Search This Blog

About Hezy Rose

A simple person | Love travel |A coffee lover | Love writing.

Full time student

Part time writer

My imagination is no limit. So, I like write a story based on my imagination because writing is my Passion.

Welcome to winterlove's Land ❄❤

Any inquires, just pm or email me, hezyroseth@gmail.com

Followers

Sunday, August 4, 2019

MENGAPA AKU KAU LUKAI?





BAB 6
HUJUNG minggu yang sibuk. Biasalah, waktu hujung merupakan waktu bersama keluarga dan pastinya ramai yang mengambil peluang untuk keluar bersama ahli keluarga. Aralyn juga tidak ketinggalan. Hari ini dia membawa Adib ke Mid Valley memandangkan dia sudah berjanji dengan Aimi. Sudah lama Aimi tidak berjumpa dengan Adib.
“Mana Aunty Aimi, ibu?” soal Adib yang tidak sabar hendak berjumpa dengan ibu saudaranya.
“Kejap lagi aunty Aimi sampai.” Beritahu Aralyn sambil menggosok kepala anaknya.
“Sorry handsome boy. I’m late. Aunty stuck in the traffic jam just now.” Aimi memohon maaf kepada Adib.
“It’s okay aunty Aimi but you need to treat me a baskin robbin.” Pinta Adib. Dibuat-buat muka puppy face.
“Adib, apa minta macam tu dengan aunty Aimi.” Marah Aralyn. Dia tidak suka Adib meminta dengan orang walaupun ibu saudara sendiri.
“It’s okay kak long.” Ujar Aimi. “Dah, jom. Kita pergi beli baskin robbin.”
Aimi memimpin tangan Adib. Aralyn hanya mampu menggelengkan kepalanya dan mengekori dari belakang. Manjakan sangat si Adib tu.
“Aimi!” panggil satu suara yang tidak asing di pendengaran Aimi.
“Eh, mami! Buat apa di sini?” soal Aimi. Ketika itu Adib ada bersamanya. Menunggu Aralyn yang ke tandas. Tidak jauh dari situ.
“Mami shoppinglah. Apa lagi. Patutnya mami tanya Aimi buat apa di sini. Dating ya?” soal Puan Sri Maria. Mengusik si anak bongsu. Patutlah sewaktu dia mengajak anak bongsu temankan dia, Aimi menolak. Rupa-rupanya melencong ke sini.
“Taklah, mami.” Geleng Aimi.                                                 
“Ni anak siapa?” soalan dari Puan Sri Maria membuatkan Aimi mati kutu hendak menjawab. Dia sudah berjanji dengan Aralyn untuk merahsiakan tentang Adib.
“Errr...”
Sorry, ramai pula orang kat tandas.”
Aralyn datang menyapa tanpa melihat gerangan yang sedang bercakap dengan Aralyn.
“Aralyn!”panggil Puan Sri Maria.
“Errr... mami!” terkejut Aralyn dengan kehadiran Puan Sri Maria di situ. Dia memandang Aimi meminta penjelasan. Dan Aimi menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
“Ya Allah, Lyn. Rindunya mami pada Lyn.” Lantas Puan Sri Maria memeluk tubuh Aralyn erat. Sangat rindukan bekas menantunya.
“Lyn pun rindukan mami.” Luah Aralyn. Sungguh dia rindukan pelukan seorang ibu. Dia sudah tiada ibu bapa dan dia sangat rapat dengan bekas ibu mentuanya suatu ketika dahulu.
“Ini anak Lyn ke?” Puan Sri Maria menyoal Aralyn selepas meleraikan pelukan mereka.
“Ya. Anak Lyn. Cucu mami.” Tidak mampu untuk Aralyn menipu bekas ibu mentuanya yang dia anggap seperti ibu kandung. Dan wajah Adib yang seiras Aidan, tidak mungkin bekas ibu mentuanya tidak perasan.
