Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, March 11, 2018

TETAP YANG PERTAMA




BAB 5

WALAUPUN sudah masuk tiga hari berlalu, Insyirah masih lagi trauma dengan kejadian tersebut dan membuatkan dia lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Tetapi itu tidak menghalangnya untuk keluar berjalan-jalan dengan Safiya kerana kalau bukan dia yang bawa Safiya keluar, siapa lagi.
Pada hujung minggu, Insyirah membawa Safiya keluar ke Johor Bahru City Square untuk membeli baju baru kepada anaknya itu memandangkan baju yang sedia ada sudah tidak muat. Safiya kuat menyusu dan berat badan anaknya semakin naik.
Butik pakaian TRIO dimasuki oleh  Insyirah dengan menolak Safiya di dalam stroller. Baju-baju bayi yang banyak dan cantik membuatkan Insyirah rambang mata. Tidak tahu hendak memilih yang mana satu. Semua cantik. Lagi-lagi baju bayi dan kanak-kanak perempuan.
Selesai membeli baju untuk Safiya, Insyirah membuat keputusan untuk makan tengah hari di Restoran Ayam Penyet Ria memandangkan sudah masuk pukul 12 tengah hari. Perutnya sudah berbunyi.
“Fiya teman mama makan dulu ya sayang. Perut mama dah lapar ni. Nanti kejap lagi kita balik.” Insyirah berbual dengan Safiya yang berada di dalam stroller sebaik saja dia duduk di atas kerusi di dalam restoran itu.
Safiya hanya terkebil-kebil memandang mamanya dengan mata bulatnya sebelum merengek. Tanpa membuang masa, Insyirah memberi susu kepada Safiya kerana sudah masuk waktu anaknya menyusu.
Tamat saja meeting, Akif memandu menuju ke Johor Bahru City Square. Memandangkan hari ini merupakan hujung minggu, dia memilih untuk melepak di mall itu. Kadang-kadang dirinya perlukan hiburan juga walaupun dia jenis yang workaholic. Jalan agak sesak kerana hujung minggu biasanya orang akan keluar ke mall untuk melepaskan stress kerja.
Level 2 dituju oleh Akif. Tiba-tiba tekaknya terasa ingin makan tengah hari di Restoran Ayam Penyet Ria. Masuk saja ke dalam restoran tersebut, tempat di bahagian tepi dinding diambil. Bertentangan dengan seorang perempuan bersama dengan bayi kecil. Sementara menunggu pesanan, Akif memilih untuk menilik telefonnya. Manalah tahu kut-kut ada panggilan kecemasan untuknya ke.
Selesai makan, barulah Akif memandang keadaan sekeliling restoran itu. Boleh tahan ramai jugalah pelanggan hari ini. Lagi-lagi sekarang ini sudah masuk waktu makan tengah hari. Memang pengunjung di mall ini akan memilih restoran yang menyajikan makanan yang sedap. Dan ketika matanya sedang memerhati keadaan di dalam restoran itu, matanya tertangkap wajah seorang wanita yang duduk bertentangan dengannya.
Senang kata, dia mengadap perempuan itu dan perempuan itu mengadap dia.
Wajah seorang wanita yang bertudung coklat gelap bersama seorang bayi kecil yang berusia lingkungan empat atau lima bulan benar-benar menarik perhatiannya. Tidak tahu kenapa tetapi matanya ralit memandang tingkah-laku wanita tersebut melayan bayi yang berada di dalam stroller. Ketika dia sedang leka memandang wajah itu, tiba-tiba wanita itu mengangkat wajahnya dan mata mereka bertembung.
Zap!                                                                        
Dup! Dap!
