Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Monday, December 25, 2017

TETAP YANG PERTAMA

NOTE : Maaf sebab ambil masa lama utk update next bab. Btw, terima kasih pd yg sudi baca. Next bab mungkin thn depan sbb sy busy dgn final. Enjoy ya guys :)

Regards,
Ayatul Husna.

BAB 2
PADA PETANG itu, selepas waktu pejabat tamat, Akif memandu menuju ke rumah keluarganya. Sewaktu di dalam perjalanan, Akif memilih untuk fokus pada pemanduannya dan tidak mahu menyerabutkan kepalanya dengan masalah yang melanda rumah tangga nya dan kes penceraian dengan bekas isterinya.
Setiba di banglo mewah milik Tan Sri Adnan dan Puan Sri Salina, Akif meletakkan keretanya di sebelah kereta milik Tan Sri Adnan. Nampaknya daddynya sudah pulang. Akif keluar dari kereta dan membuka pintu belakang kereta untuk mengambil briefcase miliknya.
Sewaktu berjalan ke arah pintu masuk, Akif berdoa harap-harap mummynya tidak pengsan selepas mendengar ceritanya. Salam diberikan oleh Akif.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Suara Tan Sri Adnan menjawab salam Akif.
Mummy mana daddy?” soalan pertama Akif seusai saja dia mencium tangan Tan Sri Adnan.
“Ada. Di dapur. Sedang masak untuk Akif. Daddy beritahu mummy yang Akif nak balik ke rumah hari ni,” jawab Tan Sri Adnan sambil melangkah kembali ke arah sofa dan melabuhkan duduknya di situ.
“Oh... kalau macam tu, Akif naik mandi dan solat dululah daddy.” Akif meminta diri berlalu ke atas. Tan Sri Adnan membalasnya dengan anggukan.
Masuk saja ke dalam bilik, Akif merebahkan di atas katil untuk seketika. Matanya memandang ke atas. Kipas yang sedang berpusing dipandang. Fikirannya mula melayang jauh. Mula memikirkan masalah rumah tangga nya kembali. Kenangan manis di antara dia dan bekas isterinya mula menerjah ruang fikiran.
Kenapa Nadia Amira curang pada dia? Apa kurangnya dia?
Soalan itu mula bermain di fikirannya kembali. Keluhan berat dilepaskan. Sangat berat ujian yang Allah berikan pada dia saat ini.
Akif bangun dari berbaring dan mula turun dari katil. Baju dan seluar diletakkan di dalam bakul baju kotor. Dengan hanya bertuala, Akif mula masuk ke dalam bilik air untuk menyegarkan badannya yang mula melekit.
Selesai mandi menunaikan solat maghrib, Akif melangkah turun ke bawah. Dapur dituju kerana kedengaran suara Puan Sri Salina dan Mak Nah di situ.
“Assalamualaikum mummy, Mak Nah.” Pipi Puan Sri Salina dicium oleh Akif.
Akif menarik kerusi dan duduk.
“Waalaikumussalam, Akif. Balik sorang saja? Nadia mana?” Puan Sri Salina mula menjenguk kepalanya untuk melihat batang tubuh menantunya tetapi tidak kelihatan.
Manakala Akif serba salah untuk menjawab soalan mummynya. “Akif dari pejabat sebenarnya. Tak balik rumah pun lagi.” Jawab Akif. Dan dia berharap mummynya berpuas hati dengan jawapan yang berikan dan tidak bertanya lebih lanjut.
“Oh...” angguk Puan Sri Salina. Memahami. Bukan tidak pernah Akif Althaf pulang sendirian ke rumah tetapi dia rasa sudah lama dia tidak berjumpa dengan menantunya itu.
“Errr... mummy, Akif ada perkara nak beritahu pada mummy,” ujar Akif.
“Apa dia?” Puan Sri Salina mula memberi tumpuan kepada anaknya.
“Kejap lagi ya, mummy. Lepas kita makan.” Senyum Akif. Dia tidak mahu nanti mummy hilang selera makan pula selepas mengetahui tentang penceraiannya.
“Pula. Yalah.” Puan Sri Salina meneruskan kerjanya yang tergendala.
Selesai menyiapkan hidangan untuk makan malam, Puan Sri Salina mula memanggil Tan Sri Adnan dan Akif untuk makan. Mak Nah turut di ajak makan sekali memandang dia sudah menganggap Mak Nah seperti ahli keluarganya sendiri.