“Ya Allah, dah besar cucu tok mi.” Ujar Puan Sri Maria. Wajah cucunya tidak tumpah seperti Aidan.
“Salam dengan tok mi, sayang. Your grandma.” Beritahu Aralyn kepada Adib.
“My grandma, ibu?” bersinar mata Adib sebaik saja mendengar kata-kata ibunya.
“Yes, dear.” Angguk Aralyn bersama dengan senyumannya.
Gembira Puan Sri Maria kerana dapat bertemu dengan cucunya
“Jom, kita pergi makan. Mami belanja.” Pelawa Puan Sri Maria.
“Baik, mami.” Tidak mampu untuk Aralyn menolak pelawaan Puan Sri Maria. Entah mengapa. Mungkin tidak mahu mengecewakan hati bekas ibu mentuanya.
Baru saja mereka hendak melangkah, suara garau Aidan datang menyapa.
Oh, God! You are here mami. Puas Aidan cari mami.”
“Aralyn.” Ujar Aidan. Tidak sangka dia akan bertemu dengan Aralyn di sini. Dan matanya melirik sekilas ke arah kanak-kanak lelaki yang berada di sisi Aimi. Dia kenal kanak-kanak itu.
“Errr... apa-apa kita sambung di meja makan ya. Aimi dah lapar ni,” sampuk Aimi yang sedang memimpin tangan Adib.
“Ya. Jomlah!” angguk Puan Sri Maria.
Dalam hati Aralyn berdebar dan pada masa yang sama dia takut. Takut Aidan akan membawa lari Adib darinya. Kerana itulah dia masih merahsiakan kewujudan Adib. Tetapi hari ini, semuanya terbongkar. Sekelip mata, semuanya terbongkar.
“Kita pesan makanan dulu. Lepas tu baru kita bincang.” Puan Sri Maria mencelah kesunyian di meja makan itu.
Selepas memesan makanan, masing-masing masih lagi diam. Memberi ruang kepada Aralyn untuk memberi penjelasan tentang Adib.
“Adib, selama ini Adib selalu tanya mana papa Adibkan? Itulah papa Adib. Do you remember him right?” soal Aralyn pada Adib yang duduk di sebelahnya. Dia yakin yang anaknya ingat wajah Aidan kerana tidak pernah dia mengajar anaknya untuk membenci Aidan. Malah setiap hari gambar Aidan ditatap oleh Adib.
“Papa.” Panggil Adib.
“Come here sayang.” Aidan mendepakan tangannya. Pantas Adib berlari ke arah Aidan. Adib dipeluk erat. Sangat erat. Dicium kepala anaknya itu. Tidak sangka anaknya mengenali dia. Sangat terharu.
Puan Sri Maria dan Aimi tersenyum melihat Aidan memeluk Adib erat. Aralyn juga turut mengukir senyumannya. Terasa hilang bebanannya. Dia gembira tetapi pada masa yang sama, dia takut. Takut untuk kehilangan Adib.
“Kenapa you rahsiakan semua ini Lyn?” soal Aidan. Tajam matanya memandang bekas isterinya.
“Sebab you minta I jangan tunjuk lagi muka I depan you. So, ini jalan yang terbaik.” Jawab Aralyn tanpa menghiraukan Puan Sri Maria dan Aimi. Rasanya bekas ibu mentuanya dan bekas adik iparnya tahu tentang perkara itu.
I’m so sorry. I menyesal sebab pernah cakap macam tu pada you, sayang.” Pinta Aidan. Tanpa segan-silu Aidan memanggil Aralyn sayang di depan Puan Sri Maria dan Aimi. Kisah apa dia. Sebelum ini pun dia pernah panggil Aralyn sayang juga.
“Past is past, Aidan. I already forgive you. I want to live in present.” Balas Aralyn. Dia tidak berdendam dengan Aidan. Jika dia berdendam dengan lelaki itu, awal-awal lagi dia ajar anaknya untuk membenci bapa sendiri. Tetapi dia tidak lakukan perkara itu.
