BAB 1
“NADIA Amira Binti Shazlan, aku ceraikan kau dengan talak tiga!” bergema suara
Akif di seluruh pelosok kondominiumnya itu. Hatinya sedang marah membara dengan
perbuatan isteri tercinta.
Tercintakah?
Hati suami mana tidak panas dan marah apabila
melihat isteri yang dicintai sedang bercumbuan dengan lelaki lain di atas katil
di dalam bilik dan di dalam rumahnya sendiri! Perasaan yang sedang membara
membuatkan kali pertama tangannya naik menampar pipi isteri yang dicintainya
itu. Hatinya sakit sangat!
Apa salah dia? Apa dosa dia sehingga isteri sendiri
sanggup membuat maksiat di dalam rumah mereka? Dan kejamkah dia kerana
menceraikan isterinya dengan talak tiga?
Akhirnya rumah tangga yang di bina selama dua tahun
musnah dan ranap. Ibarat rumah kayu yang usang dan tunggu masa untuk runtuh.
Dan runtuh jua akhirnya kerana di makan oleh anai-anai.
“Kau keluar dari sini! Bawa semua barang-barang
kau!” arah Akif kepada bekas isterinya yang baru saja diceraikan olehnya tadi.
Hatinya meluat dan sakit apabila melihat wajah bekas isterinya itu.
“Tapi abang...” Nadia Amira cuba untuk merayu
tetapi dicantas oleh Akif.
“Aku cakap keluar! Keluar dari sini betina! Dan
jangan sesekali panggil aku abang lagi. Jijik tahu tak, aku dengar!” jerit
Akif lantang. Sedikit pun dia tidak
memandang wajah Nadia Amira.
Nadia Amira melangkah ke arah almari yang
menempatkan pakaiannya itu. Dan mengambil semua pakaiannya. Dimasukkan ke dalam
bagasi. Tetapi di dalam hatinya mendongkol geram dan marah pada teman lelakinya
yang sudah dihalau oleh bekas suaminya itu. Menyesal pula bawa pulang teman
lelakinya malam ini. Dia ingatkan Akif pulang esok dari outstation tetapi
tidak. Rupa-rupanya hari ini. Memang cari bala sungguh. Dan dalam sekelip mata
dia menjadi janda yang diceraikan dengan talak tiga sekali gus.! Ambik kau!
Siapa suruh curang?
“Ingat! Jangan tinggal sehelai pun pakaian kau!”
pesan Akif tegas sebelum menghempas pintu bilik dengan kuat sehingga terangkat
bahu Nadia Amira.
Bersama dengan hati yang masih membara, Akif keluar
dari bilik dan terus melangkah keluar dari rumah kerana dia tidak mampu untuk
melihat wajah bekas isterinya ketika itu. Hatinya sangat sakit kerana setianya
di curangi oleh sang isteri. Jadi selama ini sia-sia saja dia mencintai
isterinya tetapi di belakangnya, Nadia ada lelaki lain.
Dan sekarang, dia tidak tahu ke mana harus dia
tuju. Untuk balik ke rumah kedua ibu bapanya, tidak mungkin kerana dia tidak
mahu ahli keluarganya tahu walaupun lambat-laun mereka akan tahu jua. Tetapi
untuk saat ini, dia perlukan masa dan ruang untuk menenangkan fikirannya yang
sedang kusut sekarang ini.
Thistle Johor Baru Hotel di tuju kerana hanya
tempat itu saja yang berada di dalam kepalanya saat ini. Untuk pulang ke
kondominiumnya kembali, dia tidak mampu kerana tidak mahu bertembung dengan
bekas isterinya. Dan harap-harap, pagi esok bekas isterinya sudah tiada di
kondominiumnya lagi.
Masuk saja ke dalam bilik hotel, badannya
dihempaskan di atas katil yang empuk. Melepaskan lelah dan rasa penat yang
masih menguasai diri. Keluhan dilepaskan perlahan sebelum bangun dan
menanggalkan baju kerja yang masih lagi tersarung di badannya. Bilik air dituju
untuk membersihkan dirinya. Badan sudah rasa belengas.
Selesai mandi, Akif menunaikan solat isyak. Dan
menadah tangan memohon kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk menempuh
ujian tersebut.
“Kenapa dengan Safiya tu, Syirah?” soal Puan Mariam
kerana dari tadi lagi cucunya menangis tiada henti.
“Tak tahulah umi. Syirah bagi susu, dia tak nak.”
