BAB 3
INSYIRAH merupakan
seorang pemilik kafe yang masih lagi bujang. Dia baru saja kehilangan kakak
kembarnya selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik dan comel. Dan
tidak sampai seminggu pemergian kakak kembarnya, abang ipar dia pergi
meninggalkan dunia yang fana ini. Abang ipar Insyirah terlibat dalam kemalangan
yang melibatkan sebuah kereta dan lori.
Bayi yang berusia dua bulan sepuluh hari ditatap
dengan penuh kasih sayang. Bayi yang baru dilahirkan dua bulan yang lepas oleh
kakak kembarnya, Alya Insyirah tetapi sayang tidak sempat untuk menatap wajah
ibu kandung tercinta kerana ALLAH lebih menyayangi arwah kakak kembarnya.
Dan kerana itulah Insyirah menjadi penjaga kepada
anak saudaranya sendiri. Insyirah menjadi ibu susuan kepada Safiya dan juga
menjadikan Safiya sebagai anak angkatnya. Sekarang, Insyirahlah yang menjaga
Safiya. Kerana itu jugalah Insyirah sanggup menangguh pengajiannya dalam bidang
Sarjana untuk sementara waktu.
Sejak hadirnya Safiya di dalam hidupnya, rezeki
Insyirah semakin melimpah-ruah dan semakin bertambah ramai pelanggan yang
datang ke kafe milik dia.
Insyirah memilih untuk menjadikan Safiya sebagai
anak susuannya kerana ingin merapatkan lagi hubungannya dengan Safiya. Dia
tahu, bayi yang masih kecil itu perlukan susu ibu kerana banyak khasiatnya
berbanding dengan susu tepung.
“Syirah tak pergi kafe ke hari ini?” Puan Mariam
datang menyapa anaknya yang sedang duduk di bersila di hadapan televisyen yang
terpasang itu.
“Pergi tapi petang sikit,” ujar Insyirah kepada
Puan Mariam yang duduk di sebelahnya.
“Oh. Umi ingatkan Syirah cuti hari ni.” Puan Mariam
mengangkat Safiya yang sedang tidur di atas tilam bayi. Diagah cucunya itu.
“Comel.” Pipi Safiya yang bulat dicubit lembut oleh
Insyirah. Geram dengan anak saudaranya itu. Semakin debab sejak menyusu susu
badannya. Nasib baik Safiya mahu susu dadanya.
“Macam kamu masa kecil. Debab juga. Minum susu pun
banyak,” komen Puan Mariam. Pipi tembam Safiya dicium.
Insyirah hanya mampu tersengih apabila mendengar
komen uminya. Tidak dinafikan yang dia memang gemuk sewaktu bayi dan zaman
kanak-kanaknya. Cuma apabila sudah meningkat dewasa, dia semakin kurus. Jaga
badan katakan. Makan pun terkawal.
“Ayah mana umi?” soal Insyirah. Sejak dari tadi
lagi dia tidak nampak batang tubuh Encik Idris. Biasanya, Encik Idris ada saja
di situ.
“Keluar. Ada kerja katanya.” Jawab Puan Mariam.
Dan Insyirah mengangguk tanda mengerti.
“Oh, terlupa umi nak beritahu. Semalam, keluarga
arwah Wildan ada telefon umi. Katanya nak esok mereka datang nak tengok Safiya.
Rindu.” Beritahu Puan Mariam kepada Insyirah.
“Kalau macam itu, esok Syirah cutilah. Syirah pun
lama dah tak jumpa keluarga arwah abang Wildan.”
Insyirah bersyukur kerana keluarga arwah abang
iparnya tidak menuntut hak penjagaan Safiya. Malah setuju dengan rancangan dia
untuk menjadikan Safiya sebagai anak angkat. Tetapi dengan syarat, Insyirah
membenarkan keluarga itu untuk berjumpa dengan Safiya.
