Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, September 5, 2021

AKU DAN DIA (PROLOG)

 


 

 

WAJAH yang bengis dan tiada senyuman itu dipandang dengan perasaan yang sangat takut. Kaleela dan Kayyisa berpelukan erat dengan tangisan yang sudah tidak kedengaran kerana terlalu takut dan sejak dari tadi mereka menangis. Lelaki bersenjata itu sangat-sangat menggerunkan dan menakutkan.

“Kau jangan menangis! Aku bunuh kau!” dihunuskan senjata jenis Glock tepat di dahi Kaleela.

“Ahhhhh...” jerit Kaleela dan Kayyisa serentak kerana terkejut.

Saat itu Kaleela sudah memejamkan matanya. Jantungnya bergedup kencang kerana terlalu takut. Terasa muncung pistol itu mendarat di dahinya.

‘Ya Allah, kau selamatkan kami.’ Hanya itu yang mampu Kaleela lakukan ketika ini. Dan kerana terlalu takut, Kaleela terkencing di situ tanpa sengaja. Seumur hidupnya belum pernah lagi pistol terhunus tepat pada dahinya.

“Kay takut Leela.” Esak Kayyisa yang juga turut terkencing ketakutan. Takut jika peluru akan menembusi badannya.

“Diam!” jerit si lelaki dengan wajah yang bengis.

“Lebih baik kau diam kalau kau nak selamat. Kalau tak, peluru ini akan tembusi kau.” Glock yang dihunuskan pada dahi Kaleela sudah beralih pada Kayyisa.

Kecut perut Kayyisa ketika ini. Dia menangis tanpa suara kerana takut dengan ugutan tersebut.

Melihat si penjahat sedang mundar-mandir di depan mereka dan seperti terleka, Kaleela berusaha merungkai ikatan yang sedikit ketat. Isyarat mata diberikan kepada Kayyisa. Meminta bantuan si kakak yang duduk di sebelahnya.

Dan mereka berjaya membuka ikatan tersebut. Namun mereka masih tidak berani untuk bertindak. Mata Kaleela melilau mencari objek yang tajam atau keras untuk dia menghentak si penjahat.

Tetapi tidak bagi Kayyisa. Kerana sudah tidak tahan, Kayyisa bertindak menyerang si penjahat dengan menendang belakang penjahat tersebut sehingga lelaki itu tersembam.

“Arghhhh...” jerit si penjahat tersebut.

“Cepat Leela, kita lari.” Jerit Kayyisa.

Dan baru saja Kaleela hendak bangun mendekati Kayyisa, bunyi tembakan membantut niatnya untuk bergerak.

Bang! Bang!

Kakaknya sudah jatuh menyembah bumi bersama dengan darah yang berlumuran di tubuhnya. Kaleela kaku di situ kerana terkejut. Sangat terkejut.

“Kau jangan bergerak. Kalau tak, aku tembak kau.” Ugutan si penjahat itu tidak mampu Kaleela balas. Dia hanya kaku bersama dengan air mata yang turun membasahi pipinya.

“Jangan bergerak. Kami polis.” Pintu yang ditendang dari luar oleh pihak polis menyedarkan Kaleela yang dia sudah selamat. Dan sebaik saja penjahat tersebut ditangkap oleh polis, barulah Kaleela bergerak mendekati Kayyisa yang terbaring kaku di situ.

“Kay...bangunlah. Jangan tinggalkan Leela.” Ngongoi Kaleela. Pipi Kayyisa yang sejuk itu disentuh.

“Kita dah janji untuk lakukan semua perkara bersama-samakan. Bangunlah Kay. Leela sayangkan Kay.” Dalam sedu Leela menuturkan kata dan Kayyisa tetap kaku tanpa membalas.

“Bangunlah Kay. Jangan tinggalkan Leela.” Jerit Kaleela bersama tangisan yang sangat pilu kedengarannya.

“Sabar dik. Jangan seksa mayat macam tu,” pujuk seorang anggota polis wanita.

“Kay...walau apa pun yang berlaku, Kay tetap hidup bagi Leela. Dan Leela akan cari siapa dalang semua ini.”

Janji Kaleela dengan penuh dendam. Matanya tajam memandang dinding di depannya.

Ya! Dia akan tuntut bela atas kematian Kayyisa.

 

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.