Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Tuesday, March 31, 2020

MENGAPA AKU KAU LUKAI?






BAB 14
MAJLIS pernikahan Aidan dan Aralyn diadakan di kediaman Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria secara kecil-kecilan. Itu permintaan Aralyn. Cukuplah ahli keluarga terdekat sahaja yang mengetahuinya. Walaupun Puan Sri Maria ada memujuk untuk membuat majlis, dia tetap menolak. Dia sudah pernah merasai itu sewaktu dia berkahwin dengan Aidan enam tahun lepas.
Pada pagi itu, Aidan segak berbaju Melayu dan bersamping. Aralyn mengenakan baju kurung moden yang berlace dengan rekaan yang simple. Adib juga turut berbaju Melayu. Sedondong dengan ahli keluarga yang lain.
“Pengantin lelaki dah sedia?” jurunikah bersuara.
Dan Aidan mengangguk sebagai tanda balasan. Adib duduk di sisi Aidan. Sejak dari tadi tidak berenggan dengan papanya.
“Aku terima nikahnya Aralyn Naqiba Binti Ahmad dengan mas kahwin tersebut.”
Sekali lafaz, Aralyn sah menjadi milik Aidan sekali lagi. Menitis air mata Aralyn. Tidak sangka yang dia akan kembali kepada Aidan lagi. Ya, jodoh mereka masih lagi panjang walaupun pernah terputus di pertengahan jalan.
“Tahniah kak long. I’m happy for you.” Aimi memeluk Aralyn erat. Bersyukur kerana abang dan bekas kakak iparnya bersatu kembali.
“Selamat menjadi menantu mami kembali.” Ucap Puan Sri Maria seraya memeluk Aralyn erat. Akhirnya, doa dia dimakbulkan. Terima kasih Allah.
“Along is here with your little hero, kak long.” Beritahu Aimi kepada Aralyn. Aidan sedang berjalan ke arah Aralyn bersama dengan Adib. Untuk sesi pembatalan air sembahyang.
Aralyn mengesat air matanya. Tidak mahu kelihatan jelek di mata Aidan. Nanti lelaki itu akan mengambil kesempatan untuk mengusiknya.
Aidan duduk melutut di depan Aralyn. Adib duduk di atas riba Aimi.
“Hey, why are you crying? Don’t cry.” Sisa air mata Aralyn disapu dengan ibu jarinya. Sudah halal untuk disentuh.
“Nanti Adib ingat abang marah sayang pula.” Usik Aidan. Secara automatik panggilan juga sudah ditukar oleh Aidan. Dan Aralyn tersenyum dengan usikan Aidan.
Puan Sri Maria menghulurkan cincin kepada Aidan. Walaupun pada mulanya Aralyn menolak untuk menerima cincin itu tetapi Aidan mendesaknya untuk menerima. Cincin pernikahan mereka yang dulu, Aralyn masih lagi simpan.
Saat tangan Aidan menyentuh tangannya, Aralyn terasa seperti aliran elektrik mengalir. Perasaan itu masih masa seperti pertama kali mereka di ijab kabulkan. Tidak kurang sedikit pun. Sejuk tangan Aralyn.
Namun cepat-cepat Aralyn buang semua rasa itu. Dia kembali kepada Aidan kerana Adib. Bukan kerana cinta.
“Sama macam dulu.”
Komen Aidan sebaik saja tangannya menyentuh jari-jemari Aralyn. Disarungkan cincin yang bertahtakan berlian di jari manis Aidan.
Selepas Aralyn menyarung cincin ke jari Aidan, dia tunduk mencium tangan Aidan. Lama. Itu pun kerana Aiman yang suruh. Mentang-mentang adik iparnya menjadi cameraman tidak berbayar. Dan Aidan mengucup ubun-ubun Aralyn. Terasa damai hadir di hati saat bibir Aidan menyapa ubun-ubunnya.
“Dahlah tu along. Sambung malam ni pula.” Usik Aimi. Dan disambut dengan ketawa saudara-mara yang hadir.
“Kacaulah Aimi ni.” Aidan buat-buat marah.
“Along  nak pinjam pelamin Aimi. Maaflah, along yang rasmi dulu.”
Ditarik tangan Aralyn menuju ke pelamin Aimi untuk pertunangannya petang nanti. Walaupun Aimi tidak memberi kebenaran lagi, selamba Aidan duduk di situ. Ditarik Aralyn untuk duduk bersamanya. Dan Aiman, selaku jurukamera yang tidak berbayar, mula mengambil gambar Aidan dan Aralyn dengan pelbagai gaya. Malu Aralyn. Tidak pula juga mereka mengambil gambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan.
“Sayang, jom naik bilik.” Tangan Aralyn digenggam oleh Aidan. Menarik Aralyn menuju ke tingkat atas.
“Buat apa?” tanya Aralyn berusaha menarik tangannya. Seram pula bila Aidan mengajaknya untuk ke bilik.
“Teman abang mandi.” Jawab Aidan selamba.
“Tak naklah. Pergilah mandi sendiri.” Tolak Aralyn. Masih berusaha melepaskan tangannya dari genggaman Aidan.
“Tak ada tak nak. Sebelum ni pun kita selalu mandi sama-samakan.” Pintu bilik dibuka. Selepas mereka masuk, Aidan mengunci pintu biliknya. Dan Aralyn semakin cuak.
“Duduk atas katil tu diam-diam ya sayang. Jangan nak lari.” Pesan Aidan. Dia menanggalkan bajunya.
“Kalau I lari, you nak buat apa?” dengan berani Aralyn bertanya. Sengaja menempah maut barangkali. Gatal betul mulutnya.