Dan waktu itu, Insyirahlah yang paling gembira
kerana kedua belah keluarga menyokong rancangannya itu. Sangat bersyukur kerana
ALLAH hadirkan orang-orang yang sangat memahami di sekelilingnya.
*****
TANGISAN Safiya
tidak terhenti sejak dari tadi lagi sehinggakan Insyirah sudah tidak tahu
hendak buat apa lagi. Sudah diperiksa pampers bayi itu dan juga sudah diberi
susu tetapi masih juga sama. Suhu badan sudah diperiksa, tidak demam. Insyirah
sudah buntu. Safiya yang berada di dalam dukungan, cuba untuk ditenangkan.
“Kenapa dengan Safiya tu, Syirah?” soal Puan Mariam
kerana dari tadi lagi cucunya menangis tiada henti.
“Tak tahulah umi. Syirah bagi susu, dia tak nak.”
Jelas Insyirah. Dia sendiri tidak pasti kenapa anaknya menangis. Nak kata
demam, tak sebab badan tidak panas. Suhu badan pun baik saja.
“Demam ke?” soal Puan Mariam. Risau.
“Tak. Suhu badan dia baik saja,” jawab Insyirah yang turut risau. Sejak dia pulang
dari kerja petang tadi, Safiya sudah meragam.
“Kembung perut kut. Sini umi tengok.” Puan Mariam
mengambil Safiya daripada dukungan Insyirah. Dan perut Safiya diperiksa. Sah!
Kembung perut.
“Safiya kembung perut ni. Ambil minyak mestika bayi
dan sapukan pada perut dan tapak kakinya sekali.” Suruh Puan Mariam kepada
Insyirah sambil dia cuba meredakan tangisan cucunya itu.
“Baik, umi!” terus Insyirah bergegas ke bahagian
barang-barang bayi milik Safiya yang terletak di sudut bilik tidurnya. Safiya
yang sudah berada di atas katil bersama dengan Puan Mariam dihampiri dan ubat
mula disapukan pada perut dan juga tapak kakinya bayi itu.
“Lain kali, kalau Safiya menangis bukan sebab lapar
atau demam, Syirah periksa sekali perutnya. Sebab bayi ni, kalau perutnya
kembung dia hanya mampu menangis saja,” pesan Puan Mariam setelah tangisan
Safiya mulai reda.
“Baiklah, umi! Syirah manalah tahu. First time jaga
bayi,” sengih Insyirah. Dan apa yang dipesan oleh Puan Mariam, disimpan di dalam
kepalanya.
“Ya, umi faham! Kalau macam itu, umi masuk tidur
dulu. Kalau perlukan bantuan ke apa, panggil saja umi.” Puan Mariam meminta
diri untuk keluar dari bilik anaknya. Jam pun sudah menunjukkan pukul 12 tengah
malam. Mata dia pun dah mengantuk.
“Baiklah, umi!” angguk Insyirah sebelum Puan Mariam
berlalu keluar dari situ.
Akhirnya
Insyirah sudah boleh menarik nafas lega apabila Safiya sudah berhenti menangis
dan sudah pun terlena tetapi buat seketika saja. Biasanya pukul 3 pagi dan
pukul 5:30 pagi, Safiya akan bangun untuk menyusu. Kalau lambat sedikit, mesti
bayi itu akan meraung sehingga tertidur kembali.
Sejak
hadirnya Safiya, tidurnya menjadi tidak menentu. Itu belum anaknya meragam.
Kalau meragam, memang tidak tidurlah jawabnya. Dan Insyirah tidak akan ke kafe
kerana terlalu mengantuk. Nasib baik kafe sendiri.
Insyirah
bernasib baik kerana Safiya jenis yang tidur awal dan tidak berjaga malam.
Kalau tak, mahunya hari-hari dia ponteng kerja.
Baru
sekarang Insyirah faham perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Semakin hari,
semakin sayang pada Puan Mariam.
