Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Monday, August 30, 2021

MENITI CINTA

 


BAB 2



KAKI MELANGKAH tanpa arah tujuan. Fikiran Zalfa melayang memikirkan permintaan ex-senior dia sewaktu di sekolah menengah dan juga universiti suatu ketika dahulu. Dan dia tidak tahu kenapa, dia perlu berjumpa dengan ex-senior lagi. Macam mana tak jumpa balik kalau lelaki itu merupakan teman rapat abangnya. Huh!

Pening kepalanya dengan permintaan tidak masuk akal oleh lelaki yang bernama Isyq Azfar. Ya, lelaki yang melanggar di tempoh hari.

Nak tahu tak apa permintaan ex-senior dia tu?

Azfar minta dia untuk jadi isterinya dan gantikan tempat kakak lelaki itu yang tak jadi kahwin kerana tunang kakaknya meninggal dunia. Dan Zalfa turut bersimpati dengan apa yang menimpa kakak lelaki itu tetapi kenapa perlu libatkan dirinya? Tak faham betul! Carilah perempuan lain. Berlambak lagi di luar sana.

Ada satu lagi yang Zalfa tak faham dengan lelaki itu, ada ke patut dia minta nak kahwin sebulan saja. Gila ke apa mamat tu! Huh!

Yang itu satu hal. Dan satu hal lagi, bulan dua mana cukup 30 hari. Hanya 28 hari saja.

Haih! Pening kepala aku fikirkan semua itu. Agaknya otak lelaki itu dah biul barangkali. Dah la setiap kali jumpa mesti gaduh. Macam mana hendak duduk serumah nanti. Semestinya akan tercetus perang. Nak kata kurang bijak, sewaktu zaman sekolah dan universiti dulu selalu saja mendapat anugerah.

Ini belum lagi keluarga dia tahu akan hal itu. Dan Zalfa pun tak tahu macam mana nak beritahu keluarganya nanti.

Zalfa melepaskan keluhannya. Penat!

Sedang asyik Zalfa berjalan, iPhone 8nya berdering minta dijawab. Tertera nombor yang Zalfa tidak kenal di skrin telefon pintarnya. Dan jarang sekali dia mendapat panggilan dari nombor yang dia tidak kenali.

Nak jawab atau tidak?

Zalfa berura-ura mahu jawab atau tidak. Tetapi kata hatinya menyuruh dia menjawab panggilan itu. Dan kata hatinya mengatakan panggilan itu penting. Jadinya, dia membuat keputusan untuk menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum." Zalfa memberikan salam sebaik saja dia menjawab panggilan itu.

"Waalaikumussalam." Jawab si pemanggil di hujung talian itu.

Hmmm... suara lelaki. Macam pernah dengar tapi siapa ya?

"Siapa ni?" soal Zalfa kerana rasa ingin tahu terlalu tinggi. Jarang sekali dia mendapat panggilan dari lelaki melainkan yang tersilap nombor atau kliennya.

"Takkan tak kenal? Baru dua jam yang lepas kita jumpa. Dah lupa ke?" balas si pemanggil lelaki itu.

Zalfa diam seketika dan cuba mengingati siapa yang dia jumpa hari ini selain ex-seniornya.

Kejap! Jangan kata si pemanggil ini ialah Isyq Azfar.

"Dah ingat siapa yang you jumpa?" soal si pemanggil itu setelah lama Zalfa berdiam diri. "Ke you ada jumpa lelaki lain selepas jump I?" sengaja Azfar hendak mencari gaduh dengan Zalfa.

"Ini Isyq Azfar ke?" soal Zalfa inginkan kepastian kerana tidak mahu tersalah teka nanti walaupun hatinya yakin mengatakan bahawa lelaki itu ialah Isyq Azfar. Ex-seniornya dulu.

"Ternyata memori you masih lagi kuat. I lah, Azfar. Siapa lagi?" Azfar mengiakan tekaan Zalfa. Tiada sebab untuk dia berselindung identitinya.

Dah agak dah! Memang betul kata hatinya.

"Dari mana you dapat nombor telefon I ni, Azfar?" soal Zalfa kehairanan. Seingatnya, tadi dia tidak bagi pun nombor telefonnya pada lelaki itu. Tetapi macam mana lelaki itu boleh tahu nombor telefonnya?

