BAB 5
TIGA bulan yang dinantikan terasa sekejap. Pejam celik, pejam celik, sudah cukup sebulan. Pejam celik lagi, tengok-tengok dah masuk dua bulan. Dalam sibuk Raudha membuat persiapan perkahwinannya, Raudha seakan sudah lupa akan pengakuan Qafeel selepas lelaki itu memilih untuk meneruskan pertunangan dan juga majlis perkahwinan mereka.
Hari ini Raudha berada di sini, di dalam majlis bersama ahli keluarga yang lain. Tadi, Puan Sri Suria sudah selesai menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Raudha dan dia sudah rasmi menjadi tunang Qafeel. Dan kini Raudha dalam debar menanti Qafeel melafazkan akad nikah sekejap saja lagi.
Melihat lelaki yang sedang membelakanginya sedang mengadap tok kadi, hati Raudha disapa debar yang hebat. Segak dan kacak sekali Qafeel hari ini. Berbaju melayu, bersampin dan bersongkok.
"Aku terima nikahnya Raudha Sakina Binti Mustapha dengan mas kahwinnya RM200 tunai."
Sekali lafaz Raudha sah menjadi isteri Qafeel.
Bagaikan satu mimpi bagi Raudha saat dirinya diangkat menjadi isteri kepada Ahmad Qafeel Tan Sri Taha. Tidak pernah menjadi impiannya untuk menjadi isteri kepada Qafeel. Malah Raudha tidak pernah terfikir untuk menjadi isteri dengan dirinya yang serba kekurangan ini.
Selesai saja Qafeel menunaikan solat sunat, kakinya menghampiri Raudha yang sedang duduk di sisi Puan Sri Suria. Berdebar Qafeel rasakan ketika itu. Sungguh cantik dan ayu Raudha dia rasakan ketika ini.
Sebaik saja Qafeel duduk berlutut di depan Raudha, hati Raudha dilanda debaran yang maha hebat. Sebaik mungkin Raudha kawal rentak jantungnya supaya tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang nervous ketika ini. Dihulurkan jari-jemari kepada Qafeel untuk disarungkan cincin pada jari manisnya.
Saat jari-jemari Qafeel menyentuh jari-jemari Raudha, masing-masing merasa seperti ada satu aliran yang sukar untuk diungkapkan. Seperti terkena renjetan elektrik tetapi saling tidak mahu melepaskan rasa itu.
Raudha tunduk mengucup tangan Qafeel selepas cincin disarungkan di jari manis Qafeel. Rasa tenang dan damai hadir dalam hatinya.
"Tahniah sayang. Selamat datang ke dalam keluarga mama dan menjadi anak mama dan papa." Bisik Puan Sri Suria ketika memeluk Raudha. Sungguh, hatinya gembira kerana impiannya untuk melihat Raudha menjadi menantunya menjadi kenyataan.
"Terima kasih mama." Raudha membalas pelukan Puan Sri Suria. Akhirnya dia dapat merasai kasih sayang seorang ibu lagi.
"Jaga Raudha dan sayang Raudha elok-elok. Sayangi dan cintai dia selayaknya sebagai seorang isteri. Terima Raudha seadanya. Jika suatu hari nanti Qaf sudah tak mampu untuk jaga dan cintakan Raudha, kembalikan Raudha pada ayah dengan elok."
Pesan Tan Sri Abrar sewaktu Qafeel bersalam dengan bapa mentuanya itu.
Mendalam sekali pesanan Tan Sri Abrar pada Qafeel. Dan Qafeel mengangguk sambil tersenyum. Manakala Raudha terasa sebak dengan pesanan si ayah. Mungkin tidak lama lagi Qafeel akan kembalikan dia pada ayahnya.
"Walaupun Raudha bukan anak kandung ayah tapi ayah sayang Raudha sama seperti anak ayah sendiri. Jangan Qafeel seksa perasaan Raudha kerana Raudha sudah cukup terseksa selama ini. Ayah doakan semoga perkahwinan Qaf dan Raudha berkekalan hingga ke akhir hayat."
Sambung Tan Sri Abrar lagi. Berat untuk Tan Sri Abrar lepaskan Raudha namun dia tahu yang Raudha sudah mempunyai kehidupannya sendiri dan sudah berkeluarga. Tan Sri Abrar hanya mampu mendoakan kebahagiaan Raudha saja.
"Ayah...Adda sayang ayah sama seperti ayah kandung Adda. Adda tak pernah anggap ayah sebagai bapa tiri Adda." Tangis Raudha di bahu Tan Sri Abrar. Rasa sedih dengan setiap pesanan si ayah.
"Shhh...jangan nangis. Tak malu dengan Qaf ke? Dah jadi isteri orangkan. Tak mahu cengeng lagi." Pujuk Tan Sri Abrar. Dalam ketiga anak perempuannya, Raudhalah yang paling cengeng dan manja walaupun Alisya anak bongsu dia dan arwah Puan Sri Ros.
