Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, September 11, 2022

MENITI CINTA

 


BAB 4



SEMINGGU lagi Zalfa bakal menjadi hak milik Azfar sepenuhnya. Zalfa rasa hendak melarikan diri dari semua itu. Dia belum bersedia sepenuhnya lagi untuk menjadi isteri kepada Isyq Azfar. Kalau tidak fikirkan malu dan maruah keluarganya, sudah lama Zalfa melarikan diri dan biar Azfar malu sorang-sorang. Tetapi itu hanyalah angan-angan yang tidak akan menjadi kenyataan.

Mimpi sajalah Zalfa oi!

"Jauh betul termenung."

Teguran Zarif menerbangkan lamunan Zalfa. Zalfa menegakkan duduknya di kerusi dan memandangnya abangnya yang baru saja melabuhkan duduk di depannya. Ketika itu mereka berada di luar rumah. Di taman mini milik ibu mereka.

"Along buat apa waktu macam ni tak tidur lagi."

Soal Zalfa. Jarang benar abangnya tidur lewat jika tiada kerja yang hendak diselesaikan. Biasanya waktu macam ini, abangnya sudah dibuai mimpi.

"Along tengok adik jauh termenung dan sebab itulah along datang sini. Ada masalah ke?" balas Zarif. Bukan Zarif tidak perasan yang sejak Zalfa dipaksa kahwin dengan Azfar, adiknya banyak termenung.

"Tak ada apa-apa masalah. Cuma fikirkan yang tak lama adik bakal jadi isteri orang. Rasa macam tak bersedia sepenuhnya lagi."

Rasa di hati Zalfa tutup sebaik mungkin. Tidak mahu Zarif menghidu apa yang tersimpan dalam fikirannya ketika ini.

"Adik jangan fikirkan sangat. Insya-Allah tiada apa-apa. Along yakin Azfar boleh jaga adik dengan baik. Dia lelaki yang bertanggungjawab."

Tanpa sedar, Zalfa mencebik. Pujilah sangat teman baiknya tu. Huh!

Zarif menahan ketawanya. Bukan dia tidak perasan dengan mimik muka yang ditayangkan oleh Zalfa. Dia tahu yang Zalfa alergik dengan Azfar sejak dari dulu lagi. Tetapi kalau sudah dinamakan jodoh, lari sejauh mana pun tetap akan berjumpa.

"Dahlah. Jangan fikir lagi. Insya-Allah, adik bahagia dengan Azfar. Adik pergilah tidur. Bakal pengantin tidak elok tidur lewat."

"Along yakin?"

Hati Zalfa seakan tenang selepas mendengar kata-kata Zarif. Mungkin Azfar terbaik untuknya tetapi fitnah yang dilemparkan oleh Azfar terhadapnya terlalu berat. Terlalu sukar untuk Zalfa terima.

"Along yakin. Along sentiasa doakan kebahagiaan untuk adik along. Dahlah, along masuk dulu. jangan masuk lambat pula." Pesan Azfar.

Azfar menepuk bahu Zalfa sebelum bangun dan masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Zalfa yang sedang merenung langit malam yang hitam pekat.

Kenapalah dia perlu mengenali lelaki yang bernama Azfar? Tidak tenang hidupnya sejak terserempak dengan Azfar tempoh hari. Huh!



******




ESOK merupakan hari pernikahan Zalfa dan Azfar. Malam itu, malam berinai diadakan. Kalau ikutkan hati Zalfa yang masih sakit, dia tidak mahu semua itu tetapi setelah didesak oleh keluarganya terutama sekali uminya, Datin Anisah terpaksalah Zalfa meneruti permintaan itu. Kata uminya, bila lagi hendak merasai semua itu. Hanya sekali seumur hidup.

Hmmm...betul ke sekali? Mungkin akan ada lain kali kut.

"Zalfa! Sorry beb, aku lambat!" Nisa' yang baru saja tiba di rumah Zalfa. Nurin dan Ainul sudah lama tiba di situ. Sebelum majlis berinai bermula lagi.

"Yalah. Orang sibukkan. Pekerja kesayangan bos." Muncung Zalfa. Dia faham yang Nisa' sibuk. Tetapi sengaja hendak mengusik temannya itu.

"Kau ni. Janganlah merajuk. Aku datang jugakan walaupun lambat." Nisa' memujuk Zalfa. Sengaja hendak bermanja dengan dia. Esok dah jadi isteri orang temannya ini.

"Malam ni saja aku dapat bermanja dengan kau. Lepas ni susah hendak jumpa." Beritahu Zalfa. Awal-awal lagi Azfar meminta Zalfa pindah ke rumah lelaki itu. Jauh dari rumah Nisa dan dua orang temannya itu.