"You lupa agaknya yang I ni teman baik abang you," ujar Azfar di hujung talian. Memang dia minta nombor telefon Zalfa dengan Zarif pun. Untung juga ada Zarif sebagai abang Zalfa. Senang kerjanya.

Laju saja tangan kiri Zalfa menepuk dahi sendiri. Ya Allah! Macam mana dia boleh lupa. Tapi yang abangnya pun satu, baik hati sangat beri nombor telefon dia pada lelaki itu kenapa?

"Ada apa you call I ni?" soal Zalfa.

"Tentang cadangan I... eh! Nope! Bukan cadangan tapi permintaan I tadi. Macam mana? You setuju?" soal Azfar. Terus ke tujuan asal dia menelefon Zalfa.

Zalfa mengeluh perlahan. Dia belum lagi fikirkan soal itu. Tak boleh ke beri dia masa? Stress betul dengan lelaki sorang ni.

"I tak setuju! I tak dapat tunaikan permintaan you tu." Akhirnya Zalfa memberi kata putus. Nak sangat jawapannya kan? Ha! Padan muka.

"Betul you tak setuju?" soal Azfar tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Bukan jawapan itu yang dia hendak dengar. Dia ingat Zalfa akan setuju dengan permintaannya itu.

"Betullah. I tak setuju!" dengan yakin Zalfa menjawab.

"Bukankah tadi I dah pesan yang I tak nak dengar perkataan 'Tidak', 'No' dan 'Tidak setuju'?" tekan Azfar. Menegaskan kata-katanya tadi. Suaranya bertukar serius.

"Ingat tapi you nak sangatkan jawapan dari I. So, I bagilah jawapan yang you minta tu. Lagipun, hati I bukan pada you. And one more thing, your plan is crazy! And i don't agree with that."

Balas Zalfa dengan serius. Kalau Azfar boleh serius, dia pun akan serius.

"Okay. Tak mengapa. Tapi you jangan menyesal sebab tak setuju dengan rancangan I. You tengoklah nanti apa yang I akan buat." Jelas sekali Azfar dengan mengugut Zalfa.

Tanpa sempat Zalfa membalas kata-kata Azfar, lelaki tu terlebih dahulu menamatkan panggilan itu. Zalfa menarik nafas dan menghembuskan perlahan-lahan. Menahan sabar di hati. Terasa berat sekali kepalanya saat ini memikirkan ugutan Azfar sebentar tadi.

Dia ingat, dengan menolak permintaan lelaki itu, masalah sudah selesai tetapi tidak. Dan mungkin masalah lain pula akan timbul. Agak-agak, apa yang lelaki itu bakal lakukan nanti?

Huh!

Sangat penat dan boleh sakit jiwa!

 

 

******

 

 

'ISYQ AZFAR Tan Sri Lukman bakal menamatkan zaman bujang.'

Salah satu tajuk yang terpampang di muka hadapan akhbar hari ini. Okey! Baca tajuk tu Zalfa tidak terkejut lagi tetapi sebaik saja dia membaca apa yang ditulis oleh wartawan memang dia sangat terkejut. Berita yang cukup memeranjatkan dia dan membuatkan jantungnya hampir berhenti mengepam darah.

Sejak bila dia setuju hendak berkahwin dengan lelaki itu? Sedangkan semalam dia menolak lamaran lelaki itu. Ke lelaki itu salah dengar? Atau sengaja cari masalah?

Habislah kalau abi dan umi dia tahu. Dia nak jawab apa nanti dengan ibu bapanya nanti? Mental betullah Isqy Azfar ni!

Zalfa melepaskan keluhan kasar. Geram dan menahan marah pada Azfar. Ternyata lelaki itu tidak main-main dengan ugutannya semalam.

Akhbar yang berada di atas meja kopi di ruang tamu atas, di ambil dan di bawa masuk ke dalam biliknya untuk di simpan. Harap-harap abi dan uminya belum baca lagilah. Kalau tak, memang dia dalam masalah. Dan selepas ini dia perlu menghubungi Azfar untuk meminta penjelasan lelaki itu.

Zalfa turun ke bawah semula untuk bersarapan. Tetapi belum pun kakinya menjejaki anak tangga yang terakhir, susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berbual dengan ibu bapanya dan abang sulungnya, Zarif Fahmi.

