BAB 2
HARI ini dia mendapat panggilan dari syarikat yang dia pernah hadiri temuduga minggu lepas. Dan dia dapat kerja! Yay! Alhamdulillah! Akhirnya Allah makbulkan juga doa dia. Syukur kepada Allah. Tetapi dia perlu rahsiakan dari alongnya yang dia bekerja di mana kerana dia pasti alongnya akan bangkang nanti. Dan dia juga perlu rahsiakan pekerjaannya nanti pada ayah dan ibunya nanti. Kalau ayah dan ibunya tahu yang dia kerja apa nanti, memang dia kena kerja di syarikat milik keluarganya terus. Jadi dia perlu lakukan sesuatu supaya keluarganya tidak tahu yang dia kerja apa nanti.
Rancangan mula difikirkan. Akalnya sibuk mencari idea yang bernas supaya dia dapat simpan rahsianya dengan rapi. Tiada seorang pun akan tahu nanti termausklah adik-adiknya juga. Setelah dua minit dia berfikir, akhirnya dia mendapat satu idea. Jarinya dipetik sambil tersenyum. Dia yakin ideanya ini sangat bernas dan bijak.
‘Kadang-kadang bijak juga kau ya, Feefa! Tapi aku memang bijak pun.’ Omel Navilya Afeefa sendirian. Sempat lagi dia memuji diri sendiri.
Setelah berbincang dengan Dalili dan Dalili bersetuju, Navilya Afeefa membuat keputusan untuk tinggal di rumah sewa sahabatnya itu. Satu masalah sudah selesai. Dan tinggal satu lagi masalah iaitu bagaimana untuk memberitahu dan memujuk ayah dan ibunya supaya memberi keizinan padanya untuk tinggal di rumah sewa. Jadi, dia perlu cari cara supaya ibunya bersetuju. Ayahnya senang saja untuk dan ayahnya jenis yang ikut saja keputusannya selagi tidak melampui batas. Harap-harap hati ibunya lembut memberi keizinan untuk berpindah rumah. Amin.
Langkah dibawa menuju ke tingkat bawah. Mencari ayah dan ibunya. Rasanya ayah sudah pulang ke rumah sebab dah masuk pukul 5 petang. Biasanya ayahnya sudah berada di rumah pada waktu begini. Langkah dibawa ke luar rumah kerana tiada sesiapa pun berada di dalam rumah. Dia yakin yang ayah dan ibunya berada di taman. Mungkin sedang minum petang barangkali.
Tepat jangkaannya. Ayah, ibu dan kakak iparnya ada di taman. Sedang rancak berbual. Lalu Navilya Afeefa mendekati mereka bertiga berserta senyuman sebaik saja dia melihat kakak iparnya senyum kepadanya.
“Selamat petang, ayah, ibu dan Kak Long,” tegur Navilya Afeefa ceria. Suaranya gembira sekali.
“Selamat petang, Feefa!” balas mereka bertiga serentak.
Navilya Afeefa melabuhkan duduknya di sebelah kakak iparnya, Farhana Aisyah memandangkan ada ruang kosong di sebelah kakak iparnya itu.
“Ceria saja anak ayah hari ini. Ada berita gembira ke?” tebak Encik Azlan. Lain macam saja dia tengok anak perempuannya hari ini. Ceria semacam jer.
“Ada,” angguk Navilya Afeefa bersama senyuman manisnya.
“Apa dia yang buat anak ibu ceria semacam saja? Nak kahwin ke?” usik Puan Bainun.
“Ish! Ibu ni, ke situ pula. Mana ada. Calon pun tak ada lagi, macam mana nak kahwin?” sangkal Navilya Afeefa. Setakat ini tak pernah lagi terfikir untuk berkahwin kerana dia sendiri belum ada calon lagi.
Betul ke tak ada calon? Rasanya sudah ada. Ha! Ada tapi kena
tackle la dulu. Nanti masuk kerja minggu depan, dia tacklelah bos di syarikat dia bekerja. Haha.
“Betul ke tak ada calon? Orang cantik macam Feefa ni takkan tak ada yang berkenan.” Soal Farhana Aisyah tidak percaya dengan kenyataan dari si adik iparnya itu.
