BAB 5
SEMINGGU selepas makan
malam, Hazrel sudah tidak lagi berkunjung ke pejabat Nilufar tanpa tujuan. Hazrel
hanya akan muncul ketika mesyuarat penting tentang projek yang masih lagi belum
siap. Jika tidak pasti wakil syarikat saja yang datang. Merajukkah Hazrel
dengan penolakkannya tempoh hari? Tetapi melihatkan layanan Hazrel padanya,
tiada yang berbeza. Masih sama.
Tiba-tiba rindu
hendak bergaduh dengan Hazrel. Rindu hendak mendengar suara yang sengaja
mencari pasal dengannya.
Ah! Kenapa dia
perlu rasa begini? Bukankah dia sudah serik hendak menerima mana-mana lelaki
dalam hidup lagi?
“Puan Nilufar,
Encik Nuqman ingin berjumpa dengan puan.”
Terkejut Nilufar
dengan kehadiran Nuqman di pejabat. Apa yang lelaki itu mahukan lagi daripadanya?
“Get him in.” Suruh Nilufar
kerana sudah tidak mahu mengelak lagi daripada Nuqman. Rasa cinta pada Nuqman
memang sudah tiada tetapi lebih kepada sakit hati. Dia tidak mampu untuk buang
itu. Tidak mudah untuknya menyembuh luka di hati.
“Assalamualaikum,
Lufa.”
Suara Nuqman
menyapa halwa telinga Nilufar yang ralit memandang komputer. Dia mengangkat
wajahnya dan menjawab salam yang dihulurkan oleh Nuqman.
“Waalaikumussalam.
Silakan duduk, Encik Nuqman.” Nilufar bersikap professional. Tidak akan
mencapur adukkan masalah peribadi dengan kerja.
“Ada apa you nak
jumpa I?” terus Nilufar bertanya sebaik saja Nuqman melabuhkan duduk.
“Salah ke abang
nak jumpa dan melawat tempat kerja bekas isteri sendiri.” Nuqman cuba meraih
perhatian dan simpati daripada Nilufar.
Nafas ditarik. Menahan
sabar sebelum membalas kata-kata Nuqman yang sangat dia tidak suka.
“Salah sebab I
BEKAS isteri you. Bukan lagi isteri.” Sengaja Nilufar menekan perkataan bekas.
Biar Nuqman faham apa yang dimaksudkan dengan bekas isteri supaya lelaki ini
tidak lagi menganggunya selepas ini.
“You masih ada
isteri di rumah. Dan I bukan lagi isteri you. Kita dah tiada apa-apa hubungan
lagi, Encik Nuqman. I harap you faham.”
Nilufar cuba
membuat Nuqman faham. Kalau boleh dia tidak mahu lagi berhubung dengan lelaki
ini lagi. Sudah tidak mahu menatap wajah yang curang di belakangnya.
“Sayang...”
“Stop it,
Nuqman! Panggilan itu hanya layak buat isteri you. Bukan I.”
Jika dulu dia suka
Nuqman memanggilnya dengan panggilan tersebut tetapi kini tidak lagi. Panggilan
itu seakan nanah di hatinya dan bekas suaminya tidak layak untuk menggunakan
panggilan tersebut. Tidak sedap di dengar di telinganya.
“Benci sangat Lufa
pada abang ya.” Rintih Nuqman. Hatinya terluka dengan tingkah-laku bekas
isterinya ketika ini. Jelas terpancar kebencian pada wajah Nilufar. Jika dulu
Nilufar memandang wajahnya dengan penuh rasa cinta tetapi kini tidak lagi.
Wajah penuh
simpati Nuqman sedikitpun tidak mengoyahkan hati Nilufar kerana dia sudah
bertekad, tiada lagi peluang kedua buat Nuqman. Sebelum mereka berkahwin, sudah
dia bagi amaran kepada Nuqman bahawa dia paling benci dengan orang yang curang
tetapi lelaki itu tetap berbuat demikian.
“Ya. Memang I benci
pada you! Sangat benci! You lupa yang I pernah nyatakan selepas kita bercerai
yang I memang benci you! You tak ingat?” tekan Nilufar supaya lelaki itu jelas bahawa
dia sangat benci dan tidak mahu Nuqman muncul di depannya lagi.
“Sehingga Lufa
sanggup sembunyikan kenyataan yang Lufa pernah mengandung anak abang dulu?”
soal Nuqman meminta penjelasan daripada Nilufar. Tidak sangka yang bekas
isterinya pernah mengandung dan dia tidak pernah tahu tentang itu. Jika dia
tahu, dia tidak akan meninggalkan bekas isterinya sendirian ketika itu.
Nilufar tidak
terkejut andai Nuqman tahu kerana dia tahu lambat-laun pasti bekas suaminya
akan tahu jua. Tidak daripadanya mungkin daripada orang yang mengetahui
tentangnya.
“Baguslah kalau
you tahu.” Balas Nilufar tanpa perasaan bersalah. Dan dia tidak berniat untuk
tahu dari mana Nuqman tahu tentang kandungannya sebelum ini.
