BAB 4
DUA BULAN berlalu, Akif memilih untuk pulang ke Malaysia setelah berjaya melupakan dan mengubati hatinya yang terluka di Korea. Walaupun bukan semua kenangan dia dapat lupakan tetapi hanya separuh sahaja itu sudah cukup buatnya untuk memulakan hidup baru dengan semangat yang baru. Mungkin separuh lagi akan hilang dengan sendiri.
Ya, bukan senang untuk melupakan kenangan bersama insan yang kita cinta. Lagi-lagi insan tersebut masih lagi bernafas di muka bumi ini tetapi dia cuba kerana dia tidak mahu hidupnya nanti dibayangi kisah silam kerana dia sudah cukup terluka.
Dan Akif telah memilih untuk menutup pintu hatinya dan tidak mahu jatuh cinta lagi. Itu tekadnya!
Seperti biasa, dia memulakan tugasnya di pejabat sebagai CEO kepada Mears Holding. Sampai di pejabat seawal jam 8:30 pagi walaupun waktu kerja yang ditetapkan bermula jam 9:00 pagi. Kerana Akif jenis lelaki yang tidak suka membuang masa dan seorang yang sangat serius dalam hal yang berkaitan kerja.
“Selamat pagi, Encik Althaf!” sapa Ria. Setiausaha kepada Akif.
“Selamat pagi,” balas Akif. Menghadiahkan senyuman yang manis buat pekerjanya.
“Hari ini Encik Althaf ada meeting dengan GSM Holding pada pukul 10 pagi dan lunch dengan Puan Sri. Lepas waktu lunch, Encik Althaf ada meeting dengan Tiara Holding untuk bincangkan tentang projek di Bandar Iskandar.” Lancar Ria membaca buku catatan yang berada di tangannya. Jadual harian Akif sebagai seorang CEO syarikat.
“Lunch dengan Puan Sri? Bila saya setkan?” soal Akif dengan dahi yang berkerut. Mummy ni memang tak boleh tengok dia hidup tenang ke? Bukankah semalam mereka dah jumpa ke? Nak tak nak, terpaksalah dia setuju. Kalau tak, balik nanti, kena bebel pula.
“Baru saja tadi Puan Sri call saya. Puan Sri suruh saya kosongkan jadual Encik Althaf pada waktu lunch,” jelas Ria.
“Hmmm... baiklah. Kalau macam tu, awak boleh sambung kerja awak balik. By the way, jangan lupa buatkan kopi untuk saya.” Pesan Akif sebelum Ria melangkah keluar dari biliknya.
Selepas mengetahui di mana keberadaan Puan Sri Salina, Akif mula memandu keluar dari syarikatnya dan menuju ke destinasi yang dijanjikan dengan Puan Sri Salina. Nasib baik jalan tidak terlalu sesak memandangkan dia keluar awal tadi. Selepas tamat saja meeting, Akif terus turun ke lobi memandangkan mesyuarat tadi tamat sekitar jam 11:45 pagi.
Masuk ke dalam restoran, Akif mula mencari susuk tubuh Puan Sri Salina. Setelah jumpa apa yang dicari, dia melangkah ke arah meja yang terletak di tepi cermin. Memang itu port kegemaran Puan Sri Salina setiap kali menjamu selera di restoran yang bertaraf empat bintang itu.
“Sudah lama mummy sampai?” sapa Akif sebaik saja dia melabuhkan duduknya berhadapan dengan Puan Sri Salina dan adiknya, Ainina. Menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mummynya.
“Baru saja. Kami pun baru duduk,” jawab Puan Sri Salina.
“Ada apa mummy nak lunch dengan Akif?” soal Akif. Musykil kerana mesti ada sesuatu yang mummynya nak tanya atau beritahu dia.
“Takkan mummy nak lunch dengan anak sendiri pun tak boleh? Dah la kena set kan tarikh baru boleh lunch,” muncung Puan Sri Salina.
“Bukan tak boleh mummy. Cuma Akif busy sikit. Yalah, hari ni kan baru masuk kerja. Banyak kerja yang nak kena settle,” jelas Akif supaya mummynya tidak terasa hati dengan soalannya tadi.
“Mummy sebenarnya ada benda nak beritahu Akif.” Mukadimah dari Puan Sri Salina. Dan memang betul tekaan Akif. Memang mummynya ada sesuatu hendak beritahu kepadanya.
“Macam ni, mummy sebenarnya berkenan dengan anak kawan baik mummy. Lemah-lembut orangnya dan...”
