Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Monday, April 24, 2023

NILUFER [EBOOK]

 



BAB 2



WAKTU berlalu dengan begitu pantas. Setahun berlalu peristiwa itu, Nilufar mampu hidup tanpa Nuqman di sisi. Sedikit pun dia tidak berpaling ke belakang kerana baginya hidup perlu diteruskan. Nilufar memilih untuk melepaskan, kenapa dia harus menangis? Dia perlu menjadi seorang Nilufar yang kuat. Bukan seorang wanita yang lemah.

Dia masih lagi sendiri walaupun ada yang cuba memikat. Namun hatinya tidak terpikat kerana agak sukar untuknya percayakan lelaki. Bagi Nilufar, lelaki yang mendekatinya hanya kerana ingin menumpang kesenangannya. Bukan kerana cinta. Juga dia risau jika pisang berbuah dua kali.

“Puan Nilufar, Encik Hazrel sudah sampai.”

Terkejut Nilufar yang sedang termenung jauh apabila interkom tiba-tiba berbunyi. Suara PAnya kedengaran melalui interkom itu. Mengkhabarkan bahawa mesyuarat bakal bermula tidak lama lagi. Hampir terlupa yang hari ini dia ada mesyuarat penting. Nasib baik tidak terlepas mesyuaratnya hari ini.

“Baik. Saya gerak sekarang.”                                       

Pantas Nilufar bangun dan membetulkan blazer supaya kelihatan kemas. Hendak berjumpa dengan klien haruslah kelihatan bergaya. Entah mengapa, mesyuarat kali ini hatinya berdebar tidak tentu hala. Padahal bukan pertama kali dia mengendalikan mesyuarat. Sudah banyak kali.

Saat kakinya semakin menghampiri bilik mesyuarat, hatinya semakin berdebar. Rasa apakah ini? Dia tidak suka dengan rasa yang muncul ini. Selawat dibaca untuk menenangkan hatinya sebelum dia menolak pintu bilik mesyuarat tersebut.

“Assalamualaikum.”

Nilufar menghulurkan salam buat klien yang sudah menunggu di dalam bilik mesyuarat itu.

“Waalaikumussalam.”

Suara yang menjawab salam itu sangat familiar pada telinganya. Dan ketika mata Nilufar terpaku pada seorang lelaki yang sangat dia kenali, terbuntang matanya. Namun sepantas mungkin dia cuba kawal riak wajahnya kerana tidak mahu terkesan dengan kehadiran lelaki itu di situ.

“I'm Hazrel.” Lelaki yang bernama Hazrel memperkenalkan diri.

“Nilufar.” Nilufar turut membalasnya bersama dengan senyuman yang terukir di bibir.

Kenapa dia tidak terfikir Hazrel yang bakal dia temui hari ini merupakan rakan baiknya sewaktu di universiti dulu. Dan juga Hazrel yang pernah mematahkan hati wanitanya.

Lupakan semua itu Nilufar! Itu semua cerita lama.

Selepas mempersilakan mereka duduk, Nilufar terus memulakan perbincangan dengan klien kerana tidak mahu membuang masa. Lagipun dia berasa kurang selesa dengan pandangan yang dihadiahkan oleh Hazrel. Tajam sehingga menusuk ke dalam hatinya. Pandangan Hazrel masih sama seperti dulu. Tidak pernah berubah

“Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan syarikat kami. Esok, wakil saya akan hantar dokumen ke syarikat Encik Hazrel untuk langkah seterusnya.”

Nilufar menutupi pertemuan itu dengan ucapan terima kasih. Berasa lega kerana akhirnya selesai juga perbincangan yang sangat menyeksakan hatinya. Apatah lagi dengan jelas Hazrel memandangnya lama. Tidak sorok langsung walaupun ada juga beberapa staf lain di situ.

“Sama-sama Puan Nilufar or should I call cik Nilufar.”

Balasan Hazrel buat Nilufar terkedu. Matanya terpaku pada Hazrel buat seketika. Lelaki itu sudah tahukah?

Ah! Masakan tidak tahu. Hazrel teman rapat Nuqman. Tidak mungkin lelaki itu tidak tahu apa yang terjadi pada hubungannya dan Nuqman setahun yang lalu. Malah sewaktu dia masih menjadi isteri Nuqman, mereka sering berhubung.

“Puan Nilufar is better.”                                   

Selamba Nilufar membalas kerana dia selesa dengan gelaran itu. Dan tidak semua staf  tahu yang dia sudah berpisah dengan Nuqman kecuali beberapa orang staf yang rapat dengannya. DIa memilih untuk merahsiakan perkara itu kerana baginya tiada kepentingan untuk diberitahu pada umum.

Nilufar nampak senyuman sinis Hazrel tetapi cepat-cepat lelaki itu selindung dengan senyuman manis yang terukir di bibir.

Selepas yang lain keluar, Hazrel masih lagi di situ. Nilufar yang sedang mengemas barangnya, tidak menghiraukan kehadiran Hazrel di situ. Malas hendak ambil tahu akan lelaki itu walaupun dia tahu mata Hazrel tidak lepas memandangnya.

“You look so gorgeous, Luf.” Tangan Nilufar yang sedang menarik fail di atas meja terhenti buat seketika. Apa maksud Hazrel memujinya secara tiba-tiba? Pasti ada agendanya.

“Straight to the point, Mr Hazrel!” ujar Nilufar kerana malas hendak berteka-teki dengan lelaki dihadapannya ini. Dia sudah masak dengan perangai Hazrel walaupun mereka sudah lama tidak bersua.

“Good. You still remember how I am, Luf.”

