Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Friday, July 26, 2019

MENGAPA AKU KAU LUKAI?



BAB 5



SELEPAS kejadian di restoran tempoh hari, Aralyn tidak lagi berjumpa dengan Aidan mahupun Aimi. Segala hal kerja diserahkan kepada pekerja. Biarlah pekerjanya yang menguruskan semuanya. Dia hanya memantau dari jauh saja. Tidak mahu lagi bertemu dengan lelaki itu.
Dia sangat bahagia hidup dengan Adib. Dan dia tidak perlukan Aidan. Walaupun kerap-kali Adib bertanya tentang papanya, Aralyn tetap memberi jawapan yang sama. Mengatakan ‘Papa sibuk. Papa kerja jauh.’
“Miss Aralyn, someone wants to meet you.” Suara Diana melalui interkom menyapa telinga Aralyn yang sedang sibuk menyemak proposal.
“Who?” balas Aralyn.
“Representative from Diamond Holding.” Beritahu Diana.
Mereka ada buat temu-janji ke? Wakil syarikat. Harap-harap bukan Aidan kerana lelaki itu merupakan CEO Diamond Holding.
“Okay. Let him come.” Suruh Aralyn.
Tidak lama selepas itu bunyi ketukan pintu ofisnya dan Aralyn menyuruh tetamunya itu masuk.
“Diana, make two cup of tea.” Suruh Aralyn tanpa mengangkat kepalanya. Matanya masih ralit memandang laptop yang berada di depannya.
“Sure, Miss Ara.” Diana meninggalkan tetamu itu.
“Good morning, Miss Aralyn.”
Suara garau yang menyapa itu membuatkan jari-jemari yang sedang mengetuk keyboard terhenti dengan sendiri. Aralyn mengangkat kepalanya.
Aidan!
Ternyata perkiraannya salah. Kenapa lelaki itu perlu muncul di sini?
“Errr... have a seat Mr Aidan.” Suruh Aralyn. Dia perlu bersikap profesional. Dia yakin yang Aidan ke sini untuk berbincang soal kerja.
“Thank you, Lyn.” Aidan duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan Aralyn.
“Can you stop call me ‘Lyn’. I don’t feel comfortable.” Pinta Aralyn. ‘Lyn’ merupakan panggilan yang dipanggil oleh Aidan ketika dia masih menjadi isteri lelaki itu selain sayang.
“But I like to call you ‘Lyn’.” Balas Aidan.
“Whatever suit yourself, Mr Aidan.” Aralyn mengalah. Malas hendak bergaduh dengan lelaki itu. Setakan panggilan itu, buat habis air liurnya saja.
“Kalau macam tu I call you, sayanglah. It really suits to you.” Ujar Aidan. Rindu untuk memanggil dengan panggilan sayang.
Baru saja Aralyn ingin membalas kata-kata Aidan, Diana membawa masuk air teh yang dimintanya tadi.
“Thank you, Diana.” Ucap Aralyn.
“Welcome, Miss Ara.” Diana berlalu keluar dari situ. Tidak mahu menganggu perbincangan bosnya itu.
“So, what’s bring you here?” soal Aralyn selepas Diana keluar dari ofisnya.
“Oh, I nak bincang pasal projek I di Melaka. My project.” Beritahu Aidan kepada Aralyn. Memandangkan semua rekaan di syarikat Aralyn sangat menepati cita rasanya, sekali lagi dia memilih Matahari Prima Berhad.
“Sure. So, your project is about what?” soal Aralyn. Dia perlu tahu terlebih dahulu tetnang projek baru Aidan. Barulah dia boleh bersetuju untuk bekerjasama dengan lelaki itu.
“Here.” Fail dihulurkan kepada Aralyn. Dan Aralyn mula membelek satu-persatu kertas yang berada di dalam fail itu. Dibaca dengan teliti.
