“KAU ke sini betina!” jerkah Imdad Idziyad lantang. Matanya dipenuhi dengan api kemarahan dan kebencian saat ini.
Takut-takut Afra Huda berjalan ke arah Imdad Idziyad. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Belum pun dia berdiri betul-betul di hadapan suaminya itu, Imdad Idziyad telah menarik tangannya dengan kasar. Dan Afra Huda terdorong ke hadapan. Hampir saja dia rebah akibat tidak sempat mengimbangi badannya itu. Mujurlah dia sempat berpaut pada lengan Imdad Idziyad.
“Hey! Betina! Aku dah pesan banyak kali dengan kau supaya ambil pil pencegah kehamilan. Kenapa kau susah sangat nak faham, bodoh?” rambut Afra Huda dipegang dari belakang dan ditarik. Tanpa belas kasihan, Imdad Idziyad menghantukkan kepala isterinya itu pada almari.
Hampir saja Afra Huda menangis kerana sakit tetapi dia tahan saja supaya air matanya tidak keluar. Kerana dia tahu yang Imdad Idziyad tidak suka air matanya keluar. Kalau tidak, lebih teruk lelaki itu kerjakan dia.
Ya Allah, kuatkan aku!
“Jawablah betina bila aku tanya!” jerkah Imdad Idziyad lebih lantang. Pantang apabila soalannya tidak berjawab. Rambut Afra Huda ditarik lagi dan membuatkan Afra Huda menrintih sakit.
“Sakit..” akhirnya air mata yang ditahan dari tadi tumpah jua. Perlahan-lahan air matanya itu turun menuruni pipinya.
“Aku suruh jawab! Bukan suruh kau cakap sakitlah, bodoh!” gigi dikacip menunjukkan Imdad Idziyad menahan api amarahnya yang semakin membuak-buak.
“Saya.. saya.. dah ambil.. tapi.. tak tahu.. macam.. mana.. boleh jadi.. macam ni..” tergagap-gagap Afra Huda untuk menjawab persoalan Imdad Idziyad kerana cuba menahan sakit dan takut dengan renungan tajam suaminya itu.
“Oh, tak tahu macam mana boleh jadi macam ni? Kalau kau tak termiss ambil pil tu, takkan jadi macam ni lah, bodoh!” marah Imdad Idziyad. Kepala Afra Huda dihempaskan ke pintu almari dengan kuat sekali tanpa belas kasihan. Seperti dia menghempaskan buku di atas meja ketika sedang marah.
‘Ya Allah, sakitnya!’ rintih Afra Huda di dalam hatinya.
Terasa bengang seketika kepalanya sebelum berdenyut-denyut. Semoga dia kuat untuk bertahan.
“Aku nak, kau gugurkan kandungan tu!” arah Imdad Idziyad tanpa sedikitpun memandang Afra Huda.
“No! Saya tak akan gugurkan. Kalau awak tak nak bertanggungjawab pada anak dalam perut saya, saya terima. Tetapi tolong lepaskan saya!” pinta Afra Huda. Dia sudah tidak kisah kalau suaminya tidak mahu bertanggungjawab tetapi lepaskan dia sebagai isteri. Dia sendiri sudah tidak tahan.
“Sampai ke mati pun aku takkan lepaskan kau!” jerit Imdad Idziyad. Tiba-tiba hatinya mendidih apabila isterinya minta dilepaskan. Dalam erti kata lain, cerai!
“Sampai bila awak nak seksa saya? Saya dah penat!” rintih Afra Huda perlahan. Tangannya naik memegang kepala yang semakin berdenyut sakit. Mungkin akibat dari hentakkan tadi.
“Kan aku dah cakap, sampai mati pun aku takkan ceraikan kaulah!” jerkah Imdad Idziyad. Menahan perasaannya yang semakin mendidih.
“Tapi.....” Afra Huda terbaring pengsan di atas lantai.
Imdad Idziyad berpaling ke sisi apabila suara Afra Huda sudah lagi tidak kedengaran. Dan saat dia melihat isterinya terbaring kaku di atas lantai, dia terkaku buat seketika sebelum melangkah ke arah isterinya itu.
“Afra..” pipi isterinya ditepuk beberapa kali. Tetapi masih lagi kaku.
“Afra.. jangan macam ni sayang. Bangunlah! Tolong jangan takutkan aku!” rayu Imdad Idziyad. Tangannya masih lagi menepuk pipi Afra Huda perlahan-lahan.