Jelas Insyirah. Dia sendiri tidak pasti kenapa anaknya menangis. Nak kata
demam, tak sebab badan tidak panas. Suhu badan pun baik saja.
“Demam ke?” soal Puan Mariam. Risau.
“Tak. Suhu badan dia baik saja,” jawab Insyirah yang turut risau. Sejak dia pulang
dari kerja petang tadi, Safiya sudah meragam.
“Kembung perut kut. Sini umi tengok.” Puan
Mariam mengambil Safiya daripada dukungan Insyirah. Dan perut Safiya diperiksa.
Sah! Kembung perut.
“Safiya kembung perut ni. Ambil minyak mestika bayi
dan sapukan pada perut dan tapak kakinya sekali.” Suruh Puan Mariam kepada
Insyirah sambil dia cuba meredakan tangisan cucunya itu.
“Baik, umi!” terus Insyirah bergegas ke bahagian
barang-barang bayi milik Safiya yang terletak di sudut bilik tidurnya. Safiya
yang sudah berada di atas katil bersama dengan Puan Mariam dihampiri dan ubat mula disapukan pada perut
dan juga tapak kakinya bayi itu.
“Lain kali, kalau Safiya menangis bukan sebab lapar
atau demam, Syirah periksa sekali perutnya. Sebab bayi ni, kalau perutnya
kembung dia hanya mampu menangis saja,” pesan Puan Mariam setelah tangisan
Safiya mulai reda.
“Baiklah, umi! Syirah manalah tahu. First time jaga
bayi,” sengih Insyirah. Dan apa yang dipesan oleh Puan Mariam, disimpan di
dalam kepalanya.
“Ya, umi faham! Kalau macam itu, umi masuk tidur
dulu. Kalau perlukan bantuan ke apa, panggil saja umi.” Puan Mariam meminta
diri untuk keluar dari bilik anaknya. Jam pun sudah menunjukkan pukul 12 tengah
malam. Mata dia pun dah mengantuk.
“Baiklah, umi!” angguk Insyirah sebelum Puan Mariam
berlalu keluar dari situ.
*****
SEMALAM
merupakan hari yang begitu penat bagi Akif. Kalau boleh, dia tidak mahu ingat
apa yang berlaku semalam. Pada pagi itu, selesai bersarapan pagi, Akif
memulakan perjalanannya menuju ke pejabat. Kalau ikutkan hatinya tidak mahu ke
pejabat tetapi memandangkan banyak kerja yang sedang menanti, jadi terpaksalah
dia rajin kan diri untuk ke sana. Lagipun, dia perlu berjumpa dengan peguam
untuk uruskan hal perceraiannya.
“Selamat bagi Encik Althaf.” Sapaan daripada
pekerja bawahannya dibalas dengan senyuman berserta anggukan walaupun saat itu
dirinya ditimpa masalah. Dan dia tidak mahu di cop sebagai majikan yang
sombong.
“Ria, masuk bilik saya!” arah Akif sebaik saja dia
lalu di hadapan meja setiausahanya.
“Hari ni Encik Althaf ada meeting dengan
Meers Holding dan lunch appointment dengan Tan Sri Hasan.”
Seperti biasa, Ria menyatakan jadual hariannya
tanpa disuruh oleh Akif kerana sudah hampir sepuluh tahun dia berkhidmat di
syarikat tersebut.
“Awak dah call Encik Hamid dan minta dia
datang ke sini hari ini?” soal Akif.
“Dah, Encik Althaf. Dan Encik Hamid cakap pukul
9:30 pagi dia tiba di sini.” Jawab Ria.
“Baiklah. Kalau macam tu, awak boleh sambung buat
kerja balik,” ujar Akif. Dan Ria berlalu keluar dari situ dan menyambung
kerjanya.
“Eh, Hamid! Dari mana ni?” soal Tan Sri Adnan
sebaik saja terserempak dengan Encik Hamid yang baru saja hendak masuk ke dalam
lift.
“Tan Sri. Saya baru saja lepas berjumpa dengan
Encik Althaf.” Beritahu Encik Hamid sambil bersalam dengan Tan Sri Adnan.
“Dengan Althaf? Kenapa?” soal Tan Sri Adnan hairan.
Berkerut dahinya. Kenapa tiba-tiba saja anaknya memanggil peguam peribadi. Ada
apa-apa berita yang dia tidak tahu ke?
“Errr... Tan Sri tak tahu ke?” soal Encik Hamid
balik. Teragak-agak untuk berterus-terang dengan Tan Sri Adnan.
