BAB
2
SETIBANYA di rumah Farah, Aralyn mengangkat Adib yang sudah lena. Letih
barangkali anak lelakinya itu sampai tertidur. Dan selepas itu membawa keluar
bagasi-bagasinya yang berada di dalam boot kereta milik Farah.
“Beb! Kau buat
macam rumah sendiri ya. Kalau lapar, bahan mentah ada dalam peti ais. Tak pun,
kau order pizza ke. Aku nak naik mandi. Lepas maghrib nanti aku nak kena gerak
dah.”
Pesan Farah.
Tidak sempat hendak memasak untuk Aralyn memandangkan dia ada dinner meeting
dengan clientnya.
“Yalah. Kau
jangan risaukan aku. Pandailah aku bawa diri nanti.” Balas Aralyn. Merebahkan
diri di atas sofa, di sebelah anak lelakinya yang sedang lena.
“Oh, bilik kau
yang kedua dari tangga.” Beritahu Farah sebelum berlalu ke tingkat atas.
Aralyn
melepaskan lelahnya buat seketika sebelum membuat keputusan untuk mengangkat
bagasi-bagasinya ke tingkat atas. Hampir masuk waktu maghrib, jadi lebih baik
dia bersihkan diri terlebih dahulu. Dia mengangkat Adib menuju ke tingkat atas.
Ingin ditinggalkan di ruang tamu, bimbang anaknya akan menangis nanti.
Ciuman
dilabuhkan pada ubun-ubun Adib sebelum Aralyn melangkah ke bilik air untuk
membersihkan diri. Selesai menunaikan solat, Aralyn membaca al-quran sementara
menunggu waktu isyak. Sejak Allah mengujinya, dia sedar akan sesuatu, dahulu
dia jauh dari Allah dan sekarang di kembali mendekati sang Pencipta kembali.
“Ibu.” Suara
anak kecil yang memanggilnya, membuatkan Aralyn berpaling ke belakang dan
melangkah ke katil. Sejadah diletakkan di birai katil.
“Ya sayang.
Sayang ibu dah bangun. Lapar ke?” kepala Adib diusap.
“Hmmm… Adib
lapar. Nak makan nasi goreng cina.” Angguk Adib sambil mengusap perutnya.
“Boleh tapi
Adib kena mandi dulu. Masam bau anak ibu ni.” Usik Aralyn.
“Baik ibu.”
Adib turun dari katil. Aralyn menghulurkan tuala kepada anak lelakinya. Adib
sudah biasa mandi sendiri, jadi dia tidak perlu risau atau mandikannya anaknya.
“Ibu turun
bawah dulu ya. Nanti Adib cari ibu di dapur.” Pesan Aralyn kepada Adib.
“Baik, ibu.”
Setibanya di
dapur, Aralyn memerhati keadaan dapur Farah. Barang-barang tersusun elok dan
kemas. Jadi tidak susah untuknya mencari barang nanti. Peti sejuk di buka.
Ingin melihat apa yang ada di dalamnya.
Ayam dan udang
dikeluarkan dan diletakkan di atas kabinet berdekatan dengan sinki. Aralyn mula
menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi goreng cina kepada anak lelakinya.
“So,
sampai di sini saja perbincangan kita. Thank you Mr Aidan because wants to
cooperate with us.” Ucap Farah pada Aidan sambil menghadiahkan senyuman
kepada lelaki itu.
Perkara yang
dia tidak sangka ialah Aidan merupakan client syarikatnya. Terkejut juga
tetapi memikirkan melibatkan kerja, dia harus bersikap profesional.
“Welcome
Miss Farah.” Balas Aidan.
“Kalau tak ada
apa-apa lagi, I minta diri dulu.” Farah memandang jam tangannya yang sudah
menunjukkan angka 11 malam.
“Errr... Farah.
Can I ask you something.” Farah tidak jadi hendak bangun apabila Aidan menyeru
namanya kembali.
“Yes. Apa dia?”
soal Farah. Beg tangannya di letak kembali.