“Okay, mummy. Stop! Kan Akif dah cakap yang Akif dah tutup pintu hati ni untuk terima wanita lain dari hidup Akif. Akif tak mahu jatuh cinta lagi,” celah Akif. Menjelaskan kepada Puan Sri Salina supaya faham dengan isi hatinya saat ini. Dan memang itu tekadnya sebelum dia balik ke Malaysia.
“Ya, mummy tahu tetapi dengar dulu apa yang mummy nak cakap ni.”
Puan Sri Salina faham yang anaknya tidak mahu jatuh cinta lagi tetapi dia kesian dengan anaknya. Bukan dia tidak tahu yang anaknya sunyi sebenarnya walaupun dia tahu yang anak lelakinya ini tidak tunjukkan kepadanya. Dan dia juga tidak mahu anaknya terus mengingatkan bekas menantunya.
“Apa dia yang mummy nak cakap? Akif dengar.” Akif mengalah kerana dia tidak mahu kurang ajar dengan mummynya. Paling tidak pun, dia dengar tetapi tidak di simpan di dalam kepalanya.
“Macam ni, mummy berkenan dengan anak kawan baik mummy dan mummy rasa dia sesuai jadi isteri Akif dan menantu mummy. Lemah-lembut, sopan dan yang penting dia pandai memasak. Dan dia ada kafe sendiri,” beritahu Puan Sri Salina kepada Akif.
“Amboi! Bukan main mummy puji anak kawan baik mummy tu. Mummy dah jumpa dia ke?” respons Akif. Kan dia tak bagi respons, nanti mummy dia terasa pula walaupun masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“Dah. Dua hari yang lepas. Oh, ya! Sebelum mummy terlupa, sebenarnya dia ada anak angkat. Anak kepada arwah kakak kembarnya. Dan sekarang umur bayi tu tak silap mummy dah masuk 4 bulan dan dia jadikan anak saudaranya sebagai anak susuannya,” ujar Puan Sri Salina.
“Dia cantik. Rugi kalau along tolak.” Sampuk Ainina yang tadi lebih selesa berdiam diri.
Dan kenyataan Puan Sri Salina yang terakhir menarik minat Akif. Tidak tahu kenapa tetapi hatinya tertanya-tanya dan ingin mengenali perempuan itu kerana sanggup menyusu anak saudara sendiri sedangkan susu botol boleh diberikan.
“So, macam mana? Setuju tak?” soal Puan Sri Salina. Ingin mengetahui isi hati anaknya walaupun dia perasan riak wajah anaknya itu. Faham sangat yang anak lelakinya tidak berminat untuk mengetahui tentang anak kawan baiknya tetapi saja dia ceritakan juga.
“Nantilah Akif fikirkan. Sekarang ni, Akif lapar. Nak makan. Lepas lunch Akif ada meeting.” Dan jawapan dari Akif mengejutkan Puan Sri Salina. Sangkaannya, anak lelakinya akan menolak tetapi tidak.
“Okay.” Senyum Puan Sri Salina. Dan mereka mula memesan makanan.
Selepas tamat mesyuarat di Tiara Holding, Akif singgah di 7 Eleven untuk membeli air mineral. Sewaktu dia hendak masuk ke dalam perut kereta, matanya menangkap seorang perempuan yang dihampiri oleh dua orang lelaki yang membonceng motosikal.
“Hey, watch out!” jerit Akif. Dan terus dia berlari ke arah wanita tersebut sebelum menarik wanita itu. Dua orang lelaki tersebut terus memecut motosikal mereka dari situ.
“Are you okay, miss?” soal Akif.
“Errr... I’m okay.” Angguk Insyirah. Tetapi mukanya pucat kerana masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Hampir saja dia diragut.
“Sure? Muka awak pucat.” Ujar Akif.
“Yes, I’m sure!” angguk Insyirah. “By the way, thank you Mr...”
“Akif Althaf. But you can call me, Akif.” Akif memperkenalkan dirinya.
“Thank you Mr Akif.” Ucap Insyirah. “But I have to go right now. Thank you, again!” ujar Insyirah sebelum berlalu pergi dari situ.
Akif yang hendak memanggil wanita itu tidak jadi kerana wanita itu sudah masuk ke dalam perut kereta. Dan dia menganggap wanita tersebut ada hal yang penting hendak diselesaikan.
Sewaktu Akif tiba di rumah, waktu maghrib berkumandang. Jalan yang sesak membuatkan dia tiba lewat di rumah hari ini kerana dia kembali ke pejabat semula. Kereta daddy dan mummynya yang sudah terparking elok di bawah garaj menunjukkan daddy dan mummy dia ada di rumah.
