BAB 5
SELEPAS kejadian di restoran tempoh hari, Aralyn tidak lagi berjumpa
dengan Aidan mahupun Aimi. Segala hal kerja diserahkan kepada pekerja. Biarlah
pekerjanya yang menguruskan semuanya. Dia hanya memantau dari jauh saja. Tidak
mahu lagi bertemu dengan lelaki itu.
Dia sangat
bahagia hidup dengan Adib. Dan dia tidak perlukan Aidan. Walaupun kerap-kali
Adib bertanya tentang papanya, Aralyn tetap memberi jawapan yang sama.
Mengatakan ‘Papa sibuk. Papa kerja jauh.’
“Miss Aralyn,
someone wants to meet you.” Suara Diana
melalui interkom menyapa telinga Aralyn yang sedang sibuk menyemak proposal.
“Who?” balas Aralyn.
“Representative
from Diamond Holding.” Beritahu
Diana.
Mereka ada buat
temu-janji ke? Wakil syarikat. Harap-harap bukan Aidan kerana lelaki itu
merupakan CEO Diamond Holding.
“Okay. Let him
come.” Suruh Aralyn.
Tidak lama
selepas itu bunyi ketukan pintu ofisnya dan Aralyn menyuruh tetamunya itu
masuk.
“Diana, make
two cup of tea.” Suruh Aralyn
tanpa mengangkat kepalanya. Matanya masih ralit memandang laptop yang berada di
depannya.
“Sure, Miss
Ara.” Diana meninggalkan tetamu itu.
“Good morning,
Miss Aralyn.”
Suara garau
yang menyapa itu membuatkan jari-jemari yang sedang mengetuk keyboard terhenti
dengan sendiri. Aralyn mengangkat kepalanya.
Aidan!
Ternyata
perkiraannya salah. Kenapa lelaki itu perlu muncul di sini?
“Errr... have a
seat Mr Aidan.” Suruh Aralyn.
Dia perlu bersikap profesional. Dia yakin yang Aidan ke sini untuk berbincang
soal kerja.
“Thank you,
Lyn.” Aidan duduk di atas kerusi yang
bertentangan dengan Aralyn.
“Can you stop
call me ‘Lyn’. I don’t feel comfortable.”
Pinta Aralyn. ‘Lyn’ merupakan panggilan yang dipanggil oleh Aidan ketika dia
masih menjadi isteri lelaki itu selain sayang.
“But I like to
call you ‘Lyn’.” Balas Aidan.
“Whatever suit
yourself, Mr Aidan.” Aralyn
mengalah. Malas hendak bergaduh dengan lelaki itu. Setakan panggilan itu, buat
habis air liurnya saja.
“Kalau macam tu
I call you, sayanglah. It really suits to you.” Ujar Aidan. Rindu untuk
memanggil dengan panggilan sayang.
Baru saja
Aralyn ingin membalas kata-kata Aidan, Diana membawa masuk air teh yang
dimintanya tadi.
“Thank you,
Diana.” Ucap Aralyn.
“Welcome, Miss
Ara.” Diana berlalu keluar dari situ.
Tidak mahu menganggu perbincangan bosnya itu.
“So, what’s
bring you here?” soal Aralyn
selepas Diana keluar dari ofisnya.
“Oh, I nak
bincang pasal projek I di Melaka. My project.” Beritahu Aidan kepada
Aralyn. Memandangkan semua rekaan di syarikat Aralyn sangat menepati cita
rasanya, sekali lagi dia memilih Matahari Prima Berhad.
“Sure. So, your
project is about what?” soal Aralyn.
Dia perlu tahu terlebih dahulu tetnang projek baru Aidan. Barulah dia boleh
bersetuju untuk bekerjasama dengan lelaki itu.
“Here.” Fail dihulurkan kepada Aralyn. Dan Aralyn mula membelek
satu-persatu kertas yang berada di dalam fail itu. Dibaca dengan teliti.
“Okay. I
setuju.” Ujar Aralyn. “Sekejap I minta PA I bawa masuk latest design
yang sesuai dengan projek you tu.” Aralyn memanggil Diana melalui interkomnya.
