyuman Aidan
itu buat Aralyn ingin menyorokkan kepalanya. Dan sudah lama dia tidak melihat
senyuman itu. Dulu, sewaktu mereka masih bersama, senyuman itu wujud apabila
Aidan mengusiknya. Tetapi sekarang tidak lagi.
Aralyn
mengeluh.
“Aralyn.”
Panggil Aidan. “Mengelamun pula. Kenapa ni? You ada masalah ke?” tanya Aidan
prihatin. Aralyn seakan tidak fokus pada perbincangan mereka kali ini. Siap
dengan pakej mengeluh lagi.
“I tak tahu
patut atau tidak I beritahu you,” ujar Aralyn. Serba-salah hendak memberitahu
Aidan. Kalau boleh dia tidak mahu Aidan tahu akan masalahnya.
“Bagitahulah.
Mana tahu I boleh tolong you selesaikan masalah you tu. Macam berat sangat
masalah you tu, sayang.”
Ini yang dia
lemah ni. Hatinya pasti berdebar apabila Aidan memanggilnya ‘sayang’. Cair!
“Minggu depan
Farah dah nak kahwin dan I kena pindah keluar dari rumah tu. Tapi masalahnya
sekarang ni, I masih tak jumpa rumah sewa tu. I tak tahu nak cari di mana lagi.
Yang I jumpa semuanya jauh.”
Rasa lega
selepas meluahkan masalahnya kepada Aidan. Hilang sedikit bebanan masalahnya.
“Small
matter. You tinggal di penthouse I. Lagipun, tanggungjawab I untuk
sediakan tempat tinggal pada you dan Adib.”
Balas Aidan
ringkas. Sudah lama dia hendak meminta Aralyn tinggal di rumahnya itu tetapi
dia risau Aralyn akan menolak. Maka, dia pendamkan saja hasratnya itu. Dan
sekarang, inilah masanya.
“Habis tu, you
nak tinggal di mana?” Kalau dia tinggal di situ, takkan Aidan nak merempat
pula. Jangan kata Aidan pun turut tinggal di situ. Tak sanggup dia nak tanggung
dosa nanti.
“I tinggal di
kondominium I. Lagipun, penthouse I tu tak ada sesiapa yang tinggal. I balik
pun hujung minggu saja. Itu pun kadang-kadang.” Jelas Aidan kepada Aralyn. Dan
rumah itu memang milik Aralyn pun. Sudah dia tukarkan nama itu kepada nama
Aralyn.
“Tapi I tak
mampu untuk bayar sewa penthouse you tu. Mesti mahalkan?” agaknya gaji dia sama
banyak dengan sewa bulanan penthouse tersebut.
Aidan gelak
seketika sebelum bersuara.
“You jangan
risau. I bagi free of charge. No need to pay anything. You perlu
bawa diri you dan Adib saja. Serta barang-barang you yang penting. I dah
cakapkan, memang tanggungjawab I untuk sediakan tempat tinggal pada you dan
Adib. I bagi pada you saja rumah itu.”
“Tapi...”
“Aralyn...please,
jangan tolak. Kalau you tolak, I merajuk dengan you.” Ugut Aidan.
Termenung
Aralyn seketika sebelum mengangguk setuju. Lagipun, sekarang ni memang dia menjumpai
rumah sewa lagi. Takkanlah dia hendak tinggal di rumah Farah lagi.
“Dekat ke
penthouse you dengan tempat kerja I?” soal Aralyn. Dia sendiri tidak tahu di
mana rumah itu.
“Dekat saja.
Dengan tempat kerja you dan juga tempat kerja I.” Balas Aidan.
“Okay.”
“Dah settle
kan masalah you? Jom, teman I makan. I belum breakfast lagi, sayang.”
Ajak Aidan. Dia sudah bangun dari kerusinya sambil mengancing butang coatnya.
Suka hati Aidan
saja panggil dia sayang. Dah la di pejabat. Dengar dek orang, tak pasal-pasal
timbul gosip.
“Kenapa you
belum breakfast lagi? Suka sangatkan skip breakfast. Ni dah nak
masuk lunch tau!” Aralyn mula hendak membebel. Sudah lama dia tidak
membel pada Aidan. Dulu, telinga Aidan selalu menjadi mangsa bebelannya kerana
lelaki itu kerap kali skip breakfast.
“I miss your
nagging, sayang. And you look so sexy when you are nag.” Ujar Aidan. Sudah lama tidak dengar Aralyn membebel padanya. Kalau
dulu, hampir setiap hari dia mendengar Aralyn membebel.
“Aidan!” malu
Aralyn dengan ayat yang ditutur oleh Aidan. Terus dia melangkah meninggalkan
Aidan di belakang. Keluar dari ofis lelaki itu.
“Sayang,
tunggulah I. Jangan laju sangat.”
Berani Aidan
menjerit memanggilnya begitu.
Terus terhenti
langkah Aralyn dan berpaling ke arah Aidan yang sedang melangkah ke arahnya.
Dan staf-staf yang berada di situ menjenguk kepalanya. Ingin tahu siapa
gerangan yang dipanggil ‘sayang’ oleh bos mereka.
“You ni sengaja
cari pasalkan? Dengar dek staf-staf you, kan jadi gosip nanti.” Marah Aralyn
sewaktu mereka berada dalam lift.
“Biarlah.
Memang I nak suruh diorang dengar pun. Biar semua orang tahu yang you tu milik
I. Only mine!” balas Aidan. Serius saja suaranya.
“Eh! Siapa
cakap? I bukan milik you atau milik sesiapa. I milik ALLAH saja,” balas Aralyn
tidak mahu kalah. Suka hati saja cakap aku ni milik dia. Huh!
“Soon. You’ll
be mine, Aralyn Naqiba! Marks my words.”
Pesan
Aidan. Serius. Apa pun yang bakal berlaku, dia tetap akan menjadikan Aralyn
miliknya kembali. Dan tiada siapa yang boleh menghalangnya kecuali ajal dan
maut. Selepas malam dia mendengar jawapan Aralyn itu, dia sudah bertekad hendak
mengambil hati Aralyn dan menjadikan Aralyn isterinya. Tidak mahu kehilangan
wanita di sisinya lagi

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.