“Ya Allah, apa aku dah buat ni?” soal Imdad Idziyad sendirian. Perasaan menyesal menyapa dirinya tiba-tiba.
Kepala Afra Huda diriba di pehanya. Tiba-tiba rasa blur. Tidak tahu untuk melakukan apa-apa sebelum kata hatinya menyuruh dia membawa isterinya ke hospital. Dan terus saja mencempung tubuh isterinya dan keluar dari bilik tidur mereka dan turun ke bawah. Anak kunci keretanya di ambil dan alarm ditekan. Tubuh Afra Huda diletakkan di sebelah pemandu. Dan dia bergegas mengunci pintu rumah.
Kereta dipandu selaju mungkin. Dan di dalam berdoa agar tidak terjadi apa-apa kepada Afra Huda. Sambil memandu, sekejap kepalanya berpaling ke sebelah sebelum kembali menumpukan kepada jalan raya sehinggalah tiba di hospital KPJ di Kajang. Nasib baik rumahnya dan hospital KPJ tidak terlalu jauh.
Tiba saja di hospital, dia mengangkat Afra Huda menuju ke bahagian kecemasan tanpa sempat petugas hospital menyorong troli. Dan apabila nurse menyuruhnya menunggu di luar, dia terpaksa mengalah. Keluhan berat dilepaskan. Dan dia duduk di atas kerusi di ruangan menunggu.
Semoga isterinya tidak apa-apa. Dia berdoa sangat-sangat.
Papa dan mama belum dihubungi lagi. Macam mana dia boleh terlupa pula? Tangannya naik menepuk dahi. Tapi confirm mama akan membebel padanya nanti apabila mendapat tahu apa yang berlaku kepada menantu kesayangannya itu.
Telefon di dalam kocek seluar dikeluarkan dan dibuka. Nama Datin Fairuza di cari. Dan sebaik saja nama yang dicari itu telah ditemui, ikon panggilan diseret dan telefon dibawa ke telinga. Belum pun sampai seminit dia menunggu, Datin Fairuza sudah menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum, mama!” salam diberikan sebaik saja panggilannya dijawab oleh Datin Fairuza.
“Waalaikumussalam. Ada apa Id?” jawab Datin Fairuza di sana.
“Amboi, mama! Takkanlah ada apa-apa baru Id boleh call mama?” gurau Imdad Idziyad untuk menyedapkan hatinya yang masih lagi risau.
“Mama bukan apa sebab Id akan telefon mama bila ada perkara penting saja. Kalau tak jangan haraplah.” Ayat mamanya memang tak ada tapisan. Terus shoot on the point. Memang terkena atas mukanya terus. Sabar sajalah. Dah memang betul apa yang mamanya cakap.
“Id minta maaf mama. Tapikan memang ada perkara penting yang Id nak beritahu mama ni.” Jujur Imdad Idziyad.
“Ha! Kan betul mama cakap. Apa dia yang penting sangat?” memang betul tekaannya. Sama sekali tidak salah. Dia kenal sangat satu-satunya anak tunggalnya. Memang masak sangat dengan perangai Imdad Idziyad.
Imdad Idziyad mengumpulkan kekuatannya sebelum memberi perkara sebenar kepada Datin Fairuza. Dia perlu siapkan fizikal dan mental. Sekejap lagi, pasti mamanya akan memarahinya. Dia yakin itu!
“Err.. sebenarnya.. sebenarnya..” kenapa tergagap pula ni?
“Sejak bila pula kamu jadi tergagap pula ni, Id? Cakap sajalah!” suruh Datin Fairuza di dalam talian yang sudah tidak sabar menunggu. Ingin tahu apa yang Imdad Idziyad ingin beritahu.
“Err.. Afra masuk hospital mama. Dia pengsan tadi.” Sekali nafas dia mengucapkan ayat itu. Belum sempat dia menarik nafas lega, suara mamanya menjeritnya di dalam corong telefon mengejutkannya.
“Ya Allah! Apa yang kamu dah buat dengan menantu mama?”
“Err.. mama, sabar yer. Nanti Id jelaskan. Mama datang hospital dulu ya!” Imdad Idziyad cuba menenangkan mamanya di dalam talian. Kan betul apa yang dia cakap. Memang mamanya akan mengamuk punya.
“Ha, baiklah! Nanti mama pergi panggil papa. Kamu berada di hospital mana?” akhirnya Datin Fairuza tenang.
“KPJ Kajang mama.” Beritahu Imdad Idziyad.
