Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, December 3, 2017

TETAP YANG PERTAMA


 
 
BAB 1
“NADIA Amira Binti Shazlan, aku ceraikan kau dengan talak tiga!” bergema suara Akif di seluruh pelosok kondominiumnya itu. Hatinya sedang marah membara dengan perbuatan isteri tercinta.
Tercintakah?
Hati suami mana tidak panas dan marah apabila melihat isteri yang dicintai sedang bercumbuan dengan lelaki lain di atas katil di dalam bilik dan di dalam rumahnya sendiri! Perasaan yang sedang membara membuatkan kali pertama tangannya naik menampar pipi isteri yang dicintainya itu. Hatinya sakit sangat!
Apa salah dia? Apa dosa dia sehingga isteri sendiri sanggup membuat maksiat di dalam rumah mereka? Dan kejamkah dia kerana menceraikan isterinya dengan talak tiga?
Akhirnya rumah tangga yang di bina selama dua tahun musnah dan ranap. Ibarat rumah kayu yang usang dan tunggu masa untuk runtuh. Dan runtuh jua akhirnya kerana di makan oleh anai-anai.
“Kau keluar dari sini! Bawa semua barang-barang kau!” arah Akif kepada bekas isterinya yang baru saja diceraikan olehnya tadi. Hatinya meluat dan sakit apabila melihat wajah bekas isterinya itu.
“Tapi abang...” Nadia Amira cuba untuk merayu tetapi dicantas oleh Akif.
“Aku cakap keluar! Keluar dari sini betina! Dan jangan sesekali panggil aku abang lagi. Jijik tahu tak, aku dengar!” jerit Akif  lantang. Sedikit pun dia tidak memandang wajah Nadia Amira.
Nadia Amira melangkah ke arah almari yang menempatkan pakaiannya itu. Dan mengambil semua pakaiannya. Dimasukkan ke dalam bagasi. Tetapi di dalam hatinya mendongkol geram dan marah pada teman lelakinya yang sudah dihalau oleh bekas suaminya itu. Menyesal pula bawa pulang teman lelakinya malam ini. Dia ingatkan Akif pulang esok dari outstation tetapi tidak. Rupa-rupanya hari ini. Memang cari bala sungguh. Dan dalam sekelip mata dia menjadi janda yang diceraikan dengan talak tiga sekali gus.! Ambik kau! Siapa suruh curang?
“Ingat! Jangan tinggal sehelai pun pakaian kau!” pesan Akif tegas sebelum menghempas pintu bilik dengan kuat sehingga terangkat bahu Nadia Amira.
Bersama dengan hati yang masih membara, Akif keluar dari bilik dan terus melangkah keluar dari rumah kerana dia tidak mampu untuk melihat wajah bekas isterinya ketika itu. Hatinya sangat sakit kerana setianya di curangi oleh sang isteri. Jadi selama ini sia-sia saja dia mencintai isterinya tetapi di belakangnya, Nadia ada lelaki lain.
Dan sekarang, dia tidak tahu ke mana harus dia tuju. Untuk balik ke rumah kedua ibu bapanya, tidak mungkin kerana dia tidak mahu ahli keluarganya tahu walaupun lambat-laun mereka akan tahu jua. Tetapi untuk saat ini, dia perlukan masa dan ruang untuk menenangkan fikirannya yang sedang kusut sekarang ini.
Thistle Johor Baru Hotel di tuju kerana hanya tempat itu saja yang berada di dalam kepalanya saat ini. Untuk pulang ke kondominiumnya kembali, dia tidak mampu kerana tidak mahu bertembung dengan bekas isterinya. Dan harap-harap, pagi esok bekas isterinya sudah tiada di kondominiumnya lagi.
Masuk saja ke dalam bilik hotel, badannya dihempaskan di atas katil yang empuk. Melepaskan lelah dan rasa penat yang masih menguasai diri. Keluhan dilepaskan perlahan sebelum bangun dan menanggalkan baju kerja yang masih lagi tersarung di badannya. Bilik air dituju untuk membersihkan dirinya. Badan sudah rasa belengas.
Selesai mandi, Akif menunaikan solat isyak. Dan menadah tangan memohon kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk menempuh ujian tersebut.
“Kenapa dengan Safiya tu, Syirah?” soal Puan Mariam kerana dari tadi lagi cucunya menangis tiada henti.
“Tak tahulah umi. Syirah bagi susu, dia tak nak.” Jelas Insyirah. Dia sendiri tidak pasti kenapa anaknya menangis. Nak kata demam, tak sebab badan tidak panas. Suhu badan pun baik saja.
“Demam ke?” soal Puan Mariam. Risau.
“Tak. Suhu badan dia baik saja,” jawab  Insyirah yang turut risau. Sejak dia pulang dari kerja petang tadi, Safiya sudah meragam.
“Kembung perut kut. Sini umi tengok.” Puan Mariam mengambil Safiya daripada dukungan Insyirah. Dan perut Safiya diperiksa. Sah! Kembung perut.
“Safiya kembung perut ni. Ambil minyak mestika bayi dan sapukan pada perut dan tapak kakinya sekali.” Suruh Puan Mariam kepada Insyirah sambil dia cuba meredakan tangisan cucunya itu.
“Baik, umi!” terus Insyirah bergegas ke bahagian barang-barang bayi milik Safiya yang terletak di sudut bilik tidurnya. Safiya yang sudah berada di atas katil bersama dengan Puan Mariam dihampiri dan ubat mula disapukan pada perut dan juga tapak kakinya bayi itu.
“Lain kali, kalau Safiya menangis bukan sebab lapar atau demam, Syirah periksa sekali perutnya. Sebab bayi ni, kalau perutnya kembung dia hanya mampu menangis saja,” pesan Puan Mariam setelah tangisan Safiya mulai reda.
“Baiklah, umi! Syirah manalah tahu. First time jaga bayi,” sengih Insyirah. Dan apa yang dipesan oleh Puan Mariam, disimpan di dalam kepalanya.
“Ya, umi faham! Kalau macam itu, umi masuk tidur dulu. Kalau perlukan bantuan ke apa, panggil saja umi.” Puan Mariam meminta diri untuk keluar dari bilik anaknya. Jam pun sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Mata dia pun dah mengantuk.
“Baiklah, umi!” angguk Insyirah sebelum Puan Mariam berlalu keluar dari situ.
*****
           