“Buat apa sayang tanya? Selepas sayang halal untuk abang sentuh, sayang rasa abang nak buat apa?” sengaja Aidan tidak menjawab soalan Aralyn. Diukir senyuman nakal dibibirnya.
“I tak nak! You tak boleh paksa.” Geleng kepala berkali-kali Aralyn apabila fikirkan hal itu.
“I’m your husband right now. So, you need to obey all my command.” Tekan Aidan. Serius hingga gerun Aralyn rasakan. Ya, Aidan tidak main-main.
Matilah dia. Itulah, tadi berani sangat melawan mulut dengan Aidan.
Aidan sudah selesai menanggalkan baju dan seluarnya. Kini hanya bertuala separas lutut. Tak, atas sikit dari lutut. Seksi. Aralyn pulan naik segan hendak memandangnya tetapi mata Aralyn galak memandang Aidan yang seksi itu.
“Jom, teman abang mandi.” Aralyn dihampiri. Aidan menanggalkan tudung milik Aralyn.
“Ish! Apa you ni!” Aralyn memarahi Aidan kerana suka-suki dia saja menanggalkan tudungnya. Ditepis tangan Aidan tetapi tidak berjaya.
“Tak nak. You pergilah mandi dulu. Kejap lagi I mandi.” Balas Aralyn keras. Nampaknya Aidan tidak main-main untuk mengajaknya mandi bersama-sama.
“Sebelum tu, no more I-You. Abang-sayang.” Tegas Aidan.
“Tapi...” seperti biasa, laju saya Aralyn hendak membantah apa yang disuruh oleh Aidan dan awal-awal lagi Aidan memotong.
“Aralyn Naqiba.” Seru Aidan serius.
“Ya. Baiklah, abang.” Jawab Aralyn lambat-lambat. Lebih kepada terpaksa. Aidan fikir dengan menikahi lelaki itu, dia lupakan apa yang lelaki itu telah buat kepadanya? Dan jawapannya masih sama, tidak!
Okay. Jom. Mandi!” Aidan menarik Aralyn menuju ke bilik air. Dan Aralyn berusaha untuk meloloskan diri dari Aidan.
“Abang janji. Mandi saja. Tak ada buat apa-apa. Lagipun kejap lagikan majlis Aimi. Tak puaslah sayang buat sekejap saja. Abang nak lama-lama.”
Laju saja tangan Aralyn mencubit perut Aidan yang tidak dilapisi baju itu.
“Aduhhhh...sakit sayang.” Aidan menggosok perutnya yang dicubit Aralyn. Sudah lama dia tidak merasa cubitan Aralyn. Dulu selalu juga menjadi mangsa cubitan Aralyn.
“Padan muka. Cakap lagi merapu.” Geram Aralyn. Tak tahu malu betul Aidan ni!
“Okay. Tak cakap merapu dah. Ini serius. Jom mandi!” tanpa mendengar persetujuan Aralyn, Aidan menarik Aralyn menuju ke bilik air tetapi baru hendak membuka pintu bilik air, suara Adib terlebih dahulu menyapa halwa telinga mereka.
Aralyn menarik nafas lega. Adib menjadi penyelaamat.
“Papa, ibu.” Panggil Aidan.
Dan laju saja Aralyn menarik tangannya dari genggaman Aidan. Cepat-cepat dia melangkah ke arah Adib yang berdiri di ambang pintu bilik.
“Ya, sayang. Adib nak apa?” Aralyn melutut di hadapan Adib.
“Adib nak mandi.” Beritahu Adib yang naik mencari papa dan ibunya.
“Bagus. Pergi teman papa mandi ya. Papa pun nak mandi tu.” Suruh Aralyn. Adib betul-betul menjadi penyelamatnya kali ini. Ibu, sayang Adib. Aralyn menarik nafas lega.
Manakala Aidan mendecit sedikit geram. Melepas peluangnya untuk mandi bersama dengan Aralyn. Gian sangat si Aidan ni!
Adib suka apabila dapat mandi bersama dengan papa. Laju dia berlari ke arah papanya. Selepas Aidan dan Adib menghilang ke bilik air, Aralyn cepat-cepat angkat kaki dari situ. Dia pula yang susah nanti bila Aidan keluar dengan bertuala. Tak dapat nak bernafas rasanya. Tadi pun terasa semput untuk bernafas apabila Aidan selamba menyeksi di depannya.
Pintu biliknya yang terletak di hadapan bilik Aidan dibuka. Dia masih tidur di bilik itu dan tidak berniat untuk berpindah ke bilik Aidan. Rela dia tidur di sini daripada tidur sebilik dengan Aidan. Terasa seramnya.
Selesai membersihkan diri, Aralyn menunaikan solat zuhur memandangkan sudah masuk waktu. Saat dia ingin mengangkat takbir, pintu biliknya dibuka dari luar. Terpampang wajah Aidan di situ. Lengkap dengan baju t-shirt dan pelikat.
“Jangan solat lagi. Kita solat jemaah sama-sama.” Itu arahan dari Aidan.
Dan Aralyn tidak jadi hendak menunaikan solat zuhur bersendirian.
“Tunggu kejap, abang pergi ambil sejadah dalam bilik.”
Aidan berlalu ke biliknya. Membiarkan pintu bilik terbuka. Tidak sampai seminit, Aidan kembali dan menghamparkan sejadahnya di depan Aralyn untuk mengimami oleh tersebut.
Doa Aidan di aminkan oleh Aralyn. Aidan berpaling ke belakang dan menghulurkan tangannya kepada Aralyn. Aralyn tunduk mencium tangan Aidan.