Then come back to me. Kita rujuk.” Pujuk Aidan lagi. Sudah berkali dia meminta untuk merujuk dengan Aralyn tetapi tidak diendahkan oleh wanita itu.
“I tak nak. I selesa hidup macam ni.” Tolak Aralyn. “Kalau you risau soal Adib, I izinkan you untuk jumpa dia setiap minggu.” Tidak mungkin dia berlaku kejam pada Aidan dengan menghalang lelaki itu bertemu dengan anak kandungnya sendiri. Dan dia tidak mahu mendera perasaan Adib. Dia tahu yang Adib juga perlukan kasih sayang seorang ayah.
“Lyn,” Puan Sri Maria mencelah perbualan anak dan bekas menantunya.
“Mami tahu, susah untuk Lyn terima Aidan kembali tetapi mami berharap sangat Lyn jadi menantu mami lagi. Mami teringin lihat Aidan dan Lyn hidup bahagia.”
Apabila Puan Sri Maria bersuara, Aralyn tidak mampu untuk membantah tetapi kali ini dia perlu bertegas sedikit, mungkin.
“Mami, walaupun Lyn bukan lagi menantu mami tapi Lyn tetap anggap mami macam ibu Lyn,” ujar Aralyn. Tidak mampu untuk dia ungkapkan perkataan ‘tidak’. Dia risau jika Puan Sri Maria terasa hati dengan kata-katanya nanti.
“Kalau itu kata Lyn, mami tak dapat nak paksa.” Akhirnya Puan Sri Maria mengalah. Nanti-nantilah dia pujuk bekas menantunya lagi. Yang pasti, dia tetap akan berdoa semoga anak dan bekas menantunya bersatu kembali.
Selesai makan tengah hari, mereka sambung berjalan di sekitar Mid Valley. Adib tidak berenggang langsung dari Aidan. Tidak hiraukan lagi ibunya. Gembira betul Adib apabila si papa melayan apa saja permintaannya. Kalau Aralyn, memang dia tegas sedikit dengan Adib. Tidak mahu anaknya itu besar kepala dan manja.
“Aidan, you jangan ikutkan sangat permintaan Adib tu. Jangan nak manjakan dia sangat.” Aralyn bersuara apabila Adib meminta untuk di belikan mainan. Sudah masuk lima tahun tapi masih mahukan mainan.
“Alah, biarlah. Bukannya selalu.” Balas Aidan sebelum mengikut langkah Adib yang mengheretnya menuju ke bahagian kereta mainan. Macam bapanya. Minat kumpul kereta. Geleng kepala Aralyn dengan gelagat anaknya.
Bapa borek, anak rintik.
Pukul enam petang, Aralyn tiba di rumah. Adib sudah tidur keletihan. Mana tak letih, seharian berjalan dan bermain dengan Aidan. Suka betul apabila si papa ikut saja apa yang dipintanya. Dan Aralyn bahagia kerana dia dapat melihat wajah kegembiraan Adib.
Pintu rumah dibuka. Farah tiada rumah. Keluar mencari barang untuk bersanding nanti. Tidak lama lagi Farah akan berkahwin dan dia terpaksa mencari rumah baru. Takkan dia nak tinggal sekali dengan Farah dan suaminya. Nanti tak pasal-pasal timbul fitnah pula.
You dah sampai rumah?
Satu pesanan wassap dari Aidan muncul di notifikasi telefon Aralyn.
Dah sampai.
Balas Aralyn ringkas.
I rindukan you, sayang.
Pesanan wassap dari Aidan yang seterusnya sengaja dia bluetick kan. Kalau boleh, dia tidak mahu berhubung dengan lelaki itu melainkan hal kerja dan tentang Adib. Tetapi nampaknya Aidan tidak berputus asa dalam memujuknya. Sakit kepala fikirkan bekas suaminya itu. Gila talak agaknya!