Jantung Akif berdegup kencang saat mata mereka bertembung. Seperti ada satu perasaan hadir. Perasaan yang dia telah buang dua bulan yang lalu. Dan kenapa perasaan itu datang kembali saat dia sudah tutup pintu hatinya? Tapi kenapa saat wanita itu memandangnya, dia perlu rasa begitu. Dia tidak mahu jatuh cinta pada isteri orang.
Akif menghadiahkan senyuman kepada wanita tersebut dan dibalas oleh wanita itu sebelum menumpukan perhatian kepada bayi tersebut. Tetapi kenapa dia rasa muka itu macam familiar saja? Macam pernah berjumpa tetapi di mana ya?
Wajah yang betul-betul bertentangan dengan dia, cuba diperhatikan dan dia cuba untuk mengingati kembali sama ada mereka pernah berjumpa atau tidak. Dan memorinya mengimbas kembali peristiwa tiga hari yang lalu.
Ya! Dia pernah berjumpa dengan wanita itu dan menolong wanita itu yang hampir diragut di parking di hadapan 7 Eleven ketika dia baru saja hendak melangkah masuk ke dalam kereta. Dia sudah ingat! Patutlah familiar saja wajah itu.
Jadi, wanita itu telah berkahwin? Oh! Melepas.
Eh! Apa yang dia mengarut ni? Bukankah dia sudah berjanji tidak mahu jatuh cinta lagi. Lebih baik dia blah saja dari sini. Kalau tak, jantung dan hatinya semakin buat hal apabila matanya bertembung dengan wanita itu.
Akif bangun dari kerusi setelah membayar bil makanan. Dia berlalu keluar dari restoran tanpa memandang wajah wanita itu saat dia melintasi kerusi wanita tersebut.
*****
RASA seperti dirinya diperhatikan oleh mata lain, Insyirah mengangkat wajahnya. Dan memang betul. Ada seorang lelaki yang duduk bertentangan dengannya sedang ralit memerhatikan dia. Insyirah cuma menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu. Merasakan kurang enak diperhatikan seperti itu, Insyirah menundukkan kembali wajahnya.
Tetapi kenapa lelaki itu memandangnya seperti ingin telan dia saja. Jangan lelaki itu orang jahat sudah. Tiba-tiba meremang pula bulu romanya. Ke dia pernah berjumpa dengan lelaki itu? Wajah lelaki itu macam pernah dia lihat tetapi dia lupa di mana.
Ketika Insyirah sedang berusaha mengingati wajah lelaki tersebut, tiba-tiba lelaki itu melintasi mejanya dan saat itu dia mengangkat wajahnya. Wajah dipandang. Dan baru dia teringat yang lelaki itulah telah menolongnya tiga hari yang lepas.
Saat mata Insyirah memandang ke arah meja yang diduduki oleh lelaki tadi, matanya menangkap gadget milik lelaki itu di atas meja. Terlupa barangkali. “Fiya tunggu sini kejap ya.” Lantas Insyirah bangun dan menghampiri meja tersebut.
iPhone 7 plus milik diambil. Selesai membayar bil makanan, Insyirah menolak stroller Safiya keluar dari restoran itu. Harap-harap lelaki tadi tidak melangkah jauh dari restoran itu. Kalau tak, jenuh dia nak cari.
“Encik!” Baru saja beberapa langkah Akif melangkah melepasi restoran itu, ada suara memanggil tetapi dia tidak berpaling kerana dia fikir suara itu memanggil orang lain.
“Encik baju kemeja biru!” Kali ini warna baju turut disebut.
Sedar akan dirinya berbaju kemeja biru, Akif berpaling. Dan wajah wanita yang berada di dalam restoran tadi bersama stroller bayi terpampang di depan matanya.
“Puan panggil saya ke?” Soalan yang sudah punya jawapan ditanya. Memang sah-sah panggil dia kerana saat itu hanya mereka bertiga sahaja yang ada di situ. Dan cuma dia yang berkemeja biru saat itu.