“Sedapnya mummy masak. Lama dah tak makan masakan mummy.” Puji Akif sebelum menyuap nasi ke dalam mulutnya. Akif makan dengan berselera sekali. Semalam dia tak ada selera hendak makan tetapi hari ini, bila tengok masakan Puan Sri Salina, seleranya datang kembali.
“Dah kamu tu lama dah tak balik rumah ni,” balas Puan Sri Salina bersahaja.
Dan Akif hanya mampu tersengih dengan kata-kata mummynya. Ya. Memang betul. Dia sudah lama tidak pulang ke rumah keluarganya kerana sibuk dengan urusan syarikat dan asyik outstation saja.
“Tambah lagi Akif. Special mummy masak untuk Akif.” Puan Sri Salina menghulurkan ikan keli berlada. Dan Akif menyambut huluran Puan Sri Salina. Malam itu, Akif makan dengan berselera sekali.
Selepas makan malam, Akif dan Tan Sri Adnan berbual di ruang tamu. Puan Sri Salina mula melangkah ke arah ruang tamu dan melabuhkan duduk di sebelah Tan Sri Adnan. Duduknya dibetulkan sebelum bersuara.
“Tadi Akif ada perkara nak beritahu mummy. Apa dia?”
Soalan daripada Puan Sri Salina membuatkan Akif hampir terlupa tujuan utama dia kembali ke rumah banglo mewah itu.
“Sebelum Akif berterus-terang dengan mummy, Akif harap mummy bertenang dan tarik nafas dulu,” ujar Akif.
“Macam perkara serius saja.” Tebak Puan Sri Salina.
“Ya. Memang serius pun mummy.” Akif mengangguk.
“Cepatlah beritahu mummy. Rasa tak sedap hati pula ni.” Puan Sri Salina mula mendesak.
Akif menarik nafas dan mengumpulkan kekuatan terlebih dahulu sebelum memberitahu perkara sebenar kepada Puan Sri Salina. “Errr... sebenarnya mummy, Akif dah ceraikan Nadia semalam.”
Fuh! Lega rasanya selepas memberitahu perkara itu kepada mummynya.
“What?” terbangun Puan Sri Salina dari duduknya selepas mendengar kenyataan yang keluar dari mulut anaknya. Bergema suaranya di ruang tamu itu.
Bercerai?
“Kenapa Akif ceraikan Nadia?” laju Puan Sri Salina bertanya dengan matanya yang mencerlung ke arah anak lelakinya itu. Dengan nada yang marah.
“Lina... bawa bertenang dan apa kata awak duduk dulu. Dengar apa yang Akif nak cakap.” Tan Sri Adnan mula menjampuk. Menarik tangan Puan Sri Salina untuk duduk kembali.
“Yang abang tak terkejut ni, abang dah tahu ke?” Puan Sri Salina mula menyoal suaminya yang sedang duduk relaks di atas sofa.
“Ya. Abang dah tahu pagi tadi.” Akui Tan Sri Adnan.
“Tapi kenapa abang tak beritahu saya pun?” marah Puan Sri Salina.
“Abang bukan tak nak beritahu tetapi Akif yang minta abang rahsiakan. Dia nak beritahu Lina sendiri,” jelas Tan Sri Adnan. “Dan dengar dulu apa yang Akif nak cakap. Jangan nak salahkan dia.” Tan Sri Adnan memberi nasihat kepada isterinya.
Kali ini Puan Sri Salina mula berpaling ke arah Akif kembali. Cuba ditenangkan hatinya. “Kenapa Akif ceraikan Nadia?” suara Puan Sri Salina agak lembut sedikit kali ini dan tidak marah seperti tadi.
“Dia curang di belakang Akif. Akif tangkap dia dengan lelaki lain di kondominium kami.” Akif mula membuka cerita walaupun dia tidak mahu ingat peristiwa semalam tetapi dia terpaksa ceritakan semua itu kembali.
Akif mula menceritakan apa yang telah berlaku secara detail dan satu pun tidak tertinggal. Bukan untuk memburukkan bekas isterinya tetapi itulah hakikatnya. Dia tidak mahu mummy dia nanti akan terpujuk dengan pujukan bekas isterinya nanti.

Dan dia yakin yang Nadia akan datang ke rumah untuk meminta simpati dari mummynya kerana mummynya sayangkan bekas isterinya. Tidak mustahil yang mummynya akan termakan dengan kata-kata bekas isterinya jika dia tidak menceritakan semuanya.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.