“Lain kali, kalau sayang nak solat, tunggu abang. Kita solat berjemaah kalau abang ada di rumah.” Itu pesanan Aidan kepada Aralyn selepas Aidan mengalihkan bibirnya dari ubun-ubun Aralyn.
“Baik.” Angguk Aralyn. Dalam hal ini, dia tidak akan membantah. Aidan mengajak dia untuk membuat pahala dan semestinya dia tidak akan menolak. Siapa tak nak pahala free.
“Bersiaplah. Kejap lagi majlis Aimi dah nak mula.” Ujar Aidan. Dia bangun dan melipat sejadahnya. Diletakkan di atas katil milik Aralyn dan dia berlalu keluar dari situ.
Aralyn memandang Aidan dengan pelik. Sejadah di tinggal di atas katilnya tetapi tuan punya badan selamba melangkah keluar dari biliknya. Jangan kata lelaki itu hendak tidur di sini malam nanti. Dia tak nak!
Tidak mahu memikirkan hal itu, Aralyn cepat-cepat melangkah ke almari baju. Dia mengambil baju yang sudah digosok. Warna sedondong dengan Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria serta yang lain. Itu permintaan Aimi. Jadi, mereka hanya bersetuju.
Aralyn mengetuk pintu bilik Aimi sebelum masuk ke dalam. Aimi sedang dimekapkan oleh jurumekap. Aralyn menghadiahkan senyuman buat adik iparnya itu.
“Kak long.” Aimi menarik lengan Aralyn sebaik saja melihat kakak iparnya itu. Gembiranya dia kerana Aralyn menjadi kakak iparnya kembali. Macam tidak percaya pun ada.
“Cantiknya Aimi.” Aralyn memuji Aimi yang kelihatan anggun sekali dengan persalinan pertunangan busana rekaan pereka fesyen terkenal.
“Terima kasih kak long.” Senyum Aimi sebagai tanda balasan kerana Aralyn memujinya.
Selepas bersiap, Aralyn mengiringi Aimi turun ke bawah. Ketika mereka tiba di bawah, ramai tetamu sedang menanti Aimi. Pihak lelaki juga sudah tiba dan sesi berbalas pantun sudah pun selesai. Aimi duduk di atas pelamin yang tersergam indah itu. Aralyn turut berada di situ. Dan matanya sempat menangkap kehadiran nenda Fatimah di situ bersama dengan saudara-mara Aidan yang lain. Aralyn mula tidak senang duduk.
Ibu kepada Muzafar menyarungkan cincin di jari Aimi. Aimi tersenyum manis di atas pelamin itu. Dan Aralyn turut mengukir senyumannya. Gembira kerana Aimi tidak lama lagi bakal menjadi isteri orang.
Selesai saja acara menyarungkan cincin, diikuti dengan acara bergambar. Aidan awal-awal lagi menarik tangan Aralyn untuk berdiri di sebelahnya. Adib berada dalam dukungannya. Dan Aidan juga turut mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Aimi dan Muzafar yang turut hadir di situ.
“Tahniah Aimi. I’m happy for you, dik.” Aralyn memeluk Aimi. Baru berkempatan untuk mengucapkan tahniah kepada adik iparnya.
“Thanks, kak long.” Jelas sekali wajah Aimi gembira dan kelihatan berseri-seri.
“Along pinjam pelamin Aimi sekejap. Nak bergambar dengan kak long.” Beritahu Aidan. Bukan meminta izin tetapi lebih memberitahu.
“Ya. Boleh. Bergambarlah banyak-banyak. Aimi tak kisah.” Angguk Aimi. Faham sangat dengan perangai abang sulungnya.
Melebar senyuman Aidan. Sebaik saja Aimi dan Muzafar berlalu dari situ, terus dia melelar pergelangan tangan Aralyn. Menghalang isterinya yang hendak berlalu dari situ.
“Kejap, Lyn. Kita bergambar bertiga dulu.”
Aidan menarik Aralyn supaya duduk di sisinya kembali. Mahu atau tidak, Aralyn terpaksa bersetuju memandangkan banyak mata yang memandang mereka. Lagi-lagi mereka masih berada di atas pelamin. Pelbagai aksi yang dibuat oleh mereka. Aralyn hanya mengikut dengan muka tidak puas hati. Ingin membantah, suaranya seakan tidak keluar.
“Lyn, sini kejap.” Puan Sri Maria memanggil Aralyn.
“Ya, mami. Ada apa?” sahut Aralyn dan melangkah turun dari pelamin itu. Mendekati Puan Sri Maria.
“Jom, mami nak kenalkan Lyn dengan kawan-kawan mami.” Puan Sri Maria menarik Aralyn supaya mengikutinya. Tidak menghiraukan akan pandangan si anak. Tak boleh nak berenggang dengan isteri sekejap.
“Jom, Adib. Teman papa layan tetamu.” Aidan memimpin Adib dan melangkah keluar bersamanya.



MAJLIS tamat tepat jam 5 petang. Selepas semua tetamu pulang, Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria mengambil kesempatan untuk beramah-mesra dan mengeratkan silaturahim di antara saudara-mara yang masih lagi belum pulang. Jarang mereka dapat berkumpul beramai-ramai memandangkan hanya hari raya saja mereka akan berkumpul beramai-ramai di rumah nenda Fatimah.
“Lyn apa khabar? Sihat? Semakin cantik sekarang ni.” tanya Datin Marina dan terselit pujian buat Aralyn. Kakak kepada Puan Sri Maria yang baru tiba sewaktu majlis pertunangan Aimi. Dia tidak sempat untuk menghadiri majlis pernikahan antara Aidan dan Aralyn pagi tadi.
