BAB 2
Malaysia, 2019.
DENGAN yakin aku melangkah masuk ke syarikat yang gah terletak di bandar
Kuala Lumpur. Sangat besar. Hari ini aku akan melapor diri di syarikat baru.
Aku bersyukur sangat kerana aku tidak perlu menganggur lama untuk mendapatkan
kerja.
“Can I help you
miss?” belum sempat aku bertanya,
penyambut tetamu di situ terlebih dahulu menyapa aku bersama senyuman manisnya.
“Yes. I want to
meet Mrs. Khadijah.” Aku
memberitahu nama yang perlu aku berjumpa untuk melapor diri nanti.
“51st
floor, Miss.”
“Thank you,
miss.”
Aku mengucapkan
terima kasih sebelum melangkah ke lift. Nasib baik di dalam lift tidak terlalu
sesak. Bolehlah bernafas.
Setibanya di
tingkat 51, aku bertanya pekerja di situ.
“Miss Hanina.”
Seorang wanita berumur 40-an datang menyapa aku.
“Ya, saya,”
laju aku menganggukkan kepala.
“Saya Puan
Khadijah tapi panggil kak Dijah saja.” Dengan ramah kak Dijah menyapa aku.
“Baik, kak. Dan
panggil saya Hani sudah cukup.” Memang itulah panggilan untuk aku sejak dulu
lagi. Pendek sudah cukup.
“Baiklah,
Hani.” Angguk kak Dijah sebelum dia menyambung katanya. “Kita pergi jumpa bos
dulu. Selepas itu kak Dijah akan bawa Hani ke bilik Hani ya.”
“Baik, kak
Dijah.”
Aku membuntui
langkah kak Dijah menuju ke bilik bos besar iaitu bilik Pengarah Urusan.
Setelah
mendapat kebenaran untuk masuk, aku dan kak Dijah masuk ke dalam bilik itu.
Hampir terbuntang mata aku apabila melihat bilik Pengarah Urusan yang sangat
cantik. Susun atur yang kemas dan cat berwarna putih menampakkan bilik itu
ala-ala Inggeris.
“Dato’, Miss
Hani dah sampai.” Suara kak Dijah bagaikan angin yang lalu saja kerana aku
terpegun dengan bilik itu. Sangat cantik!
“Jemput duduk,
Miss Hani.”
Suara garau
yang menyapa halwa telinga aku membuatkan konsentrasi aku terganggu. Dan suara
itu. Lekas aku berpaling ke arah suara itu.
Hud Mukhriz!
Adakah dia bos
aku? Reaksi terkejut aku cuba sembunyi sebaik mungkin memandangkan kak Dijah
ada bersama. Aku duduk seperti dipersilakan. Buat-buat tidak kenal. Sama
seperti dia tidak mengenaliku.
Wajah
terkejutnya cuba disembunyikan. Aku tahu, Hud juga terkejut dengan kehadiranku
di situ tetapi sebaik mungkin dia cuba sembunyikan reaksinya itu.
Maka bermulalah
soalan yang aku rasa sudah ditanya sewaktu interview tetapi ditanya
sekali lagi. Cuma kali ini, pengarah urusan sendiri yang tanya. Dan aku hanya
menjawab apa yang perlu saja.
Akhirnya aku
menarik nafas dengan lega selepas keluar dari bilik itu. Sangat menyesakkan
dada aku.
Kenapa dia
harus muncul lagi? Aku tidak berharap untuk berjumpa dengannya lagi.
“Hani okay?”
Kak Dijah bertanya kepadaku sebaik saja kami keluar dari bilik pengarah urusan.
Mungkin dia perasan yang aku mengeluh.
“Ya. Hani okay
saja kak.” Aku mengangguk bersama senyuman manis.
“Kalau macam
tu, jomlah kak Dijah kenalkan Hani dengan staf di sini. Jangan risau, staf di
sini semuanya friendly sebab Dato’ tak suka staf-stafnya sombong.” Kak
Dijah menjelaskan kepadaku sewaktu kami berjalan menuju ke meja-meja staf yang
berada di tingkat 51 itu. Dan menurut kak Dijah, di tingkat ini semuanya
terletak bilik staf yang mempunyai jawatan tinggi.
“Okay. Ini
bilik Hani. Kalau Hani perlukan apa-apa, bagitahu saja kak Dijah. Meja kak
Dijah di situ saja.”
Kak Dijah
menunjukkan bilik kerja aku selepas berkenalan dengan staf di situ. Dan mejanya
tidak jauh dari bilik aku. Begitu juga dengan bilik pengarah urusan. Dan untuk
menuju ke bilik aku, aku perlu melepasi biliknya terlebih dahulu.
“Baik kak
Dijah. Terima kasih.” Aku mengucapkan terima kasih kepada kak Dijah sebelum dia
berlalu pergi dari situ untuk menyambung kerjanya sebagai PA kepada Dato’ Hud
Mukhriz.
Ya. Aku baru
tahu yang dia sudah mendapat pangkat Dato’. Bertahun kami berpisah, kenapa
sekarang aku perlu bertemu dengan dia kembali? Ujian apakah ini?
Aku memulakan
tugasku hari ini dengan baik tanpa sebarang gangguan. Walaupun setiap kali aku
berhubung dengan kak Dijah, mata Hud sentiasa memerhatikan aku tetapi dia tidak
menganggu aku. Tirai di dalam biliknya sengaja di naikkan barangkali.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.