Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, September 11, 2022

MENITI CINTA

 

 

 

 


BAB 3

 

PERSIAPAN PERKAHWINAN Azfar dan Zalfa masih ada 20 peratus lagi belum selesai. Itu pun untuk fitting baju pernikahan mereka. Sengaja Zalfa mengelak dan mengatakan sibuk apabila Azfar mengajak dia untuk ke butik pengantin. Kalau ikutkan dia tiada baju nikah pun tidak mengapa. Bukannya dia nak sangat kahwin dengan Azfar.

I tunggu di kafe.

Pesanan whatsapp yang dihantar oleh Azfar di baca tanpa ada niat hendak membalasnya. Zalfa bingkas bangun dan mengambil beg tangannya dan menuju ke pintu keluar. Dia meninggalkan pesanan kepada PA nya sekiranya ada apa-apa urusan boleh berhubung terus dengan abangnya.

Hari ini terpaksa juga dia mengalah dengan Azfar setelah lelaki itu mendesak dia untuk pergi fitting baju pengantin. Setibanya di kafe, Zalfa melilau matanya mencari Azfar. Kelihatan lelaki itu sedang bergelak tawa dengan abangnya.

Amboi! Bahagianya.

Zalfa membuka langkah menuju ke meja Azfar dan alongnya berada. Rancak betul berbual. Teman baiklah katakan.

"Hi along." Sengaja dia menegur abangnya saja. Dan tidak tegur Azfar.

"Ha! Baru turun. Lama Azfar tunggu. Busy sangat adik along ni. Kalah abi." Sindir Zarif.

"Along ni!" muncung Zalfa. Sengaja betul abangnya ini.

"Dah. Tak payah nak muncung sangat. Ni, Azfar dari tadi tunggu Zalfa. Pergi cepat."

Azfar hanya memerhati gelagat dua beradik itu di depannya. Muncung Zalfa itu, kalau ikutkan hati dia, nak jer ditarik. Geram!

"Jom, darling." Ajak Azfar sebaik saja bangun dari duduknya.

"Siapa darling you? I bukan darling you!" marah Zalfa. Tidak suka apabila Azfar memanggilnya begitu. Sengajalah tu nak tunjuk depan along. Huh!

"Wow! Garangnya. I like." Azfar mengenyitkan matanya.

Manakala Zarif ketawa sambil menggelengkan kepalanya dengan gelagat adiknya dan teman baiknya yang tidak lama lagi akan menjadi adik iparnya.

"Along! Tengok kawan baik along ni. Ish!" masam mencuka muka Zalfa. Sakit hati apabila Azfar mengusiknya begitu.

"Along tak nak masuk campur. Settle sendiri ya." Terus Zarif angkat kaki dari situ selepas meninggalkan pesanan kepada Azfar untuk menjaga Zalfa dengan baik.

"Jomlah. Kita dah lambat ni." Azfar membuka langkahnya menuju ke pintu keluar. Dan Zalfa mengikut langkah lelaki itu dari belakang. Tidak ingin berjalan seiring dengan lelaki itu.

Setibanya di butik, mereka mula mencuba baju yang telah ditempah. Milik Zalfa muat dan tidak terlalu besar. Begitu juga dengan Azfar. Jadi, tidak perlu dibetulkan lagi. Azfar mengajak Zalfa untuk ke Habib Jewels. Pada mulanya Zalfa membantah tetapi Azfar tanpa segan silu mengheret Zalfa ke sana. Maka cemberutlah muka Zalfa kerana dipaksa oleh lelaki itu.

"Try this." Habib Signature White Gold Diamond H Ring dihulurkan kepada Zalfa. Cuma rekaan itu diubah sedikit dari rekaan asal. Mengikut permintan Azfar.

Dengan malas Zalfa mengambil dan menyarungkan ke jari manisnya. Cantik! Pandai pula lelaki ini pilih cincin kahwin mereka.

"Muat tak? Tak longgar?" tanya Azfar. Ternyata dia tidak salah memilih cincin untuk perkahwinan mereka.

"Okay. Muat. Really fit me." Jawab Zalfa sambil menganggukkan kepalanya.

"But how do you know my size?" soal Zalfa. Pelik kerana Azfar tahu akan saiz jarinya.

