BAB 1
Adelaide,
2016.
I will
never stop loving you, dear love.
You are
my sunshine and my happiness.
Happy 1st Anniversary, love.
Adelaide, 2018.
AKU membawa kaki melangkah melusuri laluan pejalan kaki. Kad ucapan
dua tahun yang lepas aku genggam erat. Kenapa harus aku temui kembali kad
ucapan itu? Dua tahun sudah berlalu dan aku sudah melupakan perkara itu tetapi
kenapa harus aku ingat kembali kisah yang lalu?
Musim luruh
mula memunculkan diri. Dan kenapa aku
harus lalui musim ini? Musim yang sangat melukakan hati seorang wanita. Sangat
perit untuk laluinya tetapi siapa aku untuk menolak takdir Allah? Sampai
sekarang luka itu masih berparut. Dan akulah wanita itu.
Yang paling
sakit apabila aku terpaksa menerima berita keguguran di saat bayi aku sudah
cukup sifatnya. Sangat memeritkan tetapi itulah harus aku hadapi. Sendirian.
Tanpa sesiapa di sisi.
Sehinggalah
hari ini, aku bangkit! Meneruskan hidup yang masih lagi panjang perjalanannya.
“Maafkan bonda
sayang. Salah bonda kerana tidak menjaga sayang dengan baik.” Gambar imbasan
sewaktu usia kandungan aku 24 minggu, aku usap bersama juraian air mata.
Walaupun tidak jelas, hanya gambar ini yang menjadi pengubat rindu buat aku.
Gambar scan kandungan masih aku simpan sejak dari 8 minggu usia kandunganku.
Esok, aku akan
menziarahi kuburnya. Walaupun terletak sedikit jauh perkuburan Islam di situ
tetapi setiap tahun aku akan menziarahi kubur anakku. Dan mungkin ini kali yang
terakhir sebelum aku pulang ke Malaysia. Pengajianku sudah tamat dan sudah
masanya aku pulang ke bumi tumpahnya darahku.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.