“Okay. I setuju.” Ujar Aralyn. “Sekejap I minta PA I bawa masuk latest design yang sesuai dengan projek you tu.” Aralyn memanggil Diana melalui interkomnya.
“Thank you Mr Aidan for choosing our company again. I will try my best in this project.” Ucap Aralyn setelah selesai berbincang dengan Aidan tentang konsep yang diinginkan Aidan.
“My pleasure, sayang.” Balas Aidan. Selamba.
Terdiam Aralyn dengan panggilan itu. Sengaja betul lelaki di depannya ini ingin cari pasal.
“Ada apa-apa lagi yang kita tidak bincang, Mr Aidan?” soal Aralyn apabila Aidan masih tiada ura-ura untuk berlalu dari situ.
“Tak ada tapi I nak ajak you lunch,” ujar Aidan.
Sorry. I jarang keluar lunch. Lagipun, masih banyak kerja yang I perlu siapkan.” Aralyn menolak ajakan Aidan dengan baik.
“Tapi you need to go lunch, Lyn. Nanti you sakit.” Ujar Aidan prihatin.
“It’s okay. I used with it.” Balas Aralyn. Tidak mahu termakan dengan pujukan Aidan.
“Baiklah. Kalau macam tu I balik dulu.”
Akhirnya Aidan meminta diri untuk pulang. Lega Aralyn. Dia hanya menghantar langkah Aidan dengan hujung matanya. Nafas lega dihembus selepas Aidan hilang disebalik pintu ofisnya. Sejak dari tadi, jantungnya tidak mahu beri kerjasama. Perasaan itu hadir lagi. Dan dia benci rasa itu!
*****
AIDAN tersenyum selepas mendapat berita dari penyiasat upahannya. Lama ditenung maklumat yang dia dapat itu. Hatinya sangat gembira kerana kanak-kanak lelaki yang bersama dengan Aralyn itu merupakan anaknya. Dan bukan anak Aralyn dengan lelaki lain. Tetapi kenapa dia tidak pernah tahu yang Aralyn mengandung?
Betapa bodohnya dia melepaskan Aralyn ketika itu. Terlalu ikutkan kata-kata nendanya. Fitnah yang nendanya taburkan ke atas Aralyn, dia percaya bulat-bulat dan di depan mata Aralyn dia membuat maksiat. Memang patut Aralyn benci padanya. Tetapi dia perlu memikat kembali bekas isterinya kerana dia tidak bisa hidup tanpa Aralyn.
Lima tahun yang sangat menyiksakan apabila Aralyn tiada di sisinya.
‘I wish I can hug you right now, Aralyn.’ Bisik Aidan di dalam hatinya.
Dari jauh Aidan memandang Aralyn yang baru saja keluar dari kereta. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki datang menerpa ke arah Aralyn. Dan muka kanak-kanak itu persis mukanya. Adakah itu anak mereka?
Ingin saja dia keluar dari kereta itu dan memeluk anaknya tetapi dia tidak mampu. Dan dia tidak mahu Aralyn tahu yang dia sudah tahu akan kewujudan Adib. Dia sendiri tidak tahu kenapa Aralyn merahsiakan tentang Adib darinya. Sedangkan dia berhak untuk tahu.
Aidan mengekori kereta Aralyn dari belakang. Ingin tahu ke mana destinasi bekas isterinya. Tidak jauh dari situ, Aralyn memberhentikan keretanya di sebuah rumah. Dia kenal rumah itu. Itu rumah Farah. Dia tidak sangka yang Aralyn tinggal di rumah Farah. Aidan masih memerhatikan gerak-geri Aralyn dari dalam keretanya sehingga bekas isterinya itu masuk ke dalam rumah bersama dengan anak mereka.
Sungguh! Dia menyesal dengan apa yang dia pernah lakukan.
“Kamu ke mana Aidan? Sekarang baru balik.” Tegur Puan Sri Maria. Jarang anaknya pulang lewat jika tiada mesyuarat atau apa-apa event.