"Oh! It's a small matter, darling." Balas Azfar dengan senyuman misterinya. Tidak susah untuk dia mengetahui saiz jari Zalfa. Zarifkan ada! Haha.

Jawapan Azfar mengundang cebikan dari Zalfa. Dengan dia pun nak berahsia.

Cincin kahwin mereka sudah dibeli. Semua sudah selesai. Tinggal sedikit saja lagi persiapan di kedua belah pihak dan tidak lama lagi, mereka akan disatukan. Azfar sudah tidak sabar hendak menjadikan Zalfa halal untuk dia.

"So, lepas ni kita nak ke mana?" Azfar bertanya kepada Zalfa yang berjalan sedikit jauh darinya. Halal gap sangat!

"Balik. I banyak kerja lagi kat ofis tu." Jawab Zalfa. Lagipun dia bukannya cuti hari ini. Lelaki di sebelahnya ini tak mengapalah, bos besar.

"Jom, kita pergi makan." Ajak Azfar tanpa menghiraukan kata-kata Zalfa.

"Kalau macam tu, buat apa you tanya I?" rungut Zalfa. Geram. Sibuk tanya nak pergi mana tetapi alih-alih ajak dia pergi makan. Sengaja betul!

"Sebab I suka dengar suara you." Jawab Azfar sebelum melangkah pergi dari situ. Meninggalkan Zalfa dengan wajah yang tercengang.

"Gila!" komen Zalfa sebelum melangkah ke arah Azfar.

"You nak makan apa?" tanya Azfar sambil membelek menu di tangannya. Zalfa juga turut melihat senarai menu di situ. Terkejut apabila melihat senarai harga makanan yang tertera di situ.

"Mahal sangat ni!" komen Zalfa. Walaupun dia datang dari keluarga yang berada tetapi tidak pernah dia masuk ke restoran yang menyajikan makanan hampir beratus kecuali hotel. Itu dia tidak nafikan.

"I tak suruh you tengok harga tu. I suruh you pilih nak makan apa, sayangku." Balas Azfar. Tidak menghiraukan akan komen Zalfa tadi.

Zalfa mendengus mendengar balasan Azfar. Kalau ikutkan hatinya, nak jer dia ganyang lelaki di depannya ini. Baru dia puas hati.

"I tak nak makan. Mahal sangat!" menu makanan diletakkan kembali di atas meja. Dahlah gajinya belum masuk lagi bulan ini. Dibuatnya lelaki itu meminta dia belanja, tak ke naya. Gajinya hanya tinggal separuh selepas membayar kereta, rumah dan juga bil-bil yang lain.

"You jangan nak buat perangai Zalfa. I ajak you ke sini untuk makan. Bukannya untuk dengar you cakap tak nak makan. Lagipun I yang belanja. Bukannya I minta you bayar." Ujar Azfar. Sering kali Zalfa menguji kesabarannya. Dan mujurlah dia ni jenis lelaki yang penyabar dan tidak mudah naik angin.

Melihatkan renungan tajam yang Azfar yang seperti ingin menelannya hidup-hidup, akhirnya Zalfa mengalah.

"Yalah-yalah. I pilih." Zalfa mengambil kembali menu makanan dan membeleknya kembali. Melihat gambar makanan yang mana satu menarik minatnya.

Selepas makan, Azfar menghantar Zalfa pulang ke pejabat kembali. Itu pun setelah puas Zalfa merayu. Kalau ikutkan Azfar, dia tidak mahu lagi menghantar Zalfa pulang. Ingin berdua-duaan dengan wanita itu.

Ah! Tidak sabar hendak menjadi yang halal buat Zalfa.

"Bye, darling! Take care." Azfar melambaikan tangan kepada Zalfa selepas wanita itu keluar dari keretanya. Cermin keretanya diturunkan dan kaca mata hitamnya di tanggalkan. Menghantar langkah Zalfa masuk ke dalam lobi syarikat milik bakal mentuanya.

Zalfa sudah merah mukanya menahan malu. Para pekerjanya yang ada di situ tersenyum ke arahnya. Si Azfar ni memang tak tahu malunya agaknya. Macam manalah dia hendak hidup dengan lelaki itu nanti?


Tulusly,

Hezy Rose.

 

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.