'Apa lelaki itu buat di rumah aku?' bisik hati kecil Zalfa. Di dalam hatinya penuh dengan tanda tanya dan perasaan ingin tahu. Dan wajah abi dia begitu serius.

Apa yang lelaki itu katakan pada abi dia?

Jangan-jangan abi dan umi dia sudah tahu tentang berita itu? Alamak! Habislah dia nanti.

Sebelum mendekati ibu bapanya dan abang sulungnya serta Azfar, Zalfa menarik nafas terlebih dahulu. Harap-harap semuanya baik-baik saja. Dan dia perlu kuat dengan apa yang bakal berlaku nanti.

"Selamat pagi, abi, umi dan along." Sapa Zalfa sebaik saja kakinya berada di ruang tamu utama.

"Hmmm... selamat pagi." Balas Dato' Hisham agak dingin.

Perasan akan kedinginan suara Dato' Hisham, Zalfa mula tidak sedap hati. Dia yakin, mesti Azfar ada cakap sesuatu pada abinya itu.

"Duduklah. Kami ada benda nak bincang dengan Zalfa." Pelawa Datin Anisah yang duduk di sebelah suaminya.

"Baik, umi." Zalfa memilih untuk duduk di sebelah Zarif. Dia memandang alongnya meminta penjelasan melalui isyarat mata tetapi alongnya hanya menjongketkan bahu. Tanda tidak tahu.

Tetapi Zalfa yakin yang Zarif tahu. Masakan Zarif tidak tahu apa yang berlaku sedangkan alongnya turut berada di situ. Ini mesti ada sesuatu yang alongnya sorokkan.

"Abi nak kamu kahwin dengan Azfar."

Arahan dari Dato' Hisham membuatkan Zalfa terpempen. Terbuntang matanya dek rasa terkejut itu. Satu arahan bukan permintaan.

"Kahwin? Tapi kenapa?" soal Zalfa tidak berpuas hati dengan arahan abinya itu.

"Kamu dah terlanjur dengan Azfarkan?" soalan dari Dato' Hisham membuatkan Zalfa ingin pitam. Terkejut dengan soalan yang tidak terduga dari abi dia. Bulat matanya memandang kedua ibu bapanya.

Terlanjur? Sejak bila dia bercinta dengan Azfar? Gila!

Zalfa memandang ke arah Azfar yang duduk di sofa berangkai satu. Tenang saja dia melihat lelaki itu. Tidak ada rasa bersalah sedikit pun. Zalfa menahan rasa marah yang mula membara di dalam hati.

"No, Abi! Zalfa tak pernah bercinta dengan Azfar pun. Berjumpa pun hanya beberapa kali. Itu pun ada along," jelas Zalfa. Dia difitnah!

Setiap kali dia terserempak dengan Azfar, pasti Zarif ada bersama. Dan hanya sekali saja dia terserempak dengan lelaki itu.

"Abi tak kira. Abi nak Zalfa kahwin dengan Azfar. Jangan malukan keluarga kita." Dato' Hisham tetap dengan keputusannya.

"Abi! Takkan abi percayakan orang luar daripada anak sendiri? Please... kami tak pernah terlanjur," rayu Zalfa. Nampaknya abinya tak percayakan dia.

"Keputusan abi muktamad." Tegas Dato' Hisham.

"Umi..." Zalfa meminta pertolongan Datin Anisah tetapi jawapan uminya membuatkan dia ingin pengsan.

"Kahwin dengan Azfar. Umi tak nak nanti anak umi dapat malu bila orang lain tahu Zalfa mengandung anak luar nikah." Tegas Datin Anisah.

"Okay. Fine! Zalfa setuju kahwin dengan Azfar." Setuju Zalfa sambil memandang tajam ke arah Azfar yang tersenyum sinis padanya. Nampaknya tiada siapa percayakan dia. Huh!

Dan tiada guna Zalfa pujuk rayu dengan abinya kerana putih kata abinya, maka putihlah jawapannya.

Kau jangan ingat kau dah menang Azfar. Let's start the game.

Zalfa membalas senyuman Azfar dengan sinis.

"We need to talk." Zalfa berlalu meninggalkan Azfar yang sedang berbual dengan keluarganya.