NOTE: Next update, next friday. Insya-Allah. Thank you for your support. Happy reading ;)

Love,
HezyRose.

Friday, July 26, 2019

MENGAPA AKU KAU LUKAI?



BAB 5



SELEPAS kejadian di restoran tempoh hari, Aralyn tidak lagi berjumpa dengan Aidan mahupun Aimi. Segala hal kerja diserahkan kepada pekerja. Biarlah pekerjanya yang menguruskan semuanya. Dia hanya memantau dari jauh saja. Tidak mahu lagi bertemu dengan lelaki itu.
Dia sangat bahagia hidup dengan Adib. Dan dia tidak perlukan Aidan. Walaupun kerap-kali Adib bertanya tentang papanya, Aralyn tetap memberi jawapan yang sama. Mengatakan ‘Papa sibuk. Papa kerja jauh.’
“Miss Aralyn, someone wants to meet you.” Suara Diana melalui interkom menyapa telinga Aralyn yang sedang sibuk menyemak proposal.
“Who?” balas Aralyn.
“Representative from Diamond Holding.” Beritahu Diana.
Mereka ada buat temu-janji ke? Wakil syarikat. Harap-harap bukan Aidan kerana lelaki itu merupakan CEO Diamond Holding.
“Okay. Let him come.” Suruh Aralyn.
Tidak lama selepas itu bunyi ketukan pintu ofisnya dan Aralyn menyuruh tetamunya itu masuk.
“Diana, make two cup of tea.” Suruh Aralyn tanpa mengangkat kepalanya. Matanya masih ralit memandang laptop yang berada di depannya.
“Sure, Miss Ara.” Diana meninggalkan tetamu itu.
“Good morning, Miss Aralyn.”
Suara garau yang menyapa itu membuatkan jari-jemari yang sedang mengetuk keyboard terhenti dengan sendiri. Aralyn mengangkat kepalanya.
Aidan!
Ternyata perkiraannya salah. Kenapa lelaki itu perlu muncul di sini?
“Errr... have a seat Mr Aidan.” Suruh Aralyn. Dia perlu bersikap profesional. Dia yakin yang Aidan ke sini untuk berbincang soal kerja.
“Thank you, Lyn.” Aidan duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan Aralyn.
“Can you stop call me ‘Lyn’. I don’t feel comfortable.” Pinta Aralyn. ‘Lyn’ merupakan panggilan yang dipanggil oleh Aidan ketika dia masih menjadi isteri lelaki itu selain sayang.
“But I like to call you ‘Lyn’.” Balas Aidan.
“Whatever suit yourself, Mr Aidan.” Aralyn mengalah. Malas hendak bergaduh dengan lelaki itu. Setakan panggilan itu, buat habis air liurnya saja.
“Kalau macam tu I call you, sayanglah. It really suits to you.” Ujar Aidan. Rindu untuk memanggil dengan panggilan sayang.
Baru saja Aralyn ingin membalas kata-kata Aidan, Diana membawa masuk air teh yang dimintanya tadi.
“Thank you, Diana.” Ucap Aralyn.
“Welcome, Miss Ara.” Diana berlalu keluar dari situ. Tidak mahu menganggu perbincangan bosnya itu.
“So, what’s bring you here?” soal Aralyn selepas Diana keluar dari ofisnya.
“Oh, I nak bincang pasal projek I di Melaka. My project.” Beritahu Aidan kepada Aralyn. Memandangkan semua rekaan di syarikat Aralyn sangat menepati cita rasanya, sekali lagi dia memilih Matahari Prima Berhad.
“Sure. So, your project is about what?” soal Aralyn. Dia perlu tahu terlebih dahulu tetnang projek baru Aidan. Barulah dia boleh bersetuju untuk bekerjasama dengan lelaki itu.
“Here.” Fail dihulurkan kepada Aralyn. Dan Aralyn mula membelek satu-persatu kertas yang berada di dalam fail itu. Dibaca dengan teliti.