“Baiklah! Kejap lagi mama sampai.” Ujar Datin Fairuza sebelum menamatkan panggilan itu.
Imdad Idziyad belum dapat menarik nafas lega lagi kerana dia tidak tahu bagaimana keadaan Afra Huda. Doktor pun masih belum keluar lagi. Kalau mama tengok keadaan Afra Huda nanti, mesti mamanya akan membebel dua hari tiga malam bermula hari ini. Tapi memang salah kau pun Id. Kau yang buat isteri sendiri macam dia tu bukan manusia.
Keluhan berat dilepaskan. Menyesal dengan apa yang dia telah buat. Sedangkan sebelum ini lebih teruk dari itu dia pernah buat. Sepak terajang dan penampar hanya perkara biasa baginya. Dan perasaan menyesal itu tidak pernah hadir di dalam dirinya walau sedikitpun.
Apa kena dengan dia sebenarnya? Adakah dia sudah jatuh cinta?
Tangan diraupkan ke muka. Entah! Fikirannya buntu saat ini. Dia tidak punyai jawapan itu. Sebaik saja bayang doktor yang baru keluar dari ruang kecemasan, Imdad Idziyad menerpa ke arah doktor tersebut.
“Doktor, macam mana keadaan isteri saya?” soal Imdad Idziyad sebaik saja dia berdiri di hadapan doktor yang memakai tag nama Ainul. Suaranya cemas bercampur risau.
“Alhamdulillah. Isteri encik sudah sedar. Dia cuma pengsan saja. Cuma kandungannya saja yang lemah tapi masih lagi selamat. Kalau boleh jangan bagi tekanan kepada dia. Kami sudah pindahkan dia ke wad biasa.” Ringkas dan padat penerangan Doktor Ainul mengenai Afra Huda. Dan ayat yang terakhir Doktor Ainul itu terus melekap di dalam kepala Imdad Idziyad. Jangan bagi Afra Huda tekanan tetapi dia selalu memberi tekanan kepada isterinya.
“Baiklah, doktor! Terima kasih.” Akur dengan nasihat yang diberikan oleh Doktor Ainul. Dan sempat lagi ucapan terima kasih diberikan sebelum doktor wanita itu berlalu pergi.
“Sama-sama.” Balas Doktor Ainul dan meminta diri untuk berlalu.
Imdad Idziyad menarik nafas lega kerana isterinya tiada apa-apa. Nasib baik. Kalau tak, pembohongan apa yang harus dia cipta kepada papa dan mamanya. Langkah dibuka dan menuju ke wad yang menempatkan isterinya.
Sampai saja di hadapan pintu wad itu, tiba-tiba hatinya berdebar. Rasa takut untuk masuk ke dalam wad itu. Kenapa ni? Baru saja dia hendak menolak pintu wad itu, suara mamanya menerjah pendengarannya.
“Mana Afra? Dia okey ke? Macam mana kandungannya?” kalut Datin Fairuza bertanya kepada si anak yang masih lagi tercegat di hadapan pintu wad.
“Mama.. satu-satulah. Id pun tak tahu nak jawab yang mana satu.” Komen Imdad Idziyad. Begitulah apabila mamanya terlebih risau. Soal dia macam dia ni bersalah pula. Tapi kau memang salah pun, Id! Suara hati Imdad Idziyad bergema di dalam hatinya.
“Tapi, macam mana mama tahu yang Afra mengandung?” soal Imdad Idziyad terkejut. Tidak sangka kerana mamanya tahu yang Afra mengandung.
“Aish! Mama tanya keadaan isteri kamulah. Yang kamu terkejut sangat mama tahu isteri kamu mengandung kenapa? Mama tahulah sebab mama yang teman Afra buat check up. Nak harapkan kamu, memang tak lah. Sibuk sangat dengan kerja tu.” Bebel Datin Fairuza. Sempat lagi dia menyindir si anak di hujung ayatnya.
Dan Imdad Idziyad terdiam seribu bahasa apabila mendengar bebelan mamanya. Nampaknya, mamanya sudah tahu terlebih dahulu dari dia. Dan kenapa isterinya merahsiakan kandungan itu daripada dia?
Jawapannya satu saja Id, sebab kalau kau tahu mesti kau suruh dia gugurkan kandungan itu. Dan kau sudah suruh pun tadi sebelum isteri kau masuk hospital!