"Saya pergi jumpa Zalfa sekejap ya, uncle, aunty." Azfar berlalu dari situ dan menuju ke taman mini milik keluarga Zalfa.

"Before we get married, I want make a deal with you."

Sebaik saja Azfar melabuhkan duduknya berhadapan dengan Zalfa, terus dia bersuara. Makin lama dia tengok wajah Azfar, makin sakit hati pula.

"Perjanjian? Apa?" soal Azfar bersama dengan kerutan di dahi. Sudah di agak, pasti Zalfa tidak akan setuju begitu saja. Pasti ada permintaan si gadis di hadapannya ini.

"Pertama, kita buat hal masing-masing. Kedua, I takkan menyibuk dalam hal you dan sebaliknya. Ketiga, I nak bilik asing-asing. Dan keempat, kalau you dah jumpa perempuan yang sesuai dengan you, lepaskan I."

Macam peluru berpandu pula syarat-syarat yang keluar dari mulut Zalfa. Azfar yang tekun mendengar syarat-syarat yang diletakkan oleh Zalfa mula membantah. Tidak setuju.

"I tak setuju!" putus Azfar.

"No. You kena setuju!" tekan Zalfa. Sebenarnya dia main hentam saja syarat itu kerana dia mahu Azfar menarik balik fitnah yang dilemparkan oleh lelaki itu. Siapa tidak sakit hati apabila difitnah.

"I takkan setuju. Muktamad!" Azfar tidak mahu mengalah. Saja Zalfa hendak memprovoknya. Bukan Azfar tidak tahu.

"Kalau macam tu, kita tak payah kahwin. Batalkan perkahwinan tu. Habis cerita." Zalfa sengaja mengugut Azfar supaya lelaki itu setuju dengan permintaannya.

"Kenapa pula nak batalkan? Parents you dah setuju." Tegas Azfar. Sekali dia melangkah, dia tidak akan berundur diri.

"Sebab I tak nak kahwin dengan you, Azfar! Permintaan you tu tak masuk akal dan you fitnah I! You tak rasa berdosa ke?"

Ujar Zalfa dengan nada tertahan. Bengang dengan tindakan Azfar tetapi pada masa yang sama tidak mahu keluargaya mendengar pertelingkahan mereka di situ.

Wajah bersahaja yang ditayangkan oleh Azfar semakin menyakitkan hati Zalfa. Zalfa mendengus tanda marah. Geram!

Azfar bangun dan merendahkan sedikit badannya. Bibirnya betul-betul berada di tepi telinga Zalfa.

"You dah lupa ke yang parents you ingat you tu bukan anak dara lagi. Dan kemungkinan bakal mengandung." Di bisikkan di telinga Zalfa sebelum dia berlalu pergi dari situ dengan senyuman yang dia saja yang tahu.

"Azfar!" jerit Zalfa dengan geram. Menyakitkan hati betul mamat ni!

MENITI CINTA

 



BAB 1


SELEPAS TAMAT waktu kerja, sengaja Zalfa melencong ke Pavillion untuk menghilangkan stress kerjanya dan rasa kecewa kerana dimarahi oleh Zarif tadi kerana tersilap menghantar proposal kepada abangnya itu. Padahal itu bukan kali pertama dia dimarahi oleh Zarif tetapi entah kenapa hari ini terlebih sensitif. Mungkin kerana dia datang bulan kut.

Ketika Zalfa sedang berjalan, tetiba badannya dirempuh dari belakang. Hampir saja dia tersadung kalau tiada tangan yang menahannya dari jatuh menyembah lantai. Terasa erat sekali tangan yang membelit pinggangnya sebelum Zalfa merasa badannya tegak berdiri 90 darjah.

"Sorry miss." Suara yang meminta maaf itu lelaki tetapi kenapa familiar saja pada pendengaran Zalfa?

Zalfa berpaling ke belakang untuk melihat siapakah pemilik suara garau itu. Hampir saja terbuntang matanya saat melihat lelaki itu. Teman baik abangnya rupanya. Patutlah familiar sangat suara itu.

"Azfar?"

"Zalfa."

Mereka bersuara serentak. Tetapi Zalfa lebih kepada terkejut.