“Okay. I setuju.” Ujar Aralyn. “Sekejap I minta PA I bawa masuk latest design yang sesuai dengan projek you tu.” Aralyn memanggil Diana melalui interkomnya.
“Thank you Mr Aidan for choosing our company again. I will try my best in this project.” Ucap Aralyn setelah selesai berbincang dengan Aidan tentang konsep yang diinginkan Aidan.
“My pleasure, sayang.” Balas Aidan. Selamba.
Terdiam Aralyn dengan panggilan itu. Sengaja betul lelaki di depannya ini ingin cari pasal.
“Ada apa-apa lagi yang kita tidak bincang, Mr Aidan?” soal Aralyn apabila Aidan masih tiada ura-ura untuk berlalu dari situ.
“Tak ada tapi I nak ajak you lunch,” ujar Aidan.
Sorry. I jarang keluar lunch. Lagipun, masih banyak kerja yang I perlu siapkan.” Aralyn menolak ajakan Aidan dengan baik.
“Tapi you need to go lunch, Lyn. Nanti you sakit.” Ujar Aidan prihatin.
“It’s okay. I used with it.” Balas Aralyn. Tidak mahu termakan dengan pujukan Aidan.
“Baiklah. Kalau macam tu I balik dulu.”
Akhirnya Aidan meminta diri untuk pulang. Lega Aralyn. Dia hanya menghantar langkah Aidan dengan hujung matanya. Nafas lega dihembus selepas Aidan hilang disebalik pintu ofisnya. Sejak dari tadi, jantungnya tidak mahu beri kerjasama. Perasaan itu hadir lagi. Dan dia benci rasa itu!
*****
AIDAN tersenyum selepas mendapat berita dari penyiasat upahannya. Lama ditenung maklumat yang dia dapat itu. Hatinya sangat gembira kerana kanak-kanak lelaki yang bersama dengan Aralyn itu merupakan anaknya. Dan bukan anak Aralyn dengan lelaki lain. Tetapi kenapa dia tidak pernah tahu yang Aralyn mengandung?
Betapa bodohnya dia melepaskan Aralyn ketika itu. Terlalu ikutkan kata-kata nendanya. Fitnah yang nendanya taburkan ke atas Aralyn, dia percaya bulat-bulat dan di depan mata Aralyn dia membuat maksiat. Memang patut Aralyn benci padanya. Tetapi dia perlu memikat kembali bekas isterinya kerana dia tidak bisa hidup tanpa Aralyn.
Lima tahun yang sangat menyiksakan apabila Aralyn tiada di sisinya.
‘I wish I can hug you right now, Aralyn.’ Bisik Aidan di dalam hatinya.
Dari jauh Aidan memandang Aralyn yang baru saja keluar dari kereta. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki datang menerpa ke arah Aralyn. Dan muka kanak-kanak itu persis mukanya. Adakah itu anak mereka?
Ingin saja dia keluar dari kereta itu dan memeluk anaknya tetapi dia tidak mampu. Dan dia tidak mahu Aralyn tahu yang dia sudah tahu akan kewujudan Adib. Dia sendiri tidak tahu kenapa Aralyn merahsiakan tentang Adib darinya. Sedangkan dia berhak untuk tahu.
Aidan mengekori kereta Aralyn dari belakang. Ingin tahu ke mana destinasi bekas isterinya. Tidak jauh dari situ, Aralyn memberhentikan keretanya di sebuah rumah. Dia kenal rumah itu. Itu rumah Farah. Dia tidak sangka yang Aralyn tinggal di rumah Farah. Aidan masih memerhatikan gerak-geri Aralyn dari dalam keretanya sehingga bekas isterinya itu masuk ke dalam rumah bersama dengan anak mereka.
Sungguh! Dia menyesal dengan apa yang dia pernah lakukan.