Cepat-cepat Raudha menyapu sisa air matanya sebaik saja mendengar nama Qafeel. Boleh pula dia terlupa yang bukan dia dan Tan Sri Abrar saja ada di situ. Dan sudah sah menjadi isteri orang sebentar tadi.
Tersenyum Qafeel dengan gelagat Raudha yang sedikit gelabah itu. Comel pula pada pandangan matanya.
"Maaf, Tan Sri. Boleh kita gerak sekarang? Pengantin perlu bergerak ke hotel sekarang." Sampuk perancang perkahwinan untuk memastikan majlis hari ini bakal berjalan dengan lancar.
"Ya. Boleh-boleh. Terlupa pula saya." Angguk Tan Sri Abrar. Ralit sangat memujuk anak perempuannya sehingga terlupa dengan majlis malam nanti.
Tan Sri Abrar menaiki kereta bersama Rasyida suami isteri dan Alisya. Manakala Raudha terpaksa mengikut Qafeel memandangkan awal-awal lagi lelaki itu sudah menarik dia ke kereta bersama.
Suasana di dalam kereta sunyi walaupun bukan mereka berdua saja. Raudha rela memandang ke luar. Melihat bangunan-bangunan yang tinggi daripada memandang Qafeel. Puas memandang bangunan, Raudha bersandar sambil berpura-pura tidur. Bukan Raudha tidak perasan yang Qafeel memandangnya.
Bukan Raudha tidak mahu melayan Qafeel tetapi rasa jangkal menguasi dirinya ketika itu. Tidak tahu hendak berbual apa dengan lelaki yang tidak sampai satu jam menjadi suaminya.
"Raudha, bangun! Kita dah sampai." Kejut Qafeel sebaik saja kereta tiba di hadapan hotel yang bertaraf lima bintang itu.
"Raudha." Kejut Qafeel lagi. Melihat Raudha yang masih lena dan tidak terkesan sedikitpun dengan goncangan di bahu, Qafeel memilih untuk mengangkat Raudha masuk ke dalam hotel. Malas hendak mengejutkan Raudha kalau tidurnya sangat lena.
"Tuan Qafeel, this way." Pengurus hotel menyambut Qafeel di pintu masuk hotel dan membantu Qafeel menekan butang lift.
"Kalau Tuan Qafeel perlukan apa-apa, just call me. Oh, baju tuan dan puan dah ada dalam bilik." Beritahu pengurus hotel itu sebelum meninggalkan Qafeel selepas menunjukkan bilik untuk pasangan pengantin baru itu.
Masuk saja ke dalam bilik, Qafeel meletakkan Raudha di atas katil. Boleh tahan berat juga isterinya ini walaupun pada pandangan masa kasar kurus.
Lama wajah Raudha direnung. Tenang sekali wajah itu ketika tidur.
"Ibu..." terkejut Qafeel mendengar suara Raudha yang memanggil ibu dalam tidur.
"Ibu...jangan...tinggal...kan...Adda..." racau Raudha lagi.
"Ad...da...ta...kut..." dan Raudha menangis dengan mata yang masih lagi terpejam.
Tidak jadi Qafeel hendak melangkah masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri. Dihampiri semula katil dan dia duduk di birai katil, di tepi Raudha.
"Raudha..." panggil Qafeel sambil menepuk pipi Raudha lembut. Cuba untuk mengejutkan Raudha dari tidur.
"Sa...kit...ja...ngan...a..bah...sa...kit." semakin kuat Raudha meracau dalam tidur bersama tangisan yang membasahi pipinya.
"Raudha...wake up, dear." Kejut Qafeel lagi. Panik Qafeel melihat keadaan Raudha ketika ini.
"Sakit..." jerit Raudha lalu mencelik matanya. Tanpa sebarang kata, Raudha menangis tersesak-esak. Mimpi itu datang lagi setelah sekian lama dia tidak bermimipi.
Ditarik Raudha ke dalam pelukannya sambil menenangkan Raudha. Qafeel membiarkan Raudha menangis di dalam pelukannya sehingga tangisan isterinya redha.
"Shhh..." pujuk Qafeel. Cuba untuk memujuk Raudha.
"I'm here." Ujar Qafeel. Terasa badan Raudha yang mengigil. Seakan takut.
Sebaik saja terasa dirinya tenang, Raudha merungkaikan pelukan mereka. Rasa malu pada Qafeel cuba disorokkan. Entah mengapa mimpi itu datang kembali. Adakah kerana Raudha melihat senyuman sinis ayah kandungnya tadi yang sudah lama Raudha tidak jumpa. Jika Tan Sri Abrar boleh mewalikan dia sewaktu nikah, pasti Raudha tidak akan mencari lelaki itu lagi.
"Maaf." Pohon Raudha. Lantas turun dari katil dan menghilangkan diri di dalam bilik air.
Qafeel memandang langkah Raudha dengan pelbagai soalan bermain di benak fikirannya ketika ini. Ingin saja bertanya kepada Raudha tetapi melihatkan isterinya seakan trauma, Qafeel matikan saja niatnya itu.
Biarlah. Kelak dia akan tahu jawapannya nanti.
Tulusly,
Hezy Rose.
.png)
No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.