“Betullah, Kak Long! Manalah ada yang berkenan dengan Feefa yang tak kerja ni,” balas Navilya Afeefa dengan suara sedihnya itu.
“Alolo... janganlah risau. Nanti dapatlah kerja tu,” pujuk Farhana Aisyah. Bahu Navilya Afeefa digosok tanda memujuk.
“Feefa ni drama saja lebih Ana. Jangan nak percaya sangat dengan dia tu,” celah Puan Bainun. Kenal sangat dengan perangai sengal anak perempuannya itu. Propa saja lebih kadang-kadang.
“Alah, ibu ni! Baru saja nak bermanja dengan Kak Long. Spoil betul la.” Cebik Navilya Afeefa tidak puas hati. Dan Farhana Aisyah yang dengar kenyataan dari si adik ipar, ketawa perlahan. Ada-ada saja adik iparnya yang sorang ni. Kepala digelengkan beberapa kali apabila melihat gelagat adik iparnya itu.
“Oh, ya! Hampir terlupa pula. Feefa ada perkara ni nak beritahu ayah, ibu dan Kak Long,” ujar Navilya Afeefa. Hampir terlupa tujuan asal dia ke mari. Asyik sangat berbual dengan ayah, ibu dan kakak iparnya.
“Apa dia? Cakaplah.” Soal Puan Bainun ingin tahu.
“Feefa dah dapat kerja. Jadi Feefa ingat nak pindah rumah dan duduk dengan Dalili. Lagipun, rumah sewa Dalili dekat dengan tempat kerja Feefa nanti,” beritahu Navilya Afeefa. Agak hati-hati dia berbicara. Tidak mahu tersasul nanti. Karang, tak pasal-pasal rahsianya terbongkar pula nanti.
Wajah Encik Azlan dan Puan Bainun yang duduk berhadapan dengannya dipandang. Menanti reaksi dari ayah dan ibunya. Dan dia dapat merasakan yang ibunya akan membantah nanti dengan rancangnya itu. Dan ayahnya orang pertama yang bersuara setelah dia menyatakan hasratnya itu.
“Baguslah! Ayah tak kisah Feefa nak pindah ke apa. Asalkan Feefa pandai jaga maruah diri. Dan selagi tak langgar perintah Allah.” Begitu tenang sekali Encik Azlan bersuara. Menyetujui rancangan anaknya itu. Biasa-biasa saja. Sedikitpun tidak membantah dengan hasrat si anak. Tetapi lain pula bagi Puan Bainun.
“Ha! Baguslah kalau kamu dah dapat kerja. Syukur, Alhamdulillah! Tapi kenapa perlu pindah rumah segala. Duduk sajalah di sini. Kamu dapat kerja di mana?” soal Puan Bainun. Ingin tahu di mana lokasi anaknya bekerja itu.
“Ibu, ni... Kan Feefa dah cakap yang rumah Dalili dekat dengan tempat kerja. Rumah kita jauh sikit. Feefa dapat kerja area Damansara.” Jawab Navilya Afeefa. Nak tak nak, kena beritahu juga ibunya di mana tempat dia bekerja. Nanti macam-macam soalan pula ibunya akan soal. Jadi, lebih baik dia ambil langkah selamat.
“Tak adalah jauh sangat dengan rumah kita. Duduk sajalah sini. Kesian pula Dalili nanti.” Puan Bainun cuba membantah keputusan anaknya untuk berpindah. Bukan apa, sunyilah dia nanti kalau Navilya Afeefa duduk rumah sewa.
“Ala, ibu... bolehlah? Dalili dah setuju pun. Lagipun Dalili tinggal sorang saja di rumah sewanya itu. Boleh ya, ibu!” pujuk Navilya Afeefa. Muka kesian ditayangkan kepada Puan Bainun. Dia tahu, lepas ni pasti hati ibunya lembut dan setuju dengan rancangannya itu.
“Ya lah! Ibu izinkan. Tapi janji dengan ibu, setiap hujung minggu balik rumah selalu.” Akhirnya Puan Bainun terpaksa bersetuju dan memberi keizinan kepada Navilya Afeefa setelah anaknya memujuk. Tidak sampai hati untuk membantah apabila anaknya menayangkan wajah kesian. Hatinya pasti akan lembut dan cepat terpujuk. Itulah hati seorang ibu. Mudah terpujuk apabila si anak merayu. Ya, hati perempuan sangatlah lembut walaupun kadang-kadang keras.