“Ya, encik!” Angguk Insyirah. Sebelum berjalan menghampiri Akif sambil menolak stroller dan menghulurkan sesuatu kepada lelaki itu. “Encik tertinggal telefon.”
Kocek seluar slacknya dicheck dan baru sedar yang telefonnya tiada.  Huluran dari wanita itu disambut. “Terima kasih, Puan...”
“Insyirah.” Senyum Insyirah.
“Terima kasih, Puan Insyirah!” Ucap Akif sekali lagi bersama senyum yang terukir manis di bibirnya.
“Sama-sama, Encik Akif.” Balas Insyirah. “Saya minta diri dulu ya.”
“Do you still remember me?” Soal Akif agak terkejut kerana wanita itu mengetahui namanya sedangkan dia tidak memperkenalkan dirinya pun. Dia fikir wanita itu sudah lupa siapa dia.
“Of course. How can i forgot someone's helped me 3 days ago,” angguk Insyirah sambil tersenyum.
“Oh! I think you already forget it.” Ujar Akif.
“Of course not.” Geleng Insyirah. Tak mungkin dia lupa kerana peristiwa itu masih lagi memberi kesan kepadanya. Dan mestilah dia ingat pada orang yang telah menolongnya daripada menjadi mangsa ragut.
“Tapi kenapa tadi tak panggil nama saya saja?” Soal Akif hairan.
“Sebab tadi tu saya kurang pasti awak ni Encik Akif. Sampailah Encik Akif berpaling tadi,” jelas Insyirah.
“Oh, i see!” Angguk Akif faham.
“Dan Terima kasih sekali lagi sebab tolong saya malam itu. Kalau tak ada Encik Akif, rasanya saya dah masuk hospital kut. Dan saya rasa terhutang budi pada Encik Akif. Apa kata saya belanja Encik Akif makan?” Sambung Insyirah.
“Sama-sama. Saya ikhlas tolong awak. Tak perlu rasa terhutang budi.” Balas Akif.
“Tapi kalau Encik Akif tak terima pelawaan saya untuk belanja Encik Akif, mungkin saya masih rasa terhutang budi pada encik,” ujar Insyirah. Cuba memujuk Akif supaya menerima pelawaannya kerana dia tidak mahu ada hutang dengan lelaki itu.
“Baiklah. Saya akan terima pelawaan awak tetapi bukan hari ni sebab saya dah kenyang tapi dengan satu syarat,” ujar Akif. Akhirnya setuju untuk menerima pelawaan Insyirah.
“Apa dia syaratnya, Encik Akif?” Soal Insyirah tidak sabar. Dan dia pun tidak mungkin akan mengajak lelaki itu untuk makan sekali lagi. Bukan dia tidak nampak yang lelaki itu makan bukan main banyak lagi. Lagipun, dia pun dah kenyang.
“Syaratnya awak jangan panggil saya Encik Akif. Panggil Akif saja. Boleh?” Pinta Akif.
“Baiklah.” Setuju Insyirah.
“Okey. So, saya nak nombor telefon awak sebab senang nanti saya nak call atau whatsapp awak bila saya free.” Tanpa segan silu Akif meminta nombor telefon Insyirah.
“Boleh.” Tanpa banyak soal, Insyirah mengangguk setuju. Dan Insyirah mengambil iPhone 7plus milik Akif dan menyentuh skrin telefon pintar tersebut. Selesai dia menaip nombor telefonnya, iPhone 7plus dihulur kembali kepada Akif.
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”
Suara si kecil yang merengek membuatkan Insyirah dan Akif memandang ke arah stroller. Safiya diangkat dari stroller dan didukung oleh Insyirah. Cuba menenangkan Safiya yang menangis.
“Comelnya.” Puji Akif. Dari tadi dia cuba untuk melihat wajah bayi itu tetapi terlindung oleh bahagian atas stroller. Dan saat Insyirah mengangkat keluar dari stroller, matanya terpegun melihat wajah si kecil itu. Ada iras-iras orang putih. Geram pula dia melihatnya. Ingin meminta untuk didukung, kesian pula nanti mengganggu tidur bayi itu.