“Aralyn dah
balik Malaysia ke?”
Soalan dari
Aidan membuatkan Farah membisu seketika. Tidak sangka yang Aidan akan bertanya
tentang Aralyn.
“Errr... yes.”
Teragak-agak Farah hendak menjawab. Hendak menipu, itu bukan dia. Dia tidak
suka menipu.
“Jadi, betullah
apa yang I nampak petang tadi di KLIA.” Ujar Aidan.
Berkerut dahi
Farah dengan kenyataan Aidan. Adakah lelaki itu turut berada di lapangan
terbang juga.
“Petang tadi I
baru tiba dari Berlin. So, I ternampak seorang wanita sama seperti
Aralyn. I thought it was a mistake tapi tak. Memang betul dia.” Jelas Aidan
kepada Farah.
“Dan siapa
kanak-kanak lelaki dengan dia tadi? Aralyn sudah berkahwin ke?” soal Aidan
apabila melihat Farah diam membisu.
“Yang tu you
kena tanya Arayln sendiri. I tak nak masuk campur hal peribadi you berdua.”
Farah memilih jalan yang selamat. Rahsia yang satu itu akan di simpan elok.
“Boleh I minta
nombor telefon Aralyn.” Permintaan dari Aidan membuatkan Farah menjadi
serba-salah. Belum sempat Farah membalas, telefon bimbit Aidan berdering
menandakan ada panggilan masuk.
“Sekejap ya.”
Aidan bangun dari situ untuk menjawab panggilannya.
“Errr... Farah,
I kena gerak dulu. Ada hal urgent.”
“Okay.” Angguk
Farah sambil menarik nafas lega. Lepas. Kalau tak, bersoal jawablah dengan si
Aidan.
Farah memberi
salam tetapi tidak berjawab. Aralyn sudah tidur barangkali. Selepas menutup
pintu rumah, Farah terus melangkah naik ke tingkat atas. Sudah lewat dan esok
kerja.
“Eh, kau belum
tidur lagi?” tanya Farah apabila terserempak dengan Aralyn yang hendak turun ke
bawah.
“Belum. Aku
lapar. Kau baru balik ke ni? Lewatnya.” Jawab Aralyn.
“Ya. Meeting
tadi habis lambat. Aku masuk bilik dululah. Nak mandi dan tidur.” Balas Farah
yang sudah keletihan.
“Baiklah.
Pergilah rehat.” Angguk Aralyn dan meneruskan langkahnya untuk ke dapur.
Pagi-pagi lagi
Aralyn sudah bangun. Selesai saja solat subuh, dia terus ke dapur untuk
menyediakan sarapan pagi. Memandangkan dia sudah terbiasa bangun awal, maka
tidak menjadi masalah untuknya menyediakan sarapan pagi walaupun Farah masih
lagi belum bangun.
“Awalnya kau
bangun beb! Kau masak apa ni?” Farah yang sudah lengkap berpakaian pejabat,
melangkah ke meja makan. Aralyn sedang sibuk memasukkan nasi goreng kampung ke
dalam bekas nasi.
“Aku masih
jetlag.” Balas Aralyn sebelum menyambung kata-katanya. “Aku masak nasi goreng
kampung saja. Kalau tak sedap, aku minta maaflah.”
Bekas nasi
diletakkan di atas meja. Masih lagi berasap.
“Aku tengok pun
dah tahu nasi goreng kampung kau ni sedap. Kau kan handal bab memasak ni. Kalah
aku.” Pujian Farah di pagi hari membuatkan hati Aralyn berbunga-bunga.
“Ni kau puji
lebih-lebih, mesti ada apa-apakan?” duga Aralyn.
“Tahu-tahu jer
kau ni. Petang nanti, jangan lupa masak lagi ya. Aku teringin nak makan ikan
patin masak tempoyak kau tu. Sedapnya!” berair mulut Farah apabila membayangkan
lauk tersebut.