“Yay! Terima kasih, ibu! Sayang ibu!” Navilya Afeefa bersorak gembira kerana akhirnya ibunya mengizinkan dia untuk berpindah rumah. Dia bangun dari kerusi yang didudukinya dan berlari anak ke arah ibunya. Lalu dia memeluk ibunya dari belakang. Ciuman di pipi dihadiahkan kepada ibunya. Tanda dia benar-benar gembira.
“Sayang ibu jer? Ayah ni tak sayanglah?” celah Encik Azlan. Mengusik anak daranya yang sedang memeluk isterinya itu.
“Ayah pun Feefa sayang juga. Bukan ibu saja. Janganlah merajuk ya, ayah!” pujuk Navilya Afeefa. Kini dia beralih ke arah ayahnya pula. Memeluk erat si ayah yang duduk di atas kerusi disebelah ibunya.
“Ya, ayah tahu! Ayah gurau saja!” sengih Encik Azlan.
“Tak kiralah ayah gurau ke apa tapi Feefa tetap nak cakap yang Feefa sayang ayah!” pipi Encik Azlan dikucup dari sisi. Masih lagi memeluk bahu ayahnya itu.
“Ayah pun sayang anak ayah yang manja ni,” usik Encik Azlan. Senyuman mengusik dihadiahkan buat si anak.
“Ayah!” Navilya Afeefa buat-buat marah dengan usikan ayahnya itu. Dan Encik Azlan hanya ketawa. Dan sejurus selepas itu, Navilya Afeefa juga turut ketawa. Manakala Puan Bainun dan Farhana Aisyah yang hanya menjadi pemerhati hanya tersenyum bahagia melihat usikan antara ayah dan anak. Bahagia!
******
PADA malam itu, Navilya Afeefa mula mengemaskan barang-barangnya kerana dia rancang untuk pergi menghantar barang-barangnya terlebih dahulu. Jadi, hari dia hendak pindah tu tak perlulah dia bawa barangnya. Kira bawa diri sajalah. Tak semua barang yang dia bawa. Ada juga yang dia tinggal. Dan baju pun tak semua dia bawa.
Sedang dia asyik memasukkan baju-baju di dalam bagasinya, pintu biliknya diketuk dari luar. Membuatkan kerjanya itu terbantut. Lalu, dia bangun dan berlalu ke arah pintu biliknya itu. Pintu bilik dibuka dan wajah kakak iparnya terpampang di hadapannya.
“Feefa busy tak?” soal Farhana Aisyah sebaik saja adik iparnya berdiri di hadapannya.
“Tak adalah busy sangat. Kenapa Kak Long?” balas Navilya Afeefa. Hairan malam-malam begini kakak iparnya ketuk pintu biliknya. Biasanya selepas makan malam, kakak iparnya akan masuk ke dalam bilik. Tak pun kalau ada alongnya, mereka berdua akan menonton televisyen bersama-sama.
“Teman Kak Long keluar makan boleh? Tiba-tiba rasa nak makan Zinger Burger kat KFC,” beritahu Farhana Aisyah serba-salah. Sebenarnya tidak sampai hati hendak kacau adik iparnya tetapi dia terpaksa kerana rasa nak makan sangat-sangat Zinger Burger.
“Boleh, Kak Long! Ingatkan apalah tadi. Baby nak makan Zinger Burger, ya? Sekejap sayang, mak ngah tukar baju sebentar ya!” balas Navilya Afeefa. Perut kakak iparnya yang sudah menampakkan bentuknya diusap perlahan sambil berbicara dengan bayi di dalam perut kakak iparnya itu.
“Feefa tukar baju dulu ya, Kak Long. Sekejap lagi Feefa turun,” beritahu Navilya Afeefa. Takkanlah dia nak pergi KFC dengan berbaju tidur pula. Nanti orang ingat dia kurang waras pula.
“Baiklah. Kak Long tunggu di ruang tamu, ya?” angguk Farhana Aisyah. Dia sudah siap berpakaian. Jubah hitam sudah tersarung pada tubuhnya.