“Alhamdulillah. Lyn sihat mak long.” Jawab Aralyn. Ternyata bapa saudara dan ibu saudara Aidan masih lagi melayannya dengan baik walaupun fitnah yang pernah ditabur oleh nenda Fatimah sewaktu dahulu mencalar maruah dirinya.
“Mak long gembira kerana Lyn dan Aidan bersatu kembali. Jaga hubungan kalian elok-elok. Adib tu sebagai pengikat kasih sayang dan penyeri rumah tangga Aidan dan Lyn.” Pesan Datin Marina panjang lebar. Dia tidak mahu kejadian yang lalu berulang kembali. Dia sayangkan anak saudaranya, Aidan dan Aralyn.
“Insya-Allah, mak long.”
Nasihat yang diberikan oleh Datin Marina meresap masuk ke dalam jiwa Aralyn. Terkesan dengan nasihat itu. Hatinya sedikit tergugat dan pendirian dia turut goyah.
Ketika Aralyn sedang berbual dengan saudara-mara Aidan yang lain, kehadiran nenda Fatimah menggugat hatinya. Dia berasa kurang selesa untuk terus berada di situ. Lagi-lagi dengan pandangan nenda Fatimah yang dari tadi asyik memandangnya.
Aralyn mencari wajah Aidan yang duduk tidak jauh dari situ. Meminta pertolongan dari lelaki itu.
Dan seakan memahami pandangan Aralyn, Aidan bersuara dan meminta diri untuk naik ke bilik.
“Kami masuk bilik dulu. Lyn dah letih tu. Adib pun dah mengantuk ni.”
Aidan bangun dan menghampiri Aralyn. Dan terbitlah siulan dan usikan nakal dari sepupu-sepapatnya. Galak mengusik pengantin baru yang tak baru sangat.
“Awal lagi ni nak mulakan projek bagi Adib adik.”
“Aih! Takkan tak sabar dah.”
Suara-suara nakal sepupu-sepapatnya galak mengusik Aidan dan Aralyn. Wajah Aralyn sudah bertukar rona kerana malu.
“Dah, jangan nak merapulah korang ni.”
Aidan buat-buat marah. Dia tidak kisah sangat dengan usikan tersebut tetapi melihatkan Aralyn sudah tertunduk malu, dia tidak sampai hati pula hendak membiarkan sepupu-sepapatnya terus mengusik.
“Aidan, Aralyn, nanti.” Suara nenda Fatimah menghentikan langkah Aidan dan Aralyn. Mereka berpaling ke arah nenda Fatimah yang duduk di atas sofa bersebelahan Puan Sri Maria.
Aralyn berpaling ke arah Aidan kerana gerun melihat pandangan nenda Fatimah ke arahnya. Aidan menggenggam tangan Aralyn erat. Dia faham perasaan isterinya ketika itu.
“Bagi Adib pada Aimi. Nenda ada perkara yang hendak dibincangkan dengan Aidan dan Aralyn. Kita bincang dalam bilik bacaan.”
Tegas. Itu arahan bukan permintaan dari nenda Fatimah.
Dan nenda Fatimah terus berlalu dari situ. Menuju ke bilik bacaan. Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria menganggukkan kepalanya kepada Aidan dan Aralyn.
Mereka tidak punya pilihan yang lain melainkan mengikuti langkah Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria ke bilik bacaan. Aralyn meneguk liurnya berkali-kali. Risau jika dirinya bakal dimarahi oleh nenda Fatimah.
“Abang ada.” Bisik Aidan dan semakin erat di menggenggam tangan Aralyn. Menyalurkan kekuatan kepada isterinya.
Dia sendiri tidak tahu kenapa nenda Fatimah memanggil mereka berdua. Dan jika permintaan nenda kali ini meminta dia untuk melepaskan Aralyn, dia tidak akan tunaikan. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kali ini dia akan mempertahankan hubungannya dengan Aralyn. Itu janjinya.

Monday, March 30, 2020

MENGAPA AKU KAU LUKAI?





BAB 13
KEPUTUSAN sudah dibuat. Dan Aralyn yakin dengan keputusannya itu setelah fikirkan baik buruknya. Hari ini Aralyn memandu sendiri ke rumah Puan Sri Maria. Tidak diberitahu kepada Aidan. Dan lelaki itu pun tiada meminta untuk berjumpa dengan Adib. Mungkin Aidan sibuk barangkali.
“Kita dah sampai.” Beritahu Aralyn kepada Adib sebaik saja dia menarik hand brek dan mematikan enjin kereta. Adib berlari keluar dari kereta. Menggeleng kepala Aralyn melihat Adib. Tidak sabar hendak berjumpa dengan tok lid dialah tu.
“Assalamualaikum.” Aralyn memberi salam. Kaki melangkah masuk ke dalam vila itu.
“Waalaikumussalam. Masuklah Lyn.” Jemput Puan Sri Maria. “Kenapa tak beritahu dulu sebelum datang. Boleh mami suruh bibik pergi beli barang untuk masak.” sambung Puan Sri Maria. Tidak terjangka pula yang Aralyn akan datang ke sini. Nasib baik dia ada di rumah dan tidak ke mana-mana.
“Alah...tak mengapalah mami. Lyn bukannya lama kat sini. Lagipun Adib asyik bertanya bila nak pergi rumah tok lid dan tokmi dia. Dan Lyn pun ada sesuatu nak bincang dengan mami.”
