BAB
3
“Errr...boss betul ke
nak ambil Cik
Navilya ni bekerja
di sini? Saya
rasa macam tak
sesuailah dengan dia.”
Liana cuba membantah
keputusan bosnya itu.
Rasa macam tak
percaya pula bosnya
boleh pilih wanita
secantik Navilya Afeefa
untuk bekerja sebagai tea lady lelaki
itu.
“Betullah! Apa
yang tak sesuainya?
Saya tengok okey
saja. Sesuailah dengan
kelulusannya. Taraf SPM jer pun!”
balas Megat Qays
angkuh. Dan masih
sempat lagi dia
mengutuk bakal pekerjanya
itu.
“Bukan apa
bos, dia cantiklah!
Saya rasa macam
tak sesuai saja
kerja tu dengan
dia,” ujar Liana memberi
pendapat peribadinya. Walaupun
dia merupakan teman
rapat kepada Megat
Qays akan tetapi
dia tetap menghormati
Megat Qays sebagai
majikannya semasa waktu
pejabat.
“Tak
kisahlah dia cantik
ke apa? Yang
penting, saya nak
dia juga yang
bekerja di sini.
Cantik saja buat
apa kalau belajar
takat SPM saja,”
balas Megat Qays.
Sempat lagi dia
menghina Navilya Afeefa.
“Tapi
bos...” Liana ingin membantah.
“Awak
bos atau saya
bos?” belum sempat
Liana membantah, Megat
Qays sudah memotong
kata-katanya itu.
“Err... boslah,
bos!” balas Liana
perlahan. Bimbang dimarahi
bosnya itu.
“Kalau saya
bos, tolong ikut
arahan saya. Faham?”
soal Megat Qays
tegas. Sengaja ditegaskan
suaranya itu. Kalau
dia berlembut nanti,
adalah teman merangkap
setiausahanya itu membantah.
“Baik, bos!”
akur Liana. Kepalanya
diangguk perlahan. Terpaksa
akur dengan arahan
yang dikeluarkan oleh
majikannya itu. Lalu
dia meminta diri
untuk keluar dan
menyambung kerjanya itu.
Hari ini
Navilya Afeefa mula
bekerja. Dan nasib
baik dia tidak
terlewat. Kalau tak,
rosak nanti prestasi
kerjanya pada hari
ini pertama dia
bekerja. Kaki dibawa
melangkah ke pintu
masuk syarikat yang
besar dan gah
itu. Syarikat ayahnya
tidaklah sebesar dan
segah ini. Kalah
syarikat milik ayahnya
itu.
Navilya Afeefa
melangkah mendekati kaunter
penyambut tetamu. Ada
dua orang gadis
yang sedang berdiri
di situ. Seorang
agak berumur dan
seorang lagi masih
muda. Dalam 20-an
macam tu.
“Hai,
Assalamualaikum...saya
Navilya Afeefa, pekerja
baru di sini,”
beritahu Navilya Afeefa
sebaik saja dia
berdiri di hadapan
kaunter tersebut.
“Hai,
Waalaikumussalam...Selamat
datang, Cik Navilya!
Sekejap yer...” balas
wanita yang agak
berumur itu. Lalu,
wanita itu mengangkat
ganggang telefon dan mendail seseorang.
Selang dua minit,
wanita itu meletakkan
kembali ganggang telefon
dan senyum kepada
Navilya Afeefa.
“Cik Navilya
boleh pergi ke
tingkat 20. Dan
di situ, Cik
Liana akan tunggu
Cik Navilya,” beritahu
wanita yang agak
berumur itu.
“Terima kasih,
akak!” ujar Navilya
Afeefa. Senyuman dihadiahkan
buat wanita itu.
“Sama-sama! Panggil
saja, Kak Han!”
balas wanita yang
bernama Han itu.
Dan tanpa dipinta,
dia memberitahu namanya
itu walaupun bukan
nama penuh.
“Baiklah, Kak
Han!” angguk Navilya
Afeefa sambil tersenyum
sebelum dia meminta
diri untuk beredar
ke tingkat atas.
