Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, April 23, 2023

CINTA YANG DIDAMBAKAN [EBOOK]

 




BAB 3


APA yang disampaikan oleh Tan Sri Abrar membuat Raudha tercengang seketika. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Sudah tiga kali Raudha meminta Tan Sri Abrar untuk mengulangi berita tersebut tetapi tetap juga sama. Manalah tahu dia tersalah dengan pada mulanya tetapi tidak. Memang benar.

“Raudha okey?” risau Tan Sri Abrar melihat Raudha hanya diam dari tadi.

“Tak okey, ayah.” Geleng Raudha. Masakan dia boleh baik-baik saja selepas mendapat khabar dirinya dilamar. Tanpa angin, tanpa ribut, tiba-tiba saja pokok bergoyang.

“Ayah tak tipu Adda kan? Ayah tak bergurau kan?”

Sebenarnya Raudha masih tidak mahu percaya yang Tan Sri Taha dan Puan Sri Suria melamar dia untuk menjadikan menantu mereka. Jadi, dia bakal berkahwin dengan lelaki yang dia temui hari itu iaitu Qafeel.

“Betul. Buat apa ayah nak tipu Adda. Mereka sendiri yang bagi cincin ni pada ayah. Katanya minta berikan pada Adda. Kalau Adda memang tak ada kekasih, mereka berharap sangat Adda terima lamaran ini.”

Tan Sri Abrar menyampaikan apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Taha dan Puan Sri Suria tempoh hari.

“Memanglah Adda tak ada kekasih tetapi perlu ke Adda terima lamaran ni ayah? Adda belum bersedia lagi nak jadi isteri orang. Cita-cita Adda masih tak tercapai lagi, ayah.” Ujar Raudha. Dia tidak dapat berfikir dengan betul ketika ini. Kusut fikirannya ketika ini.

“Ayah cadangkan Adda buat istikharah. Bila Adda dah temui jawapannya, Adda beritahu pada ayah nanti.”

Usul Tan Sri Abrar. Dia tidak berhak untuk memaksa Raudha menerima lamaran teman baiknya itu kerana melibatkan masa depan Raudha. Jadi biar Raudha sendiri beri kata putus.

Lama Raudha termenung sebelum mengangguk setuju. Bukan dia tidak mahu melakukan istikharah tetapi dia risau jika jawapan yang dapat tidak seperti yang dia mahukan.

Keluar saja dari bilik bacaan, Raudha turun ke bawah. Kakinya menghala ke taman mini arwah ibunya yang kini dijaga rapi oleh Pak Lan iaitu tukang kebun yang sudah lama bekerja di situ.

Rasa rindu pada arwah ibunya menyapa di hati saat mata Raudha terpandangkan bunga mawar putih kesukaan arwah ibunya. Raudha bangun dan menghampiri bunga mawar putih yang kembang itu. Bunga ini juga turut menjadi kesukaannya walaupun baunya tidak seharum bunga mawar merah.

Tenang fikirannya buat seketika saat Raudha menghidu bunga-bunga mawar yang ada di situ. Arwah ibunya memang suka menanam bunga. Kerana itulah wujudnya taman mini di rumah ini. Tan Sri Abrar buat khas untuk arwah Puan Sri Ros. Sesuailah bunga mawar yang penuh di taman mini ini dengan nama arwah ibunya, Ros.

“Jauh termenung Adda.” Teguran Rasyida mengejutkan Raudha yang sedang jauh termenung.

“Eh! Kak Syida.” Raudha bangun membantu Rasyida duduk di atas kerusi. Rasyida yang kini sarat mengandung lapan bulan. Dan bulan depan bakal melahirkan anak sulungnya.

“Adda fikirkan tentang lamaran tu ke?”

Berkerut dahi Raudha dengan soalan Rasyida. Dari mana kakaknya tahu tentang lamaran itu?

Tergelak Rasyida dengan kerutan si adik. “Ayah beritahu kakak semalam.” Beritahu Rasyida. Tidak mahu Raudha fikirkan lagi.

