BAB 3
MEMANDANGKAN projek antara
syarikat Nilufar dan Hazrel berjalan dengan lancar, mereka berdua tidak perlu
berjumpa kerap-kali tetapi Hazrel kerap kali muncul di pejabat Nilufar.
Suka-suki Hazrel menempel di pejabat Nilufar dan kadang-kadang membuat kerja di
sana. Sudah puas Nilufar halau Hazrel pergi dari situ tetapi dengan muka tidak
malu, Hazrel masih datang ke pejabat Nilufar. Lagi-lagi sekarang ini Nilufar
sudah single kembali. Semakin seronok Hazrel melepak di pejabat wanita
itu tanpa tujuan.
Dan hari ini pun
sama. Hazrel muncul di depan pintu pejabat Nilufar lagi.
“You tak ada kerja
ke Hazrel asyik menempel di sini saja? I rimas tahu tak!” Soal Nilufar yang
geram dengan gaya Hazrel yang bersahaja itu. Sangat menyakitkan hati!
“Ada tapi kerja tu
nanti-nanti boleh buat. Sekarang ni I takkan berganjak dari sini kalau you tak
nak terima pelawaan makan malam I.”
Hazrel tetap
Hazrel yang dulu. Suka memaksa. Selagi Nilufar tidak setuju, selagi itulah muka
lelaki itu masih di sini.
Nilufar ingatkan Hazrel
serik selepas hal tempoh hari apabila lelaki itu mengajaknya makan tengah hari
bersama dan dia menolak mentah-mentah. Ternyata tidak. Kali ini makan malam
pula. Boleh sakit jiwanya mengadap lelaki yang tidak faham bahasa melayu
seperti Hazrel ni.
“You faham ke
tidak yang I tak nak keluar dengan you!” tekan Nilufar. Berharap Hazrel faham. Dia
nak buat kerja pun tidak senang apabila lelaki itu muncul di situ.
“I tak faham! Yang
I nak, you keluar makan malam dengan I. Malam ni!” tegas Hazrel. Memaksa wanita
yang anggun mengenakan pakaian kasual berwarna peach untuk keluar dengannya.
Selagi Nilufar tidak setuju, selagi itulah dia akan terus mendesak supaya wanita
itu berkata ‘ya’ pada akhirnya.
Suhu kemarahan Nilufar
tiba-tiba mendadak naik. Saat ini dia rasa nak hambur saja si Hazrel ini. Masih
tidak faham lagi rupanya.
“Fine! I
terima. Tapi kalau you lambat seminit, means no dinner between us tonight!”
Mahu atau tidak,
terpaksa dia bersetuju. Jika dia berkeras, Hazrel akan terus memaksanya. Dan
dia tahu yang Hazrel jenis susah hendak menepati masa kerana itulah dia
mengenakan syarat sebegitu. Masih dia ingat, sewaktu di universiti dulu,
seringkali Hazrel lambat. Kadang-kadang dia merajuk disebabkan menunggu lelaki
itu lama.
“Don’t worry, Luf.
I will be on time. I jemput you.” Terpancar wajah gembira Hazrel sebaik
saja Nilufar menerima pelawaannya. Bukan main lebar lagi senyumannya. Tidak
perlu dia meminta pertolongan papa Nilufar untuk membuat wanita itu setuju.
“No. I akan
drive sendiri. You just send me location for tonight.” Tolak Nilufar
kerana dia tidak mahu satu kereta dengan Hazrel. Dia bercadang hendak bertolak
terus dari pejabat ke tempat makan malam. Malas hendak pulang ke rumah.
“Okey.”
Setuju Hazrel tanpa sebarang bantahan. Tidak mahu Nilufar menarik balik
persetujuan tersebut.
“Kalau macam itu,
I balik ke pejabat I dulu. See you tonight, Luf.”
Langkah Hazrel, Nilufar
hantar dengan pandangan mata sehinggalah batang tubuh lelaki itu hilang
disebalik pintu kayu pejabatnya. Bukan main gembira muka Hazrel. Dia juga yang
sengsara.
Akhirnya, dia
mampu menarik nafas lega. Perginya Hazrel, dia mampu membuat kerja dengan aman.
Menyemak di ofisnya saja!
.png)
No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.