BAB 4
PANGGILAN dari nombor yang tidak dikenali hanya dipandang sepi oleh Raudha. Raudha tidak berani untuk menjawab panggilan dari nombor yang dia tak kenali memandang isu scammer pada masa kini semakin berleluasa. Kerana client syarikatnya tidak akan berhubung melalui telefon peribadinya.
"Cik Raudha, ada panggilan dari pemilik QM Auto, Encik Qafeel. Nak saya sambungkan ke?" suara setiausaha Raudha, Mardiana kedengaran melalui interkom.
Terkejut Raudha dengan kata-kata Mardiana. Kenapa pula lelaki itu mencarinya? Entah-entah kerana lamaran itu?
"Cik Raudha." Panggil Mardiana. Memandangkan Raudha hanya diam tanpa bicara.
"Errr...ya, Mar sambungkan pada saya." Putus Raudha. Kenapa harus Raudha mengelak sedangkan bukan Raudha yang melamar Qafeel.
"Assalamualaikum, Cik Raudha." Suara Qafeel memberi salam kedengaran di hujung talian.
"Waalaikumussalam, Encik Qafeel. Ada apa yang I boleh bantu." Raudha cuba untuk berlagak tenang dan bersikap professional. Tidak mahu menunjukkan bahawa dia sedang gugup ketika ini.
"Boleh kita jumpa waktu lunch nanti?" pinta Qafeel.
"Boleh tapi kenapa?" soal Raudha ingin tahu. Adakah kerana lamaran tempoh hari?
"I nak bincang soal kita." Seperti yang Raudha agak. Adakah Qafeel ingin membatalkan pertunangan mereka memandangkan Raudha sudah membuat keputusan untuk menerima lamaran Tan Sri Taha dan Puan Sri Maria.
Dan pertunangan mereka bakal berlangsung dalam masa tiga bulan dari sekarang. Begitu juga dengan pernikahan yang akan diadakan selepas majlis pertunangan.
"Errr...baiklah." angguk Raudha.
"Nanti I text you di mana kita akan jumpa. Mohon simpan nombor telefon I." Pesan Qafeel sebelum menamatkan panggilan tanpa sempat Raudha membalas apa-apa.
Jadi, tadi ialah nombor telefon Qafeel? Dari mana lelaki itu dapatkan nombor telefonnya? Itu tidak penting. Yang penting sekarang ini Qafeel hendak berjumpa dengannya. Dan apa tujuan lelaki itu?
Seperti yang dijanjikan, mereka menuju ke restoran yang jauh dari pejabat masing-masing. Entah apa motif Qafeel membawa Raudha jauh dari situ. Masing-masing hanya diam sepanjang perjalanan. Pada mulanya Raudha ingin memandu sendiri dan Qafeel awal-awal lagi sudah tiba di syarikat milik Tan Sri Abrar. Mahu atau tidak, terpaksalah Raudha menaiki kereta bersama dengan Qafeel.
"You nak order apa?" soal Qafeel sambil membelek menu yang berada di depannya.
"Give me an apple juice." Hanya itu yang Raudha pesan. Selera makannya hilang.
"Itu jer? Makan tak nak?" soal Qafeel. Takkanlah Raudha tidak lapar sedangkan sekarang ini waktu makan tengah hari.
Hanya gelengan Raudha balas.
"Orange juice. Pasta carbonara. Make it two, okay." Pesan Qafeel.
"You ada ajak sesiapa ke?" soal Raudha selepas pelayan restoran itu berlalu pergi.
"Tak ada. Only you and me." Geleng Qafeel.
"Habis tu you order untuk 2 orang?" pelik Raudha dengan Qafeel. Adakah lelaki itu makan terlalu banyak?
"I order untuk you." Beritahu Qafeel. Bukan apa, susah dia nanti jika Raudha diserang sakit. Manalah tahu wanita dihadapannya ini ada gastrik ke kerana tidak makan.
Terdiam Raudha. Kenapa perlu Qafeel tunjuk sikapnya yang ini. Hati Raudha sedang tergugat ketika ini. Jangan hatinya jatuh suka pada Qafeel sudahlah.
"So, apa tujuan you ajak I untuk berjumpa? Nak bincang tentang pertunangan kita ke?" soal Raudha. Terus kepada tujuan utama Qafeel mengajaknya keluar.
"Yes. I ada permintaan." Beritahu Qafeel.
"What is it? You nak batalkan pertunangan ini ke?" soalan Raudha tanpa penapis itu mengejutkan Qafeel. Dari mana wanita itu dapat tahu apa yang bakal dia suarakan nanti?