Jelas Aralyn panjang lebar. Selalu saja Puan Sri Maria sibuk memasak di dapur kalau dia beritahu hendak berkunjung ke sana. Sekali-sekala buat surprise untuk bekas ibu mentuanya tak salah.
“Lyn nak bincang apa dengan mami? Soal permintaan mami hari tu ke?” soal Puan Sri Maria.
“Ya, mami. Lyn dah buat keputusan.” Angguk Aralyn. Mengiakan pertanyaan Puan Sri Maria.
“Apa keputusan Lyn?” tidak sabar Puan Sri Maria hendak mengetahui jawapan yang bakal diberikan oleh Aralyn. Dan dia sangat berharap jawapan tersebut positif.
“Lyn setuju dengan permintaan mami tu tapi Lyn buat semua ini demi Adib. Lyn tak nak dia membesar tanpa kasih sayang seorang papa dan juga membesar tanpa sebuah keluarga yang lengkap.”
Puan Sri Maria mengukir senyuman sebaik saja mendengar kata-kata Aralyn. Dia gembira walaupun Aralyn lakukan semua itu demi Adib. Dia tidak akan memaksa Aralyn untuk mecintai Aidan kembali tetapi dia yakin yang keputusan Aralyn bukan hanya kerana Adib tetapi dalam hati wanita itu masih lagi terselit nama Aidan. Cuma Aralyn terlalu berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali, mungkin.
“Terima kasih, Lyn.” Puan Sri Maria memeluk Aralyn. Sangat gembira.
“Ada berita gembira yang along tak tahu ke? Sampai peluk bagai.” Sampuk satu suara yang tidak asing lagi di telinga Puan Sri Maria dan Aralyn.
“Ya. Memang ada berita gembira pun.” Senyuman Puan Sri Maria sangat lebar.
“Apa mami?” soal Aidan. Ingin tahu. Lagi-lagi apabila melihat senyuman lebar maminya.
“Mami rasa baik Lyn sendiri yang bagitahu Aidan.” Ujar Puan Sri Maria. “Mami ke taman dulu. Nak tengok Adib dan walid.” Puan Sri Maria bangun meninggalkan Aidan dan Aralyn di ruang tamu itu.
“Mind you share with me, what is the happy news?” tanya Aidan selepas Puan Sri Maria meninggalkan mereka berdua di situ.
“I setuju dengan cadangan mami. I setuju untuk kembali kepada you.” Beritahu Aralyn. Senafas. Terasa sesak dadanya hendak berterus-terang dengan Aidan. Tidak pernah terfikir untuk kembali kepada Aidan selepas dia diceraikan kerana dia tidak mahu terluka sekali lagi. Dan adakah dia akan terluka lagi?
Really? Alhamdulillah. Akhirnya doa I dimakbulkan.”
Perasaan Aidan ketika ini sangat gembira. Terasa ingin melompat-lompat. Ingin menjerit biar satu dunia tahu yang Aralyn akan kembali kepadanya. Dia sangat bersyukur.
“I terima you kembali bukan kerana I cintakan you tetapi kerana Adib. I tak nak Adib membesar tanpa kasih sayang seorang papa. I nak Adib merasai mempunyai satu keluarga yang lengkap.”
Kata-kata Aralyn terus melenyapkan senyuman gembira di bibir Aidan. Wajah dia juga sudah berubah. Tidak seceria seperti tadi.
“Are you sure, Aralyn?” soal Aidan. Dia tidak percaya yang Aralyn tidak mencintai dia.
Yes. Jangan berharap I masih cintakan you. Dan ingat, perbuatan you lima tahun lepas, masih lagi segar di ingatan I, Aidan!”
Kata-kata Aralyn membuatkan Aidan tahu luka yang dia toreh di hati Aralyn terlalu dalam. Dia sedar akan salahnya tetapi tidak bolehkah Aralyn memaafkan dia?
“You masih tak maafkan I ke, Lyn?” tanya Aidan.
“I pernah cakapkan yang I  dah maafkan you tapi untuk melupakan apa yang you dah buat pada I, tidak mudah Aidan. You sudah hancurkan kepercayaan I pada you. Dan tidak mudah untuk I bina balik kepercayaan itu.”
Aidan terdiam dengan kata-kata Aralyn. Jadi, selama ini Aralyn sudah tidak percayakan dia lagi.
“Macam mana you nak hidup dengan I kalau rasa percaya you sudah hilang, Lyn?”
“Macam I cakap pada you tadi. I terima you kerana Adib. Dan kita buat haluan masing-masing. You hal you dan I dengan hal I. I tak nak Adib membesar tanpa sebuah keluarga yang lengkap.” Senang Aralyn membalas tetapi Aidan tidak setuju. Dia tidak mahu.
“I tak nak!” geleng Aidan. Dia tidak mahu Aralyn hidup dengannya kerana terpaksa. Dia mahu cinta Aralyn. Bukan hanya jasad Aralyn.
“Terserah pada you, Mr Aidan. I already made my decision. Kalau you rasa tak nak semua ini, I tak kisah. I can live without you with Adib.” Balas Aralyn dengan yakin. Betul ke dia boleh hidup tanpa Aidan? Dan ayat dia seperti mengatakan Aidan tidak mampu untuk hidup tanpanya.
“You sedang menghukum I ke, Lyn?”
Soalan Aidan membuatkan Aralyn terkedu.
Betulkah dia sedang menghukum lelaki di depannya ini? Dia sendiri kurang pasti.
“Kalau itu yang you rasa.” Balas Aralyn tanpa perasaan.
