Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Friday, July 12, 2019

MENGAPA AKU KAU LUKAI?




BAB 1
GENAP LIMA tahun Aralyn Naqiba berada di bumi matahari terbit iaitu Jepun. Lima tahun berada di sana mengajar Aralyn erti berdikari walaupun sejak dari kecil lagi dia hidup sendiri. Melarikan diri ke Jepun setelah dihalau dan juga mengubati hati yang dilukai tidak mudah bagi Aralyn untuk bangkit kembali. Mengambil masa dua tahun untuknya teguh berdiri seperti hari ini.
Aralyn bersyukur kerana keputusannya yang cemerlang membolehkan dia untuk menyambung masternya di situ dan juga bekerja di sana untuk menampung hidupnya di sana. Hari ini, seperti biasa Aralyn akan masuk ke pejabat tepat pada waktunya. Masyarakat di Jepun sangat menepati masa bukan seperti di Malaysia.
“Miss Ara... Mr Shin wants to meet you.” Beritahu setiausaha Mr Shin kepada Aralyn.
“Okay. Thank you.” Angguk Aralyn dan berlalu ke pejabat bosnya. Aralyn mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Setelah mendapat kebenaran barulah dia melangkah masuk.
“Yes, Mr Shin.” Ujar Aralyn sambil tersenyum kepada bosnya yang sepet itu.
“Have a seat Ara. I have something to discuss with you,” suruh Mr Shin yang berumur dalam lingkungan 30-an. Sangat fasih berbahasa Inggeris dan senang untuk Aralyn berkomunikasi.
Keluar saja dari pejabat Mr Shin, Aralyn melepaskan keluhannya. Mr Shin memintanya untuk pulang ke Malaysia? Uruskan anak syarikat di sana. Mr Shin ingin dia menjadi General Manager di sana. Tapi kenapa dia? Banyak lagi calon lain dan dia juga menjadi pilihan Mr Shin.
Mahu tolak tetapi tidak sampai hati kerana Mr Shin meletakkan sepenuh kepercayaan padanya. Dan terpaksa Aralyn bersetuju kerana dia sudah banyak terhutang budi pada Mr Shin.
Aralyn melangkah ke tempat kerjanya. Memikirkan kata-kata Mr Shin padanya.
“I believe you Aralyn. I know you can be a great leader and manage my company in Malaysia very well.”
Kata-kata itu menujukkan betapa Mr Shin sangat yakin akan kebolehannya untuk menguruskan syarikat di sana tetapi sudah bersediakah dia untuk pulang ke Malaysia?
*****
BUAT PERTAMA kalinya, Aralyn menjejakkan kakinya di bumi Malaysia setelah lima tahun berada di Jepun. Rasa lain. Sudah lama dia meninggalkan bumi Malaysia dan hari ini dia pulang kembali di tempat dia membesar. Banyak perubahan yang berlaku.
Kaki melangkah menuju ke pintu keluar selepas mengambil bagasi-bagasi miliknya bersama dengan si kecil yang sentiasa menjadi penemannya ketika susah dan senang.
“Ibu, what are we doing here?” tanya si kecil yang bernama Adib dengan petahnya.
“Tidak lama lagi ibu akan kerja di sini. Dan inilah Malaysia. Mulai hari ini, kita akan tinggal di sini.”
Jelas Aralyn walaupun sudah banyak kali dia menjelaskan kepada anak terunanya itu. Bukan senang hendak memahamkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Banyak soalan yang perlu dijawab olehnya.
“Itu, aunty Farah dah sampai.” Seorang wanita yang masih berpakaian pejabat berjalan menghampiri Aralyn dan Adib.
“Ara! Rindunya aku dengan kau.” Terus dipeluk badan Aralyn sebaik saja Farah berdiri di depan teman baiknya.
“Aku pun rindukan kau.” Balas Aralyn. Gembira kerana dapat berjumpa kembali dengan teman baiknya. Yang sentiasa ada sewaktu dia susah dan senang.
“Betul ke rindu? Kalau rindu, tak adalah lima tahun kau menghilangkan diri.” Ujar Farah selepas mereka meleraikan pelukan mereka.
“Benda yang lepas usah diungkit.” Balas Aralyn. “Ni, perkenalkan Adib. Boyfriend kau yang selalu minta kau belikan coklat untuknya.” Diperkenalkan Adib kepada Farah.
“Masya-Allah, handsomenya! Macam Aidan.” Tanpa sedar Farah terlepas kata. “Ops! Sorry.” Cepat-cepat dia memohon maaf selepas tersedar yang tidak sepatutnya dia menyebut nama lelaki itu.
It’s okay. Past is past. Aku dah move on.” Jelas Aralyn bersama senyuman manisnya.
“Hi, handsome boy. Ingat aunty Farah tak?” tanya Farah dengan menundukkan badannya.
“Ingat. Aunty cantik.” Puji Adib. Mulut manis.
“Auww… thank you, handsome boy.” Pipi putih milik Adib dicubit lembut oleh Farah. Dan digosok kepala kanak-kanak itu.
“Perasanlah tu.” Cebik Aralyn.
“Biarlah. Jangan nak cemburu ya.” Balas Farah dengan tersenyum. “Jomlah kita gerak. Lepas maghrib aku ada meeting dengan client.” Ajak Farah. Dia ingin menolong Aralyn menolak troli tetapi dihalang oleh temannya. Dan disuruh memimpin Adib menuju ke kereta.
Aidan Syauqi yang baru saja keluar dari pintu ketibaan hanya mampu berdiri kaku di situ. Sosok tubuh seorang wanita yang dia rindui selama ini memenuhi ruang matanya. Tidak berkelip dia melihat wanita itu. Semakin cantik. Fikirnya, dia tersilap orang tetapi kenyataannya itulah wanita yang dia cintai lima tahun yang lepas.
Dan yang menjadi persoalannya, siapakah kanak-kanak lelaki yang berada di sisi wanita itu. Adakah wanita itu sudah berkahwin?
Aidan hanya mampu menghantar langkah wanita itu dengan pandangan matanya saja. Ingin dikejar tetapi kakinya seakan terpaku di lantai.
“Dah lama angah sampai?” tanya Aimi sebaik saja dia melangkah keluar dari kereta.
“Adalah dalam lima minit.” Balas Aidan. Matanya masih lagi memandang ke arah wanita yang sedang memasukkan bagasi ke dalam boot kereta.
Sorry. Jalan sesak tadi.” pinta Aimi.
“No. It’s okay.” Geleng Aidan. Ada hikmah kenapa Aimi tiba sedikit lewat. Kalau tidak, dia tidak akan tahu yang wanita yang dia cari selama ini sudah pulang ke Malaysia.
“Angah tengok siapa tu?” soal Aimi dan turut memandang ke arah yang sama.
“Tiada siapalah. Jomlah. Angah nak balik berehat ni.” Aidan melangkah masuk ke dalam perut kereta. Disandarkan belakangnya dan melepaskan lelah. Penat.
Dan Aimi turut masuk ke dalam perut kereta. Ingatkan balik kerja, dapatlah balik rumah terus. Alih-alih kena jemput angahnya di airport pula.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.