“Kamu ke mana Aidan? Sekarang baru balik.” Tegur Puan Sri Maria. Jarang anaknya pulang lewat jika tiada mesyuarat atau apa-apa event.
“Eh, mami! Aidan ada hal tadi. Itu yang balik lambat.” Tangan Puan Sri Maria di salam. Rutinnya setiap petang. Dan setiap petang juga, pasti Puan Sri Maria akan menunggu Aidan dan Aimi pulang.
“Kamu pergi intip Aralyn ke?” soalan daripada Puan Sri Maria membuatkan Aidan berpaling ke arah maminya.
“Dari mana mami tahu yang Aralyn dah balik Malaysia?” tidak dijawab soalan Puan Sri Maria. Malah Aidan turut mengajukan soalan buat maminya itu.
“Aimi bagithu mami tadi. Aimi cakap kamu minta untuk rujuk dengan Lyn tapi Lyn tak nak.” Cerita Puan Sri Maria.
Aidan mendengus kasar. Tanda tidak puas hati dengan adiknya. Tidak reti simpan rahsia betul adiknya itu.
“Jangan kamu nak marah Aimi. Memang patut dia ceritakan pada mami. Tunggu kamu buka mulut, entah bila,” ujar Puan Sri Maria. Bukan dia baru kenal Aidan. 35 tahun menjaga anaknya itu, dia sudah masak dengan perangai anak lelakinya ini.
“Bukan Aidan tak nak cerita pada mami tapi Aidan masih belum mampu pujuk hati Lyn, mami. Dia sengaja menjauhkan diri dari Aidan. Macam mana Aidan nak pujuk dia,” luah Aidan. Bukan dia tidak mencuba tetapi Aralyn yang mencipta jarak di antara mereka berdua.
“Itulah kamu. Elok-elok Lyn jadi isteri kamu. Kamu curang dengan dia. Ceraikan dia kerana percaya dengan fitnah nenda kamu tu. Kalau kamu tak ceraikan dia, mesti tengah bahagia dan ada anak dengan Lyn tu.”
Puan Sri Maria mula membebel. Mengamuk juga dia selepas mengetahui Aidan menceraikan Aralyn lima tahun lepas. Dan dengan mudah anak lelakinya percaya akan fitnah yang ditabur oleh ibu mentuanya. Sejak dari dulu lagi dia tidak sebulu dengan ibu mentuanya tetapi dia tetap hormatkan ibu mentuanya.
“Kami memang ada anak mami. Lelaki. Dia dah besar. Lima tahun umurnya.” Jujur Aidan.
“Apa?” terkejut Puan Sri Maria.”Kenapa mami tidak pernah tahu?” soalan Puan Sri Maria, Aidan tidak mampu jawab kerana dia sendiri tiada jawapan. Hanya Aralyn yang punyai jawapan itu.
Aidan hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Aidan pun tak pernah tahu mami.”
Puan Sri Maria mengeluh perlahan sebelum membuka mulut.
“Aidan perlu ambil hati Lyn balik. Mami sayangkan Lyn. Lagi-lagi kamu berdua ada anak. Aidan tak kesiankan anak Aidan ke?”
“Aidan dah cuba mami tapi hati Lyn terlalu keras untuk terima Aidan,” ujar Aidan tetapi dia tidak akan berputus asa untuk memujuk Aralyn. Dia mesti jadikan Aralyn sebagai isterinya semula.
“Kerak nasi, kalau direndam dengan air akan lembut juga. Mami tahu Lyn tu lembut orangnya. Pemaaf. Aidan kena cuba dan jangan putus asa. Mami sokong Aidan.”
Nasihat Puan Sri Maria Aidan sematkan di dalam kepalanya.
“Terima kasih, mami.” Aidan memeluk Puan Sri Maria erat. Walaupun mami naik hantu dengannya kerana menceraikan Aralyn tetapi maminya sentiasa ada di sisinya menyokong dan memberi kata-kata semangat padanya.
“Sama-sama.” Tersenyum Puan Sri Maria. Khabar yang dibawa oleh Aidan sangat mengembirakan hatinya. Dia sudah mempunyai seorang cucu.