“Tahu apa?” soalan dibalas soalan oleh Tan Sri
Adnan. Dan Encik Hamid serba-salah untuk memberitahu kepada Tan Sri Adnan
memandangkan mereka berada di tempat umum. Di hadapan lift.
Seakan faham dengan riak wajah Encik Hamid, Tan Sri
Adnan mengajak Encik Hamid untuk ke pejabatnya. “Kalau macam tu kita masuk ke
bilik saya dululah.” Dan Encik Hamid mengangguk setuju dengan cadangan Tan Sri
Adnan.
Bunyi pintu bilik yang dirempuh dari luar
membuatkan Akif mengangkat wajahnya. Wajah Tan Sri Adnan yang sedang menahan
amarah terpampang pada pandangan matanya. Akif bangun dan melangkah mendekati
Tan Sri Adnan. Di dalam hatinya berasa pelik dan takut apabila melihat wajah
Tan Sri Adnan yang merah.
Errr... dia ada buat salah ke? Ke ada projek yang
gagal?
“Kenapa daddy?” mukadimah pertama dari Akif.
Agak takut untuk bertanya. Walaupun dia sudah besar panjang, dia paling takut
apabila melihat daddy dia marah kerana daddy dia jarang sekali
marah. Tan Sri Adnan merupakan seorang yang cool.
“Answer me, why you divorced with Nadia, Akif
Althaf?”
Soalan yang keluar dari mulut Tan Sri Adnan
membuatkan Akif terkejut dan terpempen. Dari mana daddy tahu yang dia
sudah bercerai?
“Errr... daddy... tahu dari... mana?”
tergagap-gagap Akif hendak bertanya. Bukan dia tidak mahu beritahu keluarganya
yang lain, cuma dia perlukan masa dan ruang untuk tenangkan dirinya.
“Encik Hamid. Daddy terserempak dengan dia
tadi.” Beritahu Tan Sri Adnan. Cuba untuk mengawal api kemarahannya. Bukan apa,
dia masih terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Encik Hamid tadi. “Kenapa Akif ceraikan Nadia?” kali
ini Tan Sri Adnan bertanya dengan nada yang agak lembut dan tidak sekeras tadi.
“Apa kata daddy duduk dulu. Akif akan
ceritakan semuanya kepada daddy.” Akif meminta Tan Sri Adnan duduk di
atas sofa yang sedia ada di dalam pejabatnya.
Tan Sri Adnan melabuhkan duduknya di atas sofa
seperti yang diminta oleh Akif. Akif turut melabuhkan duduknya bertentangan
dengan Tan Sri Adnan. Dan dia memulakan ceritanya kepada Tan Sri Adnan.
“What? Sanggup dia buat Akif macam tu!”
terkejut Tan Sri Adnan dengan berita yang disampaikan oleh Akif. Nasib baik dia
tiada sakit jantung.
“Ya, daddy! Akif pun tak sangka yang dia
curang di belakang Akif,” adu Akif Althaf. Tidak sangka isteri yang dia percaya
selama ini menconteng arang ke mukanya.
“Daddy pun tak sangka. Sanggup dia buat
macam tu pada kita. Sedangkan selama ini, daddy dan mummy layan
dia baik tetapi ini yang dia balas.” Keluh Tan Sri Adnan. Itu bukan menantu
tetapi hantu. Ini, kalau isterinya tahu memang kenalah dengan isterinya.
“Daddy... nanti jangan beritahu mummy
lagi. Biar Akif sendiri beritahu dia. Insya-Allah, petang nanti Akif balik ke
rumah daddy.” Permintaan dari Akif, Tan Sri Adnan mengangguk setuju.
Biarlah anaknya menyampaikan berita ini sendiri kepada isterinya nanti. Itu
lebih baik.
“Baiklah. Kalau Akif perlukan apa-apa, beritahu daddy.
Dan nanti hari perbicaraan kes penceraian Akif dan Nadia, inform pada daddy.
Daddy akan pergi.”
Pesan Tan Sri Adnan sebelum meminta diri untuk
keluar memandangkan dia ada meeting dengan client sekejap lagi.
Dan Akif mengangguk kepala. Menghantar langkah daddynya dengan pandangan
mata yang kosong. Fikirannya masih lagi berserabut. Akif beristighfar di dalam
hati. Tidak mahu dirinya hanyut dengan perasaan sebelum dia menyambung kerjanya
yang tergendala.
NOTE : enjoy ya guys. klau nk sambungan komen byk2 ya. thank you :)

Bila sambung dia..
ReplyDeletesoon. akan disambung klau byk permintaan. :)
ReplyDelete