Navilya
Afeefa mula bergerak
ke tingkat atas
dengan menggunakan lift.
Tingkat 20 merupakan
destinasinya. Sampai saja
di tingkat 20,
Navilya Afeefa melangkah
keluar dari lift.
Dia berjalan masuk
ke ruang yang
lengang dan sunyi.
Belum sempat
Navilya Afeefa menolak
pintu masuk itu,
ada suara menyapanya
dari belakang.
“Cik Navilya
Afeefa?” sapa satu
suara asing. Perempuan.
Lantas Navilya
Afeefa berpaling ke
belakang dan mengangguk
perlahan. Teragak-agak. “Ya,
saya!”
Melihatkan Navilya
Afeefa seperti hairan
macam mana dia
boleh tahu nama
gadis itu, Liana
tergelak kecil sebelum
memperkenalkan dirinya. “Saya
Liana. Setiausaha Encik
Megat.”
“Oh!” hanya
itu saja yang
keluar dari bibir
Navilya Afeefa kerana
masih lagi terkejut
tetapi senyuman tetap
dihulurkan.
“Jom! Ikut
saya masuk ke
dalam. Encik Megat
masih belum sampai
lagi. Biasanya dalam
pukul 9 baru
dia masuk.” Beritahu
Liana tanpa ditanya
oleh Navilya Afeefa.
“Okey.” Angguk
Navilya Afeefa. Lalu
langkah Liana di
ikut dari belakang.
“Errr...cik Liana
dah lama bekerja
di sini?” soal
Navilya Afeefa. Tidak
tahu nak letak
apa pada pangkal
nama Liana, akhirnya
dia memanggil ‘Cik
Liana.’ Suka hati
dia jer. Entah-entah
lebih tua daripada
dia.
“Panggil saja
Kak Liana. Akak
dah kahwin Afeefa.
Bolehkan akak panggil
Afeefa?” beritahu Liana.
Dia tersenyum kecil
apabila Navilya Afeefa
memanggilnya dengan gelaran
‘Cik’ di hadapan.
Muda sangat ke
dia?
“Oh, sorry
akak. Ingatkan kak
Liana belum kahwin
lagi. Boleh. Saya
tak kisah. Nak
panggil Feefa pun
boleh.” Senyum Navilya
Afeefa. Dia mula
senang berbual dengan
Liana kerana wanita
itu melayannya dengan
baik. Tidak sombong
walaupun menjadi PA
kepada CEO syarikat
itu.
“Tak pe.
Kalau macam tu,
akak panggil Afeefa,
Feefa sajalah. Pendek
sikit,” ujar Liana.
Rupanya Navilya Afeefa
peramah orangnya. Dia
ingatkan jenis senyap
saja.
“Pun
boleh kak Liana,”
balas Navilya Afeefa.
“Feefa tunggu
sekejap yer. Akak
nak kena siapkan
dokumen sebab nanti
pukul sepuluh, bos
ada meeting.” Beritahu
Liana. Ingin meminta
diri kerana ada
kerja yang harus
dia siapkan.
“Silakan kak
Liana. Maaf menganggu
kak Liana,” pinta
Navilya Afeefa. Rasa
bersalah pula kerana
kak Liana terpaksa
melayannya sedangkan wanita
itu masih ada
kerja yang belum
selesai.
“Eh! Tak
mengapa. Kak Liana
tak kisah pun.
Bukannya banyak sangat pun
kerja tu.” Balas
Liana sebelum berlalu
menuju ke ruang
kerjanya.
Navilya Afeefa
memandang sekeliling. Sunyi
saja. Atau mungkin
dia datang awal
sangat? Tetapi kenapa
di tingkat ini
hanya ada tiga
bilik saja. Dan
satu lagi ruang
barangkali di belakang
kerana ada jalan
yang membawa ke
suatu tempat. Sedang
ralit Navilya Afeefa
menganalisis keseluruhan ruang
di tingkat dua
puluh, Liana menegurnya.