NOTE: Next update on next friday. TQ. happy reading :) thank you for your support.

Love,
Hezy Rose.

Friday, July 19, 2019

MENGAPA AKU KAU LUKAI?




BAB 4
SUDAH masuk dua bulan Aralyn mengalas tugas sebagai pengurus dan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun masih banyak yang dia perlu pelajari untuk menguruskan sebuah syarikat tetapi dengan ilmu dan pengalaman yang dia miliki, meringankan sedikit bebannya.
“Miss Ara, today we have meeting with Diamond Holding. And it’s a lunch meeting.” Seperti biasa, Diana menjalankan tugasnya sebagai PA kepada Aralyn.
“Itu saja untuk hari ini.” Ujar Diana.
Aralyn menarik nafas lega kerana hari ini dia perlu menghadiri satu mesyuarat sahaja. Dan dia telah pun berjanji dengan Adib untuk menyambut hari lahir anak terunanya itu.
“Okay. Hari ini saya ambil half day.” Beritahu Aralyn kepada Diana.
“Baik Miss Ara.” Angguk Diana dan berlalu keluar setelah Aralyn mengizinkannya untuk keluar.
Tepat jam 11.30 pagi, Aralyn keluar dari ofisnya. Dia menuju ke keretanya. Nasib baik Farah mendesaknya untuk membeli kereta. Kalau ikutkan hatinya, lebih selesa naik pengangkutan awam tetapi fikirkan kerap kali keluar meeting di luar, terpaksa juga dia beli kereta.
Kereta dipandu menuju ke restoran lima bintang. Aralyn bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya memandangkan sebentar lagi masuk waktu makan tengah hari.
Pelayan menunjukkan tempat kepada Aralyn. Tempat yang sudah ditempah khas oleh clientnya. Dia hanya perlu sebut nama syarikat sahaja. Curious pula siapalah pemilik Diamond Holding itu?
Aidan dan Aimi melangkah masuk ke restoran lima bintang itu. Dan ketika itu Aralyn duduk membelakanginya.
“Sorry Miss. We are late.” Suara garau Aidan menyapa gegendang telinga Aralyn.
Suara itu! Tetapi tidak mungkin dia. Aralyn berpaling ke sisi kirinya dan saat itu matanya jelas menunjukkan dia terkejut. Kenapa sekarang dia perlu bertemu dengan lelaki itu?
Aidan!
“Aralyn.” Panggilan Aidan mengembalikan Aralyn dari rasa terkejutnya.
“Errr... have a seat Mr Aidan and Miss Aimi.” Pelawa Aralyn. Dia bersalaman dengan Aimi. Dia perlu bersikap profesional. Tidak mencampur-aduk masalah peribadi dengan kerja.
Aidan mengambil tempat bertentangan dengan Aralyn manakala Aimi duduk di sebelah Aidan.
Cuba berlagak tenang dan dia berasa sedikit kekok ketika itu. Tetapi demi kerja, Aralyn kuatkan juga hatinya. Mereka memulakan perbincangan. Aralyn kelihatan sangat serius dengan kerjanya.
Dari tadi Aidan merenung Aralyn. Dan kata-kata Aralyn tentang kerja ibarat angin yang lalu saja. Matanya lebih fokus pada Aralyn. Dia sangat rindukan wajah itu. Ingin disentuh tetapi mereka sudah tiada ikatan. Betapa bodohnya dia kerana menceraikan isteri sebaik Aralyn.
“Along!” Aimi menepuk lengan Aidan. Boleh pula abangnya berangan. Dah la tenung wajah Aralyn macam nak tembus.
“Apa?” Aidan berpaling ke arah Aimi.
“Setuju tak dengan cadangan kak long?” soal Aimi. Dia sudah terbiasa memanggil Aralyn dengan panggilan kak long. Jadi, sedikit kekok untuknya menukar panggilan itu.
“Setuju apa?” soal Aidan bingung. Itulah lain kali berangan lagi.
“Tentang konsep ini, Encik Aidan.” Aralyn menghulurkan kertas kepada Aidan supaya lelaki itu boleh teliti dengan baik cadangannya.
Kertas yang dihulurkan oleh Aralyn disambut. Aidan mula fokus kembali pada kerjanya.
“Setuju.” Aidan memberi kata putus.
“Baik. Kalau macam tu, esok saya akan hantar wakil ke Diamond Holding untuk Encik Aidan sign kontrak.” Ujar Aralyn dalam nada formal.