*****
AKIF MEMBUAT
keputusan untuk bercuti selama dua bulan. Fikiran yang kusut dan hati yang
terluka teruk perlu diubati. Jika Akif terus berada di Malaysia, dia yakin
peluang untuk bersemuka dengan bekas isterinya sangat besar. Dan bagaimana Akif
hendak mengubati dan melupakan hati dia yang terluka itu. Maka, Akif meminta
dengan Tan Sri Adnan untuk bercuti buat sementara waktu.
Pada
mulanya Puan Sri Salina membantah tindakan Akif tetapi setelah dipujuk oleh
Akif, akhirnya Puan Sri Salina mengalah. Kata Akif, bukannya lama dia pergi
bercuti. Hanya dua bulan saja.
Dan Puan
Sri Salina terpaksa mengalah walaupun hatinya berat untuk melepaskan Akif bercuti.
Akif
melangkah masuk ke balai berlepas. Tangannya dilambai kepada Tan Sri Adnan dan
Puan Sri Salina yang menghantarnya walaupun sudah ditegah supaya tidak
menghantarnya ke airport. Dia sudah besar panjang dan tahu menjaga
dirinya.
Sewaktu menunggu
flight yang masih belum lagi tiba, Akif termenung jauh melihat ke luar, melihat
langit yang cerah dan disinari cahaya matahari. Fikirannya terkenangkan
saat-saat bahagia bersama dengan bekas isterinya.
Tetapi itu
semua hanya tinggal kenangan. Kini rumah tangganya hancur. Sudah roboh dan
tidak boleh dibangunkan kembali.
Saat ini,
hatinya benar-benar terluka. Pecah berderai ibarat kaca yang terhempas di atas
lantai. Sejak malam dia menceraikan Nadia Amira, hatinya tertanya-tanya, apa
salah dia dan apa dosa dia sehingga bekas isterinya sanggup curang dengan dia?
Dan jawapan
itu masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Mungkin setibanya
di Jepun, dia akan temui jawapan yang dia cari. Dia tidak mengharapkan banyak,
semoga kembali saja dari Jepun nanti, dia mampu membina hidup baru dan menjadi
Akif Althaf yang baru. Tidak lagi dibayangi bekas isterinya.
Itu sudah
cukup.
Akif melepaskan
keluhan yang berat. Memerhati keadaan di sekelilingnya. Jauh sekali dia
termenung sehingga tidak sedar yang penumpang lain sedang beratur untuk masuk
ke dalam pesawat yang sudah pun tiba. Dan dia sendiri tidak sedar sejak bila
pesawat itu tiba.
Langkah dibawa
menuju ke barisan manusia yang sedang beratur sambil menarik bagasi miliknya. Menunggu
giliran tiketnya untuk diperiksa sebelum menuju ke perut pesawat yang akan
berlepas tidak lama lagi.
Mulakan
hidup baru tanpa ada bayangan silam.
Itu tekad
seorang lelaki yang terluka yang bernama Akif Althaf.
WRITER'S NOTE : Hi dan Assalamualaikum. Sorry lama menyepi dan ambil masa yg lama untuk upload bab 3. Hari tu AH exam. lepas exam balik kampung, faham2 lah, line internet kalah siput. hehehe. Selamat membaca bab 3 ya. kalau ada kekurangan atau cadangan utk penambahan , boleh tinggalkan komen. dan minta doa kalian semoga AH dapat siapkan mss yg ni ya. Sekarang ni AH cuba utk fokus pd 1 mss saja sbb sebelum ni fokus pd byk mss. dan last2 semua ke laut. tak siap2 campur pula dengan writer's block. huhu.
Thank you for your support my readers. Dan jgn malu2 untuk tegur AH di fb ya. AH jenis yg jarang buka fb. hehe. Enjoy your reading guys. Hope to see your comment below. Happy reading ;)
Tulusly,
Ayatul Husna.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.