“Okay, Kak Long!” senyum Navilya Afeefa. Pintu bilik ditutup setelah kakak iparnya berlalu pergi ke tingkat bawah. Dan dia mula bersiap dengan segera kerana tidak mahu kakak iparnya menunggu lama. Dia hanya menyarungkan tunic dan skirt. Manakala shawl hanya dibelit dengan ringkas.
Setelah selesai bersiap, Navilya Afeefa turun ke bawah. Dan dia lihat kakak iparnya sedang berborak dengan ibunya. Dan Navilya Afeefa mendekati mereka berdua yang sedang rancak berborak. Agak-agak mereka sedang berborak tentang apa, ya?
“Rancaknya berborak. Berborak pasal apa ni?” celah Navilya Afeefa. Sempat lagi dia bertanya apa yang ibu dan kakak iparnya berborak tentang apa.
“Eh, dah siap? Jomlah!” Farhana Aisyah berpaling ke arah Navilya Afeefa yang sedang berdiri di tepi meja kopi.
“Dah!” angguk Navilya Afeefa.
“Nak pergi mana malam-malam ni?” soal Puan Bainun hairan. Ke mana pula anak dan menantunya nak keluar ni? Tak ada beritahu dia pun.
“Teman Kak Long pergi KFC. Kak Long mengidam nak makan Zinger Burger,” beritahu Navilya Afeefa. Dan Farhana Aisyah hanya tersengih. Mengiakan apa yang dikatakan oleh adik iparnya itu.
“Oh! Ingatkan nak pergi mana tadi. Keluar tu jangan lama sangat dan jangan balik lambat,” pesan Puan Bainun. Bukan apa, tak elok orang mengandung keluar waktu-waktu malam.
“Baiklah, ibu!” jawab Farhana Aisyah. Nasib baik ibu mertuanya tidak menghalang dia keluar. Mujurlah ada ibu mertua yang jenis memahami.
“Kami pergi dulu ya, ibu!” ujar Navilya Afeefa. Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Puan Bainun.
“Yalah. Bawa kereta elok-elok Feefa. Jangan nak laju sangat.” Sekali lagi Puan Bainun memberi pesanan. Bukan dia tidak tahu yang anak perempuannya itu kalau bawa kereta, macam nak pergi berlumba pula tapi perlahan sikit dari orang berlumba kereta.
“Orait, bos!” tangan dinaikkan ke dahi tanda dia mendengar pesanan ibunya itu.
Puan Bainun menghantar anak dan menantunya sehingga ke pintu utama. Dan setelah kereta Navilya Afeefa hilang dari pandangannya, barulah dia masuk ke dalam. Mencari suaminya yang hilang selepas makan malam. Mungkin ada di dalam bilik bacaan barangkali. Biasanya suaminya ada di situ. Lalu langkah dibawa ke tingkat atas dan menuju ke bilik bacaan.
Setelah kereta diletakkan di parking yang disediakan, Navilya Afeefa dan Farhana Aisyah mula keluar dari kereta dan melangkah ke pintu utama KFC. Navilya Afeefa menyuruh kakak iparnya mencari tempat untuk mereka duduk manakala dia pergi membuat pesanan.
‘Malam-malam pun ramai juga yang nak makan KFC, ya? Ingatkan waktu tengah hari saja.’ Rungut Navilya Afeefa di dalam hati kerana terpaksa beratur panjang. Sebenarnya dia jenis yang tidak suka beratur panjang. Nak suruh kakak iparnya, kesian pula. Takkan nak suruh kakak iparnya yang mengandung pula. Jadi, suka atau tidak, terpaksalah dia beratur walaupun barisan agak panjang. Sabar sajalah!
Selesai saja membuat pesanan, Navilya Afeefa membawa dulang yang berisi makanan dan minuman ke meja yang diduduki oleh kakak iparnya itu. Dulang tersebut diletakkan di atas meja tersebut. Dan dia melangkah ke bahagian sos dan straw. Baru saja ingin berpusing tubuh, tubuhnya dilanggar seseorang. Hampir saja dia tersungkur kalau tiada tangan yang memaut pinggangnya.
Wait! Pinggang dia?