“Okay.” Aidan dan Aimi mengangguk serentak.
“Kalau macam tu saya minta diri dulu.” Aralyn sudah berura-ura untuk pergi dari situ kerana dia tidak betah dengan pandangan Aidan padanya. Dan dia juga berasa tidak selesa. Dia ingin cepat-cepat angkat kaki dari situ.
“Makanan belum sampai lagi. Kita makan dulu.” Aidan menahan Aralyn bangun dari duduknya itu.
“It’s okay. I can eat later.” Balas Aralyn.
No. I dah tempah makanan untuk kita. I dan Aimi tak mampu nak habiskan semaunya,” ujar Aidan. Dia tidak mahu Aralyn pergi dari situ. Belum puas dia menatap wajah bekas isterinya.
“Betul tu kak long. Aimi ni bukannya makan banyak sangat.” Sampuk Aimi yang diam sejak tadi. Sengaja memberi ruang pada abangnya dan bekas kakak iparnya untuk berbual. Mana tahu, mereka boleh berbaik semula.
“Errr... baiklah.” Akur Aralyn. Terpaksa mengalah.
“Five years you dissapear. Where you have been, Lyn?” soalan dari Aidan membuatkan Aralyn mengangkat kepalanya dari melihat iPhone ditangannya.
“It’s not your matter. Mind your own business, Mr Aidan.” Balas Aralyn. Dia tidak mahu Aidan bercakap tentang perkara lepas. Dan dia sudah lupakan lelaki itu.
“I miss you, Lyn.” Tanpa segan silu Aidan mengaku dia rindukan bekas isterinya. Dan dia tidak malu untuk mengaku itu walaupun di depan adiknya sendiri.
Terkaku Aralyn dengan pengakuan Aidan. Sudah gila agaknya lelaki di depannya ini.
Pardon me. I rasa you salah orang. I bukan sesiapa pada you.” Ujar Aralyn tanpa perasaan. Agak terkesan dengan pengakuan Aidan tetapi cepat-cepat dia membuang rasa itu.
No. I really miss you. Lima tahun I cari you sayang tapi tidak dapat dijejaki. You hilang tanpa jejak.” Luah Aidan. Dipandang wajah Aralyn. Sungguh, dia rindukan bekas isterinya itu.
“Untuk apa you cari I? Bukankah you sendiri yang minta I berambus dari pandangan you dan you tak nak tengok I lagi. No need to find me, Mr Aidan.” Cuba dikawal emosinya. Dia tidak mahu membuat kecoh di restoran itu.
“I’m sorry for what I’ve done to you, sayang. My mistake that I can’t change but I really regret it. Kita rujuk balik.” Pinta Aidan. Selepas lima tahun, baru dia mempunyai peluang untuk memohon maaf pada Aralyn.
Aralyn terkesan dengan kata-kata maaf dari Aidan. Ikhlas bunyinya.
“I maafkan tetapi untuk rujuk balik dengan you, itu tidak akan berlaku Aidan. You can choose other woman instead of me to make you happy. Sebab sebelum ini pun you dah pilih wanita lain berbanding isteri you sendiri.”
Kata-kata Aralyn sangat sinis sekali. Ya, dia maafkan Aidan tetapi untuk melupakan apa yang lelaki itu lakukan padanya amat payah.
“I minta diri dulu.” Beg tangan dan failnya di ambil dan dia berlalu dari situ tanpa menghiraukan panggilan dari Aidan lagi.
“Along! Biarkan kak long sendirian dulu. Biarkan kak long tenangkan diri dia. Dia sangat terluka along.” Pujuk Aimi. Dari tadi dia menjadi pemerhati dan pendengar kepada perbualan abangnya dan bekas kakak iparnya.
“Tapi Aimi...” Aidan melepaskan keluhannya.
“Jangan risau. Kalau memang jodoh along dengan kak long, kak long akan kembali kepada along.”
Ujar Aimi. Kalau ikutkan dia, dia juga ingin abangnya berbaik semula dengan bekas kakak iparnya tetapi dia tidak punyai hak untuk memaksa bekas kakak iparnya itu. Biarlah abang dan bekas kakak iparnya yang buat keputusan sendiri.


NOTE: Terima kasih untuk yg baca dan komen. Jadi pembakar sangat utk siapkan cerita ni cepat-cepat. So, extra bab sebab ramai yg suka dgn cerita ni.
Next update on next Friday.

Tulusly,
Hezy Rose.