“Mana aku nak
cari ikan patin dan tempoyak cik kak?” tanya Aralyn. Farah ni pun, kalau nak
dia masak, mintalah masakan yang bahan-bahannya senang untuk dicari.
“Yang tu kau
jangan risau. Nanti tunang aku hantarkan petang ni.” Ujar Farah sebelum menyudu
nasi goreng kampung ke dalam mulutnya.
“Baiklah. Aku
boleh saja nak tolong masakkan tu. Cumanya, antara sedap atau tak sajalah.
Kalau tak sedap, jangan marahkan aku ya.” Setuju Aralyn.
“Sebab aku tahu
kau masak sedaplah, aku suruh kau masak.” Balas Farah dengan yakin. Macamlah
dia tidak pernah makan akan masakan Aralyn sebelum ini.
“Eh, bila kau
mula kerja?” soal Farah.
“Lusa. Aku
minta cuti sekejap dengan bos aku tu,” beritahu Aralyn sambil tangannya sibuk
menghidangkan nasi goreng kampung yang masih panas di atas meja.
“Esok, kau nak
aku tolong hantarkan ke?” tanya Farah yang sedang mencedok nasi ke dalam
pinggan.
“Tak
mengapalah. Aku naik teksi saja. Kesian kau nanti kena patah balik.” Tolak
Aralyn. Sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan Farah.
“Yalah.” Angguk
Farah.
“Hari ini aku
ingat nak keluar. Boleh tak aku tumpang kau?” tanya Aralyn. Dia ingin mencari
barang untuk dirinya dan juga Adib.
“Boleh. Hari
ini aku ada meeting kat luar. Sempatlah nak hantar kau sekejap.” Balas Farah
sambil melihat jam di tangan. Masih awal.
“Kalau macam tu
aku pergi bersiap sekejap.” Aralyn terus berlalu keluar dari dapur dan menuju
ke tingkat atas. Rasanya Adib sudah bangun kerana waktu sebegini anaknya sudah
bangun.
Farah
menghantar Aralyn dan Adib ke KLCC. Sudah lama Aralyn tidak menjejakkan kaki di
situ. Sejak dia membawa diri ke Jepun, memang dia tidak pernah pulang ke
Malaysia lagi.
“Ibu, where are
we going?” tanya Adib yang pertama kali
menjejakkan kaki di KLCC.
“Ibu wants to
buy something for you dear. So, comes.”
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam KLCC. Sebenarnya Aralyn ingin
membiasakan Adib dengan suasana baru. Tidak mahu anaknya kekok dengan suasan di
Malaysia.
Ketika Aralyn
sedang sibuk membelek barang, dia memanggil Adib tetapi tidak bersahut. Dan dia
melihat Adib sudah tiada di situ. Terus barang di letakkan di tempat asal dan berlalu
keluar dari butik tersebut.
Nama Adib
dipanggil. Saat matanya melilau mencari Adib, matanya menangkap susuk tubuh
anak kecil dengan seorang perempuan. Dia yakin itu Adib.
“Adib!” panggil
Aralyn sambil berlari anak ke arah tersebut.
“Ya Allah,
Adib! Adib ke mana sayang? Jangan takutkan ibu sayang.” Tubuh kecil Adib
dipeluk erat oleh Aralyn. Takut kehilangan anak kecil itu.
“Kak long.”
Panggil satu suara yang tidak asing pada pendengaran Aralyn dan sudah lama dia
tidak mendengar suara itu.
Kepalanya
mendongak ke atas. Terkejut dia melihat bekas adik iparnya sedang berdiri dan
memandangnya tidak berkelip.
“Aimi.”
Bisik Aralyn
perlahan tetapi masih boleh di dengar oleh bekas Adik iparnya itu. Terkejut.
Tidak sangka akan bertemu dengan bekas adik iparnya di sini.
“Ya kak long.
Aimi ingat kak long dah lupakan Aimi.” Ujar Aimi tersenyum. Tidak sangka dia
bertemu dengan bekas kakak iparnya setelah lima tahun peristiwa hitam itu
berlaku.