"How can...?" tidak terkeluar soalan Qafeel sebaik saja Raudha mengeluarkan kata-kata yang agak pedas.
"Encik Qafeel, I ni kaki novel. Suka baca novel. Setakat perbuatan encik Qafeel ni, I dapat agak yang encik Qafeel nak minta I beritahu Puan Sri Suria yang I nak batalkan pertunangan kita kan? Dan jawapan I, I takkan buat. Bukan sebab I tak nak kecewakan Puan Sri Suria tetapi I tak mahu malukan ayah I. Jadi, kalau encik Qafeel nak batalkan pertunangan kita, you boleh cakap pada Puan Sri Suria sendiri."
Ujar Raudha panjang lebar. Qafeel belum kenal lagi Raudha sepenuhnya. Jadi, Qafeel tidak pernah tahu yang Raudha merupakan seorang wanita yang berpendirian tegas. Sesekali Raudha tidak akan mudah termakan dengan pujukan lelaki kecuali seorang lelaki saja yang Raudha sukar untuk bantah setiap permintaan yang diutarakan iaitu Tan Sri Abrar.
"I tak nak tahu apa alasan you untuk batalkan pertunangan kita. Jadi, kalau you betul-betul tak mahu semua ini terjadi, you sendiri beritahu kepada Puan Sri Suria."
Sambung Raudha lagi.
Dan Qafeel rasa egonya tercabar. Belum pernah lagi dia bertemu dengan wanita yang membantah setiap kata-katanya. Menolak setiap permintaannya. Kali pertama dalam hidupnya dia berjumpa dengan wanita yang tidak akan mengikut setiap katanya.
"Betul you tak nak tahu kenapa I nak batalkan majlis pertunangan kita?" soal Qafeel sedikit sinis.
"Tak penting untuk I tahu kerana bukan urusan I." Balas Raudha. Walau hatinya membuak ingin tahu tetapi Raudha tidak akan merayu. Jika memang tertulis Qafeel bukan jodohnya, Raudha redha.
"Tapi I nak bagitahu you yang I tak pernah cintakan you. I cintakan wanita lain. Kerana itulah I nak batalkan pertunangan kita. But since you don't want to cooperate with me, so I have decided to go on what's our parents have been plan. And you must prepare physically and mentally to stay with me."
Terdiam Raudha dengan pengakuan Qafeel. Jika betul lelaki itu tidak cintakan dia, kenapa Qafeel tidak membantah sejak dari awal lagi? Kenapa perlu gunakan dia untuk batalkan pertunangan mereka nanti.
"Then why you didn't defense yourself and agree with all this?" soal Raudha sedikit geram. Kenapa Qafeel perlu mainkan hati dan perasaannya jika lelaki itu mencintai orang lain?
"Sebab mama I tak nak dengar apa yang I katakan. Mama I dah berkenan dengan you. Tak ada guna jika I saja yang membantah. That's why I need you to make sure that our marriage not gonna happen." Jelas Qafeel.
Dan bagi Raudha, penjelasan Qafeel itu sudah terlambat kerana sekali Raudha sudah buat keputusan, Raudha tak akan tarik balik. Lagi-lagi hal yang melibatkan keluarganya terutama sekali Tan Sri Abrar. Cukuplah selama ini Raudha menyusahkan Tan Sri Abrar. Dia tidak mahu Tan Sri Abrar susah hati lagi demi melindungi Raudha dari ayah kandungannya sendiri.
"It's too late, Qafeel. Kenapa you tak beritahu I awal-awal sebelum I buat keputusan untuk terima you. Kenapa sekarang baru you nak mengaku?" keluh Raudha. Fikirannya agak berserabut ketika ini. Permintaan Qafeel agak berat untuk Raudha lakukan tetapi untuk mendera hatinya sendiri Raudha seakan tidak sanggup.
Mampukah Raudha hidup bersama dengan lelaki yang tidak cintakan dia?
Mampukan Raudha membuat Qafeel jatuh cinta dengan dia dan lupakan wanita yang bertakhta di hati Qafeel ketika ini?
Mampukah Raudha jalani hidupnya seperti biasa tanpa hiraukan Qafeel selepas mereka berkahwin nanti?
Dan mampukan Raudha jaga hatinya untuk tidak jatuh cinta pada Qafeel sedangkan hatinya ketika ini tergugat dengan kehadiran Qafeel di sisinya?
Raudha tak jawapan untuk setiap soalan itu.
Tulusly,
Hezy Rose.
.png)
No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.