Fine! Kita nikah tapi I akan bina balik kepercayaan you yang sudah hilang itu. I akan buat you jatuh cinta pada I berkali-kali Aralyn. Lebih dari you jatuh cinta pada I saat pertama kali kita bertemu.”
Aidan sudah tekad. Dia akan lakukan apa saja demi meraih kepercayaan Aralyn dan juga untuk mendapatkan cinta Aralyn. Demi cinta dia pada Aralyn dan kesalahannya yang lalu, dia akan tebus semuanya.
“Dipersilakan.” Balas Aralyn yang sedikit pun tidak tergugat dengan kata-kata Aidan. Dan dia ingin melihat sejauh mana Aidan mampu untuk mengembalikan cintanya yang telah hilang itu.
“Sudah habis berbincang ke?” Puan Sri Maria sudah melangkah masuk ke dalam bersama dengan Adib dan Tan Sri Kamil.
“Dah mami.” Angguk Aralyn. Tidak dihiraukan dengan wajah Aidan yang tegang itu. Kisah apa dia.
Puan Sri Maria duduk di sebelah Aralyn.
“Kalau macam tu, mami ingat nak buat sekali dengan majlis pertunangan Aimi. Akif dan Aralyn nikah sebelah pagi. Majlis Aimi petang.”
Itulah cadangan Puan Sri Maria setelah berbincang dengan Tan Sri Kamil tadi selepas Aralyn memberitahu persetujuannya itu.
“Mami, kalau boleh Lyn cuma nak nikah. Tak nak ada apa-apa majlis.” Ujar Aralyn. Cukuplah sekali dulu. Dia tidak mahu lagi. Penatnya, hanya Allah saja yang tahu.
“Aidan macam mana?” tanya Puan Sri Maria.
“Aidan ikut saja mami. Janji pengantin perempuannya, Lyn.” Balas Aidan. Dia tidak kisah semua itu. Yang dia inginkan sekarang ini ialah Aralyn menjadi isterinya yang sah.
“Lyn?” Puan Sri Maria menanti jawapan dari Aralyn.
“Apa yang terbaik bagi mami, Lyn setuju.” Senyum Aralyn. Terpaksa. Tawar sekali senyumannya.
“Baiklah. Kalau macam tu, bolehlah mami mulakan persiapan.” Teruja sekali Puan Sri Maria sedangkan itu perkahwinan kedua Aidan dan Aralyn.
Tan Sri Kamil tersenyum gembira. Bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada Aidan dan Aralyn untuk bersatu kembali. Ternyata jodoh mereka masih ada lagi. Alhamdulillah, doanya selama ini dimakbulkan oleh Allah.

Sunday, March 29, 2020

MENGAPA AKU KAU LUKAI?






BAB 12
PADA hujung minggu itu, Aralyn membawa Adib keluar ke IOI City Mall kerana Aidan hendak berjumpa dengan Adib. Pada mulanya, Aidan ingin mengambil mereka tetapi lelaki itu ada kerja yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Jadi, Aralyn memandu menuju ke sana.
“Mana papa ni, ibu?” tanya Adib. Sudah masuk 10 minit mereka menuggu Aidan di Mc Donalds tetapi batang hidung lelaki itu tidak nampak. Sudah diberitahu, jika tidak dapat, hari lain boleh tetapi Aidan berdegil juga.
“Sabar ya, sayang. Kejap lagi papa sampai.” Aralyn menggosok kepala Adib yang duduk di sebelahnya.
“Sorry, sayang. Papa lambat.” Ujar Aidan sebaik saja duduk di atas kerusi, berhadapan dengan Adib.
“Adib ingatkan papa tak datang dah.” Muncung Adib. Merajuk dengan Aidan.
“Alaaa...sorry okay. Papa ada kerja tadi. Okay, Adib cakap saja nak apa. Papa belanja.” Aidan memujuk Adib. Biasanya taktiknya yang ini menjadi.
“Adib nak toys.” Beritahu Adib dengan gembira.
“Okay. Kejap lagi kita beli toys ya. Makan dulu.” Angguk Aidan. Selesai memujuk anaknya. Tidak susah. Tetapi memujuk ibu kepada anaknya agak susah.
Aralyn menggelengkan kepalanya. Itu saja yang Aidan tahu. Belikan mainan untuk Adib.
“You ni, manjakan sangat Adib.” Aralyn kurang berkenan apabila Aidan terlalu manjakan Adib. Kalau dengan dia, memang dia tidak akan ikut apa yang anak lelakinya minta.
“Biarlah. I manjakan dia puas-puas. Dah you jual mahal sangat.”
Kata-kata Aidan mendiamkan Aralyn. Tidak tahu hendak membalas apa.
“I tak cemburu pun. Manjalah kalau you nak manjakan Adib.” Ujar Aralyn sebelum memasukkan fries ke dalam mulutnya.
“Eh! Bila masa pula I cakap you cemburu. I tak cakap pun. Ke you memang cemburu dengan Adib?” Aidan senyum mengusik. Dan Aralyn malu-malu apabila terkantoi.
“Dahlah. Makan.” Ditolak makanan ke arah Aidan untuk menutup malunya.
“Aralyn...kita rujuk kembali. Please…” pinta Aidan tiba-tiba. Separuh merayu.
“Aidan... jawapan I tetap sama. I tak nak! Itu pun you tak faham ke?” sedikit kasar suara Aralyn.
Tergamam Aidan.
“Kalau you tak nak, cakap elok-elok tak boleh ke? Tak perlulah kasar macam ni.”
Suara Aidan seperti terasa hati dengannya. Aduhai! Aralyn. Apa kau dah buat ni.
