Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Friday, July 19, 2019

MENGAPA AKU KAU LUKAI?






BAB 3
AIMI menghantar Aralyn dan Adib pulang. Pada mulanya Aralyn tidak mahu tetapi setelah dipujuk oleh bekas adik iparnya itu, akhirnya dia mengalah. Aralyn membawa masuk barang-barang yang dibeli olehnya tadi. Malah Aimi turut membelikan baju untuk Adib dan menghadiahkan mainan walaupun sudah di halang oleh Aralyn.
Adib sudah tidur kerana keletihan. Aralyn meletakan barang yang dibelinya di atas sofa dan dia menjatuhkan badan di atas sofa berangkai dua. Dia memandang Adib lama.
Berfikir tentang masa depan anak terunanya. Sekarang, bekas adik iparnya sudah tahu kewujudan Adib. Dan dia berharap Aimi berpegang pada janjinya itu. Belum tiba masanya untuk memperkenalkan Adib dengan Aidan. Apabila tiba masa yang sesuai, dia sendiri akan membawa Adib berjumpa dengan lelaki itu.
Aralyn mengangkat Adib ke bilik. Dan dia pun hendak solat asar. Selesai menunaikan solat, Aralyn turun ke bawah. Dia sudah berjanji dengan Farah untuk memasak patin tempoyak.
“Kau ada masalah ke?” soalan yang keluar dari mulut Farah menghentikan Aralyn dari mengangkat pinggan-mangkuk.
“Kenapa? Aku okay saja.” Balas Aralyn. Cuba untuk mengelak dari menjawab pertanyaan dari temannya itu.
“Beb! Kau jangan nak tipu aku. Kau senyap saja dari tadi. Dan setiap kali kau ada masalah, mesti kau akan diam.” Ujar Farah. Dia kenal dengan Aralyn bukan hari ini tetapi sudah lama. Sejak dari zaman universiti lagi sehinggalah sekarang.
Aralyn melepaskan keluhan. Dengan Farah memang dia tidak dapat simpan apa-apa rahsia kerana temannya itu pasti dapat menebak dengan betul.
Kerusi di hadapan Farah di tarik dan dia melabuhkan duduknya di situ. “Tadi, aku terjumpa dengan bekas adik ipar aku, Aimi. Dan dia sudah tahu pasal Adib. Sekarang ni aku risau yang Aidan akan tahu kewujudan Adib.” Luah Aralyn.
“Bila kau jumpa Aimi?” soal Farah dengan terkejut.
“Masa aku keluar.” Jawab Aralyn.          
“Habis tu Aimi cakap apa?” soal Farah lagi.
“Dia minta untuk jumpa Adib lagi dan dia janji takkan beritahu tentang Adib pada Aidan tapi hati aku tetap risau,” jelas Aralyn dengan muka yang resah.
“Kalau Aimi sudah berjanji, tidak mungkin dia akan mungkiri. Kau pun kenalkan dengan bekas adik ipar kau tu.” Farah cuba untuk menyedapkan hati Aralyn yang resah itu. Jadi, sebab itulah Aralyn diam dari tadi.
“Tapi...” kata-kata Aralyn dipotong oleh Farah.
“Dah! Kau jangan nak fikir lagi. Aku yakin yang Aimi jenis berpegang pada janji.” Ujar Farah. Tangan Aralyn digosok dengan lembut. Dia menghadiahkan senyuman pada temannya itu.
“Kau pergi rehat. Biar aku yang kemaskan semua ni.” Suruh Farah.
“Tak mengapalah. Aku boleh kemaskan.” Tolak Aralyn. Dia bangun semula dan menuju ke singki.
“Pergi rehat. Lagipun kau dah masakkan tadi. Jadi, biar aku yang kemaskan. Pergi cepat!” badan Aralyn ditolak keluar dari dapur. Kalau tidak, jangan harap temannya itu akan keluar dari situ.
“Yalah.” Akhirnya Aralyn mengalah.
Setelah dua hari bercuti, hari ini Aralyn mula bekerja di anak syarikat dari negara Jepun. Tempat di mana dia bekerja sewaktu di Jepun ketika dahulu. Dia memegang jawatan sebagai manager  dan dipantau oleh bosnya dari Jepun.
Adib di hantar ke tadika little caliphs yang terletak tidak jauh dari tempat kediaman Farah. Nasib baik ada Farah yang tolong carikan tadika untuk anaknya itu.
“Morning Miss. Aralyn.” Sapa penyambut tetamu itu dengan ramah. Semua sudah tahu bahawa hari ini general manager baru akan melapor diri bagi menggantikan general manager yang lama.
“Morning Miss...”
“Fasihah.”
“Morning Miss Fasihah. Still Miss right?” balas Aralyn dan bertanya untuk kepastian.
“Yes.” Angguk Fasihah sambil tersenyum.
“Yang lain sudah tunggu Miss Aralyn. Jom saya bawa Miss ke dalam.” Sambung Fasihah lagi.
“Yes. Sure. But before that, you can call me, Miss Ara only.” Pesan Aralyn sebelum mengikut langkah Fasihah. Di Jepun, mereka tiada gap. Cuma hormat-menghormati antara satu sama lain sahaja.
“Semua, manager kita yang baru sudah tiba. Perkenalkan Miss Aralyn Naqiba,” Diana memperkenalkan Aralyn. Para pekerja semua bangun dan memberi salam hormat kepada pengurus baru mereka.”
“Welcome Miss Aralyn.”
“Selamat datang, Miss Aralyn.”
“Nice to meet you, Miss Aralyn.”
Pelbagai ucapan yang keluar dari mulut para pekerja. Masing-masing teruja dengan kehadiran pengurus baru mereka. Dan semestinya Aralyn gembira kerana dirinya diterima baik oleh para pekerja di situ. Jadi, keputusan untuk dia bekerja di Malaysia tidak sia-sia.
