BAB
6
HUJUNG minggu yang sibuk. Biasalah, waktu hujung merupakan waktu bersama
keluarga dan pastinya ramai yang mengambil peluang untuk keluar bersama ahli
keluarga. Aralyn juga tidak ketinggalan. Hari ini dia membawa Adib ke Mid
Valley memandangkan dia sudah berjanji dengan Aimi. Sudah lama Aimi tidak
berjumpa dengan Adib.
“Mana Aunty
Aimi, ibu?” soal Adib yang tidak sabar hendak berjumpa dengan ibu saudaranya.
“Kejap lagi
aunty Aimi sampai.” Beritahu Aralyn sambil menggosok kepala anaknya.
“Sorry handsome
boy. I’m late. Aunty stuck in the traffic jam just now.” Aimi memohon maaf kepada Adib.
“It’s okay
aunty Aimi but you need to treat me a baskin robbin.” Pinta Adib. Dibuat-buat muka puppy face.
“Adib, apa
minta macam tu dengan aunty Aimi.” Marah Aralyn. Dia tidak suka Adib meminta
dengan orang walaupun ibu saudara sendiri.
“It’s okay kak
long.” Ujar Aimi. “Dah, jom. Kita pergi
beli baskin robbin.”
Aimi memimpin
tangan Adib. Aralyn hanya mampu menggelengkan kepalanya dan mengekori dari
belakang. Manjakan sangat si Adib tu.
“Aimi!” panggil
satu suara yang tidak asing di pendengaran Aimi.
“Eh, mami! Buat
apa di sini?” soal Aimi. Ketika itu Adib ada bersamanya. Menunggu Aralyn yang
ke tandas. Tidak jauh dari situ.
“Mami shoppinglah.
Apa lagi. Patutnya mami tanya Aimi buat apa di sini. Dating ya?” soal
Puan Sri Maria. Mengusik si anak bongsu. Patutlah sewaktu dia mengajak anak
bongsu temankan dia, Aimi menolak. Rupa-rupanya melencong ke sini.
“Taklah,
mami.” Geleng Aimi.
“Ni anak
siapa?” soalan dari Puan Sri Maria membuatkan Aimi mati kutu hendak menjawab.
Dia sudah berjanji dengan Aralyn untuk merahsiakan tentang Adib.
“Errr...”
“Sorry,
ramai pula orang kat tandas.”
Aralyn datang
menyapa tanpa melihat gerangan yang sedang bercakap dengan Aralyn.
“Aralyn!”panggil
Puan Sri Maria.
“Errr... mami!”
terkejut Aralyn dengan kehadiran Puan Sri Maria di situ. Dia memandang Aimi
meminta penjelasan. Dan Aimi menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
“Ya Allah, Lyn.
Rindunya mami pada Lyn.” Lantas Puan Sri Maria memeluk tubuh Aralyn erat.
Sangat rindukan bekas menantunya.
“Lyn pun
rindukan mami.” Luah Aralyn. Sungguh dia rindukan pelukan seorang ibu. Dia
sudah tiada ibu bapa dan dia sangat rapat dengan bekas ibu mentuanya suatu
ketika dahulu.
“Ini anak Lyn
ke?” Puan Sri Maria menyoal Aralyn selepas meleraikan pelukan mereka.
“Ya. Anak Lyn.
Cucu mami.” Tidak mampu untuk Aralyn menipu bekas ibu mentuanya yang dia anggap
seperti ibu kandung. Dan wajah Adib yang seiras Aidan, tidak mungkin bekas ibu
mentuanya tidak perasan.
“Ya Allah, dah besar
cucu tok mi.” Ujar Puan Sri Maria. Wajah cucunya tidak tumpah seperti Aidan.
“Salam dengan
tok mi, sayang. Your grandma.” Beritahu Aralyn kepada Adib.
“My grandma,
ibu?” bersinar mata Adib sebaik saja
mendengar kata-kata ibunya.
