BAB
4
SUDAH masuk dua bulan Aralyn mengalas tugas sebagai pengurus dan
semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun masih banyak yang dia perlu pelajari
untuk menguruskan sebuah syarikat tetapi dengan ilmu dan pengalaman yang dia
miliki, meringankan sedikit bebannya.
“Miss Ara,
today we have meeting with Diamond Holding. And it’s a lunch meeting.” Seperti biasa, Diana menjalankan tugasnya sebagai PA kepada
Aralyn.
“Itu saja untuk
hari ini.” Ujar Diana.
Aralyn menarik
nafas lega kerana hari ini dia perlu menghadiri satu mesyuarat sahaja. Dan dia
telah pun berjanji dengan Adib untuk menyambut hari lahir anak terunanya itu.
“Okay. Hari ini
saya ambil half day.” Beritahu Aralyn kepada Diana.
“Baik Miss
Ara.” Angguk Diana dan berlalu keluar setelah Aralyn mengizinkannya untuk
keluar.
Tepat jam 11.30
pagi, Aralyn keluar dari ofisnya. Dia menuju ke keretanya. Nasib baik Farah
mendesaknya untuk membeli kereta. Kalau ikutkan hatinya, lebih selesa naik
pengangkutan awam tetapi fikirkan kerap kali keluar meeting di luar,
terpaksa juga dia beli kereta.
Kereta dipandu
menuju ke restoran lima bintang. Aralyn bertolak awal untuk mengelakkan
kesesakan jalan raya memandangkan sebentar lagi masuk waktu makan tengah hari.
Pelayan
menunjukkan tempat kepada Aralyn. Tempat yang sudah ditempah khas oleh clientnya.
Dia hanya perlu sebut nama syarikat sahaja. Curious pula siapalah pemilik
Diamond Holding itu?
Aidan dan Aimi
melangkah masuk ke restoran lima bintang itu. Dan ketika itu Aralyn duduk
membelakanginya.
“Sorry Miss. We
are late.” Suara garau Aidan menyapa gegendang
telinga Aralyn.
Suara itu!
Tetapi tidak mungkin dia. Aralyn berpaling ke sisi kirinya dan saat itu matanya
jelas menunjukkan dia terkejut. Kenapa sekarang dia perlu bertemu dengan lelaki
itu?
Aidan!
“Aralyn.”
Panggilan Aidan mengembalikan Aralyn dari rasa terkejutnya.
“Errr... have a
seat Mr Aidan and Miss Aimi.”
Pelawa Aralyn. Dia bersalaman dengan Aimi. Dia perlu bersikap profesional.
Tidak mencampur-aduk masalah peribadi dengan kerja.
Aidan mengambil
tempat bertentangan dengan Aralyn manakala Aimi duduk di sebelah Aidan.
Cuba berlagak
tenang dan dia berasa sedikit kekok ketika itu. Tetapi demi kerja, Aralyn
kuatkan juga hatinya. Mereka memulakan perbincangan. Aralyn kelihatan sangat
serius dengan kerjanya.
Dari tadi Aidan
merenung Aralyn. Dan kata-kata Aralyn tentang kerja ibarat angin yang lalu
saja. Matanya lebih fokus pada Aralyn. Dia sangat rindukan wajah itu. Ingin
disentuh tetapi mereka sudah tiada ikatan. Betapa bodohnya dia kerana menceraikan
isteri sebaik Aralyn.
“Along!” Aimi
menepuk lengan Aidan. Boleh pula abangnya berangan. Dah la tenung wajah Aralyn
macam nak tembus.
“Apa?” Aidan
berpaling ke arah Aimi.
“Setuju tak
dengan cadangan kak long?” soal Aimi. Dia sudah terbiasa memanggil Aralyn
dengan panggilan kak long. Jadi, sedikit kekok untuknya menukar panggilan itu.
“Setuju apa?”
soal Aidan bingung. Itulah lain kali berangan lagi.
“Tentang konsep
ini, Encik Aidan.” Aralyn menghulurkan kertas kepada Aidan supaya lelaki itu
boleh teliti dengan baik cadangannya.
Kertas yang
dihulurkan oleh Aralyn disambut. Aidan mula fokus kembali pada kerjanya.
“Setuju.” Aidan
memberi kata putus.
“Baik. Kalau
macam tu, esok saya akan hantar wakil ke Diamond Holding untuk Encik Aidan sign
kontrak.” Ujar Aralyn dalam nada formal.
“Okay.” Aidan
dan Aimi mengangguk serentak.