“Thank you. I feel lucky to have you guys as my employees. I hope we can cooperate together in developing this company to achieve our mission and goal. And you guys can call me Miss Ara.” Ucap Aralyn panjang lebar.
Selepas sesi perkenalan, setiausaha Aralyn iaitu Diana menunjukkan ofis milik Aralyn. Besar dan selesa.
“Miss Aralyn, if you need help, just call me.” Pesan Diana setelah membawa Aralyn ke semua sudut di bangunan itu.
“Yes, sure Diana. But can you just call me Miss Ara. No need full name,” pesan Aralyn.
“Baik, Miss Ara. Errr... saya minta diri dulu.” Diana ingin menyambung kerjanya yang tergendala. Banyak perkara yang perlu dia uruskan.
Dan Aralyn membalasnya dengan anggukan.
Aralyn melabuhkan duduk di atas kerusi yang lebih kurang empuk juga. Lena ni kalau tidur. Tetapi memikirkan hari ini merupakan hari pertama dia mula bekerja dan juga dirinya sebagai ketua, hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak buahnya.
Diana telah menerangkan kepada dia semua kerja yang dia perlu selesaikan tadi. Ternyata banyak juga. Fuhh... itulah siapa yang suruh minta cuti dua hari.
Fail yang berada di atas mejanya dibuka dan semuanya memerlukan semakan sebelum mendapat kelulusan darinya dan juga tanda tangannya. Aralyn mula fokus pada kerja yang berlambak itu. Dia perlu siapkan hari ini juga. Kalau ditangguh nanti, semakin bertambah pula.
“Miss Ara tak nak lunch ke?” tanya Diana setelah mendapat kebenaran dari Aralyn untuk masuk.
“Dah masuk waktu lunch ke? Tak perasan pula.” Aralyn menilik jam tangannya. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 12 tengah hari.
“Kalau saya minta tolong awak bungkuskan makanan untuk saya boleh? Masih kerja yang perlu saya siapkan.” Ujar Aralyn.
“Boleh Miss Ara.” Angguk Diana setuju memandangkan dia hendak keluar makan tengah hari.
“Belikan saya nasi campur dengan ikan masak merah.” Duit dihulurkan kepada Diana. Tetapi Diana menolak.
“It’s okay Miss Ara. Today is my treat.”
“Eh! Tapi…”
“Today is your first day right? So, let me treat you.” Ujar Diana. Dia ikhlas hendak belanja bosnya yang baru itu. Dan dia rasa selesa dengan Aralyn.
“Okaylah kalau awak kata macam tu. Terima kasih.” Aralyn mengalah. Rezeki jangan ditolak.
Setelah Diana berlalu dari situ, Aralyn menyambung kerjanya yang tergendala tadi sementara menunggu masuknya waktu Zuhur.
“So, how’s your first day? Everything okay?” soal Farah sebaik saja kereta berada di jalan raya.
Everything okay. Staff pun semua baik dan mesra.” Jawab Aralyn. Menyandarkan kepalanya di seat. Melihat keadaan jalan raya yang sesak itu membuatkan dia rindu dengan suasana di Jepun.
Di Jepun, dia lebih selesa menggunakan pengangkutan awam kerana rata-rata penduduk di sana turut menggunakan pengangkutan awam.
*****
SELEPAS kejadian dia melihat Aralyn di lapangan terbang tempoh hari, Aidan mula menyiasat tentang bekas isterinya. Perasaan ingin tahu tentang status Aralyn semakin membuak-buak. Sudah lama dia mencari bekas isterinya itu tetapi gagal.
“Bos, ini maklumat yang bos minta.” Sampul yang berwarna coklat disambut oleh Aidan. Penyiasat upahannya meninggalkan ruang pejabat yang besar itu.
Diteliti maklumat yang baru saja dia terima. Jadi, bekas isterinya masih lagi single tetapi siapa budak lelaki yang bersama dengan Aralyn tempoh hari? Dan selama ini bekas isterinya menetap di Jepun selama lima tahun sebelum pulang ke Malaysia.
Aidan melepaskan keluhannya. Jauh merenung langit biru melalui tingkap di dalam pejabatnya itu.
Adakah kanak-kanak lelaki itu anaknya? Dia mula tidak senang duduk.
Dia perlu siasat siapa kanak-kanak itu.
“Hello, Benz. Aku nak kau siasat siapa kanak-kanak lelaki yang tinggal dengan Aralyn.” Aidan mengeluarkan arahan kepada penyiasat upahannya.
“Baik, bos!”
Iphone Xs Max di letak kembali ke atas meja. Lama dia termenung di situ sehingga PA nya datang menyapa.
“Tuan Aidan, jangan lupa lunch nanti meeting dengan Matahari Holding.” Badriah selaku PA Aidan mengingatkan kembali kepada majikannya itu.
“Oh! Hampir terlupa. Nasib baik kak Bad ingatkan.” Aidan menepuk dahinya tanda dia betul-betul terlupa.
“Sebab akak tahu yang Tuan terlupa, akak ingatkan.” Senyum kak Badriah. Hampir sepuluh tahun dia berkhidmat di Diamond Holding. Bermula dari Tan Sri Kamil sehinggalah bertukar pimpinan kepada Aidan, dia masih lagi setia berkhidmat di situ.
“Akak ikutkan saya meeting sekejap lagi?” soal Aidan. Jarang sekali kak Badriah mengikutinya jika ada mesyuarat di luar. Biasanya dia keseorangan atau akan ditemani adiknya, Aimi.
“Tak. Aimi yang ikut.” Beritahu Badriah.
“Okay.” Angguk Aidan tanda mengerti.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.