Masuk saja ke dalam rumah, suara anak saudara lelakinya menyapa halwa telinganya. Senyuman mula terukir di bibir saat melihat anak saudara lelaki yang berumur 4 tahun mula berlari ke arahnya.
“Pak Long!”
“Darwish!”
Akif mengangkat Darwish ke dalam pelukannya. Rindu dengan anak saudaranya yang satu ini memandangkan dia tidak mempunyai anak sendiri. Nasib baik adik dia yang kedua sudah berkahwin dan mempunyai anak. Adiknya, Arif Azfar berkahwin terlebih dahulu berbanding dia. Sebab itulah dia sudah mempunyai anak saudara yang berusia 4 tahun.
“Along sihat?” soal Arif sebaik saja dia menghampiri abangnya.
“Lain macam saja bunyi ayat kau tu,” ujar Akif.
“Lain macam apanya? Aku tanya kau sihat ke tak? Tu jer,” balas Arif.
“Alhamdulillah. Aku sihat. Macam yang kau lihat sekarang ni,” jawab Akif.
“Tapi hati dan mental kau sihat ke tak?” soalan seorang adik yang prihatin kepada si abang.
“Aku dah agak dah. Macam yang kau tengok sekarang. Dua-dua sihat. Kalau tak sihat, aku tak pergi pejabat pula. Mungkin tengah meroyan sekarang.” Dan jawapan daripada Akif membuatkan Arif melepaskan ketawanya. Syukurlah kalau abangnya sudah tidak sedih lagi dan masih boleh buat lawak.
“Alhamdulillah. Lega aku dengar,” ujar Arif. “Tapi tadi aku ada dengan yang mummy nak jodohkan kau dengan anak kawan baik dia. Yang tu apa cerita pula? Aku rasa macam ketinggalan pula,” sambung Arif lagi.
“Itulah siapa suruh kau pulang ke Johor sebulan sekali? Mentang-mentang tinggal di Kuala Lumpur lagi seronok,” sindir Akif. Saja hendak bergurau dengan adik lelakinya itu.
“Alah, kau ni along! Macamlah kau tak tahu yang aku busy jaga syarikat di Kuala Lumpur. Bukan tak nak balik selalu tapi kau faham sendirilah. Aku malas nak cakap,” ujar Arif dan Akif melambakkan tawanya. Bukan dia tidak tahu yang adiknya malas hendak mendengar mummy mereka membebel kerana isteri adiknya jarang ikut adiknya balik kerana sibuk dengan tugasnya sebagai seorang juruaudit.
“Ya, aku faham!” angguk Akif dengan sisa tawanya.
“So, apa cerita dengan mummy nak jodohkan kau dengan anak kawan baiknya tu?” ulang Arif sekali lagi.
“Entahlah! Aku pun tak faham dengan mummy. Aku dah cakap dengan dia yang aku tak nak jatuh cinta lagi dan tutup pintu hati aku. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Itu saja tapi kau faham sendirilah perangai mummy tu. Dia bukannya suka tengok anak dia hidup sendirian,” jelas Akif.
“Ya, aku faham! Tapi aku rasa, aku sokong mummylah sebab aku tengok kau pun macam tak berapa nak terurus saja.” Sokong Arif. Memang dia setuju dengan cadangan mummynya saat ini.
“Apa yang tak terurusnya?” soal Akif tidak puas hati. Habislah dia kalau adik-adiknya masuk geng mummy. Itu belum daddy lagi. Kalau daddy ikut jejak langkah adiknya, memang tiada peluanglah untuk dia membantah.
“Makan dan pakaian kau lah. Tadi pun mummy cakap yang baju kerja kau pun bibik yang tolong ironkan,” ujar Arif.
“Tadi tu sebab aku terlupa nak iron baju semalam.” Akif membela diri.
Dan Arif mencebikkan bibirnya. Alasan saja. Bukan dia tidak kenal dengan abangnya. Kalau bab iron baju memang fail!
“Alasan! Macamlah aku tak kenal kau.” Sindir Arif.
Akif buat-buat tidak dengar dengan sindiran si adik. Dan dia berani beri jaminan yang kedua-dua adiknya sudah masuk sebelah Puan Sri Salina. Habislah dia. harap-harap daddy masih lagi steady dan tidak masuk campur.
NOTA AH: Thank you for you support. Maaf sebab mengambil masa yg lama untuk update bab 4. I'm a bit busy. Faham2 sajalah life as a student mcm mana. And Happy reading my readers :)
Tulusly,
Ayatul Husna.

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.