Seingat Zalfa, abangnya beritahu yang Azfar ke Kanada dan kenapa lelaki itu terpacak di depannya?

"What are you doing here, Zalfa?" soal Azfar.

"What a stupid question, Encik Azfar? Of course I'm working." Balas Zalfa sarkastik.

Sebenarnya, Zalfa tidak berapa suka dengan Azfar kerana lelaki di depannya sedikit poyo dan suka mencari gaduh dengan dia. Dan yang pasti akan ada saja idea Azfar untuk kenakan dia.

"Rajin betul you kerja lebih masa. Sekarang ni waktu pejabat sudah tamat." Ujar Azfar sambil melihat jam di tangannya.

Zalfa menjulingkan matanya ke atas. Mulalah tu hendak cari gaduh dengan dia. Huh!

"I minta diri dululah, Encik Azfar." Sebaik saja meminta diri, terus Zalfa melangkah pergi dari situ tanpa menunggu balasan dari Azfar. Nampak seperti kurang ajar dan ada dia kisah. Lagi lama dia berada di situ, akan keluar macam-macam kata-kata yang bakal menyakitkan hatinya nanti.

Azfar menghantar langkah Zalfa dengan pandangan matanya saja tanpa sempat dia menghalang Zalfa. Kenapa susah sangat dia hendak mendekati Zalfa? Dan Zalfa sengaja menjauh darinya. Susah betul hendak pikat wanita yang bernama Zalfa Fatnin ni!

Deringan telefon mematikan niat Azfar untuk terus melihat langkah Zalfa yang semakin jauh dari pandangan matanya. Lantas Azfar menjawab panggilan tersebut dan melangkah pergi ke arah bertentangan Zalfa.

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik, Zalfa merebahkan badannya di atas katil sambil melepaskan keluhan. Minggu ini dia tidak pulang ke rumah orang tuanya kerana sibuk. Zalfa memilih untuk tinggal sendirian bersama dengan rakannya yang juga bekerja di syarikat yang sama dengan dia. Zalfa ingin belajar untuk hidup berdikari. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarganya.



*****



AZFAR sedang mundar-mandir di beranda biliknya. Memikirkan cadangan keluarganya yang Azfar rasa macam tak masuk akal. Kematian tunang kakaknya semalam membawa Azfar ke lembah dilema. Bukan Azfar tidak simpati dengan kakaknya yang baru saja kehilangan tunang tersayang. Malah mereka sedang menghitung hari menuju ke hari bahagia tetapi Allah lebih menyayangi arwah.

Cadangan ahli keluarganya yang meminta Azfar untuk menggantikan kakaknya sewaktu majlis persandingan nanti tidak masuk akal. Mana Azfar hendak cekau calon isteri. Kekasih pun tak ada. Keluarganya tidak mahu membatalkan majlis tersebut memandangkan persiapan sudah hampir siap. Dan ingin meneruskan majlis tersebut dengan syarat Azfar yang bersanding di atas pelamin itu.

Tepuk dahi Azfar selepas mendengar cadangan keluarganya. Dan idea itu datang dari ibunya sendiri, Puan Sri Noraini. Barangkali Puan Sri Noraini sengaja mengambil kesempatan ketika ini supaya Azfar kahwin memandangkan sebelum ini Puan Sri Noraini sering kali mendesak Azfar untuk kahwin tetapi tidak diendahkan oleh si anak.

Di mana Azfar mahu cari calon isteri yang ekpress?

Hati Azfar ada sukakan seseorang tetapi wanita tersebut terlalu sukar untuk Azfar dekati.

Wajah wanita itu sentiasa mengganggu lenanya tiap malam. Tiba-tiba mentol lampu menyala. Azfar seakan dapat idea dan menemui jalan penyelesaian kepada masalahnya ini. Tidak salah mencuba. Manalah tahu wanita itu turut menyukainya?

Sebelum orang lain masuk meminang, lebih baik Azfar bertindak memandangkan peluang yang ada di depan matanya terlalu cerah.

Badannya direbahkan di atas katil. Malam ni Azfar mampu tidur lena kerana dia sudah tahu siapa calon isteri yang sesuai bergandingan dengan dia.

Taksabarnya nak kahwin!