“Ni wad Afra kan?” soal Datin Fairuza. Tetiba pula rasa macam tanya soalan yang dia sudah ada jawapannya. Mestilah ini wad menantunya. Kalau tak, buat apa anaknya tercegat depan pintu wad pula?
Soalan dari Datin Fairuza membuatkan Imdad Idziyad tersedar dari lamunannya itu. Imdad Idziyad hanya membalas dengan menganggukkan kepalanya.
“Ha, tepilah! Mama nak masuk ni. Tunggu kamu bagi jawapan tu lambat lagi. Lebih baik mama masuk tengok sendiri.” Batang tubuh si anak ditolak ke tepi sebelum dia menolak perlahan pintu wad dan melangkah masuk.
Dato Jamil hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat kekalutan isterinya. Kenal sangat dengan perangai isterinya itu. Sejak dari tadi lagi selepas isterinya mendapat panggilan dari Imdad Idziyad, mulalah perangai kalut dan tidak senang duduk datang. Jadi terpaksalah dia memecut laju kereta menuju ke hospital.
“Jomlah papa kita masuk!” ajak Imdad Idziyad sejurus mamanya melangkah masuk ke dalam wad. Dan Dato’ Jamil mengikut langkah Imdad Idziyad dari belakang.
Baru saja Imdad Idziyad melangkah masuk ke dalam, suara tegas Datin Fairuza sudah menerpa telinga. Apa lagi mama ni?
“Id, apa yang dah buat pada menantu mama? Kenapa dahi Afra bengkak?” soalan dari Datin Fairuza membuatkan Imdad Idziyad kecut perut.
Aku nak cakap apa ni?
Dalam Imdad Idziyad sibuk memikirkan alasan apa yang harus dia berikan kepada mamanya, suara Afra Huda terlebih dahulu menjawab pertanyaan Datin Fairuza.
“Raa jatuh tadi mama. Terhantuk pada dinding di dalam tandas” bohong Afra Huda. Dan Imdad Idziyad tidak sangka Afra Huda memberikan jawapan lain. Dia ingatkan isterinya akan memberitahu perkara sebenar. Ternyata dia silap.
Tajam Imdad Idziyad memandang Afra Huda dan membuatkan dia melarikan anak matanya ke lain. Jangan lelaki itu marah pada dia sudahlah. Dia sudah penat. Sakit tadi belum lagi hilang.
“Kenapa cuai sangat ni? Kalau jadi apa-apa pada Afra dan kandungan tu macam mana? Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku” ujar Datin Fairuza. Bersyukur kerana menantu dan bakal cucunya selamat.
“Awak ini Za, kan Afra dan cucu kita selamat tu. Dahlah jangan risau. Yang penting mereka berdua sihat.” Sampuk Dato’ Jamil. Isterinya selalu terlebih risau.
“Abang tahu apa? Kalau apa-apa jadi pada Afra dan bakal cucu kita, siapa yang susah? Kita jugakan?” soal Datin Fairuza sambil memandang ke arah suaminya.
“Mama, betul cakap papa tu. Afra dan baby selamatkan. Janganlah terlebih risau pula,” pujuk Afra Huda sambil menggosok lengan Datin Fairuza lembut. Memujuk ibu mertuanya supaya tidak terlalu gelabah.
“Baiklah.” Akur Datin Fairuza lemah apabila menantunya sudah memujuk, dia pasti akan terpujuk jua. Itulah yang dia paling lemah sekali. Dan dia sayangkan menantunya kerana Afra Hudalah satu-satunya menantu yang dia ada. Kalau apa-apa terjadi kepada menantunya tadi, memang si Imdad Idziyadlah yang akan menjadi mangsa bebelannya tadi.
“Dah la tu. Bagi Afra berehat dulu. Dia kan baru saja sedar tu. Nanti esok kita datang balik.” Dato’ Jamil bersuara. Memujuk isterinya untuk balik dan memberi ruang kepada menantunya untuk berehat.
“Tapi bang, Za nak jaga Afra malam ini,” luah Datin Fairuza perlahan. Di samping itu, meminta izin dari suaminya sekali.
“Mama balik berehat ya? Id ada. Id boleh jaga Afra. Mama jangan risaulah,” celah Imdad Idziyad yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Cuba untuk memujuk mamanya itu.
“Tapi Id...”
“Kan Id nak jaga Afra tu. Biarlah Id yang jaga. Za janganlah risau,” pujuk Dato’ Jamil pula. Bahu isterinya di peluk dari sisi. Memujuk isterinya supaya bersetuju dengan si anak. Itulah cara dia memujuk isterinya. Dia tahu, isterinya seorang yang berhati lembut. Selepas ini pasti akan terpujuk.