“Thank you Mr
Aidan for choosing our company again. I will try my best in this project.” Ucap Aralyn setelah selesai berbincang dengan Aidan tentang konsep
yang diinginkan Aidan.
“My pleasure,
sayang.” Balas Aidan. Selamba.
Terdiam Aralyn
dengan panggilan itu. Sengaja betul lelaki di depannya ini ingin cari pasal.
“Ada apa-apa
lagi yang kita tidak bincang, Mr Aidan?” soal Aralyn apabila Aidan masih tiada
ura-ura untuk berlalu dari situ.
“Tak ada tapi I
nak ajak you lunch,” ujar Aidan.
“Sorry.
I jarang keluar lunch. Lagipun, masih banyak kerja yang I perlu
siapkan.” Aralyn menolak ajakan Aidan dengan baik.
“Tapi you
need to go lunch, Lyn. Nanti you sakit.” Ujar Aidan prihatin.
“It’s okay. I
used with it.” Balas Aralyn.
Tidak mahu termakan dengan pujukan Aidan.
“Baiklah. Kalau
macam tu I balik dulu.”
Akhirnya Aidan
meminta diri untuk pulang. Lega Aralyn. Dia hanya menghantar langkah Aidan
dengan hujung matanya. Nafas lega dihembus selepas Aidan hilang disebalik pintu
ofisnya. Sejak dari tadi, jantungnya tidak mahu beri kerjasama. Perasaan itu
hadir lagi. Dan dia benci rasa itu!
*****
AIDAN tersenyum selepas mendapat berita dari penyiasat upahannya. Lama
ditenung maklumat yang dia dapat itu. Hatinya sangat gembira kerana kanak-kanak
lelaki yang bersama dengan Aralyn itu merupakan anaknya. Dan bukan anak Aralyn
dengan lelaki lain. Tetapi kenapa dia tidak pernah tahu yang Aralyn mengandung?
Betapa bodohnya
dia melepaskan Aralyn ketika itu. Terlalu ikutkan kata-kata nendanya. Fitnah
yang nendanya taburkan ke atas Aralyn, dia percaya bulat-bulat dan di depan
mata Aralyn dia membuat maksiat. Memang patut Aralyn benci padanya. Tetapi dia
perlu memikat kembali bekas isterinya kerana dia tidak bisa hidup tanpa Aralyn.
Lima tahun yang
sangat menyiksakan apabila Aralyn tiada di sisinya.
‘I wish I can
hug you right now, Aralyn.’ Bisik
Aidan di dalam hatinya.
Dari jauh Aidan
memandang Aralyn yang baru saja keluar dari kereta. Kelihatan seorang
kanak-kanak lelaki datang menerpa ke arah Aralyn. Dan muka kanak-kanak itu
persis mukanya. Adakah itu anak mereka?
Ingin saja dia
keluar dari kereta itu dan memeluk anaknya tetapi dia tidak mampu. Dan dia
tidak mahu Aralyn tahu yang dia sudah tahu akan kewujudan Adib. Dia sendiri
tidak tahu kenapa Aralyn merahsiakan tentang Adib darinya. Sedangkan dia berhak
untuk tahu.
Aidan mengekori
kereta Aralyn dari belakang. Ingin tahu ke mana destinasi bekas isterinya.
Tidak jauh dari situ, Aralyn memberhentikan keretanya di sebuah rumah. Dia
kenal rumah itu. Itu rumah Farah. Dia tidak sangka yang Aralyn tinggal di rumah
Farah. Aidan masih memerhatikan gerak-geri Aralyn dari dalam keretanya sehingga
bekas isterinya itu masuk ke dalam rumah bersama dengan anak mereka.
Sungguh! Dia
menyesal dengan apa yang dia pernah lakukan.
“Kamu ke mana
Aidan? Sekarang baru balik.” Tegur Puan Sri Maria. Jarang anaknya pulang lewat
jika tiada mesyuarat atau apa-apa event.