SEMALAM merupakan hari yang begitu penat bagi Akif. Kalau boleh, dia tidak mahu ingat apa yang berlaku semalam. Pada pagi itu, selesai bersarapan pagi, Akif memulakan perjalanannya menuju ke pejabat. Kalau ikutkan hatinya tidak mahu ke pejabat tetapi memandangkan banyak kerja yang sedang menanti, jadi terpaksalah dia rajin kan diri untuk ke sana. Lagipun, dia perlu berjumpa dengan peguam untuk uruskan hal perceraiannya.
“Selamat bagi Encik Althaf.” Sapaan daripada pekerja bawahannya dibalas dengan senyuman berserta anggukan walaupun saat itu dirinya ditimpa masalah. Dan dia tidak mahu di cop sebagai majikan yang sombong.
“Ria, masuk bilik saya!” arah Akif sebaik saja dia lalu di hadapan meja setiausahanya.
“Hari ni Encik Althaf ada meeting dengan Meers Holding dan lunch appointment dengan Tan Sri Hasan.”
Seperti biasa, Ria menyatakan jadual hariannya tanpa disuruh oleh Akif kerana sudah hampir sepuluh tahun dia berkhidmat di syarikat tersebut.
“Awak dah call Encik Hamid dan minta dia datang ke sini hari ini?” soal Akif.
“Dah, Encik Althaf. Dan Encik Hamid cakap pukul 9:30 pagi dia tiba di sini.” Jawab Ria.
“Baiklah. Kalau macam tu, awak boleh sambung buat kerja balik,” ujar Akif. Dan Ria berlalu keluar dari situ dan menyambung kerjanya.
“Eh, Hamid! Dari mana ni?” soal Tan Sri Adnan sebaik saja terserempak dengan Encik Hamid yang baru saja hendak masuk ke dalam lift.
“Tan Sri. Saya baru saja lepas berjumpa dengan Encik Althaf.” Beritahu Encik Hamid sambil bersalam dengan Tan Sri Adnan.
“Dengan Althaf? Kenapa?” soal Tan Sri Adnan hairan. Berkerut dahinya. Kenapa tiba-tiba saja anaknya memanggil peguam peribadi. Ada apa-apa berita yang dia tidak tahu ke?
“Errr... Tan Sri tak tahu ke?” soal Encik Hamid balik. Teragak-agak untuk berterus-terang dengan Tan Sri Adnan.
“Tahu apa?” soalan dibalas soalan oleh Tan Sri Adnan. Dan Encik Hamid serba-salah untuk memberitahu kepada Tan Sri Adnan memandangkan mereka berada di tempat umum. Di hadapan lift.
Seakan faham dengan riak wajah Encik Hamid, Tan Sri Adnan mengajak Encik Hamid untuk ke pejabatnya. “Kalau macam tu kita masuk ke bilik saya dululah.” Dan Encik Hamid mengangguk setuju dengan cadangan Tan Sri Adnan.
Bunyi pintu bilik yang dirempuh dari luar membuatkan Akif mengangkat wajahnya. Wajah Tan Sri Adnan yang sedang menahan amarah terpampang pada pandangan matanya. Akif bangun dan melangkah mendekati Tan Sri Adnan. Di dalam hatinya berasa pelik dan takut apabila melihat wajah Tan Sri Adnan yang merah.
Errr... dia ada buat salah ke? Ke ada projek yang gagal?