“Dah siap makan sayang? Jom, kita pergi beli toys.” Tanya Aidan apabila melihat makanan Adib sudah habis.
“Dah, papa.” Angguk Adib gembira. Tidak sabar hendak memilih mainan.
“Kalau you nak jalan mana-mana, pergilah. Nanti bila I dah nak balik, I whatsapp you.” Suara Aidan itu seperti berjauh hati dengannya. Tidak sempat Aralyn berkata apa-apa, Aidan sudah berlalu pergi dengan Adib dari situ.
Keluhan dilepaskan perlahan. Salah dia. Itulah, waktu Aidan cakap elok-elok, dia tak hiraukan. Ni, bila Aidan buat tidak kisah tahu pula dia nak terasa hati. Cepat-cepat Aralyn menghabiskan makanannya dan mengejar langkah Aidan.
“Kereta mainan lagi.” Komen Aralyn pada Adib. Tak habis-habis mengumpul kereta mainan. Kali ini model lain pula.
“Papa tak marah pun.” Muncung Adib. Memandang papanya. Meminta si papa membelanya.
“Biarlah ibu tu. Dia cemburu sebab papa tak belikan dia hadiah. Dah, jom kita ke sana pula.” Aidan mengheret tangan Adib menuju ke bahagian lain pula. Ditinggalkan Aralyn sendirian di situ.
Nampaknya Aidan memang betul-betul memulaukan dia. Sengaja tidak mengajaknya untuk jalan bersama-sama. Susah betul bila orang tua merajuk!
Tetapi kenapa dia kisah bila Aidan merajuk? Ah! Kacau betul!
Setelah puas berjalan di IOI City Mall dan membeli barang-barang Adib, mereka pulang ke vila Tan Sri Kamil dan Puan Sri Maria. Aralyn turut ke sana kerana Puan Sri Maria, awal-awal lagi meninggalkan pesanan untuk dia. Kata Puan Sri Maria, ada perkara yang hendak dibincangkan.
“Dah sampai pun cucu tokmi.” Gembira Puan Sri Maria apabila melihat cucunya berada di depan mata. Walaupun hampir setiap hujung minggu Adib akan ke sini tetapi rindu pada si cucu tidak pernah pudar.
“Mami sihat.” Aralyn bersalam dan mencium tangan Puan Sri Maria.
“Alhamdulillah. Sihat. Kalau tak sihat, tak adalah mami duk berkebun.” Seloroh Puan Sri Maria. Aralyn ketawa dengan gurauan bekas ibu mentuanya.
“Jom duduk. Mami ada perkara nak bincang dengan Lyn.” Puan Sri Maria sudah menanggalkan sarung tangan yang dipakainya dan membasuh tangannya. Aralyn mengikut Puan Sri Maria untuk duduk di gabeza yang terletak di halaman itu.
“Mami nak bincang apa dengan Lyn?” tanya Aralyn sebaik saja mereka duduk di situ. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
“Sebelum tu mami nak tanya, Lyn memang dah tak sayangkan Aidan ke?”
Soalan yang tidak terduga dari Puan Sri Maria membuatkan Aralyn terdiam seketika. Tidak tahu hendak menjawab apa. Terkejut pun ya juga.
“Lyn...” panggil Puan Sri Maria sambil menarik tangan Aralyn.
“Memang dah tak ada ke rasa sayang Lyn pada Aidan?” sekali lagi Puan Sri Maria mengulang soalan yang hampir sama.
Aralyn menarik nafasnya terlebih dahulu sebelum menjawab soalan Puan Sri Maria. Patutkah dia jujur?
“Ya. Lyn memang dah tak ada perasaan pada Aidan. Bagi Lyn, cinta Lyn pada Aidan sudah lama mati saat dia halau Lyn lima tahun lepas.” Beritahu Aralyn sebelum menyambung kata-katanya.
“Tetapi entahlah mami. Lyn sendiri keliru dengan perasaan Lyn sekarang ni. Jujur Lyn katakan yang Lyn memang dah lupakan Aidan sepenuhnya tetapi bila Lyn jumpa dia balik dan berada dekat dengan Aidan, Lyn rasa selamat. Lyn cuba untuk benci dia tetapi Lyn tak mampu mami.”
Luah Aralyn. Sudah lama dia simpan semua itu. Sejak dia bertemu dengan Aidan buat pertama kalinya selepas lima tahun mereka berpisah. Dan dia berharap Puan Sri Maria tidak memberitahu Aidan  tentang perasaannya ini.
Puan Sri Maria tersenyum mendengar luahan hati Aralyn.
“Rasa sayang Lyn pada Aidan masih sama. Dan mami yakin yang Lyn masih cintakan Aidan.” Puan Sri Maria menggosok tangan Aralyn. Dia berharap sangat Aidan dan Aralyn bersatu kembali.
“Entahlah mami. Lyn tak ada jawapannya.” Geleng Aralyn lemah. Dia sendiri keliru dengan perasaannya ketika ini.
“Tanya hati Lyn. Hanya hati Lyn yang boleh beri jawapannya.” Jari telunjuknya diletakkan di atas dada Aralyn.
“Mami ada satu permintaan.” Ujar Puan Sri Maria.
“Apa dia mami?” berdebar hatinya sebaik saja bekas ibu mentuanya membuat permintaan.
“Terima Aidan kembali. Adib perlukan papa dia dan Lyn juga perlu Aidan dalam hidup Lyn. Dan Aidan, dia perlukan Lyn dan Adib dalam hidupnya.”