Senyuman Hazrel buatkan Nilufar ingin cili saja mulut lelaki. Biar hilang senyuman itu. Setakat perangai Hazrel yang suka memuji itu, pasti ada udang disebalik batu. Yang pasti, ada sesuatu yang Hazrel mahukan daripadanya.

“Kontrol sikit muka geram you pada I, Luf. Nanti orang salah faham pula.” Kali ini Hazrel ketawa pula. Suka betul dia mengusik Nilufar.

Kerana terlalu geram, Nilufar menghadiahkan jelingan pada Hazrel. Ada saja cara Hazrel hendak sakitkan hatinya. Huh!

“What do you want, Mr Hazrel Tan Sri Ahmad?” suara dicelah gigi kerana Nilufar terlalu geram dengan Hazrel yang suka cari pasal dengannya sejak dari dulu lagi.

“I want to lunch with you, Miss Nilufar Dato’ Rasydan.”

Lantas Nilufar menggeleng tanda tidak terima menerima pelawaan Hazrel. Dia malas hendak keluar dengan lelaki yang berdiri di depannya ketika ini.

“No objection, Nilufar! This is an order. I already got a permission from your father.”

Kata-kata Hazrel buat Nilufar ingin mengamuk di situ. Dasar lelaki licik. Sengaja Hazrel gunakan papa semata-mata hendak makan tengah hari bersamanya kerana Hazrel tahu yang papa tidak pernah menolak apa yang Hazrel mahukan. Atau ada agenda lain?

“I’m busy today, Hazrel.”

Alasan dicipta oleh Nilufar walaupun dia yakin yang Hazrel tidak percaya. Sebolehnya dia ingin mengelak daripada Hazrel. Tidak mahu berduaan dengan lelaki ini kerana dia risau hatinya tidak kuat. Aura seorang Hazrel Tan Sri Ahmad masih lagi sama. Tidak pernah hilang. Sama seperti Hazrel tinggalkannya enam tahun yang lepas.

Bukankah sekarang pun dia sedang berdua-duan dengan Hazrel?

Lupakan. Situasi sekarang dikecualikan.

“Like I said before. No objection, Nilufar!” Hazrel bersuara tegas kerana dia tidak mahu Nilufar menolak pelawaannya. Sudah lama dia menunggu peluang ini dan tidak mungkin dia akan melepaskan peluang yang ada di depan mata.

“I tak nak! Titik!”

Tanpa menghiraukan pandangan Hazrel yang tajam menikam matanya, Nilufar tetap melangkah menghampiri pintu untuk keluar. Namun ugutan Hazrel mampu melupuhkan langkahnya. Terkaku Nilufar di muka pintu yang masih tertutup itu.

“Selangkah you keluar, Nilufar, I akan beritahu Nuqman tentang kewujudan anaknya.”

“You ugut I, Hazrel?” Nilufaar berpaling ke Hazrel. Dari mana Hazrel tahu rahsianya yang ini? Tiada siapa yang tahu akan hal itu kecuali keluarganya saja.

“Ya. I ugut you!” Hazrel mengaku tanpa rasa bersalah. Dari mana dia tahu akan perkara itu, biarlah menjadi rahsia. Tidak berniat hendak menjelaskan pada Nilufar. Dan dia terpaksa mengeluarkan ugutan tersebut memandangkan Nilufar terlalu keras dengannya.

Pengakuan Hazrel membuatkan Nilufar panas hati. Geram! Siapa Hazrel hendak masuk campur urusan peribadinya?

“Beritahulah. I tak kisah kerana anak tu dah tak ada! Tak ada, Hazrel! Dia dah mati!” Dengan beraninya Nilufar menentang mata Hazrel. Air mata yang bergenang di birai mata cuba ditahan agar tidak jatuh membasahi pipi.

Kenapa perlu diungkit kembali kisah luka itu? Kisah yang sangat menyakitkan seorang Nilufar. Ya! Memang dia mengandung sewaktu Nuqman masih menjadi suaminya tetapi anak itu tidak sempat menjenguk dunia. Dia keguguran ketika Nuqman sedang berbulan madu dengan isteri mudanya ketika itu.

Sengaja dia rahsiakan semua ini daripada Nuqman kerana baginya, Nuqman tidak layak untuk tahu memandangkan lelaki sedang berbahagia dengan Laila ketika itu. Malah sepanjang Nuqman berbulan madu, tidak pernah Nuqman bertanya khabarnya.

Tetapi apakan daya. Allah pinjamkan ‘anak syurga’ itu sekejap untuknya. Mungkin memang di antara dia dengan Nuqman memang tiada jodoh dan hubungan kami terputus terus. Jika ada anak, masih ada sebab untuk Nuqman rujuk dengannya.

Bukan Nuqman tidak ada mencarinya selepas lelaki itu mencerainya tetapi awal-awal lagi dia menjauhkan diri daripada bekas suaminya. Tidak mahu rahsia itu diketahui oleh Nuqman walaupun dia tahu Nuqman berhak tahu. Dan biarlah rahsia itu tetap menjadi rahsianya dan keluarganya.

“You tipu!”

Wajah Hazrel yang terkejut itu Nilufar pandang dengan bersahaja. Mungkin Hazrel tidak tahu akan rahsia yang satu itu.

Tersenyum sinis Nilufar sebelum membalas kata-kata itu. “Tiada guna I tipu you, Hazrel! Soal hidup mati, I takkan pernah menipu.”

Tombol pintu bilik mesyuarat Nilufar pulas dan melangkah keluar dari situ. Meninggalkan Hazrel sendirian supaya lelaki itu dapat menghadam kenyataan itu!

Pandai sangat buka kisah dukanya yang menyakitkan tetapi diri sendiri terkejut dengan kenyataan yang lelaki itu sendiri tidak pernah tahu!


No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.