“Feefa, bos
dah sampai.” Beritahu
Liana.
“Oh, okey
kak!” jawab Navilya
Afeefa sambil bangun.
Baju dibetulkan supaya
nampak kemas.
“Errr... kak
Liana, Feefa nak
tanya boleh?” teragak-agak
Navilya Afeefa untuk
bertanya tetapi kerana
terlalu ingin tahu,
dia terpaksa tebalkan
muka juga.
“Boleh. Apa
dia?” angguk Liana.
Senyuman manis terukir
di bibirnya.
“Kenapa tingkat
ni macam sunyi
saja? Tak ada
orang ke?” soal
Navilya Afeefa. Akhirnya
apa yang terlintas
di fikirannya, terungkap
juga.
“Tingkat ni memang sunyi sebab ada
bilik Encik Megat,
bilik penolong pengarah,
bilik akauntan dan
bilik akak sendiri
serta pantry dan
tandas.” Jelas Liana
kepada Navilya Afeefa.
Dia pun, masa
mula-mula masuk ke
syarikat ini pun
hairan juga kerana
tingkat dua puluh
sunyi dan di
mana semua pekerja
di syarikat ini.
Rupa-rupanya tingkat dua
puluh khas untuk
bos sahaja.
“Oh, macam
tu! Hairan Feefa
sebab tingkat ni
sunyi. Dan pekerja
pun tak ada,” ujar Navilya
Afeefa mengangguk faham.
“Mula-mula ni
memang hairan. Lama-lama
nanti biasalah tu.
Jom, kita gerak
sekarang. Nanti marah
pula bos.” Ajak
Liana. Lalu, mereka
berdua melangkah ke
arah pejabat CEO.
Pintu
bilik pejabat yang
berlambang Pengarah Syarikat
diketuk oleh Liana.
Setelah mendapat arahan
untuk masuk, barulah
Liana memulas tombol
pintu. Liana menyuruh
Navilya Afeefa untuk
masuk dulu ke
dalam pejabat itu
barulah diikuti oleh
Liana. Dan Navilya
Afeefa hanya menurut.
Bosnya ralit menatap
skrin computer.
“Errr...bos, ni
pekerja baru. Afeefa.”
Beritahu Liana sebaik
saja dia berdiri
di hadapan meja
bosnya itu. Dan
bosnya nampak macam
sibuk saja.
“Duduk!” arahan
dari Megat Qays
kedengaran agak tegas.
Matanya masih lagi
menatap skrin komputer
tanpa mengalihkan pandangan
matanya dari situ.
Liana dan
Navilya Afeefa melabuhkan
mereka di atas
kerusi di hadapan
Megat Qays. Sejurus
mereka berdua duduk
barulah Megat Qays
mengalihkan pandangannya itu
dari skrin komputer.
Pandangan mata Megat
Qays seakan terkejut
apabila melihat Navilya
Afeefa berada di
hadapannya. Dan Megat
Qays seakan cuba
untuk mengingati sesuatu.
“Does we
have meet before
this?” soal Megat
Qays. Dan Liana
yang baru saja
ingin buka mulut,
terus saja terhenti.
Menutup kembali mulutnya.
“Errr...I don’t
think so. Maybe,
Encik salah orang.”
Geleng Navilya Afeefa.
Menafikan yang mereka
pernah berjumpa walau
hakikatnya betul.
Liana hanya
memandang saja perbualan
di antara bosnya
dan Navilya Afeefa.
Dahinya agak berkerut
kerana bosnya seperti
mengenali Navilya Afeefa.
“Oh, maybe
saya salah orang kut,” balas
Megat Qays. Untuk
menutup malunya juga
kerana tersalah orang.
Malu aih!
“So, boleh
kita mulakan?” soal
Megat Qays. Duduk
dibetulkan. Badannya ditegakkan
dan mendekatkan sedikit
kerusi di meja.
Bergaya!
“Sure.” Angguk
Navilya Afeefa.
Liana memulakan
tugasnya dengan memberi
penerangan kepada Navilya
Afeefa tentang tugas gadis itu.