Puan Sri Maria cuba untuk memujuk Aralyn. Dia tahu hati Aralyn lembut dan seorang yang pemaaf. Kalau tak, tak mungkin Aralyn membenarkan Aidan untuk bertemu Adib.
Terkedu Aralyn dengan permintaan Puan Sri Maria. Susah untuk dia menolak permintaan itu. Dia sendiri buntu saat ini.
“Beri Lyn masa mami.” Pinta Aralyn. Dia tidak menolak sama seperti pagi tadi. Sampai sekarang Aidan masih dingin dengan dia.
“Ambillah masa sebanyak mana Lyn nak tetapi jangan terlalu lama. Anak mami tu, bukan penyabar orangnya. Dibuatnya dia tunjuk perangai tak berakal dia, Lyn yang susah nanti.”
Pesan Puan Sri Maria. Dia kenal anak lelaki sulungnya itu. Kalau itu yang Aidan katakan, itulah yang anaknya akan lakukan. Lagi-lagi hal melibatkan Aralyn. Tiada kompromi. Bila Aidan kata, nak rujuk dengan Aralyn, pasti akan Aidan kotakan.
“Baik mami.” Angguk Aralyn.
Selesai sesi memujuk Aralyn. Puan Sri Maria berharap sangat keputusan Aralyn positif.
Dan selepas kejadian hari tu, Aidan tidak lagi mendesak Aralyn untuk kembali kepadanya. Jika jumpa pun, semata-mata urusan kerja. Tidak lagi mengajak Aralyn untuk makan tengah hari bersama dan tiada lagi panggilan ‘sayang’ menyapa di halwa telinga Aralyn.
Aidan masih dingin dengan Aralyn.
Manakala, Aralyn pula, boleh naik gila fikirkan perubahan Aidan. Kusut fikirannya. Dia pula yang tidak senang duduk dengan perubahan Aidan. Sudah tiga minggu berlalu, dan tiga minggu jugalah Aidan keluar dengan Adib tanpa mengajaknya.
Adakah Aidan sengaja mendera dan memulaukan dia?
Haih! Sakit kepala fikirkannya.
Ah! Kenapa dia perlu kisahkan semua itu? Dia perlu kentalkan hatinya bukan mudah terpedaya dengan rajuk Aidan. Huh!



HAMPIR SEMINGGU Aidan senyap tanpa khabar berita dan Aralyn pun tidak mengambil kisah. Lelaki itu sudah tidak mengejarnya lagi. Malah projek yang dikendalikan itu pun Aidan hanya hantar wakil ke syarikat Aralyn. Betul-betul sibuk atau tidak mahu bertemu dengannya, Aralyn sendiri tidak tahu.
“Miss Ara, ada orang bagi.” Diana menghulurkan bunga ros kepada Aralyn.
“Siapa yang bagi?” soal Aralyn. Tiba-tiba saja dia dapat bunga hari ini.
“Tak tahu. Tapi ada kad di situ.” Diana menggeleng tanda tidak tahu. Mungkin peminat bosnya.
“Okay. Thank you, Diana.” Ujar Aralyn seraya masuk ke dalam pejabatnya.
Dibelek kad tersebut. Tulisan itu seperti dia kenal dan nama yang tertera di kad itu membuatkan Aralyn hampir mengukir senyumannya. Tetapi cepat-cepat dia menyedarkan dirinya supaya tidak mudah terpujuk dengan cara Aidan. Bukan dia tidak tahu bahawa ini ialah taktik Aidan.
I minta maaf dengan apa yang berlaku minggu lepas.
Sepatutnya I tak paksa you. It’s okay, take your time okay, Lyn.
I takkan paksa you lagi.
This red roses special for you
Because you’re my flower in my life.

Your handsome man,
Aidan Syauqi.
Ah! Ternyata Aidan masih ingat akan bunga kegemarannya.
Jika dulu, Aidan selalu menghadiahkan dia sekuntum atau sejambak bunga ros yang pasti menyinari harinya. Dan jika dia merajuk, pasti Aidan akan menghadiahkannya sejambak bunga ros.
Kenapa dia perlu mengingati semua itu. Itu hanya kisah lalu yang dia sudah lupakan.
Aralyn meletak kad di atas meja. Bunga dialihkan ke tepi. Tidak mahu menyemakkan mejanya. Keluhan dilepaskan apabila memikirkan akan permintaan Puan Sri Maria.
Patutkah dia menerima Aidan kembali? Sangat untuknya membuat keputusan. Permintaan bekas ibu mentuanya sangat berat. Tetapi apabila dia fikirkan Adib, dia tidak mahu Adib membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Cukuplah dia saja yang merasainya.
Membesar tanpa kasih sayang seorang ayah sangat perit. Ayahnya meninggal sejak dia dalam perut ibunya lagi dan selepas itu, ibunya pula menyusul. Dan kerana itulah dia rela berkorban demi Adib.
Jika ditanya Adib, pasti anaknya mahu ada seorang papa. Malah, Adib semakin rapat dengan Aidan sekarang ini. Dia sangat buntu ketika ini.
Sekali lagi Aralyn mengeluh. Kenapa susah sangat dia hendak membuat keputusan?
Mungkin teman baiknya, Farah boleh membantunya. Baru saja Aralyn hendak menelefon Farah, kedengaran suara Diana melalui interkom.
“Miss Ara, our client already arrived.” Beritahu Diana.
“Alright. Bring them to the meeting room.”
Hampir saja Aralyn terlupa bahawa dia ada mesyuarat pada pagi itu. Aralyn mengambil dokumen penting untuk dibawa ke dalam mesyuaratnya. Lupakan seketika akan masalahnya itu. Fokus pada kerja lebih baik.