“Yes, dear.” Angguk Aralyn bersama dengan senyumannya.
Gembira Puan
Sri Maria kerana dapat bertemu dengan cucunya
“Jom, kita
pergi makan. Mami belanja.” Pelawa Puan Sri Maria.
“Baik, mami.”
Tidak mampu untuk Aralyn menolak pelawaan Puan Sri Maria. Entah mengapa. Mungkin
tidak mahu mengecewakan hati bekas ibu mentuanya.
Baru saja
mereka hendak melangkah, suara garau Aidan datang menyapa.
“Oh, God!
You are here mami. Puas Aidan cari mami.”
“Aralyn.” Ujar
Aidan. Tidak sangka dia akan bertemu dengan Aralyn di sini. Dan matanya melirik
sekilas ke arah kanak-kanak lelaki yang berada di sisi Aimi. Dia kenal
kanak-kanak itu.
“Errr...
apa-apa kita sambung di meja makan ya. Aimi dah lapar ni,” sampuk Aimi yang
sedang memimpin tangan Adib.
“Ya. Jomlah!”
angguk Puan Sri Maria.
Dalam hati
Aralyn berdebar dan pada masa yang sama dia takut. Takut Aidan akan membawa
lari Adib darinya. Kerana itulah dia masih merahsiakan kewujudan Adib. Tetapi
hari ini, semuanya terbongkar. Sekelip mata, semuanya terbongkar.
“Kita pesan
makanan dulu. Lepas tu baru kita bincang.” Puan Sri Maria mencelah kesunyian di
meja makan itu.
Selepas memesan
makanan, masing-masing masih lagi diam. Memberi ruang kepada Aralyn untuk
memberi penjelasan tentang Adib.
“Adib, selama
ini Adib selalu tanya mana papa Adibkan? Itulah papa Adib. Do you remember
him right?” soal Aralyn pada Adib yang duduk di sebelahnya. Dia yakin yang
anaknya ingat wajah Aidan kerana tidak pernah dia mengajar anaknya untuk
membenci Aidan. Malah setiap hari gambar Aidan ditatap oleh Adib.
“Papa.” Panggil
Adib.
“Come here
sayang.” Aidan mendepakan tangannya. Pantas
Adib berlari ke arah Aidan. Adib dipeluk erat. Sangat erat. Dicium kepala
anaknya itu. Tidak sangka anaknya mengenali dia. Sangat terharu.
Puan Sri Maria
dan Aimi tersenyum melihat Aidan memeluk Adib erat. Aralyn juga turut mengukir
senyumannya. Terasa hilang bebanannya. Dia gembira tetapi pada masa yang sama,
dia takut. Takut untuk kehilangan Adib.
“Kenapa you
rahsiakan semua ini Lyn?” soal Aidan. Tajam matanya memandang bekas isterinya.
“Sebab you
minta I jangan tunjuk lagi muka I depan you. So, ini jalan yang
terbaik.” Jawab Aralyn tanpa menghiraukan Puan Sri Maria dan Aimi. Rasanya
bekas ibu mentuanya dan bekas adik iparnya tahu tentang perkara itu.
“I’m so
sorry. I menyesal sebab pernah cakap macam tu pada you, sayang.” Pinta
Aidan. Tanpa segan-silu Aidan memanggil Aralyn sayang di depan Puan Sri Maria
dan Aimi. Kisah apa dia. Sebelum ini pun dia pernah panggil Aralyn sayang juga.
“Past is past,
Aidan. I already forgive you. I want to live in present.” Balas Aralyn. Dia tidak berdendam dengan Aidan. Jika dia berdendam
dengan lelaki itu, awal-awal lagi dia ajar anaknya untuk membenci bapa sendiri.
Tetapi dia tidak lakukan perkara itu.
“Then come
back to me. Kita rujuk.” Pujuk Aidan lagi. Sudah berkali dia meminta untuk
merujuk dengan Aralyn tetapi tidak diendahkan oleh wanita itu.