“Terima kasih,” ucap Insyirah. Safiya diletak kembali ke dalam stroller setelah si kecil itu tidur kembali. “Saya minta diri dulu ya Encik... errr... Akif.” Sedar akan dirinya tersasul, Insyirah cepat-cepat membetulkan panggilan tersebut.
“Sama-sama. Kalau macam tu, jomlah kita jalan sama-sama.” Pelawa Akif. Dan Insyirah mengangguk setuju.
“Susahkan awak saja hantar kami sampai di kereta,” ujar Insyirah sebaik saja sampai di sisi keretanya walaupun dia sudah menghalang Akif daripada menghantarnya sampai ke kereta tetapi lelaki itu tetap berdegil. Jadi, terpaksalah dia mengalah.
“Tak susah pun. Bukannya saya kena angkat awak dan baby sampai ke sini. Teman awak berjalan saja.” Gurau Akif.
“Yalah.” Akur Insyirah.
Akif menolong Insyirah memasukkan stroller ke dalam boot kereta selepas Safiya diletakkan di dalam car seat.
“Hati-hati drive.” Pesan Akif sebelum Insyirah menutup pintu kereta di bahagian pemandu. Setelah kereta Honda Jazz milik Insyirah hilang dari pandangannya, Akif berlalu ke keretanya. Ingin pulang berehat. Hari ini hidupnya rasa gembira kerana dapat mengenali Insyirah walaupun bukan sepenuhnya.
“Lewat balik hari ini. Pergi mana? Kata meeting habis awal,” tegur Puan Sri Salina yang sedang berehat di ruang tamu sambil menonton drama.
“Pergi city square tadi. Dah alang-alang nak dekat waktu lunch, singgah sana sekejap.” Jawab Akif. Melabuhkan duduk di sisi Puan Sri Salina.
Apa yang dia perasan, sejak dia hidup sendirian, mummynya seakan mengawal pergerakannya. Ke mana dia hendak keluar dan dengan siapa. Mesti akan disoal siasat terlebih dahulu sebelum dia dibenarkan keluar. Kenapa mummynya seakan berubah? Ke dia yang berubah?
“Oh, ya! Akif dah fikirkan tentang cadangan mummy?” soal Puan Sri Salina. Mencuba nasib. Manalah tahu tiba-tiba anaknya setuju ke walaupun dia tahu agak mustahil.
“Akif belum fikirkan lagi, mummy. Banyak sangat kerja di pejabat tu. Akif pun terlupa dah. Bagi Akif masa. Nanti Akif fikirkan.” Jawapan yang selamat Akif berikan kepada Puan Sri Salina.
Okay. Take your time. Tapi jangan lama sangat sebab mummy tak nak nanti terlepas pada orang lain pula.” Balas Puan Sri Salina.
“Kalau terlepas tu maknanya bukan jodoh Akiflah,” ujar Akif bersahaja. Kalau boleh dia nak mengelak daripada berbincang hal ini dengan mummy dia.
“Memanglah tetapi sementara dia bukan milik sesiapa ni, apa kata kita cuba dulu. Kalau betul dia bukan jodoh Akif, mummy terima dengan hati yang terbuka,” ujar Puan Sri Salina. Tidak mahu kalah. Yang pasti, anak-anaknya yang lain dan suaminya setuju dengan cadangan dia. Tunggu persetujuan tuan punya badan saja.
“Yalah, mummy! Nanti Akif fikirkan.” Balas Akif acuh tak acuh sebelum meminta diri untuk naik ke biliknya.
“Akif masuk bilik dulu.” Langkahnya diatur menuju ke tangga sambil memikirkan cadangan mummynya.
Patutkah dia bersetuju dengan cadangan mummy dia? Sedangkan pintu hatinya sudah tertutup untuk menerima wanita lain di dalam hidupnya.

Dan Akif tidak punyai jawapan untuk soalan itu.

AH NOTE : Assalamualaikum dan Hi my readers... nah, sis bagi bab 5. Selamat membaca ya. Maaf jika ada typo. Dan harap korang semua suka dgn cerita ni. Thank you for your support guys. Happy reading :)

Tulusly,
Ayatul Husna.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your comment.

Love,
Hezy Rose.