“Baiklah. Dah itu kata Id. Mama ikut saja.” Akur Datin Fairuza lemah. Nak membantah pun, Imdad Idziyad suami kepada Afra Huda. Jadi nak tak nak, dia terpaksa beralah. Biarlah anaknya menjaga menantunya itu. Dah memang tanggungjawab anaknya sebagai suami.
“Jaga menantu mama elok-elok. Jangan bagi sampai jatuh lagi. Ingat, kalau mama tahu Id buat sesuatu kepada menantu mama, siaplah Id!” pesanan dan amaran dari mamanya membuatkan Imdad Idziyad berasa kecut perut. Jangan mamanya tahu perbuatan dia sebelum ini sudahlah. Kalau tak, memang nahaslah dia nanti!
“Baiklah, mama!” angguk Imdad Idziyad perlahan. Wajahnya dilarikan ke arah lain. Takut mamanya dapat menebak apa yang dia fikirkan.
“Mama dan papa balik dulu. Kalau ada apa-apa, call terus saja. Raa, mama balik dulu, ya! Jaga diri elok-elok. Kalau ada rasa nak makan apa-apa beritahu mama terus ya.” Pesan Datin Fairuza. Kepala menantunya diusap perlahan. Lalu ciuman dilabuhkan di dahi Afra Huda yang sedang terbaring di atas katil.
“InshaAllah, mama!” angguk Afra Huda. Segaris senyuman dihadiahkan buat Datin Fairuza. Terharu kerana ibu mertuanya sangat mengambil berat akan dirinya dan bayi di dalam perutnya. Tidak seperti suaminya itu.
“Ingat Id apa yang mama pesan tu!” sempat lagi Datin Fairuza bersuara sebelum keluar dari wad itu. Dato’ Jamil hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah isterinya. Sikap terlebih risau isterinya sudah kembali.
“Ya, mama! Id ingat pesanan mama,” balas Imdad Idziyad seraya menganggukkan kepalanya. Kadang-kadang dia cemburu kerana mamanya terlebih risau pada Afra Huda. Sedangkan Afra Huda hanya menantu dan dia adalah anak tetapi mamanya sentiasa lebihkan isterinya. Macam mana dia tak cemburu kalau mamanya asyik lebihkan menantu dari anak sendiri?
*************************************************************************************************
PANDANGAN mata yang bertembung dengan suaminya dilarikan ke arah lain. Hatinya sakit apabila dirinya diperlakukan oleh suami sendiri sehingga dia dimasukkan ke hospital. Bukan tidak pernah diperlakukan sebegitu tetapi kali ini dia benar-benar sakit hati dan kecewa dengan apa yang suaminya telah lakukan ke atas dirinya yang sedang berbadan dua. Tiadakah sedikitpun sifat keperimanusiaan di dalam diri Imdad Idziyad?
Sekurang-kurangnya bertimbang rasalah sedikit pada dia walaupun dia tahu yang suaminya tidak inginkan anak yang dia kandung sekarang. Dan kenapa suaminya tidak lepaskan dia terus daripada seksa dia seperti tadi. Dia tidak minta banyak, cukuplah lelaki itu lepaskan dia elok-elok jika benar lelaki itu sudah tidak menginginkan dia lagi.
“Afra...” panggil Imdad Idziyad perlahan.
“Aku minta maaf!” sambung Imdad Idziyad senafas. Terus saja kepalanya berpaling ke arah Imdad Idziyad sebaik saja mendengar permohonan maaf dari lelaki itu. Dia tidak silap dengarkah?
“Ya, aku Imdad Idziyad meminta maaf dengan kau sebab melampui batas dengan kau tadi.” Akui Imdad Idziyad apabila Afra Huda memandangnya dengan wajah yang tidak percaya. Memang, jarang benar dia akan memohon maaf walaupun jelas sekali itu salah dia. Dan hari ini, malam ini, dia sanggup turunkan egonya demi sebuah kemaafan dari seorang isteri.
“Saya maafkan tetapi untuk melupakan perbuatan awak sangat payah.” Balas Afra Huda.
“Kau maafkan aku pun sudah cukup,” ujar Imdad Idziyad.
