PROLOG
HARI INI genap setahun Aidan dan Aralyn berkahwin. Aralyn bercadang hendak
menyambutnya di rumah. Dan Aidan tidak tahu bahawa dia sudah balik dari outstation
hari ini. Aralyn memandu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Ah!
Biarlah orang yang memandang hendak mengatakan dia gila. Ini kerana ada khabar
gembira dia ingin sampaikan kepada suaminya.
Pagi
tadi, dia membawa dirinya ke klinik sebelum bertolak pulang ke rumah mereka
yang terletak di Damansara. Tidak sangka bahawa doktor mengkhabarkan bahawa dia
mengandung lima minggu. Tidak sabar hendak memberitahu suaminya.
Aralyn meletakkan keretanya di
sebelah kereta Aidan. Dia keluar kereta dengan wajah yang tidak lekang dengan
senyuman tetapi senyumannya mati sebaik saja melihat selipar wanita yang pastinya
bukan milik dia.
Pintu
rumah dibuka dengan perlahan. Dia masuk ke dalam rumah dengan berjingkit. Ruang
tamu kosong. Kaki Aralyn melangkah ke ruang atas dengan menuju ke bilik tidur
utama penuh dengan debar. Entah mengapa hatinya berdebar dan rasa tidak sedap.
Pintu bilik master bedroom
dibuka dan matanya terbuntang melihat ada wanita lain di sebelah suaminya.
“Aidan!” jerit Aralyn lantang. Saat itu
air matanya sudah keluar. Sakit hati apabila dicurangi suaminya.
“Aralyn!” Aidan bingkas bangun dari
tidurnya. Perempuan di sebelah suaminya juga turut bangun.
“We need to talk!” Laju
kakinya di bawa turun ke bawah kerana sudah tidak betah melihat keadaan suami
dan wanita itu tanpa sebarang pakaian. Hatinya
sangat sakit ketika itu.
Dapur tempat yang dia tuju sebaik
saja kakinya menjejaki lantai yang berkilat itu. Air putih diteguk dengan rakus
sekali. Cuba menenangkan hatinya yang berkecai.
Ketika Aralyn keluar, kelihatan
Aidan sudah berada di ruang tamu. Lengkap berpakaian. Wanita tadi sudah tiada. Sudah
angkat kaki barangkali. Ah! Biarlah, dia tidak mahu ambil kisah lagi.
“Aralyn.” Aidan cuba menyentuhnya
tetapi pantas Aralyn menepis tangannya.
“I hate you!” jerit Aralyn penuh
emosi. “Kau curang dengan aku!” sudah tiada lagi panggilan ‘abang’ untuk Aidan.
“Baguslah kalau kau dah tahu. Tak
perlu untuk aku sorok lagi.” Akui Aidan tanpa memikirkan perasaan Aralyn yang
sememangnya sangat sakit ketika itu.
“Kau! Lelaki tak guna!” jerit
Aralyn. Cuba untuk menampar Aidan tetapi lelaki itu menolaknya sehingga
terjatuh di atas sofa.
“Suka hati kaulah nak panggil aku
lelaki tak guna ke apa. Yang penting, aku tak cintakan kau lagi. Kau hanya
tempat pemuas nafsu aku. Tak ubah seperti pelacur.”
Pang!
Menggigil tangan Aralyn selepas
menampar pipi kanan Aidan. Hatinya sakit dengan hinaan Aidan. Sinis sekali
kata-kata lelaki itu.
“Ceraikan aku!” pinta Aralyn dengan
air mata yang mengalir semakin laju. Hatinya tidak kuat lagi untuk bertahan.
“Baik! Aralyn Naqiba Binti Ahmad,
aku ceraikan kau dengan talak satu! Berambus kau dari sini! Jangan muncul lagi
depan aku!”
Aidan
menutup pintu rumah dengan kasar. Terangkat bahu Aralyn. Kedengaran kereta
Aidan meninggalkan halaman rumah.
Air
mata Aralyn keluar tanpa segan silu sebaik saja Aidan menceraikan dia. Ternyata
lelaki itu tidak mencintai dia lagi. Ternyatan cinta saja tidak cukup jika
tiada kesetiaan.
Abang, sanggup buat Aralyn macam ni!
Aralyn mengesat air matanya. Dia
perlu beredar dari sini. Cepat-cepat dia bangun dari situ dan menuju ke
biliknya. Dikemas barang-barang miliknya dan barang-barang yang diberikan oleh
Aidan, dia tinggalkan di situ. Dia tidak ingin membawa pergi harta lelaki itu
sekali.
Bagasi dimasukkan ke dalam
keretanya. Lama Aralyn memandang rumah itu. Banyak kenangan manis di rumah ini.
Ah! Dia perlu lupakan semua itu. Sudah tiada makna lagi untuknya!
Cepat-cepat Aralyn masuk ke dalam
kereta dan meninggalkan rumah itu. Walaupun dia terluka tetapi dia perlu
teruskan hidupnya untuk anak yang dikandungnya sekarang. Biarlah Aidan tidak
tahu akan kewujudan anaknya. Itu lebih baik.
Dia perlu kuat! Lupakan lelaki tidak
guna itu dan mulakan hidup baru. Walaupun susah tetapi dia perlu cuba. Semoga kau bahagia dengan wanita itu Aidan.
NOTE: Happy reading my readers. Lama dah tak update kt blog. Bersarang sudah. Apa-apa pun, jangan lupa komen okay. Thank you for your time.
Love,
Ayatul.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.