“Tapi abang berhak
tahu, Lufa. Mungkin waktu tu kita dapat berbaik kembali dan selamatkan rumah
tangga kita.”
Nuqman cuba
meletakkan kesalahan itu ke atas bahu Nilufar. Ya, jika dia tahu pasti dia akan
berkeras untuk pertahankan perkahwinannya ketika itu kerana sudah lama dia
mahukan anak. Tapi sayang, nasi sudah menjadi bubur.
Berang Nilufar
dengan kata-kata Nuqman. Selamatkan rumah tangga yang sudah hancur? Dalam mimpi
belum tentu!
“Selamatkan rumah
tangga yang sudah hancur? Memang tidak akan selamat lagi, Nuqman! You sendiri
yang hancurkan rumah tangga kita dulu! You sendiri yang pilih untuk terus
bersama dia hingga ke akhirnya Nuqman. Tiada apa yang perlu diselamatkan lagi.
Semuanya sudah hancur!”
Wajah Nuqman sayu
memandang bekas isterinya.
Dan Nilufar tidak
terkesan langsung dengan riak wajahnya itu. Tiada lagi simpati untuk lelaki
itu. Cukuplah luka yang Nuqman berikan padanya.
“Soal I mengandung,
I memang sengaja sembunyikan daripada you kerana I yakin yang I mampu besarkan
dia sendirian. I mampu berikan dia kasih sayang tetapi sayang, dia tidak sempat
menjenguk dunia. Allah sayangkan dia. Mungkin ada hikmah disebalik semua itu.”
Jelas Nilufar
panjang lebar. Lebih baik dia jujur daripada sembunyikan kebenaran. Dah
alang-alang terbongkar, biarlah semuanya terbongkar. Selepas ini dia sudah
tidak mahu lagi mengungkit tentang perkara itu lagi.
“Sampai hati
sayang buat abang macam ni. Sayang memang kejam!” Rintih Nuqman sayu. Tidak
puas hati apabila Nilufar mengambil tindakan sedemikian.
“Dan you sampai
hati duakan I Nuqman! I ingat sampai bila-bila apa yang you dah buat pada I.
You mungkiri janji-janji you kerana janji you pada Laila! Siapa yang kejam
Nuqman? Siapa?”
Suara Nilufar naik
seoktaf kerana sudah tidak mampu bersabar lagi dengan tuduhan Nuqman. Dia tidak
akan lakukan semua itu jika Nuqman tidak menyakiti hatinya. Bukan dia hendak
nafikan hak Nuqman ke atas anak itu tetapi ketika itu dia sangat sakit hati
dengan apa yang berlaku.
“You know what
Nuqman, I bersyukur sangat bila Allah ambil anak I kerana dia tidak perlu
hidup dalam keluarga yang berpecah-belah. Tak perlu hidup dalam kenyataan yang
I bencikan bapanya. Dan tak perlu hidup dalam kenyataan yang bapanya telah
sakiti hati ibunya. I bersyukur sangat Nuqman!”
Nilufar tahu
kata-kata itu kejam pada Nuqman tetapi hatinya puas. Sangat puas dengan apa
yang dituturkan. Dia tidak mampu untuk selindungi rasa sakit hati. Tujuh bulan dia
menanggung sakit hati sendirian walaupun ketika itu Nuqman cuba berlaku adil.
Tetapi dia tidak mampu terima kerana dia tidak mahu berkongsi. Dan dia rela
mengundur diri.
Adil macam mana
seorang suami jika dimadukan, isteri mana yang tidak terluka?
“You changed,
Lufa. Abang sudah tidak kenal dengan Nilufar yang sekarang. Di mana Nilufar
yang dulu? Yang lemah-lembut dan penyayang.”
Bagi Nuqman,
Nilufar yang dia kenal ketika ini bukan lagi Nilufar yang dia kenal dulu. Bekas
isterinya benar-benar berubah dan menjadi seorang wanita yang keras kepala dan
tidak mudah dipijak.
Sinis senyuman
Nilufar dengan kata-kata Nuqman itu.
Dia berubah?
Mungkin ya.
“Yes. I’ve
changed! Change for good! For my life supaya I tidak dipandang rendah oleh
lelaki lagi! Dan untuk pengetahuan you, Nilufar yang dulu sudah mati. Mati saat
you nyatakan you sudah berkahwin lain, Nuqman Bin Hamdan!”
Puas hatinya kerana
dapat luahkan apa yang terpendam ketika ini. Rasa hormat pada Nuqman sudah
tiada saat lelaki itu memilih untuk melukakan hatinya.
“Nilufar.”
“Keluar daripada
bilik I Nuqman! Keluar dan jangan datang sini lagi. Jangan tunjuk muka you pada
I. I benci you!” Hambur Nilufar cuba menahan sabar yang semakin menipis.
Nuqman tiada
pilihan lain selain berlalu pergi dari situ saat melihat mata Nilufar tajam
mencerlung kepadanya. Tidak pernah Nilufar memandangnya seperti ini sepanjang
dia mengenal bekas isterinya itu. Dan lembutnya seorang Nilufar sudah tiada.
.png)
No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.