“Patutlah. Adda ingat kak Syida tak tahu.” Sengih Raudha.

“Untuk pengetahuan Adda, akaklah orang yang pertama tahu sebelum ayah beritahu Adda.” Ujar Rasyida. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh si ayah. Lalu terus dia bergegas pulang ke rumah Tan Sri Abrar kerana inginkan kepastian.

“Jadi, Adda orang yang terakhir tahu ke?” soal Raudha kurang berpuas hati dengan kenyataan si kakak.

“Tak sebab Isya masih tak tahu apa-apa.” Geleng Rasyida. Alisya masih sibuk dengan pelajarannya, jadi Tan Sri Abrar masih tidak memberitahu si anak bongsu. Lagipun, Raudha masih belum membuat sebarang keputusan. Jadi, biarlah menjadi rahsia buat sementara waktu.

Raudha mengeluh. Sudah berapa kali dia mengeluh selepas mendapat khabar yang mengejut itu. Mengapa harus dia yang dilamar? Kenapa bukan Alisya saja? Raudha rela memberi laluan kepada Alisya untuk berkahwin terlebih dahulu. Biarlah dia lambat sekalipun.

“Adda, jangan fikirkan sangat perkara itu. Minta petunjuk dari Allah. DIA ada jawapan untuk setiap persoalan Adda tu.” Nasihat Rasyida. Hanya itu Rasyida mampu katakan kerana keputusan ada pada Raudha.

“Insya-Allah.” Senyum Raudha.

 

 

*****

 

 

QAFEEL tidak senang duduk selepas Tan Sri Taha dan Puan Sri Suria memberitahu dia yang mereka telah melamar seorang wanita yang bernama Raudha. Sebelumnya, Qafeel rasa pernah kenal dengan wanita itu keraan nama itu familiar pada telinganya. Selepas Puan Sri Suria memberitahu siapakah gerangan wanita itu, Qafeel menarik nafas. Terasa sesak dadanya.

Bukan Qafeel tidak suka tetapi hati Qafeel menjadi milik wanita lain. Wanita yang Qafeel dambakan sejak dari zaman universiti sehingga sekarang. Dan Qafeel sedang berusaha mendapatkan wanita itu.

“Ma, kenapa tak bincang dengan Qaf dulu?” soal Qafeel. Tidak puas hati dengan tindakan papa dan mamanya.

“Kalau mama bincang dengan Qaf, mesti Qaf tak setuju. Dan ada saja alasan Qaf nanti. Mama dah bosan dengar alasan Qaf yang satu tu.” Tepat mengena hidung Qafeel dengan ayat terakhir Puan Sri Suria.

“Tapi mama Qaf...”

Qafeel cuba untuk memujuk mamanya tetapi Puan Sri Suria mengeluarkan arahan tegasnya sehingga membuat Qafeel terdiam. Tidak jadi hendak melancarkan mogok suara dengan mamanya.

“Ini keputusan mama, Qaf. Tunggu Qaf perkenalkan bakal menantu mama, mungkin mama dah mati masa tu. Ingat, jangan Qaf berani untuk batalkan semua ini. Kalau tak, mama tak mengaku yang Qaf anak mama. Dan mama tahu dia Raudha terbaik untuk Qaf.”

Puan Sri Suria berlalu dari situ. Meninggalkan Qafeel yang sedang termenung jauh. Merenung masa depan yang Qafeel sendiri tidak mampu untuk bayangkan.

Dalam angan-angan Qafeel, dia hidup bersama dengan wanita yang dia cinta. Namun sekarang angan-angan itu sudah musnah. Yang tinggal hanya cebisan angan-angan yang tidak mungkin dapat diselamatkan lagi. Terasa gelap masa depannya.

Kenapa mama buat Qaf macam ni?

Pening kepala Qafeel dengan keputusan mamanya.


Tulusly,

Hezy Rose.


No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.