“Eh, mami! Aidan
ada hal tadi. Itu yang balik lambat.” Tangan Puan Sri Maria di salam. Rutinnya
setiap petang. Dan setiap petang juga, pasti Puan Sri Maria akan menunggu Aidan
dan Aimi pulang.
“Kamu pergi
intip Aralyn ke?” soalan daripada Puan Sri Maria membuatkan Aidan berpaling ke
arah maminya.
“Dari mana mami
tahu yang Aralyn dah balik Malaysia?” tidak dijawab soalan Puan Sri Maria.
Malah Aidan turut mengajukan soalan buat maminya itu.
“Aimi bagithu mami
tadi. Aimi cakap kamu minta untuk rujuk dengan Lyn tapi Lyn tak nak.” Cerita
Puan Sri Maria.
Aidan mendengus
kasar. Tanda tidak puas hati dengan adiknya. Tidak reti simpan rahsia betul
adiknya itu.
“Jangan kamu
nak marah Aimi. Memang patut dia ceritakan pada mami. Tunggu kamu buka mulut,
entah bila,” ujar Puan Sri Maria. Bukan dia baru kenal Aidan. 35 tahun menjaga
anaknya itu, dia sudah masak dengan perangai anak lelakinya ini.
“Bukan Aidan
tak nak cerita pada mami tapi Aidan masih belum mampu pujuk hati Lyn, mami. Dia
sengaja menjauhkan diri dari Aidan. Macam mana Aidan nak pujuk dia,” luah
Aidan. Bukan dia tidak mencuba tetapi Aralyn yang mencipta jarak di antara
mereka berdua.
“Itulah kamu.
Elok-elok Lyn jadi isteri kamu. Kamu curang dengan dia. Ceraikan dia kerana
percaya dengan fitnah nenda kamu tu. Kalau kamu tak ceraikan dia, mesti tengah
bahagia dan ada anak dengan Lyn tu.”
Puan Sri Maria
mula membebel. Mengamuk juga dia selepas mengetahui Aidan menceraikan Aralyn
lima tahun lepas. Dan dengan mudah anak lelakinya percaya akan fitnah yang
ditabur oleh ibu mentuanya. Sejak dari dulu lagi dia tidak sebulu dengan ibu
mentuanya tetapi dia tetap hormatkan ibu mentuanya.
“Kami memang
ada anak mami. Lelaki. Dia dah besar. Lima tahun umurnya.” Jujur Aidan.
“Apa?” terkejut
Puan Sri Maria.”Kenapa mami tidak pernah tahu?” soalan Puan Sri Maria, Aidan
tidak mampu jawab kerana dia sendiri tiada jawapan. Hanya Aralyn yang punyai
jawapan itu.
Aidan hanya
mampu menggelengkan kepalanya.
“Aidan pun tak
pernah tahu mami.”
Puan Sri Maria
mengeluh perlahan sebelum membuka mulut.
“Aidan perlu
ambil hati Lyn balik. Mami sayangkan Lyn. Lagi-lagi kamu berdua ada anak. Aidan
tak kesiankan anak Aidan ke?”
“Aidan dah cuba
mami tapi hati Lyn terlalu keras untuk terima Aidan,” ujar Aidan tetapi dia
tidak akan berputus asa untuk memujuk Aralyn. Dia mesti jadikan Aralyn sebagai
isterinya semula.
“Kerak nasi,
kalau direndam dengan air akan lembut juga. Mami tahu Lyn tu lembut orangnya.
Pemaaf. Aidan kena cuba dan jangan putus asa. Mami sokong Aidan.”
Nasihat Puan
Sri Maria Aidan sematkan di dalam kepalanya.
“Terima kasih, mami.”
Aidan memeluk Puan Sri Maria erat. Walaupun mami naik hantu dengannya kerana
menceraikan Aralyn tetapi maminya sentiasa ada di sisinya menyokong dan memberi
kata-kata semangat padanya.
“Sama-sama.”
Tersenyum Puan Sri Maria. Khabar yang dibawa oleh Aidan sangat mengembirakan
hatinya. Dia sudah mempunyai seorang cucu.
NOTE: Next update on next friday. TQ. happy reading :) thank you for your support.
Love,
Hezy Rose.