“Kalau awak tak nak anak ni, saya boleh terima Id. Tapi tolong lepaskan saya. Jangan seksa saya lagi. Dan saya tak minta untuk awak bertanggungjawab pada bayi di dalam kandugan saya walaupun awak sudah lepaskan saya,” luah Afra Huda sayu. Ya, dia tidak minta untuk Imdad Idziyad bertanggugjawab kalau lelaki itu tidak inginkan bayi yang berada di dalam rahimnya. Cukuplah lelaki itu lepaskan dia. Itu pun sudah cukup.
“No! Aku takkan lepaskan kau! Sampai bila-bila pun kau tetap akan menjadi isteri aku!” tegas Imdad Idziyad tetapi suaranya tidak selantang dia memarahi Afra Huda di rumah. Mungkin kerana mereka berada di hospital barangkali.
“Sampai bila awak nak seksa saya, Id?” soal Afra Huda sebak.
Kenapa lelaki itu terlalu bencikan dia? Apa salah dia? Sepatutnya dialah yang bencikan lelaki itu kerana ibu bapanya pergi disebabkan lelaki itu. Tetapi dia bukan seorang pendendam. Dan dia sudah lama dia maafkan perbuatan Imdad Idziyad. Dia tidak suka simpan di dalam hati.
“Kan aku dah cakap sampai bila-bila!” jawab Imdad Idziyad kasar. Tiada sedikitpun kelembutan pada suara itu.
Jawapan dari Imdad Idziyad membuatkan Afra Huda menitiskan air matanya itu. Kenapa suaminya sangat kejam pada dia? Apa salah dia sebenarnya? Ya Allah, adakah ini ujian buat dirinya?
“Kau ingat, aku kesian dengan kau apabila kau menangis?” soal Imdad Idziyad sambil memandang Afra Huda tajam. Sebenarnya hatinya sakit apabila melihat isterinya menangis tetapi dia ego untuk mengakui akan hal itu. Ingin saja dia menyapu air mata itu tetapi dia batalkan saja niat itu. Dan hanya melihat saja Afra Huda menangis walaupun hatinya turut menangis.
“Sedikitpun aku tak kesiankan kau. Jadi jangan nak minta simpati dari aku. Faham?” dia yang tanya dan dia yang jawab soalan itu. Dan semakin laju air mata yang menuruni pipi Afra Huda. Dia menangis teresak-esak sebaik saja mendengar jawapan dari suaminya itu. Kenapa suaminya suka sangat sakitkan hatinya? Dia benar-benar terluka dengan apa yang dilakukan oleh suaminya itu.
“Awak memang kejam, Id!” tangis Afra Huda. Dan Imdad Idziyad hanya membalasnya dengan senyuman sinis. Puas hatinya kerana dapat menyakiti hati isterinya itu tetapi pada masa yang sama, hatinya sakit.
Dan dia sendiri tidak faham dengan perasaannya itu. Perasaan apakah yang dia alami sekarang ini? Ahh... lupakan saja! Tiada faedah.
NOTE : Assalamualaikum, guys. first of all, nak ucap terima kasih bebanyak sebab sudi baca karya AH yg tak seberapa ni. dan terima kasih kerana menyokong karya AH. dan ini part 4. maaf jika terkurang ke apa. ada typo ke apa, AH minta maaf sebab tak sempat nak check. harap-harap korang semua enjoy, ya! dan AH rasalahkan cerpen ni dah nak sampai ke penghujungnya. ada dua part lagi. In Syaa Allah... doakan sy yer supaya dapat ilham nak siapkan novel ni. dan minggu depan mungkin AH tak update cerita ni sebab AH pergi bercuti. hehe.. jadi kita jumpa bulan puasa nanti, ya!
ok, tak nak mengarut banyak2! SELAMAT MEMBACA SEMUA. jangan lupa komen yer sebab komen kalian sangat membantu saya. kalau nak kritik ke apa, just komen saja. saya terima dengan hati yang terbuka :)
oh, ya! sebelum terlupalah kan, saya ada projek terbaru. ingat nak buat e-book for my mini novel dan cerpen. cadangnya lepas raya nanti. dalam tu ada satu mini novel dan dua buah cerpen. sinopsis nanti saya akan update kat blog. tapi kalau ada yg bersetuju jer la saya akan buat e-book. kalau setuju, boleh tinggalkan komen kt blog ya.
eh! terpanjang pula note kali ni. ok lah, AH minta diri dulu, ya!
enjoy your reading, guys! tata*waving.
Tulusly,
Ayatul Husna (AH) ;)

No comments:
Post a Comment
Thank You for your comment.
Love,
Hezy Rose.