MENITI CINTA [EBOOK]

 

 


 

 

 SINOPSIS

 

 

 Cerita cinta tentang ISYQ AZFAR Tan Sri Lukman dan ZALFA FATNIN Dato' Hisham.

Kisah ini bermula apabila Zalfa bertemu kembali dengan ex-seniornya sewaktu zaman sekolah dan universiti dahulu. Pertemuan yang mengeheret Zalfa ke alam perkahwinan tanpa rasa cinta.

Tetapi ada satu rahsia yang Zalfa tidak tahu tentang Azfar.
Apakah rahsia itu?
Mampukah Zalfa dan Azfar hidup bahagia dan mengharungi kehidupan yang berumah tangga yang penuh dengan onak duri demi secebis kebahagiaan dan cinta?

⚠HAK CIPTAAN TERPELIHARA

-Hezy Rose-❤

KERANA TERPAKSA

 

 

 

BAB 2


KEHILANGAN MELINDA menjadi kecoh. Apatah lagi Melina tidak tahu yang keluarga kekasih Melinda akan datang ke rumah mereka untuk merisik adiknya itu. Melissa menjumpai surat yang ditinggalkan oleh Melinda di dalam bilik. Fikirnya, Melinda keluar bersama rakan-rakan tetapi tidak. Rupanya Melinda telah lari meninggalkan rumah.

Dan kehadiran keluarga Megat Fitri di rumahnya disambut dengan baik walaupun Melinda tiada. Melina sendiri terkejut dengan kehadiran keluarga kekasih Melinda. Hari ini, baru dia tahu bahawa kekasih Melinda selama ini merupakan bos di tempat kerjanya.

Siapa tidak kenal dengan Tan Sri Zubir dan Puan Sri Farah di hotel itu. Dia sebagai pekerja perlulah tahu nama-nama itu. Dan juga nama bosnya sendiri, mestilah dia ingat, Megat Fitri walaupun dia tidak pernah terserempak dengan bosnya sepanjang dia bekerja di situ.

"Maaf Tan Sri, Puan Sri, saya tak tahu yang keluarga Tan Sri akan datang hari ini. Dan Melinda tidak memberitahu saya apa-apa pun." Jelas Melina serba-salah. Tidak tahu di mana dia hendak menyorokkan muka kerana malu dengan tindakan Melinda.

"Eh! Fitri cakap yang Lin dah bincang dengan keluarganya." Balas Puan Sri Farah terkejut.

"Tapi dia tak ada bincang apa-apa pun dengan saya. Termasuk kedatangan Puan Sri sekeluarga." Beritahu Melina. Jujur tanpa berselindung.

"Fit?" Puan Sri Farah meminta penjelasan daripada anak lelaki bongsunya itu.

"Are you sure, Melina? Betul Lin tak ada cakap apa-apa pada you?" soal Megat Fitri tidak berpuas hati.

"Ya, betul Encik Megat. Dan untuk pengetahuan Encik Megat, Melinda dah lari." Lebih baik Melina berterus-terang daripada berselindung. Lambat atau cepat, pasti Megat Fitri akan tahu.

"What? You jangan main-main Melina." Marah Megat Fitri. Risau Melina menipunya semata-mata ingin melindungi si adik.

"Saya tak tipu Encik Megat. Ini suratnya." Surat yang ditinggalkan oleh Melinda dihulurkan kepada lelaki itu.

"Damn it!" bentak Megat Fitri. Mukanya yang putih sudah bertukar rona. Perasaan marah mula membara di dalam hati.

Terkejut Melina dengan hentakan Megat Fitri di pada meja kayu. Terangkat bahunya.

"Tak guna, Melinda!" sumpah Megat Fitri.

"Sabar, Fit." Pujuk Puan Sri Farah. Tidak sangka hal ini akan berlaku.

"Saya minta maaf Tan Sri, Puan Sri buat pihak Melinda. Kami pun baru tahu yang Lin lari tinggalkan rumah. Itu pun selepas Melissa yang jumpa surat itu. Saya ingat dia keluar jumpa Encik Megat atau rakan-rakannya."

Melina memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar kepada tetamu yang hadir. Tidak mahu ada salah faham dan menganggap dia tidak mengambil berat tentang Melinda. Sekiranya dia tahu yang Melinda akan lari dari rumah, pasti dihalang adiknya itu.