“Eh, mami! Aidan ada hal tadi. Itu yang balik lambat.” Tangan Puan Sri Maria di salam. Rutinnya setiap petang. Dan setiap petang juga, pasti Puan Sri Maria akan menunggu Aidan dan Aimi pulang.
“Kamu pergi intip Aralyn ke?” soalan daripada Puan Sri Maria membuatkan Aidan berpaling ke arah maminya.
“Dari mana mami tahu yang Aralyn dah balik Malaysia?” tidak dijawab soalan Puan Sri Maria. Malah Aidan turut mengajukan soalan buat maminya itu.
“Aimi bagithu mami tadi. Aimi cakap kamu minta untuk rujuk dengan Lyn tapi Lyn tak nak.” Cerita Puan Sri Maria.
Aidan mendengus kasar. Tanda tidak puas hati dengan adiknya. Tidak reti simpan rahsia betul adiknya itu.
“Jangan kamu nak marah Aimi. Memang patut dia ceritakan pada mami. Tunggu kamu buka mulut, entah bila,” ujar Puan Sri Maria. Bukan dia baru kenal Aidan. 35 tahun menjaga anaknya itu, dia sudah masak dengan perangai anak lelakinya ini.
“Bukan Aidan tak nak cerita pada mami tapi Aidan masih belum mampu pujuk hati Lyn, mami. Dia sengaja menjauhkan diri dari Aidan. Macam mana Aidan nak pujuk dia,” luah Aidan. Bukan dia tidak mencuba tetapi Aralyn yang mencipta jarak di antara mereka berdua.
“Itulah kamu. Elok-elok Lyn jadi isteri kamu. Kamu curang dengan dia. Ceraikan dia kerana percaya dengan fitnah nenda kamu tu. Kalau kamu tak ceraikan dia, mesti tengah bahagia dan ada anak dengan Lyn tu.”
Puan Sri Maria mula membebel. Mengamuk juga dia selepas mengetahui Aidan menceraikan Aralyn lima tahun lepas. Dan dengan mudah anak lelakinya percaya akan fitnah yang ditabur oleh ibu mentuanya. Sejak dari dulu lagi dia tidak sebulu dengan ibu mentuanya tetapi dia tetap hormatkan ibu mentuanya.
“Kami memang ada anak mami. Lelaki. Dia dah besar. Lima tahun umurnya.” Jujur Aidan.
“Apa?” terkejut Puan Sri Maria.”Kenapa mami tidak pernah tahu?” soalan Puan Sri Maria, Aidan tidak mampu jawab kerana dia sendiri tiada jawapan. Hanya Aralyn yang punyai jawapan itu.
Aidan hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Aidan pun tak pernah tahu mami.”
Puan Sri Maria mengeluh perlahan sebelum membuka mulut.
“Aidan perlu ambil hati Lyn balik. Mami sayangkan Lyn. Lagi-lagi kamu berdua ada anak. Aidan tak kesiankan anak Aidan ke?”
“Aidan dah cuba mami tapi hati Lyn terlalu keras untuk terima Aidan,” ujar Aidan tetapi dia tidak akan berputus asa untuk memujuk Aralyn. Dia mesti jadikan Aralyn sebagai isterinya semula.
“Kerak nasi, kalau direndam dengan air akan lembut juga. Mami tahu Lyn tu lembut orangnya. Pemaaf. Aidan kena cuba dan jangan putus asa. Mami sokong Aidan.”
Nasihat Puan Sri Maria Aidan sematkan di dalam kepalanya.
“Terima kasih, mami.” Aidan memeluk Puan Sri Maria erat. Walaupun mami naik hantu dengannya kerana menceraikan Aralyn tetapi maminya sentiasa ada di sisinya menyokong dan memberi kata-kata semangat padanya.
“Sama-sama.” Tersenyum Puan Sri Maria. Khabar yang dibawa oleh Aidan sangat mengembirakan hatinya. Dia sudah mempunyai seorang cucu.

NOTE: Next update on next friday. TQ. happy reading :) thank you for your support.

Love,
Hezy Rose.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.