Apa yang harus
gadis itu harus
lakukan. Dan yang
paling penting ialah
apa yang Megat
Qays suka dan
tidak kerana Megat
Qays jenis seorang
yang agak cerewet
dalam bab kebersihan.
Tidak suka pejabatnya
kotor.
“Jadi,
macam mana? Faham
dengan apa yang
Liana terangkan? Dan
boleh lakukan tugas
itu dengan serius?
Bukan main-main.” Soal
Megat Qays.
Sekali pandang,
dia macam pernah
jumpa gadis yang
duduk dihadapannya ini. Tetapi
gadis itu menafikannya.
Dan dia juga
pernah melihat gadis
ini sebelum ini.
Di mana ya?
“Ya, saya faham!
InsyaAllah...saya bersedia. Saya
akan laksanakan tugas
saya dengan baik
dan tidak main-main.”
Balas Navilya Afeefa
dengan yakin. Dia
yakin dapat melakukan
semua itu. Lagipun,
bukannya berat sangat
pun. Setakat buat
air untuk bosnya
dan mengemas pejabat
bosnya. Itu saja.
Ha! Semua
orang mesti ingat
dia kerja jadi
PA Megat Qays or jadi engineerkan? Tak
lah! Navilya Afeefa
cuma jadi tea
lady kepada Megat
Qays saja. Dengan
bangganya mengaku pekerjaannya
itu. Haha. Tak
mengapa, janji dapat
melihat Megat Qays
setiap hari. Crush
pujaan hatinya.
Jawapan daripada
Navilya Afeefa membawa
Megat Qays kembali
ke realiti. Tidak
lagi berfikir di
mana dia pernah
melihat Navilya Afeefa.
Nanti-nanti sajalah. Banyak
masa lagi dia
boleh tanya walaupun
Navilya Afeefa sendiri
menafikan tetapi dia
tetap juga yakin
yang dia pernah
berjumpa dengan gadis
itu.
“Liana, awak
boleh ‘ajar’ Afeefa
buat air kopi
untuk saya. Awak
tahukan taste saya
macam mana?” Megat
Qays mula mengeluarkan
arahan kepada setiausahanya.
“Baik, bos!”
akur Liana.
“Errr...tapi bos,
sekejap lagikan ada
mesyuarat?” tidak jadi
Liana untuk bangun
dari duduknya apabila
teringatkan mesyuarat yang
bakal berlangsung sekejap
lagi.
“Pasal mesyuarat
tu awak jangan
risau. Sekarang ni
awak laksanakan tugas
awak yang ni
dulu,” suruh Megat
Qays. Tidak sabar
untuk merasai air
kopi buatan Navilya
Afeefa.
“Baiklah. Kalau
macam itu, kami
minta diri dulu!”
akur Liana. Kalau
itu kata bosnya,
dia hanya ikut
saja. Kalau dia
bangkang, mulalah bosnya
jadi ‘harimau’.
Liana bangun
dari kerusi dan
diikuti oleh Navilya
Afeefa. Bagus juga
keluar cepat-cepat dari
bilik Megat Qays
kerana dia sudah
tidak tahan berada
di dalam bilik
itu. Megat Qays
dari tadi merenungnya
dengan tajam. Macam
dia ada buat
kesalahan pula. Dan
jantungnya pula sejak
dari dia masuk
sampailah sekarang masih
lagi berdegup kencang.
Lagi-lagi masa Megat
Qays merenungnya tanpa
berkelip.
NOTE : TERIMA KASIH kerana sudi baca cerita sy yg tak seberapa ni. dan terima kasih pada yg komen dan support cerita ni. sy sempat baca komen awk yg komen pd post sy kt group di fb tpi sy tak sempat nak balas sbb bila sy buka, post tu dh hilang. sorry! maaflah kalau cerita ni agak berbelit atau tak menepati citarasa korang. yg ni versi belum edit lagi sbb skrg ni sy tgh fokus pd mss lain. HAPPY READING GUYS :)
Love,
Ayatul Husna (AH)

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.