“I tak nak. I
selesa hidup macam ni.” Tolak Aralyn. “Kalau you risau soal Adib, I izinkan you
untuk jumpa dia setiap minggu.” Tidak mungkin dia berlaku kejam pada Aidan
dengan menghalang lelaki itu bertemu dengan anak kandungnya sendiri. Dan dia
tidak mahu mendera perasaan Adib. Dia tahu yang Adib juga perlukan kasih sayang
seorang ayah.
“Lyn,” Puan Sri
Maria mencelah perbualan anak dan bekas menantunya.
“Mami tahu,
susah untuk Lyn terima Aidan kembali tetapi mami berharap sangat Lyn jadi
menantu mami lagi. Mami teringin lihat Aidan dan Lyn hidup bahagia.”
Apabila Puan
Sri Maria bersuara, Aralyn tidak mampu untuk membantah tetapi kali ini dia
perlu bertegas sedikit, mungkin.
“Mami, walaupun
Lyn bukan lagi menantu mami tapi Lyn tetap anggap mami macam ibu Lyn,” ujar
Aralyn. Tidak mampu untuk dia ungkapkan perkataan ‘tidak’. Dia risau jika Puan
Sri Maria terasa hati dengan kata-katanya nanti.
“Kalau itu kata
Lyn, mami tak dapat nak paksa.” Akhirnya Puan Sri Maria mengalah.
Nanti-nantilah dia pujuk bekas menantunya lagi. Yang pasti, dia tetap akan
berdoa semoga anak dan bekas menantunya bersatu kembali.
Selesai makan
tengah hari, mereka sambung berjalan di sekitar Mid Valley. Adib tidak
berenggang langsung dari Aidan. Tidak hiraukan lagi ibunya. Gembira betul Adib
apabila si papa melayan apa saja permintaannya. Kalau Aralyn, memang dia tegas
sedikit dengan Adib. Tidak mahu anaknya itu besar kepala dan manja.
“Aidan, you
jangan ikutkan sangat permintaan Adib tu. Jangan nak manjakan dia sangat.”
Aralyn bersuara apabila Adib meminta untuk di belikan mainan. Sudah masuk lima
tahun tapi masih mahukan mainan.
“Alah, biarlah.
Bukannya selalu.” Balas Aidan sebelum mengikut langkah Adib yang mengheretnya
menuju ke bahagian kereta mainan. Macam bapanya. Minat kumpul kereta. Geleng
kepala Aralyn dengan gelagat anaknya.
Bapa borek,
anak rintik.
Pukul enam
petang, Aralyn tiba di rumah. Adib sudah tidur keletihan. Mana tak letih, seharian
berjalan dan bermain dengan Aidan. Suka betul apabila si papa ikut saja apa
yang dipintanya. Dan Aralyn bahagia kerana dia dapat melihat wajah kegembiraan
Adib.
Pintu rumah
dibuka. Farah tiada rumah. Keluar mencari barang untuk bersanding nanti. Tidak
lama lagi Farah akan berkahwin dan dia terpaksa mencari rumah baru. Takkan dia
nak tinggal sekali dengan Farah dan suaminya. Nanti tak pasal-pasal timbul
fitnah pula.
You dah sampai
rumah?
Satu pesanan
wassap dari Aidan muncul di notifikasi telefon Aralyn.
Dah sampai.
Balas Aralyn
ringkas.
I rindukan you,
sayang.
Pesanan wassap
dari Aidan yang seterusnya sengaja dia bluetick kan. Kalau boleh, dia
tidak mahu berhubung dengan lelaki itu melainkan hal kerja dan tentang Adib.
Tetapi nampaknya Aidan tidak berputus asa dalam memujuknya. Sakit kepala
fikirkan bekas suaminya itu. Gila talak agaknya!
NOTE: Next update, next friday. Insya-Allah. Thank you for your support. Happy reading ;)
Love,
HezyRose.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.