“Kalau macam tu
saya minta diri dulu.” Aralyn sudah berura-ura untuk pergi dari situ kerana dia
tidak betah dengan pandangan Aidan padanya. Dan dia juga berasa tidak selesa.
Dia ingin cepat-cepat angkat kaki dari situ.
“Makanan belum
sampai lagi. Kita makan dulu.” Aidan menahan Aralyn bangun dari duduknya itu.
“It’s okay. I
can eat later.” Balas Aralyn.
“No. I
dah tempah makanan untuk kita. I dan Aimi tak mampu nak habiskan semaunya,”
ujar Aidan. Dia tidak mahu Aralyn pergi dari situ. Belum puas dia menatap wajah
bekas isterinya.
“Betul tu kak
long. Aimi ni bukannya makan banyak sangat.” Sampuk Aimi yang diam sejak tadi.
Sengaja memberi ruang pada abangnya dan bekas kakak iparnya untuk berbual. Mana
tahu, mereka boleh berbaik semula.
“Errr...
baiklah.” Akur Aralyn. Terpaksa mengalah.
“Five years you
dissapear. Where you have been, Lyn?”
soalan dari Aidan membuatkan Aralyn mengangkat kepalanya dari melihat iPhone
ditangannya.
“It’s not your
matter. Mind your own business, Mr Aidan.”
Balas Aralyn. Dia tidak mahu Aidan bercakap tentang perkara lepas. Dan dia
sudah lupakan lelaki itu.
“I miss you,
Lyn.” Tanpa segan silu Aidan mengaku dia
rindukan bekas isterinya. Dan dia tidak malu untuk mengaku itu walaupun di
depan adiknya sendiri.
Terkaku Aralyn
dengan pengakuan Aidan. Sudah gila agaknya lelaki di depannya ini.
“Pardon me.
I rasa you salah orang. I bukan sesiapa pada you.” Ujar Aralyn tanpa perasaan.
Agak terkesan dengan pengakuan Aidan tetapi cepat-cepat dia membuang rasa itu.
“No. I
really miss you. Lima tahun I cari you sayang tapi tidak dapat dijejaki.
You hilang tanpa jejak.” Luah Aidan. Dipandang wajah Aralyn. Sungguh, dia
rindukan bekas isterinya itu.
“Untuk apa you
cari I? Bukankah you sendiri yang minta I berambus dari pandangan you dan you
tak nak tengok I lagi. No need to find me, Mr Aidan.” Cuba dikawal
emosinya. Dia tidak mahu membuat kecoh di restoran itu.
“I’m sorry for
what I’ve done to you, sayang. My mistake that I can’t change but I really
regret it. Kita rujuk balik.” Pinta Aidan.
Selepas lima tahun, baru dia mempunyai peluang untuk memohon maaf pada Aralyn.
Aralyn terkesan
dengan kata-kata maaf dari Aidan. Ikhlas bunyinya.
“I maafkan
tetapi untuk rujuk balik dengan you, itu tidak akan berlaku Aidan. You can
choose other woman instead of me to make you happy. Sebab sebelum ini pun
you dah pilih wanita lain berbanding isteri you sendiri.”
Kata-kata
Aralyn sangat sinis sekali. Ya, dia maafkan Aidan tetapi untuk melupakan apa
yang lelaki itu lakukan padanya amat payah.
“I minta diri
dulu.” Beg tangan dan failnya di ambil dan dia berlalu dari situ tanpa
menghiraukan panggilan dari Aidan lagi.
“Along! Biarkan
kak long sendirian dulu. Biarkan kak long tenangkan diri dia. Dia sangat
terluka along.” Pujuk Aimi. Dari tadi dia menjadi pemerhati dan pendengar
kepada perbualan abangnya dan bekas kakak iparnya.
“Tapi Aimi...”
Aidan melepaskan keluhannya.
“Jangan risau.
Kalau memang jodoh along dengan kak long, kak long akan kembali kepada along.”
Ujar Aimi.
Kalau ikutkan dia, dia juga ingin abangnya berbaik semula dengan bekas kakak
iparnya tetapi dia tidak punyai hak untuk memaksa bekas kakak iparnya itu.
Biarlah abang dan bekas kakak iparnya yang buat keputusan sendiri.
NOTE: Terima kasih untuk yg baca dan komen. Jadi pembakar sangat utk siapkan cerita ni cepat-cepat. So, extra bab sebab ramai yg suka dgn cerita ni.
Next update on next Friday.
Tulusly,
Hezy Rose.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.