"Kamu tak perlu minta maaf Melina. Bukan salah kamu. Dan kamu sendiri tidak tahu yang kami akan masuk meminang Lin hari ini." Balas Puan Sri Farah lembut. Dia tidak salahkah Melina kerana Melinda yang membuat keputusan sebegitu.

"Tapi..."

"Dah. Tak perlu salahkan diri sendiri. Kami minta diri dulu. Kalau ada apa-apa berita tentang Melinda, beritahu aunty nanti." Pesan Puan Sri Farah sebelum meminta diri untuk pulang.

Melina menghantar tetamu yang hadir di perkarangan rumahnya sehinggalah kereta-kereta mewah itu hilang dari pandangan matanya.

'Melinda, kenapa buat kak long macam ni?' bisik Melina di dalam hati.

"Sabarlah kak long." Pujuk Melissa. Cuba menenangkan hati kakak sulungnya yang resah ketika itu.

"Salah kak long ke kerana tidak pandai menjaga dan mendidik adik-adik kak long?" soal Melina perlahan.

"Tak. Bukan salah kak long. Tapi kak ngah tak fikir panjang." Melissa menggelengkan kepalanya. Dia tidak menyalahkan kakak sulungnya dengan tindakan kakak keduanya. Malah alasan yang diberikan oleh kak ngahnya tidak terlalu kukuh.

Kenapa perlu melarikan diri sedangkan perkara itu boleh dibawa berbincang?


******


KEDATANGAN Melinda disambut dingin oleh Megat Fitri. Hatinya masih sakit dengan tindakan Melinda yang membelakangkan dia dalam membuat keputusan walaupun dia tahu yang Melinda berhak membuat keputusan sendiri. Permohonan maaf Melinda seakan dipandang sepi kerana Megat Fitri ingin Melinda merayu padanya untuk memaafkan wanita itu tetapi tindakan itu sia-sia saja kerana Melinda tidak akan berganjak dari keputusan yang telah dibuat.

"I minta maaf, Fit. I sayangkan cita-cita I. Dan I tak nak terikat dengan sebarang hubungan sebelum I cita-cita I jadi kenyataan." Jelas Melinda. Dia datang memohon maaf kepada Megat Fitri. Dan tidak lama lagi dia akan berangkat ke Perancis untuk menyambung pelajarannya dalam bidang fesyen.

"I pernah cakap pada you Melinda. I takkan halang cita-cita you. Dan I nak kita cuma bertunang. That's it." Balas Megat Fitri dengan tegas. Keputusannya masih lagi tidak berubah.

"You tak faham, Fit. I tak nak ada sebarang ikatan. Itu yang you kena faham." Balas Melinda. Susah sangat ke Megat Fitri untuk memahami permintaannya itu?

"Kenapa? You takut hati you berubah?" tajam Megat Fitri memandang Melinda.

"Mungkin." Sepatah Melinda membalas. Kadang-kadang dia sendiri rasa ragu akan perasaannya terhadap Megat Fitri. Perasaan yang dibina sejak lima tahun yang lalu seakan hambar.

"Mungkin? So, you nak cakap yang selama ini perasaan you pada I bukan cinta?" tebak Megat Fitri.

"Tak. Bukan itu maksud I. I takut I atau you berubah hati nanti apabila kita berjauhan. Jadi, lebih baik kita bebas tanpa ikatan. Itu lebih baik I rasa. Sekurang-kurangnya, bila hati you berubah atau hati I berubah, tak adalah kita berdua terlalu sakit." Jelas Melinda. Cuba untuk memahamkan Megat Fitri.

"I tak faham, Melinda. Atau mungkin hati you dah berubah kepada lelaki lain?" teka Megat Fitri.

Melinda menelan liurnya. "You nak I jujur ke Fit?" soal Melinda.

"Jadi, betullah hati you dah berubah? You dah jumpa lelaki lain?" Megat Fitri cuba untuk menahan marahnya.

"Ya. Tapi I dengan dia cuma kawan saja. Tidak lebih daripada itu." Akui Melinda. Tidak perlu disorokkan dari Megat Fitri lagi.

Pengakuan Melinda melukakan hati Megat Fitri. Sangat terluka.