“Kenapa daddy?” mukadimah pertama dari Akif. Agak takut untuk bertanya. Walaupun dia sudah besar panjang, dia paling takut apabila melihat daddy dia marah kerana daddy dia jarang sekali marah. Tan Sri Adnan merupakan seorang yang cool.
“Answer me, why you divorced with Nadia, Akif Althaf?”
Soalan yang keluar dari mulut Tan Sri Adnan membuatkan Akif terkejut dan terpempen. Dari mana daddy tahu yang dia sudah bercerai?
“Errr... daddy... tahu dari... mana?” tergagap-gagap Akif hendak bertanya. Bukan dia tidak mahu beritahu keluarganya yang lain, cuma dia perlukan masa dan ruang untuk tenangkan dirinya.
“Encik Hamid. Daddy terserempak dengan dia tadi.” Beritahu Tan Sri Adnan. Cuba untuk mengawal api kemarahannya. Bukan apa, dia masih terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Encik Hamid tadi. “Kenapa Akif ceraikan Nadia?” kali ini Tan Sri Adnan bertanya dengan nada yang agak lembut dan tidak sekeras tadi.
“Apa kata daddy duduk dulu. Akif akan ceritakan semuanya kepada daddy.” Akif meminta Tan Sri Adnan duduk di atas sofa yang sedia ada di dalam pejabatnya.
Tan Sri Adnan melabuhkan duduknya di atas sofa seperti yang diminta oleh Akif. Akif turut melabuhkan duduknya bertentangan dengan Tan Sri Adnan. Dan dia memulakan ceritanya kepada Tan Sri Adnan.
What? Sanggup dia buat Akif macam tu!” terkejut Tan Sri Adnan dengan berita yang disampaikan oleh Akif. Nasib baik dia tiada sakit jantung.
“Ya, daddy! Akif pun tak sangka yang dia curang di belakang Akif,” adu Akif Althaf. Tidak sangka isteri yang dia percaya selama ini menconteng arang ke mukanya.
Daddy pun tak sangka. Sanggup dia buat macam tu pada kita. Sedangkan selama ini, daddy dan mummy layan dia baik tetapi ini yang dia balas.” Keluh Tan Sri Adnan. Itu bukan menantu tetapi hantu. Ini, kalau isterinya tahu memang kenalah dengan isterinya.
Daddy... nanti jangan beritahu mummy lagi. Biar Akif sendiri beritahu dia. Insya-Allah, petang nanti Akif balik ke rumah daddy.” Permintaan dari Akif, Tan Sri Adnan mengangguk setuju. Biarlah anaknya menyampaikan berita ini sendiri kepada isterinya nanti. Itu lebih baik.
“Baiklah. Kalau Akif perlukan apa-apa, beritahu daddy. Dan nanti hari perbicaraan kes penceraian Akif dan Nadia, inform pada daddy. Daddy akan pergi.”

Pesan Tan Sri Adnan sebelum meminta diri untuk keluar memandangkan dia ada meeting dengan client sekejap lagi. Dan Akif mengangguk kepala. Menghantar langkah daddynya dengan pandangan mata yang kosong. Fikirannya masih lagi berserabut. Akif beristighfar di dalam hati. Tidak mahu dirinya hanyut dengan perasaan sebelum dia menyambung kerjanya yang tergendala.

NOTE : enjoy ya guys. klau nk sambungan komen byk2 ya. thank you :)

2 comments:

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.