“Kak long ke
mana selama ini?” soal Aimi. Dia tidak akan lepaskan peluang yang ada di depan
mata. Sudah lama dia mencari bekas kakak iparnya itu.
“Errr... kak
long ada hal. Kak long minta diri dulu.” Aralyn cuba mengelak daripada menjawab
soalan Aimi. Berasa sedikit kekok dengan bekas adik iparnya walaupun dia sangat
rapat dengan Aimi suatu ketika dahulu.
“Kak long!”
Aimi menahan Aralyn dari berlalu. “Please... dah lama Aimi cari kak
long.” Rayu Aimi.
Dan Aralyn
tidak sampai hati hendak menolak permintaan bekas adik iparnya itu.
“Siapa Adib
pada kak long?” soalan dari Aimi membuatkan langkah Aralyn terpaku.
“Nanti kak long
ceritakan. Kita pergi makan dulu.” Ujar Aralyn. Rasanya dia tiada peluang untuk
merahsiakan tentang Adib kerana muka anaknya sebijik Aidan.
“So
selama ini kak long berada di Jepun. Kenapa Aimi tak pernah terfikir untuk cari
kak long di sana.” Ujar Aimi selepas mendengar cerita Aralyn.
“Kenapa Aimi
cari kak long?” soal Aralyn ingin tahu.
“Sebab Aimi
rasa bersalah kerana tidak tolong kak long. Sepatutnya Aimi berada di tempat
kejadian.” Ujar Aimi dengan penuh penyesalan. Dan ketika itu dia sedang
melancong di luar negara.
“Tak mengapa
Aimi. Bukan salah Aimi. Lagipun memang jodoh kami sampai di situ saja. Abang
Aimi pun dah bahagia sekarang dengan wanita itu.” Balas Aralyn dengan senyuman
hambar. Dia sudah melupakan peristiwa itu dan tidak mahu ingat lagi.
“Along tak
pernah bahagia selepas kak long pergi. Dan mereka tidak pernah berkahwin kak
long.”
Kenyataan dari Aimi mengejutkan Aralyn. Apa
sebabnya tidak bahagia? Bukankah beria-ria lelaki itu mengusirnya pergi dari hidup
lelaki itu.
“Kenapa?” tanpa
sedar Aralyn bertanya kepada Aimi.
“He’s still
love you, kak long. Dan perempuan tu curang dengan along. Dia hanya ingin
kikis duit along saja.” Jelas Aimi.
Aralyn hanya
diam tanpa balasan. Tidak tahu hendak membalas apa. Tetapi dia simpati dengan
apa yang terjadi.
“And Adib is
along’s son right?” pertanyaan
daripada Aimi membuatkan Aralyn kelu tanpa jawapan. Tidak tahu hendak mengiakan
atau tidak.
“Kak long!”
panggil Aimi.
“Errr...yes.” Akhirnya Aralyn menganggukkan kepalanya.
“Tapi kak long
nak minta Aimi rahsiakan perkara ini dari Aidan dan yang lain.” Pinta Aralyn.
“But why? Along
deserve to know that he has a son.”
Soal Aimi kurang mengerti.
“Please
Aimi. Kak long minta tolong sangat. Kak long akan bawa Adib jumpa Aidan apabila
tiba masanya.” Jawab Aralyn. Dia punya alasan sendiri kenapa dia meminta Aimi
merahsiakan perkara itu.
“Ya. Baiklah.
Tapi kak long takkan halang Aimi untuk jumpa anak saudara Aimikan?” matanya
memerhati Adib yang sedang bermain tidak jauh dari mereka.
“Ya. Boleh tapi
without Aidan. Kalau tak, kak long tak benarkan.” Setuju Aralyn.
“Don’t worry, I
will never bring Along when I’m with Adib,” senyum
Aimi. Gembira kerana dibenarkan berjumpa dengan anak saudaranya.
NOTE: Bab seterusnya akan diupdate hari jumaat ini. Stay tune okay ;) Terima kasih sudi baca.
Love,
Hezy Rose (AH).

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.