Pandangan didonggakkan ke atas dan ingin menghamburkan kemarahan kerana suka-suki saja peluk dia. Tetapi sebaliknya terjadi. Terbuntang biji matanya apabila melihat siapa yang menyelamatkannya. Jantungnya mula berdetak laju. Tidak sangka lelaki yang dia suka dalam diam telah menyelamatkannya. Wajah kacak jejaka itu ditenung sehingga dia lupa di mana dia berada.
“Are you okay, miss?” soal Megat Qays. Dan suara itu telah mengembalikan Navilya Afeefa dari lamunannya.
“Yes, I’m fine. Thank you!” angguk Navilya Afeefa kalut. Jangan lelaki di depannya tahu yang dia duk tenung lelaki itu sudah.
“Welcome. Tapi saya minta maaf sebab terlanggar awak,” beritahu Megat Qays. Wajah ayu si gadis yang berdiri di hadapannya itu ditatap. Cantik!
“Oh, it’s okay!” balas Navilya Afeefa. Dia tidak kisah kalau lelaki yang berdiri di hadapannya yang melanggarnya tadi. Kalau dia dilanggar oleh lelaki ini banyak kali pun tak mengapa. Sebab dia sudah angau dengan lelaki ini. Lelaki pujaan hatinya.
“Again, I am sorry!” sekali lagi Megat Qays memohon maaf. Dia tidak sengaja melanggar gadis di hadapannya itu kerana rushing sebab adiknya sedang menunggu di dalam kereta. Dan tanpa sengaja, dia terlanggar gadis itu.
“Tak pe.” Senyuman dihadiahkan buat Megat Qays. Tanda dia menerima maaf lelaki itu.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu. Hope to see you again!” ujar Megat Qays sambil mengenyitkan matanya dan terus mengangkat kaki keluar dari KFC. Nakal sekali sehingga muka Navilya Afeefa merah. Nasib baik lelaki itu sudah pergi. Kalau tak, bertambah malulah dia kalau lelaki itu tahu dia mukanya sudah bertukar rona.
“Lama pergi ambil sos dan straw?” soal Farhana Aisyah sebaik saja Navilya Afeefa melabuhkan duduk di atas kerusi.
“Maaf yer Kak Long! Tiba-tiba tadi ada lelaki yang langgar Feefa. Tu yang lama tu,” jelas Navilya Afeefa. Tersengih-sengih dia apabila mengingatkan kejadian tadi. Walaupun bukannya manis sangat tetapi apabila mengingatkan wajah jejaka yang merempuhnya tadi, membuatkan hatinya bahagia tiba-tiba.
“Ni apasal tersengih-sengih pula? Handsome sangat lelaki yang langgar Feefa tadi tu?” tegur Farhana Aisyah apabila melihat adik iparnya tersengih sendirian.
“Handsome!” angguk Navilya Afeefa laju. Senyuman malu-malu kucing ditayangkan pada kakak iparnya.
“Kira dah jatuh cintalah ni?” usik Farhana Aisyah sambil tersenyum.
“Ish! Ke situ pula Kak Long ni. Tak adalah sampai tahap jatuh cinta.” Nafi Navilya Afeefa. Walaupun jauh di sudut hatinya, dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu sewaktu dia belajar lagi tetapi tidak mungkin dia akan mengiakan telahan kakak iparnya itu. Biarlah rahsia!
Dan Farhana Aisyah hanya ketawa perlahan apabila melihat reaksi Navilya Afeefa. Saja hendak mengusik adik iparnya itu. Bukan selalu dia dapat keluar bersama adik iparnya itu. Masing-masing sibuk. Dan kalau dia balik rumah mertuanya pun, pada hujung minggu saja atau waktu suaminya outstation lama atau luar negara.
NOTE : Hai, Assalamualaikum.. lama rasanya tak update blog. busy dgn study :) ni cerita yg ayatul peram tahun lps lg. tengah stuck idea. writer's block. skrg ni tgh fokus pd manuskrip lain. Insya Allah, ada masa dn kalau xbusy ayatul smbg cerita ini. tapi yg ni versi belum edit lg. SELAMAT MEMBACA SEMUA :)
Tulusly,
Ayatul Husna.