"Orang nak dapat suamikan." Usik Nisa'. "Pasti hendak bermanja dengan suami."

"Bukanlah. Aku kena pindah ke rumah dia. Jauh dari rumah kau. Susahlah nak jumpa nanti." Beritahu Zalfa. Sedih hendak berpisah dengan teman-temannya.

"Alaa...kau ni. Macamlah kau pindah ke London. Itu betul-betul jauh. Setakat Kuala Lumpur dengan Shah Alam, bukannya jauh sangat." Balas Nisa'. Drama betul temannya yang seorang ni.

"Kau tak nak jemput aku masuk ke ni?" dari tadi Zalfa dan Nisa' berbual di muka pintu. Sebenarnya Zalfa keluar hendak mencari si abang tetapi terjumpa dengan Nisa' yang baru saja tiba.

"Eh! Lupa pula nak ajak kau masuk. Masuklah! Nurin dan Ainul ada di dalam. Aku nak pergi cari abang aku sekejap."

Zalfa melangkah keluar rumah untuk mencari si abang. Ada hal penting yang hendak dismpaikan kepada abangnya.

"Along..." panggilan Zalfa menghentikan perbualan di antara Zarif dan bapa saudara mereka di bawah khemah yang sudah terpasang sejak semalam lagi.

"Ya. Kenapa?" Zarif mengangkat kepalanya memandang si adik yang tiba-tiba muncul.

"Can we talk? I have something important to discuss," pinta Zalfa. Kalau dia tidak cakap macam tu, jangan harap Zarif nak bangun kalau asyik berbual.

"Yes, sure." Angguk Zarif sambil bangun dan meminta diri untuk berlalu dari situ.

Setibanya di bahagian yang tiada orang, Zarif bertanya terus kepada Zalfa akan hal mustahak itu.

"Apa yang penting sangat tu?" soal Zarif tidak sabar.

"What if I want to cancel this wedding?"

Soalan dari Zalfa mengejutkan Zarif. Tidak terjangka bahawa perkara itu yang Zalfa ingin bincangkan. Melihat wajah serius si adik, Zarif sudah panas punggung. Kalau Zalfa memang serius nak batalkan perkahwinan tu, sekarang juga dia call Azfar.

"What? Are you insane, sis?"

Ketawa Zalfa membuat Zarif ingin mengetuk kepala adiknya ketika itu. Tetapi fikirkan yang adiknya bakal berkahwin esok, tidak jadi hendak bertindak sebegitu.

"I'm just kidding." Sengih Zalfa.

"Zalfa Fatnin!" kacing gigi Zarif dengan kenakalan si adik. Boleh pula perkara sebegini dibuat main-main.

"Chill along. Jangan gelabah sangat okay. Sebenarnya Zalfa nak along sampaikan kepada Azfar yang lepas majlis akad nikah esok, kita akan gerak terus ke hotel untuk majlis persandingan. Dan naik kereta masing-masing." Beritahu Zalfa kepada Zarif.

"Kenapa tak bagitahu sendiri je? Along juga yang kena sampaikan." Zarif mula hendak membebel. Bukannya Zalfa tak ada nombor telefon Azfar.

"Sebab dia kan kawan baik along. Alonglah orang sesuai untuk beritahu pada dia."

Sebenarnya Zalfa sengaja hendak mengelak daripada berhubung dengan Azfar kerana dia malas hendak mendengar suara lelaki itu. Sekurang-kurangnya, malam ini dapatlah dia tidur lena.

"Yalah. Along sampaikan pada Azfar nanti." Mengalah Zarif dengan permintaan si adik. Ada-ada saja cara adiknya hendak mengelak daripada Azfar. Macamlah dia tidak tahu.

"Yay! Terima kasih along." Zalfa boleh menarik nafas lega. Selesai satu masalah.

"Zalfa masuk dulu. Bye." Dengan gembira Zalfa melangkah masuk ke dalam rumah.

Geleng kepala Zarif dengan telatah si adik.

"Kau gembiralah malam ni dik. Tunggu saja malam esok. Mahunya kejung depan Azfar nanti. Belum lagi bakal suami kau keluar aura menggoda dia. Cair terus." Bebel Zarif sendirian. Zalfa tidak tahu lagi rancangan Azfar. Mahunya mengamuk nanti Zalfa selepas tahu apa yang Azfar rancangkan esok.



Note: Untuk bacaan penuh, boleh dapatkan ebook Meniti Cinta yang berharga RM13. Whatsapp admin 0196173916



Tulusy,

Hezy Rose.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.