"Jadi, selama ini you curang di belakang I?" hampir saja Megat Fitri menjerit kerana geram dipermainkan oleh Melinda. Tetapi memikirkan mereka di tempat awam, dia kendurkan suaranya.

"No. I tak curang. I cuma berkawan. Sama macam you berkawan dengan kawan-kawan perempuan you." Balas Melinda. Tidak suka dituduh curang kerana dia dan lelaki tersebut tidak bercinta. Mereka cuma kawan sahaja.

"Fine. I terima. So, mulai hari ini kita putus Melinda. You dan I dah tak ada apa-apa hubungan. Tapi you jangan ingat I akan lepaskan you begitu saja." Akhirnya Megat Fitri memutuskan hubungan mereka. Tetapi terselit ugutan di hujung ayatnya.

Dan kenapa Melinda tidak merasai apa-apa. Malah dia berasa lega kerana tidak terikat dengan Megat Fitri lagi.

"I harap you masih anggap I sebagai kawan you," ujar Melinda. Dia tidak mahu bermasam muka dengan Megat Fitri.

"Kawan? In your dream. You musuh I. Begitu juga dengan orang di sekeliling you. Termasuk kakak kesayangan you tu. Tak lama lagi mungkin you akan tengok kakak kesayangan you kehilangan kerjanya."

Megat Fitri mengugut Melinda. Dendam mula membara di hatinya.

"I mohon pada you, jangan libatkan kak long. Dia tak salah. I yang salah." Melinda cuba untuk meminta simpati Megat Fitri tetapi tidak dihiraukan lelaki itu.

"Kenapa? Sebab dia kakak kesayangan you?" sinis Megat Fitri. "Selepas inikan you tak ada di Malaysia, mungkin dia boleh gantikan tempat you untuk I balas dendam." Ujar Megat Fitri tanpa perasaan.

"Fit, I mohon sangat pada you. Jangan libatkan kak long. Kalau you nak hukum I, hukumlah tapi jangan sesekali libatkan keluarga I." Melinda separuh merayu.

"Too late, Melinda." Ujar Megat Fitri sebelum bangun meninggalkan Melinda. Panggilan Melinda hanya angin yang lalu saja.

Pulang saja dari berjumpa dengan Megat Fitri, Melinda lebih banyak termenung memikirkan kata-kata ugutan Megat Fitri siang tadi. Risau akan keselamatan kakaknya, Melina.

"Kenapa termenung ni?" soal Melina apabila melihat adiknya termenung di anjung rumah. Tidak sampai seminggu Melinda lari dari rumah, adiknya pulang kembali. Memohon maaf kerana telah memalukan mereka sekeluarga.

"Eh! Kak long. Tak ada apa-apa kak long." Geleng Melinda sambil tersenyum. Tidak mahu menyusahkan kakaknya.

"Betul ni? Tapi kenapa kak long tengok wajah Lin risau saja?" sekali lagi Melina menyoal. Tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya.

"Lin okey kak long. Cuma risau nak tinggalkan kak long dan adik-adik di rumah. Lin nak pergi jauh dan mungkin setahun sekali saja Lin balik." Beritahu Melinda. Cuba menyorok rasa hatinya itu.

"Jangan risau. Pandailah kak long jaga diri dan adik-adik. Tugas Lin sekarang ialah belajar. Jangan risaukan kami. Kejar cita-cita Lin sehingga Lin berjaya." Pujuk Melina. Memberi kata-kata semangat kepada adiknya.

"Tapi..."

"Dah. Jangan fikir sangat." Potong Melina. Dia tidak suka melihat Melinda susah hati begitu.

"Baiklah." Akhirnya Melinda mengalah. Tidak mahu mengusutkan lagi fikirannya dengan ugutan Megat Fitri. Mungkin lelaki itu sengaja mengugutnya memandangkan ketika itu lelaki itu sedang marah.

"Jaga diri elok-elok di sana." Pesan Melina sewaktu menghantar Melinda di KLIA.

"Baik kak long. Kak long pun jaga diri juga. Jangan asyik kerja saja. Jaga kesihatan kak long. Dan jaga adik-adik elok-elok." Melinda turut meninggalkan pesanan buat kakak sulungnya.

"Ya. Jangan risau," balas Melina. Mereka berdua berpelukan.



Tulusly,

Hezy Rose.